Promo ! Klik Ler..

Thursday, April 10, 2008

Sekalung Al-Fatihah buat arwah datuk-datukku..

6 tahun telah berlalu..
Secara tiba-tiba, Allah telah mengingatkan diri ini tentang arwah tok yah dan tokki yang telah pulang ke pangkuan-Nya setelah lama dipinjamkan kepada kami sekeluarga.

PEMERGIAN TOK YAH (Jun 2002)
Masa tu drjh 6, ana ingat lagi masa kami sekeluarga ke Hospital Taiping untuk melawat arwah tok yah. Tok yah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sakit jantung. Disebabkan itu, tok yah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Selang beberapa hari, ana ke sekolah seperti biasa bersama-sama 2 orang adik ana yang berada di drjh 4 dan drjh 2.
Masih terbayang tatkala ustaz Rusli mengajar Pendidikan Islam, ayah ana tiba-tiba hadir di kelas lalu memanggilku untuk pulang ke rumah. Pada masa itu, ana seperti dapat mengagak seperti terjadi sesuatu tetapi ana tidak mengendahkan perasaan ana itu.
Ana sebagai anak sulung terus ke kelas adik-adik ana untuk memberitahu mereka memandangkan ayah ana sedang berjumpa dengan guru besar sekolah.
Lalu kami bertiga menaiki kereta dan menunggu ayah. Tiba-tiba ayah memasuki kereta dan memberitahu tentang pemergian tok yah.
Ternyata apa yang ana fikir benar-benar terjadi dan gugurnya air mata ana buat pertama kali setelah memahami apa itu "Pemergian orang tersayang".
Sesampainya di rumah, ana lihat ibu ana sedang menangis. Masakan tidak, tok yah merupakan ayah ibu. Kemudian, kami semua berangkat ke kampung.
Di kampung, ana dan ibu terus ke bilik untuk melihat jenazah tok yah. Ana lihat tok yah telah diselimuti dengan kain di atas katil. Lalu ana dan ibu menyedekahkan tok yah surah Yaasiin.
Beberapa jam kemudian, jenazah tok yah dibawa ke kubur untuk dikebumikan.
Malam itu, kami sekeluarga mengadakan tahlil. Tamat saja majlis tahlil, ana lihat opah ana menangis. Di sudut hati ini, ana mengerti perasaan opah ana itu.

PEMERGIAN TOKKI (Mei 2007)
Hari tu hari Ahad dan ana dan adik ana, Athirah akan pulang ke Ta'ayah. Seperti biasa, kami akan berjumpa dengan tokki dan tok untuk bersalaman sebelum pulang ke sekolah memandangkan rumah mereka di belakang rumah ana sahaja. Tetapi pada kali ini, ana lihat tokki ana sudah tidak berdaya lagi untuk bangkit dari katil. Mahu sahaja ana menangis tetapi disebabkan ramai sepupu di keliling ana, ana matikan shj niat itu. Semasa ana dan adik ana melawat tokki, buat pertama kali ana lihat tokki ana menangis.
Beberapa ketika kemudian, ana pulang ke rumah dan kembali berkemas untuk ke stesen bas kamunting untuk pulang ke Ta'ayah, Ipoh dengan menaiki bas Ipoh-Taiping Ekspres.
............
3 hari slps itu, semasa ana hndk ke dewan makan untuk berbuka puasa sunat Khamis, ana lihat adik ana memanggil ana. Dari cara dia memanggil ana itu, seperti ada sesuatu yang sangat penting untuk diberitahu. Ana dpt berasakan bahawa ini pasti tentang tokki.
Kemudian, adik ana memberitahu bahawa tokki telah tiada pada hari Isnin sehari slps kami pulang ke sekolah. Ana menjadi sebak lalu berderailah air mata ini.
Adik ana mendapat tahu ttg hal ini pun slps dia menelefon ibu di rumah. Ibu ana memberitahu bhw mak cik ana di Ipoh tidak sempat unutk mengambil kami pulang ke Taiping kerana tokki meninggal pada waktu Maghrib.
Sambil mengesat air mata, ana teringat kembali mengapa tokki ana menangis semasa kami hndk pulang ke sekolah. Rupa-rupanya mungkin tokki ana sudah tahu bahawa ini kali terakhir beliau melihat kami.
Malam itu, ana dan kawan2 menyedekahkan surah Yaasiin buat arwah tokki.

Ana sayang tok yah dan tokki :)

Semoga roh arwah tok yah dan tokki dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah.
Amin.
Al-fatihah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...