Promo ! Klik Ler..

Wednesday, December 16, 2009

Jangan lupa berdehem

Johari hendak buang air kecil.Kebetulan dia sedang berada dekat dengan masjid lalu dia pun singgah di masjid tersebut.Semasa berada di dalam tandas, Johari kehairanan mendengar pengguna di tandas sebelah berdehem beberapa kali.Sesekali Johari berasa tidak selesa mendengar suara berdehem begitu.

Apakah agaknya yang sedang dibuat oleh orang di sebelah ini? bisik hatinya.Selesai menunaikan hajatnya, Johari segera mendapatkan Faizal yang menunggu di luar.Johari pun memberitahu apa yang dia dengar di dalam tandas tadi.

"Memang itulah yang perlu kita buat seasa buang air kecil,"terang Faizal."Kena berdehem dua tiga kali."

"Macam itukah? Kenapa pula?"Johari berasa seperti baru dengar perkara yang diberitahu oleh kawannya itu.

**********************************************

Rasulullah SAW menjelaskan di dalam sebuah hadis,"Bersucilah daripada kencing kerana umumnya azab kubur adalah dengan sebabnya."(Riwayat al-Darqutni)

Sementara hadis yang lain pula Nabi menyebut,"Kebanyakan azab kubur adalah daripada kencing."

Hadis-hadis tersebut secara kesimpulannya memberi kefahaman kepada kita bahawa tidak boleh sekali-kali kita memandang remeh atau memandang kecil permasalahan kencing.Ini kerana sebagaimana yang dijelaskan bahawa kebanyakan azab kubur berlaku adalah disebabkan kencing.

Rasulullah SAW pernah memacak sebatang pelepah tamar yang masih basah (hidup) di atas sebuah kuburan dengan tujuan/doa agar azab penghuni kubur itu diringankan oleh Allah.Rasulullah memberitahu,penghuni kubur itu telah diazab dalam kuburnya kerana tidak bersuci daripada kencingnya.

Tidak bersuci daripada kencing termasuklah juga kencing berdiri, kerana air kencing akan mudah mengenai pakaian.Pakaian tersebut sudah dihukumkan bernajis.Kemudian dengan pakaian itu jugalah kita bersolat, sedangkan tidak boleh bersolat dengan pakaian yang bernajis.

Oleh itu, seseorang itu perlulah memastikan kencingnya betul-betul suci sama ada dengan cara berdehem atau melurutkan kemaluannya.Dengan berbuat demikian, dapat menghindari sisa-sisa najis air kencing daripada menitis dan terkena pakaian atau anggota tubuh.Jika berlaku seperti itu, mengakibatkan ibadah seperti wudhu' dan solat tidak sah.

Jadi,perlu sekali kita ingat dan lakukan seperti yang disuruh Rasulullah SAW,"Apabila seseorang kamu kencing,maka hendaklah ia mengurut kemaluannya tiga kali."

Wallahu'alam.

Sumber : Majalah ASUH Disember 09

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...