Promo ! Klik Ler..

Sunday, February 12, 2012

:: Cermin Diri ::

Seringkali kita merasakan bahawa kita telah berusaha sedaya upaya dalam sesuatu perkara.
Dan seringkali juga kita akan merasakan bahawa apabila mendapatkan sesuatu yang tidak setimpal dengan usaha kita, kita akan kecewa.
Kenapa perkara sebegitu boleh terjadi ?
Fikir semula.
Pasti ada silapnya.
Ya ! 
Mungkin kita telah melakukan yang terbaik tapi mungkin dalam masa yang sama, kita telah melakukan suatu kesilapan yang kita tidak sedari.
Kurang pendekatan diri terhadap PENCIPTA yakni ALLAH RABBUL JALAL, timbulnya penyakit hati seperti rasa riak,takbur,ujub dan pelbagai rasa mazmumah dalam diri, banyak berbuat dosa, tersakitkan hati ibu ayah @ adik2 @ cikgu @ orang2 sekeliling dan macam2 lagi yang kita tak pernah sedari. Btl kan ?
Pendek kata, kita perlu sentiasa menCERMINkan DIRI kita setiap waktu kerana mungkin sekarang bila kita tgk cermin, kita akan rasa 'Oh,ni lah diriku sebenarnya', tapi mungkin bila waktu lain, kita akan rasa lain pulak bila cermin diri sendiri.
Cara yang mudah untuk tahu bagaimana diri kita adalah tanya pendapat kwn2 yg rpt dengan kita sbb yg rpt tu lbh knl kita ni jns mcm mana.
Bila tnya pndpt, baru tahu kita ni mcm mana.
Xde lah rasa syok sendiri dan rasa diri sendiri hebat kan ?
Cerminlah diri melalui cermin orang lain :)
Supaya kita dapat mengetahui diri kita yang sebenarnya.
Rajinlah bermuhasabah agar kita tidak pernah leka dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini.

Allahu Allah..
Engkaulah sebaik2 penjaga kami.
Ampuni dosa2 kami yang menggunung tinggi, jagalah hati kami aga tidak pernah leka dan lalai dengan duniawi ini.
Ingatkanlah kami dengan kehidupan yang kekal abadi yakni akhirat sana.
Ameen,ameen ya Rabbal 'alamin.

- You are exactly not the same as the reflection of the mirror -

Friday, February 10, 2012

:: It's Jumaat ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari Jumaat.
Harap semua sihat2 la ye..

Jadi,ana nak tujukan lagu ini buat para pengunjung.
Lagu ni ana dgr masa kwn duk pasang kat Medan.
Best je :)


Instead of listening to other music, why don't we choose to listen to this kind of song, right ?
:)

Let's read surah al-Kahfi today :)
Take care.
Wassalam

Wednesday, February 8, 2012

:: Permata Ayah Bonda ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang oleh Allah Maha Besar utk terus bernafas di muka bumi ciptaanNya ini.

Hmm, tadi ana tgk tv, pastu dgr lagu budak2 yg best, suara rancak, rasa mcm kumpulan Aeman, tp x tau tajuk apa.
Serius ni first time ana dengar, syok je dengar.
Pastu terus search kt internet, so dah dapat.
Rupenya tu lagu PERMATA drpd Aeman.
Comel je, rancak dan best.
Ye, lagu tu dah lama, adik2 Aeman tu pun dah besar2 kan, ana je yg tau lambat psl lagu ni.
Hoho.
Tp x pe lah, asalkan dapat tambah lagu baru utk didengar ketika bosan.
Sblm tu, slh sorg adik dlm video ni dah meninggal, 2009 sbb sesak nafas, AL-FATIHAH utknya.
Moga Allah merahmati Allahyarham.
Blh baca kt sini.

Buat yang tak tahu, ni lah lagunya.
Enjoy ~ :)


Dah dengar ?
Best kan.
Dalam lagu ni ada sebut yang kita ni x boleh lengah dan buang masa, nanti akan ketinggalan jauh kat belakang.
Then, kita kena tanamkan tekad di dada utk berjaya dlm segala aspek kerana kita ini adalah PERMATA utk Bonda,Ayahanda dan keluarga.
Ingat, besarnya harapan mereka terhadap kita.
Janganlah sekali-kali kita mengecewakan mereka.
Semoga kita akan sentiasa berusaha dan membanggakan keluarga kita kerana kitalah PERMATA mereka.
Wassalam
:)

ANAK SOLEH DAN SOLEHAH PERMATA DAN PENYEJUK HATI BONDA DAN AYAHANDA

Monday, February 6, 2012

:: Hari Ni ::





Assalamualaikum wbt.
Ana doakan sahabat2 ana semua sihat ye.
X de apa nak tulis utk hari ini.
Err..sj nk ltk gmbr ni..
Sbrnya adik ana sorg tu request nak mkn penkek, lgpun die duk kt asrama.
Sian la pulak kt die, lgpun ana nnti nak balik Medan dah.
Hehe.
Maka si Along pun buat lah penkek yg x berapa nak lawa utk adik tersayang.
:)
Huhu.
Terima kasih buat Mak sebab bagi duit ckit utk beli bahan nak buat ni + adik yg tlg buat jgk penkek ni ;)

Ok, tu je lah.
Apapun, masak biarlah ikhlas keranaNya.
Anggap semua yang kita lakukan dengan niat beribadah kepada Allah.
Wassalam.

Friday, February 3, 2012

:: Pintu Itu ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari Jumaat.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, insyaAllah.
Ana doakan sahabat2 semua sentiasa sihat fizikal dan juga rohani tentunya.
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad saw yang sangat menCINTAi umatnya, MasyaAllah.

Baiklah, semalam tulis pasal SENDIRIAN.
Hari ini nak tulis tentang PINTU pulak.
Oh ya, tadi ana dapat msj dr Celcom.
Tau x msj apa.
Msj dia cmni, "RM 0.00. Mengapa perlu  berSENDIRIAN ? Ceriakan hidup dgn SMS bla3x.."
Eh, mcm tau2 je org tulis psl isu ni semalam, tiba2 dpt msj tu..Huhu.
Oit,x de kaitan kot.

Ok.
Ckp psl pintu, well, bukan pintu rumah, pintu kedai, pintu toilet, pintu sekolah tapi adalah pintu TAUBAT.
Ye ! Pintu TAUBAT !
Sedarkah kita bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka sehingga ke saat ini ?
Pasti ada yang menyedarinya, kan ?
Ingat ye, Allah tu Maha Pengampun lagi Maha menerima taubat.
Maka seWAJIBnya kita sebagai hambaNya ini menggunakan kesempatan yang diberikan olehNya sehingga ke saat ini untuk sentiasa bertaubat.
Bertaubatlah selagi pintu itu masih terbuka.
Jangan sia-siakan peluang yang diberikan olehNya.
Kita ni banyak buat dosa kan, kita ni x ma'sum pun.
Maka memang wajib lah kita bertaubat setiap masa.

Jangan tunggu sampai pintu itu tertutup ! Klik sini utk gmbr yg lbh byk :)
Sepertimana yang disebutkan dalam Surah at-Taubah,surah ke-9 ayat 104.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah-lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?   
(At-Taubah ,ayat 104) 

Kan..Allah Maha Penerima Taubat.
Justeru itu wahai saudaraku sekalian, ayuhlah kita sentiasa bertaubat kerana kita tidak tahu dan tidak pasti bilakah pintu itu akan tertutup kerana hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya hambaNya.
Apabila pintu itu telah tertutup, maka tiada gunanya lagi menyesal kerana kita sendiri yang tidak mahu menggunakan peluang yang telah diberikan olehNya sejak sekian lama.
Semoga Allah sentiasa menerima taubat kita.
Wassalam.

P/s : Tukar template lain. Yang pasti, tetap warna HIJAU :)

Thursday, February 2, 2012

:: Rasa Sendirian ? ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita padaNya kerana masih diberi peluang untuk menjadi hambaNya di muka bumi ini  dan masih diberi peluang olehNya untuk kita melaksanakan segala yang ingin kita lakukan.
Ingat, lakukanlah perkara yang disenangiNya, bukan perkara yang dimurkaiNya.

Bercakap tentang SENDIRIAN, kerapkali manusia bila terasa dirinya tiada teman, tiada kawan, terasa disisihkan, pasti akan terasa dirinya keseorangan, terasa sendirian, omputih kata 'Lonely'.
Ye, mcm ana jgk la.
Selalu je ana rasa sorg2, rasa sendirian.Huhu.
Tapi tak bermakna bila kita sendirian tu maksudnya kita x da kawan kan ?
Sebenarnya kita semua ni x pernah sendirian.
Sungguh !
Sebab apa ?
Sebab Allah SWT selalu bersama dengan kita.
Cuma kita yang manusia ni je x prnh nak menyedari.
Allahuakbar..Manusia,manusia.
Allah selalu sangat ingat pada hambaNya, tapi kita ni mudah sangat lupa padaNya.
Sedih kan ?
Teruknya kita ni.
Time senang, lupa pada Dia.
Bila susah, baru nak ingat dan cari Dia.
X boleh mcm tu kan.
Jadi, kita kena-lah selalu ingat padaNya.
Bukan hanya ingat padaNya waktu solat, tapi juga dalam apa jua keadaan.
InsyaAllah, bila kita sentiasa ingat padaNya, diri kita akan sentiasa tenang dan rasa selamat dan x kan rasa sendirian.
Tak percaya ? Try lah ;)
Zikir, Solat, baca al-Quran, dan banyak lagi..tu semua adalah cara untuk kita elakkan diri dari rasa kesepian/kesunyian/bersendirian.

ALLAH SWT >>> ALWAYS WITH US !
NEVER FEEL LONELY !

Nak gmbr comel mcm ni lg ? Blh gi sini :)

Wednesday, February 1, 2012

:: Februari ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan para pembaca sentiasa dalam limpahan dan rahmatNya.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk bulan februari.
Sungguh cepat masa berlalu.
Pajam celik, dah pun bulan 2.
Sungguh cepat masa berlalu dan meninggalkan kita.
Agaknya dalam 31 hari untuk tahun baru ni kita dah buat apa?
Kalo tanya pada ana, jwpn ana adalah "Rasa mcm x buat apa2 lgsg lg thn ni :(."
Allah..

Hmm..
Sbrnya ana mcm sedikit tertekan ckit.
Mungkin ada kaitan dengan iman dlm diri ana juga.
Dan pasti ada silap dalam diri ana sampai ana rasa tension, stress.
Allahu Allah.
Tp..
Ana teringat sesuatu.
Kita dalam apa keadaan sekalipun, ingatlah bhwa Allah jualah tempat sebaik-baik untuk kita bergantung.
Banyakkan mengingatiNya.
InsyaAllah hati akan sentiasa tenang.


Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...