Keistimewaan Dan Kegunaan Ayat Kursi...
1) Untuk keamanan diri.
2) Untuk sesuatu hajat.
3) Untuk mengubati lendir dan kahak.
4) Untuk menghilangkan kesusahan.
5) Untuk orang yang pengsan kerana sawan.
6) Unruk menghapuskan dosa.
7) Untuk mengubati orang gila,kerana kemasukan jin.
8) Untuk menjaga diri dari godaan syaitan.
9) Untuk menjaga diri dari segala hal yang tidak diingini.
10) Untuk menjaga diri dari bala dan penyakit.
11) Untuk menyembuhkan sakit hati,sakit limpa,dan sakit perut.
12) Untuk mengubati sakit mata.
13) Untuk menghilangkan kekhuatiran.
14) Untuk menghadapi orang zalim dan hakim yang curang.
15) Untuk menhancurkan musuh.
16) Untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.
Promo ! Klik Ler..
Tuesday, July 22, 2008
Sunday, July 20, 2008
Waktu haram Solat ialah:
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am.
Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.
2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita.
Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.
Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan i.e. 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam i.e. sesudah azan hingga 10.30mlm.
Wallahualam.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... "

Thursday, July 17, 2008
- Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
- Baca Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengarperkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlahsama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara yangtidak berfaedah.
- Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul.
- Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
- Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yangdikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring suaturesmi sia-sia malah menyakiti hati orang.
- Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan danjanganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
- Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara temui sekalipun dia tidak meminta berkenalan; kerana asasgerakan Dakwah adalah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
- Kewajipan kita lebih banyak dari masa, tolonglah saudaramu sendiritentang cara-cara menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudaramempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
Tuesday, July 15, 2008

Ukhuwwah Islamiyah adalah satu kurnia, cahaya dan nikmat Ilahiyah yang dituangkan oleh Allah ke dalam hati hamba-Nya yang ikhlas, para Wali pilihan dan orang-orang yang bertaqwa kepada-Nya. Dalam hubungan ini Allah berfirman :
"Seandainya engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya, tidaklah bisa engkau persatukan antara hati mereka, tetapi Allahlah yang mempersatukan antara mereka?"(QS Al-Anfal : 63).
"Dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, tatkala kamu bermusuh-musuhan, lalu Ia jinakkan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudara". (QS Al-Imran : 103)
Ukhuwwah adalah kekuatan iman dan spiritual yang melahirkan perasaan yang dalam terhadap kasih sayang, mahabbah (kecintaan), kemuliaan, dan rasa saling percaya sesama manusia yang terikat dengan akidah Islam, iman dan taqwa. Perasaan persaudaraan ini melahirkan sikap positif, seperti tolong-menolong, dan sikap mulia lainnya. Demikian pula persaudaraan ini dapat melahirkan sikap terhadap hal-hal negatif, seperti menjauhkan setiap yang membahayakan manusia, baik yang menyangkut diri, harta, kehormatan dan martabat manusia.
Oleh kerana itu Ukhuwwah Islamiyah adalah sifat yang menyatu dengan iman dan taqwa.Tidak ada Ukhuwwah tanpa iman, dan tak ada iman tanpa Ukhuwwah. Begitu juga tak ada persahabatan tanpa taqwa, dan tak ada taqwa tanpa persahabatan.
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa". (QS Al-Zukhruf : 67)
-WASSALAM-
Monday, July 7, 2008
Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.
Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?
Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. " Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas."
Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.
Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?
Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau "ada lebih" baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.
Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.
Saturday, July 5, 2008
Seorang sahabat berkata :
SIAPA YANG TIDAK SANGGUP MENGERJAKAN YANG LAPAN , MAKA HENDALAH DIA BERBUAT LAPAN MACAM PERKARA BAGI MENCAPAI PAHALA YANG LAPAN:-
1) SIAPA YANG HENDAK PAHALA SEMBANYANG MALAM SEDANGKAN DIA KETIDURAN MAKA JANGAN NERBUAT MAKSIAT PADA SIANG HARINYA.
2) SIAPA YANG HENDAK PAHALA PUASA SUNAT, MAKA HENDAKLAH DIA MENJAGA LIDAHNYA.
3) SIAPA YANG HENDAK KELEBIHAN ULAMAK, MAKA HENDAKLAH DIA SUKA BERFIKIR YANG BAIK,
4) SIAPA YANG HENDAK PAHALA JIHAT MAKA HENDAKLAH DIA DUDUK DIRUMAHNYA,
5) SIAPA YANG INGIN PAHALA SEDEKAH SEDANGKAN DIA TIADA HARTA HENDAKLAH DIA MENGAJAR ILMU AGAMA YANG TELAH DIDENGARI,
6) SIAPA YANG HENDAK PAHALA HAJI SEDANGKAN DIA TIADA KEMAMPUAN MAKA HENDAKLAH DIA MENGERJAKAN SEMBAHYANG JAMAAH,
7) SIAPA YANG HENDAK MENCAPAI FADHILAT ORANG BERIBADAT MAKA JAUHILAH PERSENGKETAAN DAN JANGAN MENIMBULKAN SENGKETA,
8) SIAPA YANG HENDAK PAHALA ORANG ORANG ABDAAL MAKA HENDAKLAH BELIAU REDO DENGAN APA YANG MENIMPA DIRINYA.
MUDAHMUDAHAN MENDAPAT MUNAFAAT PETIKAN MAJALAH HIDAYAH... .
Tuesday, July 1, 2008
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.
Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Subscribe to:
Posts (Atom)