Promo ! Klik Ler..

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum wbt.

Salam Maal hijrah 1430, moga thn ini akn m'jd thn yg lbh baik berbanding thn sblmnya,Insya-Allah.
Moga segala amalan kita diterima di sisi Allah swt dan kita dpt meningkatkan ibadah kita kerana-Nya, Ameen.

Wednesday, December 24, 2008

ciri insan jadi sahabat

Sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;


Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;


Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;


Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;


Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;


Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;


Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;


Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;


Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;


Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;


Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

dan


Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata:

Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu.

Ada juga yang berpesan:

Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!

Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan. Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur. Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki?

Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka.

Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka.

Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu?

Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita?

Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya.

Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya.

Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya!

Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat.

Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita.

Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat.

Tuesday, December 23, 2008

Lirik Taubat..

Mari hayati lirik Taubat dari Opick..
Sungguh Menenangkan :)

TAUBAT ~ Opick
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi
izinkanlah Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan meski tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Ampunkanlah aku

Thursday, December 18, 2008

Antara 7 perkara selalu diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan .

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati & kesihatan jiwa, mentaliti, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah... ::

Friday, December 12, 2008

Sembilan petua doa dimakbul

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Thursday, December 11, 2008

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan .

*Bersama-samalah kita melaksanakan segala hak-hak ini, insya-Allah.

Wednesday, December 10, 2008

Faedah Wuduk Dari Sudut Kesihatan

1)Mengembalikan kecerdasan badan dan akal, menggerakkan hati dan memperkuatkan pergerakan pernafasan.

2)Badan yang sihat dari jiwa yang tenteram. Orang yang mengekalkan wuduk berjiwa tenteram, tidak mudah marah. Dengannya menjauhkan dia daripada sebarang penyakit kerana penyakit berpunca daripada perut ( hati ).

3)Dengan menyedut air bersih ke dalam hidung, ia dapat membersihkan lubang hidung yang menjadi laluan pernafasan. Ia penting untuk mengelak daripada jangkitan kuman.

4)Membasuh muka, telinga dan tangan boleh mengelakkan seseorang itu daripada sebarang penyekit kulit atau penyakit yang dibawa oleh bakteria.

5)Sentiasa bersih dalam wuduk akan mencerahkan dan memudahkan menghafaz.

Saturday, December 6, 2008

doa,kekuatan iman dan keyakinan hati

LAZIMNYA apabila ditimpa kemalangan, kesusahan atau memohon sesuatu, kita akan berdoa kpd Allah tetapi apabila senang,banyak wang dan memperoleh apa yang dihajati,kita terlupa utk bersyukur.

ISLAM memberi penekanan supaya umatnya memperbanyakkan doa dan memohon restu daripada Allah sama ada pada waktu senang atau ketika menghadapi kesusahan.

DOA ADALAH SENJATA UTAMA,di samping ibadat lain.

Dalam agama Islam.kita diingatkan bahawa:

kunci solat adalah toharah

kunci haji (ihram)


kunci kebaikan (benar)


kunci syurga (tauhid)


kunci ilmu (bertanya atau mendengar dgn prihatin)


kunci kejayaan (sabar)


kunci maksiat (takbur)


kunci keselamatan (mengurangkan bicara)


kunci terkabul segala permohonan ialah doa

Bila Allah...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Friday, December 5, 2008

Kenapa Malas?


Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.


Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.


Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif.


Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.


Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.” Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu. Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.


Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur. Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.


Thursday, December 4, 2008

4 CaraTidur

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA DAN AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk Memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
menelungkup seperti tidurnya ahli neraka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...