Promo ! Klik Ler..

Wednesday, December 30, 2009

Bang, saya dah berhenti couple, tapi…

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.


Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.



sumber : http://www.langitilahi.com/  Saudara Hilal Asyraf

Tuesday, December 29, 2009

Apa yang penting ? Kerjasama !

HADIS

Daripada Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah saw bersabda : "Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai, samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam. "

TAKHRIJ HADIS

Hadis ini Mutaffaq 'alaih dan diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab Adab 6011, Muslim dalam Kitab al-Bir 86, Imam Ahmad dalam Musnadnya 4/270.

PENGAJARAN HADIS

Kerjasama wujud dan berkembang dalam suasana kehidupan yang harmoni dan stabil. Kehidupan begini berpunca daripada kemesraan berkomunikasi, kemesraan kecintaan dan kasih sayang serta saling bersimpati. Kejayaan Rasulullah saw melahirkan masyarakat harmoni dan simpati dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana kerjasama dalam masyarakat kini.

Gambaran sebuah masyarakat yang bekerjasama dan saling membantu yang diasaskan oleh Rasulullah saw antaranya ialah wujudnya keadaan bersimpati antara anggota masyarakat, bak kata pepatah, "Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit. "

Kerjasama menjadi amat penting khususnya dalam menjayakan satu-satu misi sama ada kenegaraan atau kemasyarakatan. Dengan kerjasama, sebarang yang sukar dan susah bahkan dianggap hampir mustahil menjadi amat mudah, senang dan pantas diselesaikannya.Perhatikan peperangan Khandak atau Ahzab yang berlaku pada tahun 5 Hijrah. Antara tentera musyrikin Makkah bergabung dengan qabilah arab, jumlah kekuatannya hampir 10000 orang cuba menyerang Madinah yang jumlah tentera Islam hanya 3000 orang sahaja. Tetapi dengan strategi yang diinovasikan oleh salman al-Farisi dengan cara menggali parit, Rasulullah saw telah membahagikan jarak galian untuk beberapa orang secara kerjasama. Ianya dapat disiapkan dalam masa beberapa hari sahaja. Akhirnya umat Islam dapat menjadikan parit tersebut sebagai benteng daripada kemaraan musuh sehingga datangnya pertolongan Allah apabila diterbangkan segala khemah dan pulanglah kaum musyrikin dalam keadaan hina dan patah semangat. Inilah berkat kerjasama.

AL-QURAN

Firman Allah swt dalam surah Al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

Al-Akhfash berkata : "Ia merupakan pemutus dari awal kalam iaitu perintah kepada semua makhluk utntuk melaksanakan ta'awun atas kebajikan dan taqwa serta menggalakkan sesama mereka untuk melakukannya." Ini bertepatan dengan hadis nabi saw yang bermaksud : "Yang menunjukkan ke arah kebaikan sama seperti pembuatnya."

Al-Mawardi berkata : " Allah menggalakkan pelaksanaan ta'awun dengan kebajikan dan disertakannya dengan taqwa kerana pada taqwa terdapat keredhaan Allah dan pada kebajikan terdapat keredhaan manusia. Justeru sempurnalah kebahagiaan dan umumlah nikmatnya."

Firman Allah swt dalam surah an-Nisa' ayat 36 : " Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang musafir  yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-bangga diri."

Al-Qurtubi berkata : " Ijma' ulama bahawa ayat ini daripada muhkam yang muttafaq 'alaih." Tiada padanya sesuatu yang mansukh. Begitu juga daripada semua kitab. Kalaulah tiada demikian, nescaya dikenali atau diketahui hal tersebut daripada pihak akalan.

Wallahu'alam..
Dipetik dari Buku Himpunan Hadis Modal Insan karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri terbitan Telaga Biru.

Monday, December 28, 2009

Kita pasti dirisik dan ....

Pada suatu masa yang ditetapkan
Kita pasti dirisik
Pertunangan sejak azali
Di hujung hidup nanti

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut
Hantarannya sakit dan nazak
Tamu bertandang menghadiahkan esak dan tangis
Pengantin dimandikan

Dipakaikan baju cantik berwarna putih
Wangian gaharu dan cendana
Keranda jadi pelaminan
Pengantin bersanding sendirian

Diarak keliling kampung
Berkompangkan azan dan kalimah kudus
Akad nikahnya bacaan talqin
Berwalikan liang lahad

Saksi pula nisan-nisan
Siraman air mawar
Keluarga terdekat menepung tawar
Tiba masa pengantin menunggu sendirian

Malam pertama bersama KEKASIH
Di kamar bertilamkan tanah
Dan Dia menuntut janji
Sucikah kita tatkala berpadu

Pernahkah taubat sepanjang hayat
Atau terkubur bersama dosa-dosa
Dan Dia kekasih itu
Menetapkanmu ke syurga
Atau melemparkanmu ke neraka

~ Kita adalah hambaNya dan milikNya, Dia berhak mengambil hakNya pada bila-bila masa pun ~

Saturday, December 26, 2009

Bidadari syurga - Ainul Mardhiah

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada


seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang

wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah

dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri

solehah merupakan ketua akan segala bidadari-

bidadari tsb).



Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang

menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah

besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap

manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan

ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling

cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain.

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi

targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat

untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa

yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka

dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling

cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita

itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin

sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari

tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada

nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang

akan keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar

(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga

turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....



Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu

tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang

yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang

berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki

itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat

untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu

ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di

suatu

pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak

pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah

dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia

bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu

menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah

ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang

cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang

kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi

sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam

mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi

adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh

tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...

ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu

dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu

kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai

ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang

berganda-ganda cantik dari yang pertama dan

berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak

pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata

...

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan

kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu

mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum

syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun

terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan

segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu

dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada

nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah

ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang

terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu

ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut

ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu

hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu

makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu

sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi

telah

bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal

sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan

itu nabi menjawab benar...

benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat

kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk

berbuka puasa di syurga....

Wallahua'lam






Friday, December 25, 2009

Keputusan PMR Athirah

Semalam satu family gi amik result Thirah kt Ta'ayah,Ipoh.
Berdebar-debar jgk la..
Tunggu punya tunggu, akhirnya dpt jgk result..
Cikgu G yang bagi result tu,masa cikgu nak hulurkan result tu, tgk muka cikgu dh senyum2 pastu trs ckp tahniah kt thirah.
Ha,bape A ni? Aku dh takut dah.
Aku ,mak n adik2 trs la serbu tgk result Thirah.Tgk punye tgk,ada 1 B.Owh,8A1B.B nye Science.Xpe la,at least better drpd kakaknye ni,dpt 7A je,Alhamdulillah.

Apepun,Alhamdulillah kerana thirah dpt result yg cemerlang even xdpt 9A,sekurang-kurangnya hasrat aku nak tgk result adik2 aku better drpd aku akhirnya tercapai,Alhmdulillah.
Thirah ckp dy nak amik kls Thanawi mase form 4 nnti, lgpun ayah ade suruh,bgs la msk thanawi,dunia akhirat dia dpt.
Aku setuju je lgpun cukup la aku dh amik sc tulen n adik akram dh amik sc engineering, biar adik thirah amik thanawi plak.
x semestinya sumer adik-beradik kena amik satu aliran je kan? x best la..biar pelbagai,baru blh share mcm2 ilmu yg dh dipelajari,insya-Allah..

Thn nie thn peperiksaan aku n 3 org adik2ku (UPSR,PMR,SPM,STPM), yg bongsu je x,yg bongsu tggu umur ana 22,baru dia nk UPSR,huhu.
Result adik syakir upsr dh kuar - 3A.
Result adik thirah pmr dh kuar - 8A.
Tinggal result aku n adik aku si akram je lg yang tinggal iaitu stpm n spm.Aduh,takutnya.2 org adik dh dpt result yg memberangsangkan,ak?akram?
Tawakkal stlh berusaha,bykkan berdoa.

"Ya Allah,berikan kami yang terbaik,andai terbaik,jadikan kami hamba yang bersyukur,andai sebaliknya,jadikan kami hamba yang redha,insya-Allah,ameen.."


Wednesday, December 23, 2009

Sabar Dalam Taat

1. Bersabar mengawal ibadat supaya ikhlas, terhindar dari sifat riya' serta tipu daya syaitan dan nafsu.

2.Bersabar melaksanakan ibadat agar tidak malas untuk mewujudkan segala rukun dan sunah-sunahnya.Dilaksanakan dengan tata aturan yang benar disertai dengan adab dan kehadiran hati serta membuang was-was.



3. Bersabar untuk tidak menyebut dan menyebar luaskan amaliahnya (ibadat yang telah dikerjakan) baik dengan niat untuk riak ataupun untuk didengar oleh orang lain (sum'ah).

wallahu'alam

Tuesday, December 22, 2009

3 Golongan Hamba..

SALIM
Orang yang selamat iaitu orang yang hanya menunaikan ibadah fardhu dan meninggalkan maksiat.


RABIH
Orang yang beruntung iaitu orang yang menunaikan rukun fardhu dan meninggalkan maksiat, ditambah pula dengan mengerjakan ibadah2 sunat.

KHASIR
Orang yang rugi iaitu orang yang cuai menunaikan ibadah yang fardhu.

Kita berada di dalam golongan yang mana?
Ayuh, muhasabah diri kita kembali..

Monday, December 21, 2009

Menangis...

Pernah x korang menitiskan air mata kerana Allah?
Tu tandanya hati korang masih ada cahaya.
Ke korang nangis sebab benda lain?

NANGIS SEBAB BANYAK DOSA
Patutnya korang nangis sebab mengingatkan dosa-dosa yang menggunung dan mengharapkan Tuhan berikan pengampunan walaupun korang tau amal korang x seberapa.
Ke korang nangis sebab layan filem Hindi? Asal tengok nangis,asal tengok nangis.
Adoi!!

NANGIS SEBAB AMAL SIKIT
Patutnya korang nangis tengok amal orang yang bersedekah dengan ikhlas, menolong orang tanpa harapkan balasan, nangis tengok orang nangis dalam solat mereka.
Ke korang nangis sebab termasukkan note lima puluh ringgit dalam tabung derma masjid sebab sangkakan tu note singgit?


NANGIS SEBAB RINDU NABI
Patutnya korang nangis sebab x berpeluang hidup bersama nabi, tak berkesempatan menatap wajah nabi, tak tergolong dalam golongan para sahabat yang berjuang menegakkan agama bersama nabi.
Ke korang nangis sebab melecet kaki berjalan tengah panas join jemaah berarak maulidurrasul akibat dipaksa pak mentua yang sedang tengok korang dalam TV di rumah sambil makan ais krim bersama cucu-cucunya?

NANGIS SEBAB TAKUT ALLAH SWT
patutnya korang nangis sebab takut Tuhan nak panggil balik anytime walhal amal korang ciput, dosa pulak macam laut.
Nangis sebab takut kena campak ke dalam api neraka dan tak dapat cium bau syurga.
Ke korang nangis sebab takut hilang kerja, tak pass periksa, kena saman parking, tak dapat projek, kena marah cikgu, awek lari, balak curang, dompet hilang, kena lempang, sakit pinggang, gigi berlubang, ngigau kena kejar beruang, jatuh longkang dan macam2 lagilah.

Sumber : Majalah UJANG edisi Disember 2009

Sunday, December 20, 2009

Bedah..Bedah..







Bedah belalang masa lower 6..untuk taxonomy project..
Best gak dapat bedah belalang kunyit nie..
Kena berseni ckit nak bedah serangga ni..
Abdomen dia lembut + lembik..
Bau pun 'boleh tahan'..
But for me, it is a good experience coz saya sorg je yg bedah belalang ni..
hehe..
alhamdulillah,dpt jgk pengalaman..

Bedah tikus putih plak masa upper 6..
setiap org dpt satu ekor..
best3x..
digestive tikus ni lbh kurang human..
alhamdulillah, xde rase nak muntah2 ke,geli2 ke..
kata bdk sc,nk jd biologist kena la hadapi sume challenge..
huhu..

Apepun,setiap org ade pengalamannye yang tersendiri..

Wallahu'alam..


Saturday, December 19, 2009

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.



Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Abu Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.


Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.


Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.


Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.


Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.


Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.


Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.
Salam Awal Muharam.
 

 
 

Friday, December 18, 2009

Salam Ma'al Hijrah..

Salam wbt..


Alhamdulillah,syukur dipanjatkan padaNya kerana pada saat ini kita masih dapat menikmati dan mengecapi segala anugerah kurniaanNya.

Di sini ana ingin mengucapkan “Salam Maal Hijrah (1431 Hijrah)”.
Diharapkan agar kita dapat menjadikan tahun baru ini agar menjadi lebih bermakna berbanding tahun2 sebelumnya,Insya-Allah.

Pasanglah dan gantungkan azam baru kita yang baik dan suci ini agar tercapai.
Berusahalah sebaik mungkin agar azam kita tercapai pada kali ini.

Ayuhlah kita sama2 memperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik,semoga kita dapat menjadi mukmin dan mukminah yang soleh dan solehah, Insya-Allah.



~ AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR ~

Thursday, December 17, 2009

Ucapan Takziah

Bolehkah mengucapkan takziah kepada orang bukan Islam?

Takziah atau tasliyah itu adalah istilah untuk orang Islam atau beriman sahaja.Ucapan tersebut mengandungi kata-kata perangsang dan harapan yang membabitkan rahmat dan anugerah Allah SWT kepada keluarga si mati seperti, "Moga Allah SWT mengurniakan pahala dan ganjaran kepada kalian dengan semua dengan kematian ini" atau "Moga Allah SWT menjadikan dia orang-orang soleh dan seumpamanya" atau "Moga Allah SWT menerima segala amal solehnya".



Boleh dan harus mengucapkan ucapan yang menunjukkan kesedihan kita kepada keluarga si mati orang bukan Islam seperti jiran atau kenalan kita dengan ucapan atau kata-kata yang sesuai seperti, "Bertenanglah atas kematiannya" atau "Kehidupan perlu diteruskan walaupun tanpanya" atau apa jua ucapan yang sesuai.

Sumber : Majalah ASUH Disember 09

Wednesday, December 16, 2009

Jangan lupa berdehem

Johari hendak buang air kecil.Kebetulan dia sedang berada dekat dengan masjid lalu dia pun singgah di masjid tersebut.Semasa berada di dalam tandas, Johari kehairanan mendengar pengguna di tandas sebelah berdehem beberapa kali.Sesekali Johari berasa tidak selesa mendengar suara berdehem begitu.

Apakah agaknya yang sedang dibuat oleh orang di sebelah ini? bisik hatinya.Selesai menunaikan hajatnya, Johari segera mendapatkan Faizal yang menunggu di luar.Johari pun memberitahu apa yang dia dengar di dalam tandas tadi.

"Memang itulah yang perlu kita buat seasa buang air kecil,"terang Faizal."Kena berdehem dua tiga kali."

"Macam itukah? Kenapa pula?"Johari berasa seperti baru dengar perkara yang diberitahu oleh kawannya itu.

**********************************************

Rasulullah SAW menjelaskan di dalam sebuah hadis,"Bersucilah daripada kencing kerana umumnya azab kubur adalah dengan sebabnya."(Riwayat al-Darqutni)

Sementara hadis yang lain pula Nabi menyebut,"Kebanyakan azab kubur adalah daripada kencing."

Hadis-hadis tersebut secara kesimpulannya memberi kefahaman kepada kita bahawa tidak boleh sekali-kali kita memandang remeh atau memandang kecil permasalahan kencing.Ini kerana sebagaimana yang dijelaskan bahawa kebanyakan azab kubur berlaku adalah disebabkan kencing.

Rasulullah SAW pernah memacak sebatang pelepah tamar yang masih basah (hidup) di atas sebuah kuburan dengan tujuan/doa agar azab penghuni kubur itu diringankan oleh Allah.Rasulullah memberitahu,penghuni kubur itu telah diazab dalam kuburnya kerana tidak bersuci daripada kencingnya.

Tidak bersuci daripada kencing termasuklah juga kencing berdiri, kerana air kencing akan mudah mengenai pakaian.Pakaian tersebut sudah dihukumkan bernajis.Kemudian dengan pakaian itu jugalah kita bersolat, sedangkan tidak boleh bersolat dengan pakaian yang bernajis.

Oleh itu, seseorang itu perlulah memastikan kencingnya betul-betul suci sama ada dengan cara berdehem atau melurutkan kemaluannya.Dengan berbuat demikian, dapat menghindari sisa-sisa najis air kencing daripada menitis dan terkena pakaian atau anggota tubuh.Jika berlaku seperti itu, mengakibatkan ibadah seperti wudhu' dan solat tidak sah.

Jadi,perlu sekali kita ingat dan lakukan seperti yang disuruh Rasulullah SAW,"Apabila seseorang kamu kencing,maka hendaklah ia mengurut kemaluannya tiga kali."

Wallahu'alam.

Sumber : Majalah ASUH Disember 09

Monday, December 14, 2009

PANADOL berbahaya ?

Dipetik dari my mailbox..

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar daripada seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.



Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Sunday, December 13, 2009

Kasih Kekasih

Salam wbt..

Sbnrnya ini merupakan tajuk di dalam Al-Kulliyyah thn lps.
Baru hari ni terjumpa nota,jadi, ana nak berkongsi di dalam post ni.
Penceramahnya adalah Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut ustaz, cinta ini terbahagi kepada 3 :
1.Mahabbah Ijlaliyyah - Cinta yang mengagung-agungkan yakni hanyalah kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
2.Mahabbah Ikramiah - Cinta yang memuliakan,cthnya, kepada ayah,ibu,dll.
3. Mahabbah Mujanasah - Cinta sejenis yakni sesama manusia.




Cinta lahir secara spontan di mana kita tidak mengetahui bila dan di mana akan timbulnya rasa cinta kita itu.Sebagai contoh, semasa kita kecil,apabila ibu bapa kita telah mendidik dan mengajar kita tentang sifat2 Allah SWT dan menanamkan kecintaan kepada-Nya,yakni pada masa itu akan timbulnya rasa kasih dan cinta kita padaNya di mana kita sendiri tidak berasakan perasaan itu akan timbul secara spontan.
Lihatlah betapa agungnya cinta itu.

Cinta juga memerlukan pengorbanan.Contohnya pengorbanan dari segi masa di mana kita perlu mengorbankan masa tidur kita dengan bangun lewat malam untuk mendapatkan cinta Allah dengan bertaqarrub ilallah iaitu melakukan solat tahajud,hajat,tasbih,membaca al-Quran dan sebagainya.Tanpa pengorbanan, cinta itu tidak mungkin dapat digapai.

Dari konteks sesama manusia pula,perlulah diingatkan bahawa soal kasih sayang tidak boleh dipaksa kerana ia datang dan pergi dengan sendirinya.Cuba anda bayangkan jika anda dipaksa untuk menyayangi seseorang yang anda langsung tidak kenali,pastinya ia akan mengambil masa yang lama bukan? Namun begitu,ingatlah bahawa kita sesama Muslim hendaklah saling menghormati dan mengasihi.

Jika kita menyayangi seseorang, janganlah kita melakukan perkara yang seseorang itu tidak suka kita melakukannya.Misalnya,si fulan 1 sudah sedia maklum bahawa si fulan 2tidak menyukai andainya dia solat lewat tetapi dia tetap melakukannya dan ini pasti akan menimbulkan ketidaksukaan dalam diri si fulan 2,bukan?

Oleh itu,kita hendaklah sentiasa menjaga hati dan perasaan orang yang kita sayang dengan sebaik-baiknya.Sekiranya kita tidak mahu kasih sayang kita terhadap seseorang itu luntur, kita hendaklan sentiasa bersangka baik dan berfikir positif tentangnya iaitu ibubapa kita, guru2 kita, adik-beradik kita,saudara-mara kita dan juga sahabat2 kita.

Dalam kehidupan ini, seseorang itu pasti melakukan kesilapan.Andainya ibubapa kita pernah melakukan kesalahan,kita sebagai anak haruslah tidak memandang kesilapan itu sebagai suatu kesilapan yang BESAR kerana apalah sangat kesilapan itu jika hendak dibandingkan pengorbanan ibubapa kita mengandungkan kita,melahirkan kita,membesarkan kita serta memberi nafkah kepada kita.Itu adalah ssuatu yang besar harganya,amat besar nilainya dan lebih senang disebut NOTHING TO COMPARE dengan apa yang telah kita berikan.Walaupun kita membalasnya dengan apa sahaja,semua itu masih tidak cukup untuk membalas budi ibubapa kita.Subhanallaah.

Justeru itu,marilah kita memuhasabah diri kita kembali.Semoga kita dapat menanamkan dan menyalurkan rasa kasih sayang kita dengan betul.Semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya,insya-Allah.

Saturday, December 12, 2009

Carta Dosa

JASA ANDA DI DUNIA (nombor tertera)
ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT (simbol - )

1. Meninggalkan sembahyang
- Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang
- Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat
- Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang
- Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah
- Duri- duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan
- Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia
- Kemurkaan Allah bersama mu..

8. Menyakiti hati orang dengan lisan
- Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah
- Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk
- Amalan baik diambil orang

Astaghfirullahalazim..marilah kita sama-sama merenung kembali apakah yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita.

Friday, December 11, 2009

Perlukah menyebutnya ???

Salam wbt...

"Assalamualaikum dan SALAM 1M..Berita disunting oleh dot2...."
Selalunya yang ni la para DJ kerajaan duk sebut2 kat radio masa deme tgh bekerja, sama la jugak dgn para pengacara kt TV.

Hari raya lepas, ana n family gi smbhyg raya kt Pusat Pendidikan Darul Ta'alim,Ijok,Batu Kurau (tiap2 thn smbhyg raya kt sini).
Lps tu, gi la beraya kt rmh shbt2 ayah.
Masa tgh duk mkn2 tu, trdgr la ustaz ni ckp,'Sbnrnya Assalamualaikum tu dh merangkumi semuanya, x pyh la nak sebut slm 1M lg..Kita org Islam,perkataan "Assalamualaikum" tu dh mmbawa byk erti.'

Hmm,btl jgk kan?
Jika "Assalamualaikum" itu sendiri dah merangkumi segala-segalanya, perlukah nak diucapkan lagi perkataan 'salam 1M' itu?
Pendapat ana, xperlu lg nk menyebutnya.
Ini pendapat ana je.
Apapun,setiap orang bebas dengan pendapat masing-masing.

p/s : Maaf sbb post ni pendek je.

Thursday, December 10, 2009

9 Mimpi Nabi

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

"Beriman,Berilmu,Beramal"

Merdeka??

Salam wbt..

Hmm..lama ana xupdate blog ni..
Baru hari ni ade masa nak update..
Insya-Allah,hrp2 lps ni ana dpt post something kt blog ni..
Xnak la blog ni jadi mcm "Pdg jarak padang tekukur" plak..

Merdeka??
Sbnrnye hari ni ana baru hbs berjuang.Berjuang dgn krts peperiksaan STPM di sekolah yg byk mengajar erti menjadi seorang pljr,SMKE Vii, Taiping.
Hbs exam td area kul 9.45 pagi,paper Chemistry 1.
Nak kata senang, xjugak, nak kata susah pun, xjugak.
Moderate KOT?



Em,dh hbs exam ni, rase lega ckit.
Bak kata org, "Dh mrdeka".Tp. xde la rase merdeka benor,xde la rase nak 'lagha' cm org len,nk gi enjoy ke pe sume.Huhu,no3x.
Byk lg perkara menanti di hdpn.

So,byk perancangan dh dibuat.
Kalo org len,nk cari kerja,tp ana x kot.
Duk je la kt rumah,bljr masak mskn yg berat2.
Kalo tw msk yg ringan2 je,xleh gak.
Pastu,nk hafaz blk surah2 yg dh hmpir lupa.(Kt xyah dulu,ade hfz surah As-sajdah,Al-Mulk,Yaasiin,etc)
Astaghfirullahalazim..Hfz balik dan fahami mksudnya.

Ok,ilalliqa'.

Sunday, November 8, 2009

STPM

Salam wbt..

Alhamdulillah kertas MUET semalam berjaya dijawab dengan baik.
Diharapkan agar keputusan kali ni lebih baik berbanding dahulu, Insya-Allah.

19 November depan STPM dah bermula. Kertas pertama adalah Biologi kertas 2.
Tamat STPM pada 10 Disember dengan kertas terakhir Kimia kertas 1.

Justeru itu, ana di sini memohon doa restu semua sahabat agar mendoakan ana.
Jazakallahu khairan kathira buat semua =)

Moga Allah memberkati kita semua,Insya-Allah..
ilalliqa'..

Monday, October 12, 2009

Subhanallah ...

Wahai kalian semua, perasan tak kita..

Subhanallah. .waktu gempa di indonesia di
Tasik 15:04
di Padang (gempa pertama):17: 16
di Padang (gempa kedua):17:58
di Jambi:8:52:
cuba lihat surah dan ayat al-Quran berdasarkan waktu ini.

YA ALLAH MAHA BESAR ENGKAU, manusia memang menzalimi diri mereka sendiri

(cara utk baca:contoh 15:04 > rujuk surah ke 15 dalam Al-Quran dan ayat ke 4)

wallahua'alam

Sunday, October 11, 2009

Kiamat Dah Dekat Dah..Nauzubillah

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah
1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yg seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &
penyanyi wanita" - Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." -
Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -
Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon& kat Malaysia pun ada....???

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya
saja.."
- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa....

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah yg popular
skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq sbg contoh...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai" - Sahih Muslim
~ Dubaidah turun salji... Mina dah kene banjir...

Saturday, October 10, 2009

Bohong sunat ? Mana ada la...

Salam,

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri...

Masih ingatkah lagi pantun lama ini? Sejak kecil, kita sering diajar bahawa bohong adalah perbuatan yang tidak baik atau dalam istilah yang paling mudah difahami, “bohong itu jahat”. Namun dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi orang dewasa, bohong kadangkala menjadi suatu perkara yang biasa yang tidak dapat dielakkan. Namun, betulkah kita memang tidak dapat mengelak daripada berbohong?

Mengapa berbohong? Jawapan yang paling tepat, kerana mahu menyelamatkan diri sendiri daripada sesuatu keadaan! Yang biasa berlaku, kita tersepit dalam sesuatu situasi dan situasi itu berlaku kerana kelalaian atauy kesalahan sendiri. Sekiranya kesulitan itu berlaku kerana kesilapan orang lain, tentulah kita tidak berbohong kerana kita dapat mencari pihak lain untuk diletakkan kesalahan itu.

Tetapi sebaliknya apabila kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri, maka kita terpaksa mereka-reka alasan supaya kita tidka dipersalahkan. Apabila ‘terlalu bijak’, mereka-reka alasan, maka terjadilah pembohongan. Nampak mudah, bukan?

Bohong bermaksud memberitahu susuatu yang tidak benar dan kita tahu bahawa hal itu tidak benar. Atau dengan kata lain, berdusta. Dari sudut pandangan Islam, sudah tentu hukumnya haram. Jika kita memberitahu orang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu bahawa hal itu tidak benar, perbuatan itu bukanlah bohong namanya.

Jangan Berbohong

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya, “Hanya dengan satu perkara: ‘Laa Takzib! (Jangan berbohong!).’ Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu. “Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum,” fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.”

Kalangan orang munafik

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada hadis yang disebutkan di atas, dapat kita fahami bahawa pembohong dikategorikan sebagai seorang munafik dan tempat mereka dalam neraka paling bawah. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam hadis riwayat Abdullah Umar, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai empat sifat orang munafik iaitu:

Apabila diamanahkan, dia mengkhianati amanah itu
Apabila bercakap, dia berbohong
Apabila berjanji, dia mungkiri
Apabila berkelahi, dia berlaku zalim atau melampau-lampau


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah AW bersabda yang bermaksud, “Benar itu membawa kebaikan dan kebaikan tiu membawa ke syurga. Yang bercakap benar, akan ditulis benar, yang bohong akan mendorong seseorang itu kepada kejahatan. Kejahatan itu akan membawa seseorang ke neraka dan apabila orang itu bercakap bohong, maka dia akan ditulis sebagai seorang yang pembohong.”

Selain itu, hayati juga firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud, “Jangan kamu mengikuti sesuatu kamu tidak tahu mengenainya. Pendengaran dan penglihatan serta hati – semua anggota itu akan tetap ditanya mengenai segala yang dilakukannya.”

Oleh itu, secara moralnya, jika kita tidak tahu sesuatu perkara dengan jelas atau tidak sahih akan kebenarannya, jangan pandai-pandai bercakap apa-apa, kerana kita berkemungkinan boleh ditudih berbohong.

Bohong yang dibolehkan

Walaupun pada prinsipnya, berbohong hukumnya haram, tetapi dalam keadaan tertentu, Islam memberikan kelonggaran. Namun, ia bukan dalam konteks yang terlalu ketat. Rasulullah SAW ada menyatakan, seseorang yang berbohong dengan niat ingin mendamaikan orang lain atau untuk tujuan kebaikan dalam masyarakat, dia tidak dikira berbohong. Dalam suatu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak betul, kecuali dalam tiga perkara :

Ketika peperangan
Untuk mendamaikan anggota masyarakat atau organisasi yang bertelagah
Dalam perhubungan suami isteri


Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya. Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusaha untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.

Begitu juga untuk menjaga akidah, sekiranya seseorang dipaksa untuk mengucapkan sesuatu yang berlawanan dengan akidah, maka dia boleh berbohong. Namun, pembohongan itu dengan syarat, hatinya tetap dalam Islam. Hal ini mengingatkan kita kepada kisah yang menimpa Ammar Yassir yang terpaksa mengaku kembali menyembah berhala apabila dia diseksa teruk dan selspas melihat ibunya Sumayyah dan bapanya, mati ditikam Abu Jahal kerana mempertahankan akidah. Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai kedudukan Ammar selepas itu, menyatakan bahawa Ammar tetap terpelihara akidahnya kerana dia dipaksa berbuat begitu dan hal itu di luar kerelaannya.

Berkata Imam an-Nawawi yang mengulas hadis ini, “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentinga n. Para ulama telah membuat batasan bagi pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong, maka ketika itu berbohong adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya) .

Contohnya ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya) . Contoh lain kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali, jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Suami isteri berbohong

Berbohong antara suami isteri pula, hanya dalam keadaan tertentu sahaja, maksudnya dalam perkara yang tidak menyentuh prinsip. Umpamanya, suami memuji masakan isteri kerana ingin ambil hati isteri, sedangkan masakan isterinya tidak kena langsung dengan seleranya. Atau isteri puji suaminya kacak, walaupun hakikatnya suami tidak setampan mana. Tetapi asalkan dengan niat menjaga keharmonian rumahtangga dan eratkan hubungan suami isteri, hal itu dibenarkan.

Kelonggaran dalam berbohong diistilahkan terutamanya oleh orang Melayu sebagai ‘bohong sunat’. Hakikatnya, dalam Islam tiada istilah ‘bohong sunat’, yang ada hanya kelonggaran yang diharuskan dalam keadaan tertentu. Sekiranya dapat mengelak daripada bohong, hal itu lebih digalakkan. Justeru, kelonggaran yang diberi atau dibenarkan untuk berbohong harus digunakan secara tepat untuk menyelesaikan hal rumahtangga.

Namun sebenarnya ramai yang menggunakan kelonggaran ini untuk tujuan yan gsalah. Umpamanya suami berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri dan mengambil pendekatan ‘bohong sunat’, kononnya supaya mereka suami isteri tidak bertelagah.

Berbohong satu pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafik. Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Jangan dibudayakan

Dalam konteks hubungan majikan atau ketua denga para pekerja, bohong boleh berlaku jika majikan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengenai pentadbiran syarikat yang merosot. Tetapi jika majikan berbuat demikian kerana tidak mahu para pekerja bimbang dan pada masa yang sama ingin mencari jalan untuk membaiki keadaan, hal itu dianggap satu kelonggaran.

Namun sekiranya keadaan gagal dikendalikan, tidak wajar majikan atau ketua terus berbohong dan menyembunyikan hal sebenar keran itu seperti menganiaya pekerja.

Tidak kurang juga yang sering berlaku dalam organisasi, perbalahan sesama pekerja yang mungkin akan membawa mudarat jika tidak ditangani dengan segera. Justeru, jika pembohongan tertentu dapat menyelamatkan keadaan dan mewujudkan keharmonian sesama pekerja, ia dibolehkan.

Namun, bohong jangan dibudayakan kerana ia lambat-laun akan merosakkan keharmonian dan boleh meruntuhkan masyarakat. Walaupun ada kelonggaran berbohong, jika boleh dielakkan, adalah lebih baik dielakkan!

Friday, October 9, 2009

Bila al-quran mula berbicara



Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...... ........
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu yang mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku..

Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu..... ....
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.... .
kubur yang setia menunggu mu.......... .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

One obstacle finish..

Salam wbt..

Speaking dh hbs.Bak kata teacher Szeto,"One obstacle finish."
Satu halangan dah lepas.
Skrg utk MUET tinggal written exam je.
Reading,Writing and Listening.
Hari Sabtu 7 november 2009.

Hmm..Speaking hari tu,Alhamdulillah ana rasa ok la,better dr yg sblm ni.
Kalo nk bandingkan soalan yg ana dpt antara Mei ngan Oktober ni, rasanye Oktober ni lg senang.
Kalo dulu dpt soalan "Who should be given a priority in getting a donated organ?" dan ana candidate D,kena ckp ttg point,adus,terlupa pulak.Tapi ana rase point tu agk tough la.
Kalo yg Oktober ni dpt soalan, "What makes a good team leader?"
Sekali lg, ana candidate D kena bahas ttg point "A good team leader should be fair and open-minded."
Ana 'agak' lega jgk coz dpt point tu, at least tau jgk mksd phrases tu.
Tapi....ana still xpuas hati.
Dah dpt point senang, tapi xberpeluang nak melontarkan idea2 yang ana ada dalam task B coz ada sorang candidate ni, dy ckp byk smpai ana n 3 kwn lain xdpt nk ckp byk.
Kitorang nk interrupt pun,dy still ckp lg point dy.
Alahai....

Xpe, xpe..
Nnti written exam nnti ana n kwn2 ana buat yg terbaik.
Orang Melayu Islam pun boleh berjaya tau.
We'll see.

~Don't give up~Work harder~Work smarter~

Paling penting,niatkan semua ni lillahita'ala =)

Sunday, October 4, 2009

MUET (Speaking ...)

This Wednesday, I'm going to sit for MUET paper 2,Speaking.
7th. of October 2009.
I hope I'll perform better than the mid-year one.
I hope I'll achieve band 4/5/6 this time.
Even some of my friends said that band 3 is OK,but I'm still don't satisfy with the result.

Come on Afiqah !! Make sure you speak better than the previous one, ok?
Chaiyok2!!
Ma'an Najah =)

Monday, September 28, 2009

Ganjaran rezeki berganda jika perkukuh silaturahim

Oleh Nawawi Subandi

Hubungan baik bolehkan berkongsi ilmu serta kebaikan, raih kekuatan kesatuan keluarga

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya."

Kaum kerabat yang dimaksudkan dalam persoalan ini adalah kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk, anak dan memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat.

Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Firman Allah yang bermaksud: "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara." (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Perkara yang ditekankan dalam menjalinkan silaturahim ialah menyambungkan hubungan dua pihak sudah terputus atau mengalami masalah (krisis).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang terputus." (Hadis diriwayatkan al-Bukhari)

Jalinan silaturahim paling utama dan dituntut adalah menjalinkan hubungan baik dengan kedua ibu bapa. Malah, ia adalah suatu yang wajib berdasarkan dalil jelas.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidak ada yang disesatkan oleh Allah kecuali orang yang fasik, (iaitu) orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Baqarah, ayat 27)

Al-Imam ath-Thabari berkata: "Pada ayat ini, Allah menganjurkan hamba-Nya supaya menjalinkan hubungan kekeluargaan dan dengan orang yang memiliki hubungan rahim, serta tidak memutuskannya. "

Rasulullah SAW menyatakan bahawa menjalinkan hubungan silaturahim memiliki hubung kait dengan keimanan terhadap Allah dan hari kemudian seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturahim. " (Hadis riwayat al-Bukhari)

Malah, dengan menjalinkan hubungan silaturahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Sementara orang yang memutuskan silaturahim, Allah akan menyukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkatan kepada harta dimiliki.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silaturahim. " (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Tidak masuk syurga mereka yang memutuskan silaturahim. " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menjalin hubungan silaturahim dengan ahli keluarga dapat dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya mengunjungi ahli keluarga yang dimaksudkan, tidak lupa bertanyakan khabar, bantu membantu, saling sayang menyayangi serta meraikan kegembiraan mereka.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlulah sentiasa dilakukan bertepatan dengan petunjuk Allah dan sunnah Rasul-Nya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir atau fasik, jalinan kekeluargaan dapat dilakukan dengan nasihat yang baik serta memberi tunjuk ajar selain berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Menjalinkan silaturahim memiliki begitu banyak manfaat antaranya sebagai usaha melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, merapatkan hubungan dan peluang dakwah yang lebih baik.

Hubungan baik juga membolehkan berkongsi ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah.



Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya: "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi SAW bersabda: Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan- Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturahim. " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 1)

Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa' berkata: "Allah menggandingkan antara saranan supaya bertakwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang daripada memutuskan hubungan silaturahim yang dengannya dapat menegaskan akan maksud betapa wajibnya menunaikan hak Allah, maka adalah wajib juga untuk menegakkan hak makhluk, khususnya yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan antara mereka, bahkan menunaikan hak mereka adalah di antara hak Allah yang sudah diperintahkan oleh-Nya."

~Wallahu'alam~

Sunday, September 27, 2009

19 tahun ?? Dah tua...



I’m using ‘aku’ in this post..

Hari ni 26 September 2009. Hari ulangtahun kelahiranku yg ke-19.
Jika diimbas 19 tahun yang lalu, ni lah tarikh aku dilahirkan melalui rahim ibuku yg ku panggil “Emak =) “.
Tepat jam 1.59 tengahari bertempat di Hospital Taiping, emakku tersayang memecah keringat dan bertungkus-lumus melahirkan aku. Segala penat lelah dan susah-payah emakku melahirkanku akhirnya berbaloi apabila aku Berjaya dikeluarkan walaupun mengalami kesukaran. Kesukaran ? Apa kesukarannya ?
Mak cakap masa nk lahirkan aku, kepala aku tersekat n x blh keluar. So, doctor n nurse2 dlm labour room tu menggunakan Vakum untuk mengeluarkan aku. Ya Allah..rupa2nya bukan senang emak nk lhrkan aku ni.
Patutlah kdg2 tu, mak ckp masa aku ni kecik2, degil. Tgk, waktu lhr pun, susah nk keluar,hu2..

Emm…mesti mak n ayah rasa seronok masa ak dilahirkan.
Ye la, anak sulung. Pasangan mana x seronok bile dpt anak, ank sulung lagi.
Yang pasti, kelahiranku disambut dengan kegembiraan oleh emak dan ayah tercinta,arwah tokki, tok, arwah tok yah, opah dan semua sanak-saudara. Masa aku dalam lingkungan 2-3 bulan, ada buat majlis berendoi, yang baby duk dlm buaian tu. Afiqah2, macam2 mak n ayah buat untuk kau. Kau sorang je yg dpt tau, adik2 xdpt pun.
Bersyukur2, Alhamdulillah..

Bla2..akhirnya aku diberi nama ‘Nur Afiqah’ yang bermaksud ‘Cahaya yang sangat berpengetahuan lagi pemurah’. Subhanallah..mendalam maksudnya tu. Insya-Allah, aku akn jadi ‘Nur Afiqah’ seperti maksud nama yang diberi, Ameen.
Asalnya mak ayah cakap nak letak nama ‘Nur Afiqah Fadhilah’ tapi tgk cam pnjg sgt, so ‘Nur Afiqah’ je la. Ok jgk pe ltk ‘Nur Afiqah’, sedap, mksud pun mendalam. Alhamdulillah, terima kasih mak, terima kasih ayah. Terima kasih sebab letak nama Along ‘Nur Afiqah’. =)

Ayah ada ckp hari tu, bila birthday kita, patutnya kita x mtk hadiah sebaliknya kita yg bagi hadiah. Bagi kt sape ?
Bagi kt mak la. Tanpa emak, mana mungkin aku dpt lihat dunia, mana mungkin aku dpt jadi seperti sekarang. Ye x ?
Besar tau pengorbanan mak.

Dah besar ni, bila birthday, cam biasa je.Bg aku, ucapan drpd ahli keluarga yg tersayang serta shbt2 dh cukup menggembirakan aku.

Nk citer ape lg ye ? Em, cukup la setakat ni dulu. Nnti idea lain dtg pulak, langsung jari2 nie x nak berhenti menari.

Ok, setakat ni sahaja, Salam wbt.

“Slmt hari lahir Afiqah. Bljr rajin2. Jgn hmpakan hrpn mak n ayah. Tunjuk contoh terbaik pada adik2. “

p/s : Thn last berumur belasan tahun (19 thn). Thn dpn, dh berumur puluhan thn (20 thn). Ingt, umur makin pendek.Bkn makin pjg.

Saturday, September 26, 2009

Dosa Berkuku Panjang



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat jemput2 pisang, uli tepung, dll.Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata,pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...