Promo ! Klik Ler..

Sunday, May 31, 2009

Perlukah Ingat Mati ??

Untuk Renungan Bersama.

Kematian ada di mana-mana, pasti akan datang.
Bila tiba saatnya pasti kita akan dijemput, tidak kira usia, waktu dan musim.
Kita tidak dapat menolaknya.
Dan bilakah jenazah kita akan di tanam ke dalam tanah.
Alangkah baiknya kita sentiasa mengingati hari kemudian untuk menghadapinya, tiada jalan yang paling baik melainkan beriman pada hari akhirat.yaitu hari terakhir daripada alam maya ini, jugadisebut dengan hari qiamat.
Perlu mencari bekalan untuk hari akhirat dan lenyaplah kecintaan yang melampau batas terhadap duniawi.Jauhi dari kecintaan yang hina dan rendah nilainya.
Orang yang melupakan kematian, akan sentiasa melakukan segala sesuatu tanpa kawalan, dia akan melakukan kezaliman, maksiat, dosa, menipu orangdan sebagainya tanpa batasan.

Firman ALLAH yang bermaksud,
" Katakanlah! bahawasanya kematian yang engkau hendak lari daripadanya itu akan mendatangi engkau,kemudian kamu semua akan di kembalikan kepadaDzat Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian akan diberi tahu kepada kamu apa-apa yang engkau lakukan".(Surah al-Jumu'ah,ayat :8)

Maksud Hadith,
" Jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang ( bagi mencari bekal meng-hadapi mati), jika engkau berada pada waktupetang, janganlah engkau menunggu pagi.Ambillah manfaat sewaktu hidupmu untuk bekal kematianmu,dan ketika engkau masih sehat untuk sakitmu".( Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Manusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia,dijajah oleh hawa nafsu dan diikat dengan perbuatan maksiat amat sedikit mengingati kematian. Mungkintidak mengingati kehadhiran malaikat maut membawa perintah ALLAH untuk mengambil nyawanya, malahtidak timbul perasaan takut atau sedih kerana mengi-ngatkan yang bakal dihadapi nanti, yang pasti gelisahtentang harta bendanya dan kemewahan yang akan ditinggalkan.

Ingatlah tiga perkara yang di tinggalkan iaitu.
1- Sedekah yang sentiasa mengalir
2- Ilmu yang memberi manfaat
3- Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Saturday, May 30, 2009

Hanya Islam diterima Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Maraghi berkata: Allah SWT telah menjelaskan, bahawa Dia telah mengambil janji daripada para nabi agar beriman dengan kenabian Muhammad SAW.
Di sini disebutkan perintah kepada Nabi Muhammad SAW agar beriman kepada para nabi yang sebelum ini serta beriman kepada kitab-kitab suci mereka. Umat baginda dalam perkara ini turut diminta mengikutnya pula.

Ayat ke-84
Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi: Ibrahim a.s, lsmail a.s, Ishak a.s, Yaakub a.s dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada nabi-nabi: Musa a.s dan Isa a.s, dan sekelian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah Kami berserah diri (Islam)".

Iktibar dan fiqh ayat:

Ibn Kathir berkata, orang yang beriman daripada umat ini beriman dengan semua Nabi yang diutuskan dan dengan segala kitab yang diturunkan, mereka tidak kufur dengan sesuatupun tetapi membenarkannya.

Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata, ini merupakan perintah Allah kepada Nabi-Nya berkenaan dengan ikatan segala syariat Allah yang bersalasilah sambungannya. Begitu juga beriman dengan Allah merupakan himpunan segala syariat, kerana dengannya membawa ubudiah.

Al-Maraghi berkata, didahulukan ungkapan kalimah 'Iman diturunkan kepada kami' berbanding dengan ungkapan 'Iman diturunkan sebelum kami'. Padahal kitab-kitab suci tersebut diturunkan lebih awal kerana apa yang diturunkan kepada kami merupakan pegangan pokok untuk mengetahui dan membenarkan apa-apa yang diturunkan kepada mereka. Ini kerana tidak ada cara bagi membuktikan kebenaran kitab-kitab suci dahulu, kecuali melalui al-Quran.

Al-Maraghi berkata, ayat ini dimulai dengan kata-kata Iman dan ditutup dengan kata-kata Islam, yang bererti pasrah, yang merupakan hasil dan sasaran akhir setiap agama yang dibawa para nabi.

Hamka berkata, setelah menghuraikan hal itu semuanya, sampai perjanjian Nabi-nabi dengan Allah dan ucapan ikrar mereka, kemudian Allah menyuruh kepada Nabi-Nya menjelaskan risalah yang dibawanya dengan tegas, menuruti ikrar Nabi-nabi itu yang akan jadi pegangan bagi umat yang beriman. Yang diturunkan kepada baginda ialah wahyu dan hikmat, isi ajarannya tetap satu iaitu menolak segala penyembahan selain Allah SWT. Menyerah diri kepada Tuhan, Islam sebab itulah yang diajarkan oleh sekelian Nabi yang tidak kami beza-bezakan itu.

Mohamad Quraish Shihab berkata, jika anda ingin dinamakan muslim dan diterima secara baik oleh Allah, maka patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan-Nya. Hiduplah serasi dengan alam dan seluruh makhluk yang bernyawa atau tidak. Alam raya tunduk pada fitrahnya, serasi dengan selainnya sebagaimana diatur oleh Allah dalam sistem yang ditetapkan-Nya. Itulah erti Islam alam raya, dan serupa itu pula Islamnya manusia, tanpa keserasian dengan diri sendiri tanpa kepatuhan kepada sistem yang ditetapkan-Nya, maka itu bererti keluar dari Islam. Jika itu yang terjadi, maka ayat berikut mengingatkan hakikat yang sangat jelas dari Allah yang Maha Kuasa.

Al-Sonhadji berkata, sebenarnya kedudukan para Rasul dan Nabi itu samalah seperti kedudukan pegawai-pegawai daerah atau seumpamanya dihantar oleh Sultan atau Ketua Negara ke wilayah-wilayah, daerah-daerah pemerintahannya. Mereka ditugaskan sebagai pegawai yang amanah untuk mentadbir dan mengambil tahu hal ehwal penduduknya dengan menjalankan undang-undang yang mendatangkan faedah.

Ayat ke-85
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Iktibar dan fiqh ayat :

Ibn Kathir berkata, siapa yang memilih jalan selain apa yang disyariatkan Allah.

Al-Maraghi berkata, kerana dia mensia-siakan kehendak fitrah yang sihat untuk mengesakan Allah SWT dan berserah diri kepada-Nya seperti yang tersebut dalam hadis bermaksud: "Tiap-tiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi".

Mohamad Quraish Shihab berkata, barang siapa mencari agama selain agama Islam iaitu ketaatan kepada Allah mencakupi kepada syariat yang ditetapkan-Nya. Intinya adalah keimanan akan keesaan-Nya, mempercayai para rasul, mengikuti dan menyokong mereka tunduk serta patuh akan ketentuan-ketentuan -Nya yang berkaitan dengan alam raya iaitu penyerasian diri dengan makhluk dalam sistem yang ditetapkan-Nya.

Al-Sonhadji berkata, kerugian yang dideritanya di sini kerana telah mensia-siakan 'fitrah' atau tabiat semula jadi yang ada pada peribadi tiap-tiap manusia. Fitrah yang sihat, suci dan bersih sedia mentauhidkan dan mengesakan Allah serta patuh dan tunduk kepada-Nya itu telah disia-siakannya sehingga hilang dan tidak lagi tersimpan di dalam peribadinya.
Berdasarkan ayat di atas sewajarnya kita berpegang teguh dengan agama Allah yang sebenar iaitu Islam dan kita berdoa kepada Allah mudah-mudahan kita mati dalam keadaan Islam. Amin.

Thursday, May 28, 2009

Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah

UMMU Sulaim ialah ibu kepada Anas bin Malik, salah seorang sahabat dan pembantu peribadi Nabi Muhammad SAW.
Ummu Sulaim menyerahkan Anas bin Malik kepada Nabi Muhammad ketika berusia 20 tahun untuk melayan beliau. Dia memeluk agama Islam ketika Nabi Muhammad masih berada di Mekah.
Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim bersama golongan Muslimin dan Muslimat Madinah menyatakan keimanan mereka di hadapan nabi Muhammad.
Suaminya, Malik bin Nadir rasa tercabar dan marah apabila isterinya sudah memeluk agama Islam. Dia tidak percaya dengan agama Islam dan Nabi Muhammad.
"Adakah kamu sudah menjadi gila dengan mengakui agama Islam sebagai agama kamu,!" tengking suaminya dengan nada marah.
"Saya tidak gila tapi beriman pada Allah dan rasulnya," jawab Ummu Sulaim dengan tegas.
Kemudian Ummu Sulaim mengajar anaknya Anas mengucap dua kalimah syahadah. Anas bin Malik menurut perintah ibunya lalu mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar. Malik menjadi berang dengan tindakan Ummu Sulaim itu dan memarahinya.
"Jangan kamu rosakkan anak saya!," jerit Malik dengan nada geram.
"Saya tidak merosakkan anak kamu," balas Ummu Sulaim dengan tenang.
Malik bin Nadir keluar dari rumahnya dengan perasaan tidak puas hati. Dia tidak faham mengapa isterinya sanggup meninggalkan agama nenek moyangnya yang menyembah berhala lalu menerima agama Islam.
Hatinya panas dan geram dengan apa yang sudah berlaku di rumahnya tadi. Akhirnya dia membuat satu keputusan drastik setelah berfikir panjang.
Tak tahan "Saya tak tahan dengan sikap isteri saya. Saya akan tinggalkan mereka berdua di Madinah dan berhijrah ke Syam". Malik bin Nadir memulakan perjalanannya ke Syam.
Apabila tiba di Syam, Malik terserempak dengan musuhnya. Musuhnya yang ingin membalas dendam telah menikamnya sehingga mati. Berita kematian Malik akhirnya tiba di telinga Ummu Sulaim dan dia berjanji tidak akan bernikah selagi Anas tidak meningkat dewasa.
Apabila Anas memasuki alam dewasa, Abu Talhah al-Anshar datang melamarnya. Namun lamaran Abu Talhah ditolak oleh Ummu Sulaim kerana dia masih belum memeluk agama Islam.
Walaupun lamaran Abu Talhah ditolak, dia tidak berputus asa. Dia melamar Ummu Sulaim buat kali kedua. Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Talhah sekali lagi kerana hatinya masih belum terbuka memeluk agama Islam.
"Dengar sini Abu Talhah, adakah kamu tidak sedar bahawa apa yang kamu sembah itu adalah ukiran kayu yang tidak dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kamu?
"Apabila kamu menyalakan api di sekelilingnya, sudah pasti mereka hangus terbakar. Tidakkah kamu malu untuk menyembah semua itu? Jika kamu sedia memeluk agama Islam, maka saya bersedia untuk bernikah dengan kamu. Saya tak mengharap mas kahwin selain kamu menganut Islam," jelas Ummu Sulaim.
Setiap kali Abu Talhah melamar Ummu Sulaim, jawapannya sentiasa sama iaitu Abu Talhah harus memeluk agama Islam sebelum bernikah dengannya.
Lama kelamaan jawapan Ummu Sulaim mempengaruhi fikiran Abu Talhah sehingga dia memeluk agama Islam. Ummu Sulaim gembira mendengar berita itu lalu bersetuju untuk menikahinya.
Ummu Sulaim tidak meminta mas kahwin melainkan Abu Talhah memeluk agama Islam.. Ummu Sulaim memperoleh mas kahwin yang lebih mulia dari mana-mana wanita pada ketika itu. Mas kahwinnya adalah Islam.
Ummu Sulaim turut serta dalam Perang Uhud bersama Aishah binti Abu Bakar. Mereka berdua mengangkut air di atas bahu lalu membahagikan kepada pasukan tentera Islam yang bertempur di medan peperangan.
Setiap kali kehabisan air, Ummu Sulaim dan Aishah mengangkut air kembali untuk diberikan kepada tentera Islam yang kehausan.
Ketika Perang Hunain meletus, kaum wanita juga bergabung dengan pasukan tentera Islam untuk memerangi pihak musuh.
Nusaibah membawa pedang pada tangannya dan Ummu Sulaim membawa pisau belati yang diikatkan pada pinggangnya. Hatinya bergelora berperang walaupun pada ketika itu dia mengandungkan Abdullah bin Abu Talhah.
"Saya tak berani nak menunggang unta dalam keadaan sebegini. Seandainya saya terjatuh, ia bahaya pada kandungan saya," bisik hati kecil Ummu Sulaim yang merapatkan mukanya ke badan unta. Tangan dimasukkan ke jalinan bulu yang diikatkan di hidung unta bersama tali kendali.
"Ya Rasulullah, Ummu Sulaim datang membawa pisau belati di pinggangnya, " ujar Abu Talhah kepada Nabi Muhammad ketika Ummu Sulaim menghampiri mereka.
"Untuk apa pisau belati itu," tanya Nabi Muhammad dengan nada hairan.
"Jika ada pihak musuh yang mendekati diri saya, maka saya akan robekkan perut mereka dengan pisau belati ini.
"Saya akan bunuh orang-orang Islam yang cuba melarikan diri daripada melindungi diri mu Rasulullah sebagaimana kamu membunuh orang-orang yang menentang kamu kerana mereka hanya layak untuk dibunuh," jawab Ummu Sulaim lalu memegang pisau belatinya.
"Sesungguhnya Allah memberikan kecukupan dan kebaikan, wahai Ummu Sulaim," balas Rasulullah sambil tersenyum mendengar jawapan Ummu Sulaim itu.
Begitulah kisah seorang wanita yang menyerahkan anaknya untuk dijadikan pelayan kepada Nabi Muhammad. Dia tidak gentar atau takut dengan suaminya yang memarahinya memeluk agama Islam.
Dia hanya berkahwin dengan Abu Talhah setelah memeluk agama Islam. Mas kahwinnya adalah agama Islam. Walaupun dirinya sedang mengandung, Ummu Sulaim tetap menyertai Perang Hunain bagi menegakkan agama Islam.

Wednesday, May 27, 2009

Kawan Sejati


"Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."


p/s : Mntk maaf, simple je.

Monday, May 25, 2009

Did you know?

1. The body's strongest muscle is our tongue.
2. Butterflies taste with their feet.
3. A cockroach can live 9 days without it's head.It only dies because it can't eat.
4. The muscles in your heart have the strength to shoot your blood 10 metres in air.
5. Starfish have no brains.

Sumber : Taman2 Syurga

Thursday, May 21, 2009

Diam Tanda Setuju

Hadith :
Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:”Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan gadis itu?” Rasulullah menjawab:”Jika dia diam sahaja.”
(Bukhari)


Huraian
Tabi’inya seorang perempuan sangat memerlukan seorang lelaki yang boleh melindunginya dan menjaga kemaslahatannya. Oleh itu seorang gadis adalah orang yang lebih berhak dalam persoalan perkahwinannya dan seorang ayah atau wali kepada gadis tersebut tidak boleh meremehkan pendapatnya serta mengabaikan persetujuannya kerana bagaimana mungkin seorang lelaki itu disifatkan dapat melindungi isterinya jika dirinya sendiri tidak disukai oleh isterinya. Begitu juga seorang ayah tidak boleh memperlambat-lambatkan perkahwinan anak gadisnya jika sudah ternyata ia telah dipinang oleh seorang lelaki yang baik, beriman dan berakhlak mulia. Maka, setelah membuat perbincangan, wali si gadis hendaklah menentukan sama ada mahu menerima sesuatu pinangan atau tidak dan sekiranya gadis tersebut tidak tahu membuat keputusan, eloklah menyerahkan perkara itu kepada walinya kerana pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya sendiri di mana wali yang baik akan memilih lelaki yang baik juga untuk anaknya.

Sumber : JAKIM

Wednesday, May 20, 2009

BERHATI-HATI MENJAGA HATI


الا وان في الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا وهى القلب

" Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! ianya hati"

( HR:Bukhari &Muslim )


Sepertimana penyakit zahir yang menyerang tubuh badan kita yang berpunca dari bakteria, kuman dan virus secara perlahan dan berperingkat yang mampu menjadi kronik dan akhirnya menjadi asbab kepada kematian.

Maka begitu jugalah dengan hati kita yang sentiasa diserang virus, bakteria dan kuman dosa yang mampu menjadi tenat secara beransur-ansur dalam berbagai peringkat sehinggalah mematikan hati kita.


Peringkat kuman dosa yang merosakkan hati :

1) Merasa bersalah bila berbuat dosa

Pertama kali melakukan dosa, hati rasa menyesal, bersalah dan resah, kerana perbuatan jahat adalah sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang tercipta dalam kesucian.


2) Merasa biasa bila berbuat dosa

Namun rasa berdosa tidak bertahan lama apabila dosa diulang-ulang. Rasa berdosa akan hilang sedikit demi sedikit dan hati sudah terbiasa dengan kehadiran dosa. dulu, bila berdosa temannya airmata tapi sekarang alah bisa tegal biasa. Hati rela dan tega dalam dosa.


3) Merasa seronok bila berbuat dosa

Dosa itu kuman disalut keindahan. Sesudah hati terbiasa dengan dosa maka timbul rasa seronok melakukannya. Rasa ketagih, gian, kemaruk mengulangi dosa. Dosa sudah bertukar dari racun menjadi nikmat. Dosa kini sudah bertakhta didalam dada.


4) Menjadi pembela kepada Dosa

Inilah nafsu yang tak pernah puas, begitu juga syaitan yang berjuang menghasut manusia tanpa kendur dan mundur. Dari rasa berdosa, kemudian biasa dengan dosa, kemudian seronok berbuat dosa dan akhirnya menjadi pejuang dan pembela dosa. Mereka sudah ditahap kritikal kerana mereka mempromosi, menjadi duta kepada dosa. Jika ada ahli agama menegur, maka mereka sedia bangun mempertahankan serta membela perlakuan dosa mereka.


" Hati semakin sakit, semakin keras, menjadi buta, menjadi barah membawa virus munafiq, syirik dan kafir dan akhirnya hati mati "

" Oleh itu hendaklah kita berhati-hati menjaga hati "


Firman Allah : Al-Isra' ayat ; 72ومن كان في هذه أعمى فهو فى الأخراة أعمى واضل سبيلا

" Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya. "


By ustaz Amran

Monday, May 18, 2009

Kucing mati..


Salam..


Hari ni kucing mati.Kucing tu kecik lg,anak kucing la kirenye.

Comel sgt2.

Sbnrnye ia bknlah kucing peliharaan,ia dtg scra tiba2 kt rmh ana.

Adk bongsu ana tu suke sgt kucing,tmbh lg anak kucing.

Ana pun suke jgk kucing.Lgpun, tgk album masa ana kecik2,masa umur 1 thn,ade gmbr ana main2 ngan ank kucing.Sampai skrg ade lg..


Tup2,boleh dikatakan kucing tu baru je dtg.Ade la dlm 2 minggu,mungkin?

Xtw la mana mak dy,tp. dy cam hidup sekor2 je.

Adk ana pun main2 ngan dy.


Ade skali tu, ana tgh basuh pinggan,tibe2 dgr ade kucing gaduh.

Kuat jgk bunyinye.

Then,adk ana bgtw ana, " Along,tgk ni !", katanye smbil menunjukkan tisu yg berlumuran darah.

Ana terkejut.Adk ana ckp la yg darah kt tisu tu,darah ank kucing tu.Kepala dy berdarah sebab

dicakar oleh kucing yg lg sekor tu.Kucing tu besar,confirm anak kucing x berdaya melawannye.


Ana kesian sgt tgk kucing tu,adk ana nk pegang dy pun, dy xnak sbb kepala dy sakit.

Masa tu, ana xtw nk buat ape.Sampai la mak ana dtg tgk kucing tu n pegi amk minyak gamat n sapu kt kepala dy.


Esoknye, Alhamdulillah tgk kepala kucing tu dh sihat ckit.

Tp. xlame lps tu,tibe2 dy sakit leher.

Dy sakit leher smpai xleh nk jalan.Kalo dy cube bangun nk jln,mesti dy jatuh terjelepok balik.

Ya Allah,ana sgt2 kesian.

Tgk keadaan dy yg sakit tu,mak ana bancuh la susu kt kucing tu.Ana n adk2 yg len bg la kucing tu minum.

Waktu mlm,adk2 laki ana pegi selimutkan dy sbbnye cuaca kt luar tu sejuk.

Sambil2 tu, ltk la susu kt tepi dy.

*Nak bwk msk dlm rmh,xleh, sbb dulu dy penah 'melepas'.

Dlm hati ana," Mana la mak ank kucing ni?"


Bla3..td ana balik sek.Adk bgsu bgtw ana yg kucing tu dh mati.

Hanya Allah je tw cmne perasaan ana.

Sedih mmg sedih tp. x de la smpai menangis.

Apepun, ana bersyukur sbb sekurang-kurangnya ana dpt bagi sesuatu kt ank kucing tu.

-Bg makan ikan, belai2 dy n bg minum susu-

Lgpun, dlm Islam pun,kita dianjurkan mengasihi haiwan jgk kan?

Peliharaan Allah =)


Jauh di sudut hati, ana fikir, sejak dr dy kena cakar ngan kucing 'dewasa' tu,

dy terus sakit.

Jd dgn menggunakan ilmu biologi ana yg masih sikit nie, ana buat persepsi sendiri.

Apakah kucing tu mati sbb cakaran kucing tu (melalui kuku kucing 'dewasa' tu) ada kuman2 (foreign molecule) n kuman tu msk dlm bdn ank kucing tu melalui kepala n meng'effect'kan immune system ank kucing tu?

Ana xpsti btl ke x persepsi ana ni tp. ana rasa mesti ade kaitan dgn immune system ank kucing tu.


Apepun, kematian itu terletak di tanganNya.

Allah Maha Mengetahui.


*Gmbr sekadar hiasan (tapi lbh kurang cm2 la mukenye).


Saturday, May 16, 2009

Renungkan...

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab-

Thursday, May 14, 2009

Dengki Dan Iri hati Biarlah Pada Tempatnya

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.(Riwayat Hadith al-Bukhari)

HURAIAN
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Monday, May 11, 2009

AWASI BICARA ANDA

Perkataan itu, sekali di ucapkan tidak kembali lagi.
Berhati-hati bila berbicara,
dari tutur bicara dapat membuat anda bahagia atau pun sengsara.
Setiap sesuatu mempunyai perhiasan, perhiasan kata-kata adalah kata-kata yang benar.
Bergurulah pada kebijaksanaanmu sendiri, sesuaikan perbuatanmu dengan
perkataanmu dan perkataanmu dengan perbuatanmu.
Jangan mengucapkan kata-kata yang menyebabkan engkau perlu meminta maaf.
Perkataan seseorang itu adalah tanda keutamaannya dan jurubahasa bagi akalnya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

"Sungguh seseorang berbicara dengan kata-kata yang diredhai dan disukai
ALLAH yang dia tidak menyangka kata-katanya itu memperoleh redha-Nya
hingga ALLAH menetapkan redha-Nya ke atas orang itu lantaran kata-katanya
hingga hari qiamat. Dan sungguh seseorang akan berbicara dengan kata-katanya
itu dapat menyebabkan kemurkaan-Nya, maka ALLAH menetapkan murka-Nya
keatas orang itu akibat kata-katanya hingga hari qiamat. "

HR. Ahmad dan al- Tirmizi

Friday, May 8, 2009

Penentangan dan penyembunyian bukti oleh Yahudi dan Nasrani

Penentangan dan penyembunyian bukti oleh Yahudi dan Nasrani

ATAU patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishaq, dan Ya'qub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telah pun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberkan Allah kepadanya?" Dan( ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan. (al-Baqarah: 140)

Huraian

Golongan Yahudi dan Nasrani mendakwa bahawa Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'qub dan anak cucu mereka adalah beragama Yahudi atau Nasrani, sedangkan Allah SWT lebih mengetahui bahawa nama Yahudi, Kristian, Nasrani atau Maseh itu belumlah dikenal pada zaman nabi-nabi ini masih hidup tetapi setelah mereka mati dan diberi nama oleh anak-anak murid mereka.

Golongan ini sesungguhnya lebih mengetahui bahawa ajaran agama mereka yang sejati yang dibawa oleh Nabi Musa ataupun Nabi Isa as ialah menyembah Allah yang Maha Esa.
Namun demikian mereka tetap menyembunyikan dan melakukan pemalsuan dan penambahan terhadap kitab-kitab mereka sehingga mengubah daripada pokok ajaran yang asal daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah tetap mengetahui perbuatan mereka ini dan tidaklah lepas daripada penglihatan Allah dan manusia juga lama kelamaan pasti akan nampak penyelewengan dan pencerobohan yang dilakukan oleh kaum ini sehingga agama mereka akan ditentang
dan perpecahan di kalangan mereka sendiri akan tambah berleluasa.

Kesimpulan

Setiap agama samawi yang diturunkan adalah berasal daripada ajaran Allah tetapi golongan Yahudi dan Nasrani ini telah menyelewengkannya daripada ajaran yang asal sehingga mereka sanggup menyembunyikan bukti-bukti yang menyatakan mereka terlibat dalam hal penyelewengan tersebut dan menyangka bahawa mereka selamat sedangkan Allah SWT Maha mengetahui dan kebenaran pasti akan diketahui juga akhirnya.
lDisediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Thursday, May 7, 2009

Kesilapan dalam solat sering dipandang remeh

Sebelum solat – dalam azan muazzin atau lebih dikenali sebagai bilal, mereka melakukan dua kesalahan secara tidak sedar. Walaupun tidak sedar, lafaz azan itu sudah tidak memberi makna dan maksud yang sebenar.

1. “Asy-hadu an la ilaha illah” – mungkin kerana mereka membacanya berdasarkan huruf rumi maka dibunyikan “Asyhadu” dengan assyadu. Perkataan ini tidak memberi apa-apa makna dan tidak menepati lafaz syahadah yang wajib dibaca.

2. “Lailaha illallah” dipanjangkan “ha” pada perkataan “ilaha” menjadi ilahaa. Perkataan ini juga tidak memberi apa-apa makna.
Jadi, semua bilal dan orang yang hendak mengalunkan azan, eloklah membuat latihan menyebutnya agar tidak terus tersilap. Ingatlah azan mengajak orang ramai kepada solat, tetapi kalau tersalah sebut, panggilan itu tidak dinilai oleh Allah.

Selain itu suka diingatkan juga bahawa, waktu untuk azan adalah ditentukan oleh muazzin manakala untuk melakukan solat hendaklah ditentukan oleh imam. Maka dalam hal ini bilal perlu memastikan iman bersedia dan mendapat keizinannya.

Waktu solat – terdapat beberapa orang susah hendak masuk niat untuk memulakan solat. Kadang-kadang dia terpaksa mengangkat takbir berkali-kali untuk membolehkan niatnya masuk pada waktu itu. Sikap atau tabiat itu menjadi sebab terlambatnya dia mengikut imam. Padahal niat adalah kerja hati yang datangnya bagaikan angin lalu sahaja, tidak perlu mengambi masa yang panjang.

Mengikut hukum fiqah, apabila seseorang itu mengangkat takbir dengan niat yang betul, takbir dan niat itu sudah diterima. Maka kalau dia mengulangi kali kedua, maka takbir kedua itu menyebabkan solatnya terbatal. Jadi, apabila dia meneruskan solat dengan takbir itu, solatnya tidak dikira oleh Allah. Oleh sebab itu dia perlu ulangi takbir dan niat baru, yang ketiga.
Selain itu takbiratul ihram iaitu dengan menyebut “Allahu Akbar". Lazim yang berlaku dalam kalangan umat Islam ialah mereka memanjangkan “baar” pada perkataan akbar. Dengan memanjangkan “akbar” itu tidak lagi memberi makna “Allah Maha Besar”. Jadi berhati-hati menyebutnya.

Seterusnya dalam membaca surah al-fatihah, mereka terlalu sangat hendak membetulkan sebutan makhraj sehingga jadi berlebih-lebihan. Antaranya ialah membaca “alhamdulillah” ditekankan bacaan pada alham sehingga berbunyi seperti alkham atau alhom. Ini juga telah merosakkan makna al-Fatihah yang asal.

Semasa iktidal juga terdapat kesilapan menyebut pada membaca “samiallahu liman hamidah”. Selalu juga kita dengar sesetengah orang membaca dengan memanjangkan bacaan haamidah. Dengan memanjangkan perkataan pada “ha” memberi erti wanita yang memuji - isim fail muannas. Padahal yang asalnya “hamidah” ialah feil madhi yang memberi erti memuji-Nya.

Panduan ini penting untuk diamati supaya solat yang dikerjakan setiap hari dinilai oleh Allah dengan sebaiknya.

Wallahu a’lam.

Saturday, May 2, 2009

Refresh again...

What is fertilisation?
A process in sexual reproduction whereby the male and female gametes (haploid cells) unite to form a diploid zygote.



Zygote ?
When an ovum and sperm unite, they form a zygote which will develop into an organism.





What about cleavage?
It is a period of rapid cell division following fertilisation. During this time, very little new cytoplasm is made, there is an increase in number of cells but no increase in cell mass.



Blastula ?
One of the early embryonic structures, blastula is a hollow sphere of cells that surrounds a fluid-filled cavity called blastocoel.






Gastrula ?
The embryonic structure whereby the 3 embryonic tissues ; ectoderm,mesoderm and endoderm are formed.








Organogenesis?
Process by which the ectoderm, mesoderm and endoderm develop into the organs of the organism.

Neurulation?
A part of organogenesis whereby the neural tube is formed.





Lastly, what is embryo?
The developing multicellular organism between fertilisation and birth is called the embryo.




~ Biology, Volume 2, STPM ~


















































































































































































































Friday, May 1, 2009

Refresh my Biology...

Timeline of human foetal development







Day 1 : fertilisation

Day 6-9 : implantation into mother's uterus
















Week 2 : 3 layers of cells - ectoderm, mesoderm and endoderm are formed





















Week 3 : rudimentary heart beating














Week 8 : unborn embryo called a foetus







Week 19 : minimum age for a baby to be born and survive


Week 38 : baby ready to be born, lungs are fully functional

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...