Promo ! Klik Ler..

Monday, January 28, 2013

:: Nur ::


Assalamualaikum wbt.
Apa khabar kalian ?
Semoga sihat ya,Alhamdulillah.

Hari ini saya re-sit untuk exam blok 15.
Saya amik 3 modul je since saya rasa mcm x amik exam pun x pe.
Jwb apa lah tadi *sigh*
Then, lunch pada jam 11 pagi.
Awal kan.Haha.
Perut lapar.
Petang jam 5, perut dah mula menyanyi.
Pedih2, tanda lapar dan perlu diberi makan kepada diri sendiri.
Alkisah, craving nak makan pizza dan KFC.
Tapi bila fikir balik, mahal + tak kenyang.
Kang buang duit je, takut malam nanti lapar balik.
Terus sms junior, ajak makan.
Nasib baik dia ok.Hehe.

Pi kedai Triboy, tak jauh sangat dari rumah.
Naik angkot bayar seribu Rp je (3 kupang).
Order pe semua.Pokoknya order makanan yang mengeyangkan lah.
Nasi kuning Ayam Pop.
Sedapnya, Allah je yang tahu.Hehe.
Murah + banyak. Itu paling penting. Ahaks ~
Pastu time nak basuh tangan kat paip, ada sorang abg local (Indonesian) waiter, Tanya nama saya.
Kalo sebelum2 ni, saya mcm payah sikit nak habaq nama kat orang, tp sbb tgk gaya dy mcm saja nak Tanya, saya pun habaq lah.
“Nur”, saya jawab.
“Oh..Nur..Makasih ya.”
Dia jawab terima kasih sbb sudi habaq nama saya.
Saya tak ada fikir dia nak mengorat ke apa ke sebab kedai tu memang budak Mesia suka pi.
Abang2 waiter kat situ pun ada je yg pernah kerja kat Mesia.
Siap fasih cakap melayu lagi.
Hoho.

Orang2 kat sini sangat mudah berterima kasih.
Apa2 je, mesti ucap terima kasih.
Tu salah satu yang saya suka.
Sampai kadang2 kalo saya terlupa nak cakap terima kasih, rasa macam tak patut je.
Memang wajib berterima kasih kan ?
Hehe.

Ok.
Tajuk pasal Nur.
Sebenarnya, jarang2 saya dengar orang nak panggil saya sebagai ‘Nur’.
Biasanya orang akan panggil Afiqah,Fiqah.
Tapi sejak datang belajar sini, if dosen panggil nama student, bila tang nama saya je, dosen tak sebut Afiqah. Dia akan sebut Nur.
Well.Actually budak Mesia sangat ramai nama Nur kot.
Awal2 tu rasa mcm pelik juga bila dipanggil Nur, tapi lama2 best tau.
Sbb Nur tu sendiri bermaksud cahaya.
Nur..Bila orang panggil, nama Nur tu Nampak jauh lebih indah daripada Afiqah.
Yang penting Nur Afiqah tu sedap maksudnya.
Pi google sendiri.
Jadi lama2 di sini, bila orang Tanya nama, saya akan lebih selesa perkenalkan nama as Nur je since senang nak sebut. Lagipun if saya sebut as Afiqah, nanti mesti orang kat sini akan ‘Ha? Apa? Ulang sekali lagi’. Hehe.
Jadi, drpd susah2 orang nak sebut atau tersalah sebut drpd Afiqah jadi Atiqah la, Vika la, baik sebut nama as Nur terus.
Senang,mudah,cepat,ringkas,padat,mutakhir.
Eheh.

Jadi kepada anda yang nama panjang2, cuba perkenalkan nama yang jarang orang sebut pulak.
Baru best.
Hehe.
Mcm nama Muhammad Akram.
Kalo orang Tanya, cuba pulak jawab as Muhammad.
Yang terpuji.
Perghh.Rasa macam bermakna sungguh.
Sungguh !
=)

Kan..kan..
Jadi, anda bisa panggil saya sebagai Nur atau Afiqah atau apa2 aja yang membawa maksud.

Peace no war.
Pray for freedom of Palestin and also Syria.
May Allah destroy the Israeli military atrocities and also the government forces of bashaar al-assad laknatullah.

Wassalam.

Sunday, January 27, 2013

:: Pakcik Penjual Selipar ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada kita sampai saat ini untuk terus hidup.
Allahuakbar !

Sebentar tadi, tatkala saya sedang makan bersama kakak serumah, datang seorang pak cik membawa beg berisi selipar.
Dia menjual selipar dan mempromosikan selipar yang dijual kepada kami dengan harga rp 15 ribu sahaja (RM 5).
Dia membuka plastic tersebut sambil mempromosikannya kepada kami.
Tapi sungguh, kami waktu itu benar2 tidak cukup wang.
Kami hanya bawa duit cukup2 untuk makan.
Hingga kami terpaksa menolak untuk membeli selipar yang pak cik itu jual.
Pak cik itu pergi dengan perasaan kecewa dan hampa.
Sedihnya hanya Allah yang tahu.

Andai saja kami bawa duit lebih, memang akan kami beli.
Kami memikirkan nasibnya.
Nasib isteri dan anak2nya di rumah.
Dia mencari rezeki untuk menyara keluarganya.
:’(

Lepas sahaja dia pergi, saya menoleh untuk melihatnya.
Saya Nampak dia pergi ke arah sebuah kereta untuk menjual tapi orang di dalam kereta itu menolak.
Bertambah sedih saya.
Terus saya hilang mood untuk menghabiskan makanan.
Tapi saya habiskan juga nasi yang telah diorder.
Tak baik membazir makanan. Byr mknn guna duit Ayah bagi juga kan ?
Cuma waktu itu, saya makan sambil teringatkan nasib dia dan keluarganya.
Sampai je rumah, terus air mata menitis.
Sedih dan kecewa sebab tidak dapat tolong pakcik tu.
Saya berharap akan ada orang yang membeli selipar pakcik itu hari ini.
Dan semoga rezeki pakcik itu murah hari ini dan hari2 seterusnya, inshaAllah.
Saya berharap nanti Allah pertemukan saya lagi dgn pakcik tu supaya nnti sy dapat membeli selipar daripada pakcik itu.

Pakcik, kalau saya jumpa pakcik lg, saya janji beli selipar tu drpd pakcik.
Lepas2 ni, saya akan bawak duit lebih ke mana2 supaya insiden seperti hari ini tidak terjadi lagi.

:’(

Betapa Mak Ayah kita bersusah payah mencari rezeki untuk kita, anak-anaknya.
Mak Ayah sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan anak2nya.
Lihatlah, besarnya pengorbanan Mak Ayah kita kan ?
Berpeluh-peluh Mak Ayah kerja untuk kita. Nak bagi kita senang. Tak nak kita hidup susah.
Sungguh, saya kena habiskan belajar dulu, then kerja sampai ada gaji sendiri, then dapat bagi Mak Ayah duit saya sendiri, dapat tanggung yuran pengajian adik2, then baru saya akan fikir pasal kawin.

Ya Allah.
Engkau mencampakkan aku di bumi Medan ini untuk mengajar aku sesuatu.
Mengajar aku tentang sesuatu yang tiada di bumi kelahiranku, Malaysia.
Di Malaysia, jarang2 untuk aku melihat kesusahan orang secara terang-terangan.
Tapi di sini, bermacam-macam dapat aku lihat.
Kesusahan mereka mencari rezeki dengan berbagai cara.
Menjual selipar dengan berjalan kaki, anak-anak menjual barang2 seperti bendera, alat permainan, air mineral di jalan raya, mengutip derma, mencari wang dengan menyanyi, dan lain-lain.
Sungguh banyak yang Kau tunjukkan padaku di sini.
Ya Allah. Semoga aku dapat mengutip sesuatu di bumi Medan ini, Ameen ya Rab.

Sayangilah, kenanglah, berjasalah buat Mak Ayah kita yang terrrrrrrcintaaaaaaa.
Mak Ayah, Along sayang Mak Ayah.
Terima kasih untuk segala-galanya.
<3 o:p="">
:-*
Alhamdulillah.
Thanks to Allah.
Sujud Syukur.



Saturday, January 26, 2013

:: Hamza Namira ::

Assalamualaikum wbt.
Selamat pagi.
Apa khabar ?
Semoga semua sihat2 inshaAllah.

2 hari lepas saya ke Pajak Ikan shopping barang2 yang family pesan.
Semalam pula ke Plaza Medan Fair ada expo perdagangan Malaysia-Indonesia.
Jadi hari ni di rumah sahaja.
Tak ke mana-mana.
Rehat, Senin dah exam dah.Hoho.

Oh ya. Tadi saja bukak Utube tengok vid ARIF Perancis.
Then pi bukak web dorang.
Then nampak ada video Hamza Namira tajuk Baladi ya Baladi.
Saya pun dengar.
Ehhh.Best lah.
Even saya tak berapa faham, tapi bestlah lagu tu.
Pastu dari situ, jari ini menekan semua lagu Hamza Namira. Hehe.
Semuanya best.
Well, Awakening Records.
Mestilah best kan :)
Terus download.
Hehe.
Faham sikit2 je bahasanya since belajar arab basic je kat sekolah dulu.


Selamat Mendengar.
:)
Wassalam

Thursday, January 24, 2013

:: Dugaan Terbesar ::

Assalamualaikum.
Salam Maulidurrasul.
Hari ni saya bukak FB.
Saya dapat berita bahawa kak senior sekolah menengah saya telah kehilangan suami tercinta akibat kemalangan.
Mereka baru sahaja sebulan berkahwin.
Allahuakbar.
Sedihnya.
Semoga kak senior saya tabah menghadapi dugaan terbesar Allah ini.
Pasti ada sesuatu yang Allah sedang rancangkan buat beliau.
:'(
Ujian Allah 

Semoga beliau sabar dan tabah.
Begitu juga kita.
Sentiasalah sabar dan tabah.
Ingat, kematian akan menjemput kita pada bila masa2 sahaja.

Wassalam

Wednesday, January 23, 2013

...

Bukan mudah nak jumpa bapak becak yang baik hati.


:: Thank you Allah ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hingga sekarang jam 10.27 pagi WIB, semuanya berjalan lancar.
Pagi ni saya ke FKG (Fakultas Kedokteran Gigi) untuk mengambil kembali ujian ulangan pedodonsia yang saya gagal semalam. Ish,ish,ish.
Dan paling tidak disangka adalah saya lulus untuk ujian skill’s lab Ortodonsia yang saya rasa saya akan gagal.
Kan kemarin saya ada cakap saya tak dapat buat Labial Bow.
Anyway, tu semua kerja Allah.
Apapun. Alhamdulillah.
Even gagal kat Pedo, at least pass kat Ortho.

Tadi masa exam ulangan Pedo, saya dapat Dr.Ami.
Exam lisan.
Cakap2 sikit pasal space maintainer pada gigi anak, then kena lukis design piranti kat gigi anak tersebut.
Lepas dah habis, saya cakap kat dosen, dah selesai.
Then dosen tengok lukisan saya dan tegur mana yang saya salah.
Dia tegur sambil lukiskan apa yang saya salah kat lukisan tu.
One by one.
Allah. Rasa best sangat.
Sekarang saya dah tahu mana yang perlu diperbetulkan.
Even ia hanyalah lukisan, kelak nanti masa dah clinical (sini sebut coass), takut ter’effect’ pulak.
And nanti boleh jadi salah.
Oho.
*Mood dosen pagi ni Alhamdulillah baik. Tak de marah. Maybe sebab pagi. Semua orang cool. Lagipun dosen tu baru kahwin. Of course dia happy. Wiwit ;)*

Then dah habis exam, terus ke International Office (IO).
Nak cap jari tangan untuk buat Surat Keterangan Lapor Diri (SKLD).
Finally setelah berkali-kali turun naik ke IO dan tidak berjaya untuk menurunkan cap jari saya yang special ini, akhirnya hari ini berjaya jugak !
Alhamdulillah.
And nasib baik juga karyawan (pekerja) IO pagi ni mood dia baik.
Ye lah, masih pagi kan.
Plus saya orang first datang ke IO.
Hehe.

Petang kejap lagi, nak ke Konsulat Malaysia pulak,
Ada sambutan Maulid Nabi.
Esok maybe nak ke Pajak Ikan.
Beli barang2 yang Mak Ayah adik pesan.
Next week, exam remedial blok untuk semester ni dah mula.
Saya akan sit for remedial blok 15,16 sebab dapat C.
Blok 17 tak perlu sebab dapat B.
Alhamdulillah *Ni salah satu sebab saya macam gembira hari ni*
Blok 18 tak tahu lagi result mcm mana.
Harap2 ok lah semua.
Then, after that, pulang ke Malaysia !
Wehuuu.

Apapun, Alhamdulillah atas semua pemberian Allah yang sementara ini.
Nikmat ini juga adalah ujian.
Allah memberi nikmat kepada manusia untuk melihat sejauh mana manusia itu bersyukur dan mahu melihat apakah hambaNya itu riak,sombong dan ujub dengan nikmatNya itu.
Maka, bersyukurlah dan dalam masa yang sama, muhasabah kembali.
Karena nikmat ini hanya sementara dan akan diambil kembali olehNya.

Jaga diri, iman dan hati.
Wassalam ;)



Monday, January 21, 2013

:: Oh My Labial Bow ! ::

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar teman2 sekalian ?
Sehat nggak ?
Semoga kalian semua sehat2 aja ya, inshaAllah.



Hehe.
Ya udah, langsung aja ke cerita cinta kita. Eheh. *Booooo*

Well. Hari ni ada exam Skill's Lab Orthodontic.
Kitorang semua kena buat Adam's clasp and Labial Bow.
Mesti x tau pe benda la saya duk cakap ni.
Well, meh tengok pe benda itu Adam's clasp and labial bow.

               
- ni lah Adam's clasp -

Nampak macam mudah je nak buat.
Tapi nak buat benda ni, kena bengkokkan wire tu dengan  plier khas Ortho sampai jadi bentuk dlm gambar tu.
Memang kena jari, luka habis la.
Hehe. Tapi jari saya x luka, alhamdulillah.

- Mcm ni la buatnya. Kena guna kekuatan jari -




So far, untuk Adam's clasp, saya dan kawan2 Alhamdulillah dapat buat.
Hanya ada masalah dalam pembuatan Labial bow je.
Sedih2.

Lps exam tadi, tanya ngan kawan2, ok ke x.
Semua bagi jwpn yang sama.
Labial bow je x baper nak confident.
Sbb U Loop mcm tergerak ke gigi sebelah.
Huhu.
Sama jgk mcm saya.

- Ni Labial Bow -
- Ukur n estimate dulu baper panjang -

- See ? U Loop tu patutnya kat gigi canine -

Hukhuk.
Guess what.
Masa 80 minit yang dosen bagi untuk exam tadi x cukup.
Padahal buat dua je pun.
Well, nampak sangat x mampu nak jadi Orthodontist.
Kitorang masa lab, amik masa 1 hari jugak nak buat labial bow ni, tapi untuk exam kena siapkan dalam masa 80 minit. Huhu.
Apapun, dosen dah bagitahu yang esok akan keluar result exam hari ni.
Siapa yang kena remedial (ulang) exam hari ni, akan kena mengulang lusa ni, Rabu.
* Rasa mcm kena ngulang je * -_-
X pe lah.
Anyway, i've try my best.
Kurang latihan ni. Hoho

Esok exam skill's lab lagi tapi esok Pedodonsia pulak.
Semoga dipermudahkan semuanya, inshaAllah.

Gtg.
Jaga diri baik2.
Jangan lupa baca al-Quran ya.
Sehari 1 page pun x pe, asalkan jangan x baca langsung.
Takut kalau lama tinggal, leh tergagap pulak baca.
Hehe.
Wassalam wbt ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...