Promo ! Klik Ler..

Monday, June 30, 2008

Rezeki ana...







Pejam celik pejam celik , dah nak masuk Julai /Rejab dah..
Semakin lama, masa semakin cepat berlalu dan semakin lama, kita semakin dekat dengan kematian..

Kawan2 semua sudah ada hala tuju masing-masing.
Ada yang sambung belajar dalam tingkatan 6, matrikulasi, pusat asasi, IPTA, IPTS, SPA dan akan ke luar negara.

Bagi diri ana, rezeki ana adalah belajar dalam tingkatan 6 di SMK King Edward VII, Taiping di mana ana ditawarkan dalam jurusan sains.

Secara jujurnya, ana tidak pernah "target" nak sambung belajar dalam tingkatan 6 ini ( sekolah ana sebut Pra-U) , dan ana memang target dalam diri yang ana nak masuk matrikulasi atau IPTA..
Tapi, Allah itu Maha Adil.
Setiap yang Dia beri pasti ada hikmahnya yang kita sendiri x nampak.
Ini dapat dilihat dalam Ayat 36, Surah Saba' :

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya, Tuhanku memewahkan rezeki pada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga menyempitkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu. "


Alhamdulillah, setelah hampir sebulan berada di K.E. ini di mana semua pelajarnya adalah lelaki kecuali pelajar Pra-U, ana akhirnya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sekolah "king of Rugby" ini atau "the oldest school in Malaysia - 125th. years".

Pakaian pelajar Pra-U berlainan dengan pelajar sekolah lain di mana pelajar perempuan memakai tudung berwarna putih, baju berwarna merah jambu dan kain berwarna hitam ( Muslim) serta kasut kulit hitam begitu juga pelajar lelaki yang memakai kemeja merah jambu berserta tali leher K.E. serta berseluar hitam.

Ana telah memilih untuk mengambil kelas biologi memandangkan ana kurang berminat dalam subjek Physics dan ana berharap pilihan ana ini adalah pilihan yang tepat, Insya-Allah.

Bagi kelas Biologi, ana dikehendaki mengambil 5 subjek iaitu :

1. MUET
2. Pengajian Am
3. Biology
4. Chemistry
5. Mathematics T


Setakat ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ana bersyukur belajar di sini dan ana berharap agar semuanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah.

Semoga bertemu lagi, Insya-Allah :)









Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya..

"Nak kata dah kahwin,
Tapi rasanya belum lagi,
tanya bila nak kahwin?
Jawabnya tak tau lagi.



Perangai mengalahkan orang lain,
Berkepit sana sini,
Padahal bukan Muhrim,
Kononnya ikut tren masa kini...

Hairan....
Pegang tangan tak takut dosa ker,
Berpeluk-pelukan tak tau malu ker,
Tak kasihan mak bapak ker,
Suruh belajar tapi buat leka jer...

Nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak dah hantar,
Nak salahkan siapa kalau dah buat dosa,
Sendiri bangang coz tak amal apa yang diajar.

Time single dulu oK jerk,
Sekarang dah couple banyak pulak dosa,
Bila orang tegur buat derk ,
Apa kulit dah tebal nak masuk NERAKA..


Time kena tangkap khalwat,
Mula lah buat muka kelat,
Malu mengalahkan ikan jelawat,
Tambah muka penuh jerawat..


Masa 'buat' tak tau malu,
Ikut sangat telunjuk nafsu,
Buat maksiat tak segan silu,
Sekarang lagu mana..susu dah jadi keju.


Suruh sembahyang ...nanti-nanti,
Girl/boyfriend call terus jerk pergi,
Bersyukur nikmat Ilahi tak reti-reti,
boyfriend bagi bunga tulah yang dipuji.


Kalau diri dah gatal sangat,
Aaa... kahwin jer cepat lagi selamat,
Nie.. couple takde matlamat,
Sajer suka-suka penuhi syarat.


Kalau orang tegur marah,
kalau orang nasihat melenting,
Taulah...taulah... tak payah susah-susah,
Tau plak senyap time dah 'bunting'....



Dah terjadi baru nak ingat tuhan,
Itu pun nasib baik ingat,
Menangis dah tak leh tahan,
Baru sekarang menyesal bangat...


Nasib baik tuhan tu Maha Penyayang,
Masih diberikan umur yang panjang,
Ada chance nak ngucap panjang,
Mintak ampun, doa memanjang.

Perkara lepas jangan dikenang,
Pintu taubat terbuka luas,
Hidup bukan untuk bersenang-senang,
Yang penting mencapai redha Allah yang Maha Luas..




Friday, June 27, 2008

Hikmah Melihat Orang Yang Disayangi Ketika Tidur



Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..
Pernahkah anda menatap wajah orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap menatap di saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut mulai putih,kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya dan rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah..

Lihatlah ibu anda... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.

Ibulah yang setiap hari menguruskan keperluan kita dan paling rajin mengingatkan semata-mata kerana rasa kasih dan sayang yang kadangkala sering kita disalah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanl­ah betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang-kala tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA...

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa bahagia dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok"orang-orang kita kasihi itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...

Thursday, June 26, 2008

Mencari Ketenangan Hati Dan Jiwa



Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)
"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)
Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.
Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Tuesday, June 24, 2008

Malaysian city reminds Muslim women not to wear bright lipstick, noisy high heels

AP - Tuesday, June 24
Yahoo ! News

KUALA LUMPUR, Malaysia - Authorities in a northern Malaysian city are calling on Muslim women not to wear bright lipstick and noisy high-heel shoes if they want to follow the "Islamic way," an official said Tuesday.

The municipal council in Kota Baru, run by a conservative Islamic party, is distributing pamphlets that recommend women refrain from wearing heavy makeup, including bright lipstick, and loud high-heel shoes to work, council spokesman Azman Mohamad Daham said.

"We just distribute pamphlets. Our minimum guideline is they must wear headscarves," he said. "The rest is up to them. If they want to follow the 100 percent Islamic way, it's up to them."

He said the suggestions aim to prevent rape and protect women's dignity and morals. The campaign started in 2006, but new pamphlets are circulated each year, he said.

Kota Baru is the capital of Kelantan state, which is ruled by the conservative opposition Pan-Malaysian Islamic Party.

National news agency Bernama earlier reported the city had issued a directive forbidding women from wearing makeup and noisy high heels, but Azman said the report was incorrect. He said the only legal directive is one that was issued a decade ago, ordering Muslim women to wear headscarves.

Violators can be fined up to 500 ringgit (US$150), Azman said, adding that an average of 20 women were fined each month for breaking the rule.

Malaysia, where about two-thirds of the population is Malay Muslim, prides itself on being a moderate country. Other ethnic groups _ Chinese and Indians who follow other religions _ do not face restrictions on their clothing and are free to practice their faiths.

However, debates about Muslim dress codes and behavior erupt occasionally.

The Pan-Malaysian Islamic Party, which secured an unprecedented number of parliamentary seats and state governments together with two other opposition parties in March elections, has only recently backed away from openly advocating an Islamic state.

Sunday, June 22, 2008

Indahnya Bercinta



ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. kekasih merupakan insan yang dianggap penting dalam hidup kita.kita perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika berduka cita dan teman untuk berkongsi segala-galanya.Kadang-kadang hidup ini terasa kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang terputus talinya, tak berhaluan dan arah.Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.


Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.


Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.


Namun allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.


Cinta Seindah Yang Diucap. Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih utama.


Tanda Cinta. Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia. Diantaranya Allah berfirman:


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar." Surah: Ali Imran. Ayat:146.


"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." Surah Ali-Imran. Ayat: 134


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222


Untungnya Orang Bercinta.

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.

Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya, dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula.

Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.

Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu.

Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.

Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu dengan rucahan cinta agung.

Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya.

Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Friday, June 20, 2008

AURAT WANITA ISLAM



Berdasarkan kepada pendapat Imam Shafei r.a, difinasi aurat adalah saperti berikut ; Dari segi bahasa aurat ialah "Aurah" bereti keaiban. Pada istilah Syarak aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang (WANITA) yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan kaum lelaki Ajnabi (asing).


* Aurat wanita di dalam sembahyang, ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan dua belah tangan sehingga kepegelangan tangan sahaja. Semuanya dikira aurat di dalam sembahyang hatta sehelai rambut pun dikira aurat, sama juga dengan tapak kaki wanita. Jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya pada ketika ruku' ataupun sujud, maka batallah sembahyangnya.


* Aurat wanita Islam diluar sembahyang. Di hadapan lelaki yang bukan muhrimya (Muhrim: adalah orang yang ada kaitan kekeluargaan yang tidak membatalkan air sembahyang, contohnya, bapa, datuk ke atas, abang dan adik lelaki atau sesusu, bapa saudara sebelah bapa atau sebelah ibu, anaksaudara lelaki sebelah perempuan atau lelaki ke bawah dan seterusnya) seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua belah tangannya sehingga kepegelangan tangan. Maka seluruh anggotanya wajib ditutup ataudilindungi daripada dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.


* Aurat wanita Islam dengan muhrimnya ialah di antara pusat dan lutut seperti aurat lelaki dalam sembahyangnya. Walau bagaimanapun, untuk menjaga adab dan untuk memelihara daripada berlakunya perkara yang tidak diingini, maka perlulah ditutup lebih daripada pusat dan lututnya, supaya dapat mengelakkan daripada kejahatan dan kebuasan hawa nafsu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...