Promo ! Klik Ler..

Sunday, December 13, 2009

Kasih Kekasih

Salam wbt..

Sbnrnya ini merupakan tajuk di dalam Al-Kulliyyah thn lps.
Baru hari ni terjumpa nota,jadi, ana nak berkongsi di dalam post ni.
Penceramahnya adalah Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut ustaz, cinta ini terbahagi kepada 3 :
1.Mahabbah Ijlaliyyah - Cinta yang mengagung-agungkan yakni hanyalah kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
2.Mahabbah Ikramiah - Cinta yang memuliakan,cthnya, kepada ayah,ibu,dll.
3. Mahabbah Mujanasah - Cinta sejenis yakni sesama manusia.




Cinta lahir secara spontan di mana kita tidak mengetahui bila dan di mana akan timbulnya rasa cinta kita itu.Sebagai contoh, semasa kita kecil,apabila ibu bapa kita telah mendidik dan mengajar kita tentang sifat2 Allah SWT dan menanamkan kecintaan kepada-Nya,yakni pada masa itu akan timbulnya rasa kasih dan cinta kita padaNya di mana kita sendiri tidak berasakan perasaan itu akan timbul secara spontan.
Lihatlah betapa agungnya cinta itu.

Cinta juga memerlukan pengorbanan.Contohnya pengorbanan dari segi masa di mana kita perlu mengorbankan masa tidur kita dengan bangun lewat malam untuk mendapatkan cinta Allah dengan bertaqarrub ilallah iaitu melakukan solat tahajud,hajat,tasbih,membaca al-Quran dan sebagainya.Tanpa pengorbanan, cinta itu tidak mungkin dapat digapai.

Dari konteks sesama manusia pula,perlulah diingatkan bahawa soal kasih sayang tidak boleh dipaksa kerana ia datang dan pergi dengan sendirinya.Cuba anda bayangkan jika anda dipaksa untuk menyayangi seseorang yang anda langsung tidak kenali,pastinya ia akan mengambil masa yang lama bukan? Namun begitu,ingatlah bahawa kita sesama Muslim hendaklah saling menghormati dan mengasihi.

Jika kita menyayangi seseorang, janganlah kita melakukan perkara yang seseorang itu tidak suka kita melakukannya.Misalnya,si fulan 1 sudah sedia maklum bahawa si fulan 2tidak menyukai andainya dia solat lewat tetapi dia tetap melakukannya dan ini pasti akan menimbulkan ketidaksukaan dalam diri si fulan 2,bukan?

Oleh itu,kita hendaklah sentiasa menjaga hati dan perasaan orang yang kita sayang dengan sebaik-baiknya.Sekiranya kita tidak mahu kasih sayang kita terhadap seseorang itu luntur, kita hendaklan sentiasa bersangka baik dan berfikir positif tentangnya iaitu ibubapa kita, guru2 kita, adik-beradik kita,saudara-mara kita dan juga sahabat2 kita.

Dalam kehidupan ini, seseorang itu pasti melakukan kesilapan.Andainya ibubapa kita pernah melakukan kesalahan,kita sebagai anak haruslah tidak memandang kesilapan itu sebagai suatu kesilapan yang BESAR kerana apalah sangat kesilapan itu jika hendak dibandingkan pengorbanan ibubapa kita mengandungkan kita,melahirkan kita,membesarkan kita serta memberi nafkah kepada kita.Itu adalah ssuatu yang besar harganya,amat besar nilainya dan lebih senang disebut NOTHING TO COMPARE dengan apa yang telah kita berikan.Walaupun kita membalasnya dengan apa sahaja,semua itu masih tidak cukup untuk membalas budi ibubapa kita.Subhanallaah.

Justeru itu,marilah kita memuhasabah diri kita kembali.Semoga kita dapat menanamkan dan menyalurkan rasa kasih sayang kita dengan betul.Semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya,insya-Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...