Promo ! Klik Ler..

Thursday, March 27, 2008

Kita sebenarnya....



Lebih suka menyambut 1 Januari berbanding 1 Muharram,

Lebih tahu apa itu 14 Februari berbanding 12 Rabiulawal,

Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad berbanding hari Jumaat,

Lebih khusyuk mendengar lagu berbanding azan,

Lebih suka menonton tv dan tidur berbanding solat,

Lebih arif tentang artis2 pujaan berbanding nama2 Allah,

Lebih suka menyebut "Hello" atau "What's Up" berbanding "Assalamualaikum",

Lebih suka memakai cap dan 'free-hair' berbanding berkopiah dan bertudung,

Lebih suka membaca majalah2 hiburan dan komik berbanding Al-Quran dan zikir,

Lebih suka mengumpat berbanding memuji,

Lebih bangga dengan kejahilan berbanding kebaikan,

Lebih cintakan urusan dunia berbanding akhirat yang kita sendiri tidak tahu bila masanya,

tetapi...

bila orang tanya kita nak masuk syurga atau neraka..

kita pasti akan jawab, "Syurga.."

tapi..

layakkah kita??


Sama2 lah kita memikirkannya dan bermuhasabah diri kita, Insya-Allah..

Wednesday, March 26, 2008

Subhanallah,lelaki soleh..(www.virtualfriends.net)


Salam..


"Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah. Sesungguhnya dalam meniti kembara perjalanan hidup ini.

Hambamu ini tidak betah untuk hidup sendiri.

Aku memerlukan seorang insan yang boleh memimpinku menuju cahaya kebenaranMu.

Untuk itu Ya Allah. Hambamu memohon kepadaMu..

Semoga dikurniakan suami soleh..

Yang jiwanya sentiasa penuh dengan penghayatan terhadap Islam.

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya.

Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga.

Yang mengamalkan hidup kesederhanaan kerana duanianya baginya dalah rumah sementara menuju ke akhirat...."


Dan selanjutnya..


Mungkin inilah bait-bait dalam doa kita seharian..terutama bagi gadis yang bakal mendirikan rumah tangga atau pun pengantin baru.begitu tulus dan luhur sekali doa yang kita panjatkan kepadaNya.


Kebanyakkan kita apabila diajukan persoalan mengenai "apakah ciri-ciri suami yang diidamkan kepada kita ?"

Maka jawapan kita akan mengatakan..

"Semoga aku dikurniakan suami yang soleh.".


Tapi pernahkah kita terfikir.adakah suami soleh yang kita idamkan itu memenuhi keperluan hidup kita.?


Sahabat seperjuangan .

Jangan salah faham.tak salah kalau kita berdoa sedemikian malah kita dituntut untuk memohon perkara kebaikan.

Cuma yang menjadi persoalan adakah kita setanding dengan apa yang kita impikan..

Sahabat yang dirahmati ALLah,

Cuba kita lihat dalam konteks rumah tangga setelah doa si gadis mungkin telah dimakbulkan oleh Allah .

Lelaki yang dinikahi adalah seorang suami yang soleh dan amat takut kepada Allah.

Si Suami melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Salah satunya adalah mengerjakan solat.

Seorang suami yang bertanggung jawab akan menyuruh malah adakalanya memaksa si isteri mengerjakan solat.

Tetapi adakalanya si isteri liat untuk mengerjakan solat sedangkan sebelum kahwin kita kata kita mahukan suami yang soleh.

Sebagai contoh yang lain pula ialah ketika suami mengejutkan kita untuk melakukan solat tahajjud di sepertiga malam.

Si isteri yang tengah sedap-sedap tidur dikejutkan pula oleh si suami untuk sama-sama melakukan solat tahajjud.

"Apalah abang nih.."rungut si isteri.


Erm.sewaktu sebelum kahwin si gadis selalu berdoa untuk dikurniakan suami yang soleh.tetapi setelah dapat suami soleh dikejutkannya untuk solat tahajjud di marah-marahkan pula suaminya itu..Alahai..


Sahabat yang ana kasihi..

Lelaki yang soleh seperti yang kita sedia maklum amat taat kepada Allah. Menjadi tanggungjawabnya untuk membimbing anak isterinya kearah jalan kebaikkan. Islam pula mewajibkan wanitanya menutup aurat .

Oleh itu, suami yang soleh tentu sekali tidak membenarkan isterinya keluar rumah dengan mengenakan pakaian sesuka hati, atau berhias dan bermekap tebal. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini..


wahai sahabatku.tidakkah dahulu kita telah berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan kita bantah pula cakapnya.


Sahabatku..

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid dan tempat pengajian adalah 'rumah keduanya.' Pada isteri yang tidak memahami tentunya akan merungut "asyik-asyik ke masjid aje.."

Suami yang soleh juga amat taat pada kedua oranga ibubapanya.Malah tentunya khidmat dan baktinya sebagai anak kepada kedua ibubapanya melebihi dari isterinya.Keadaan ini adakalanya pada sesetengah isteri tidak senang dan cemburu jika suaminya sedemikian.Tapi kita juga yang inginkan suami yang soleh yang sentiasa taat kepada kedua ibubapanya.tapi..bila kita dah dikurniakan suami soleh kita marah dan cemburu pula.

Bagaimana dengan doa kita dulu.adakah doa kita itu sekadar doa sahaja..tidak disusuli dengan hati yang ikhlas?.


Sahabatku yang dirahmati Allah

Seorang suami yang soleh tentunya tidak akan hidup dengan bermewah-mewah.

Cukup sekadar memenuhi keperluan.

Wangnya banyak dihabiskan dalam perjuangan dakwah.

Dia pun takut untuk menerima rasuah dan membuat atau menerima sumber yang haram.

Oleh itu, tentunya si suami tidak dapat memberikan sepenuhnya kemewahan..rumah besar seperti istana..barang kemas yang menutupi tubuh.

Dalam perkara ini adakalanya kita tidak tahan dengan keadaan sebegini. Lebih-lebih lagi si gadis itu telah biasa hidup senang sebelum berkahwin.

Jika dulu kita doa mahukan suami yang soleh, tapi sekarang kita tidak tahan dengan sikapnya pula.


Sahabatku seperjuagan..

Demikianlah banyak perkara yang tidak disukai oleh isteri walaupun dulunya doanya menginginkan suami yang soleh.


Abu Mohd Jibril Abdul Rahman dalam karnyanya "Lelaki Soleh-Martabat Dan Perwatakan serta Sifat-sifatnya". Terbitan Darul Nu'man-1995, menyenaraikan 17 kriteria seorang lelaki soleh.


1. Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW

2. Jihad fisabililah adalah program hidupnya

3. Mati Syahid adalah cita-citanya yang tertinggi

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah

5. Ikhlas dalam beramal

6. Akhirat menjadi tujuan untama hidupnya

7. Sangat takut kepada Allah dan ancamanNya

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya

9. Zuhud dalam dunia tetapi tidak meninggalkannya

10. Solat malam menjadi kebiasaanya

11. Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali pada Allah

12. Sellau berinfaq samada dala kelapangan atau sempit

13. Menerapkan nilai kasih sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.

14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya

15. Sangat kuat memegang amanah, janji, dan kerahsiaan

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapai kebodohan manusia sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawwadduk penuh kepada Allah

17. Kasih sayang dan penuh pengertian pada keluarga


Berdasarkan kriteria di atas maka jelaslah bahawa suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri.

Si Isteri pula tidak perlulah mengeluh sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapat suami yang soleh mungkin sudah dimakbulkan Allah.


Ingatlah, Isteri -isteri Rasulullah SAW sendiri pernah ditawarkan kesenangan dunia atau akhirat. Maka akhirnya isteri baginda memilih akhirat.


Sahabatku... Terlebih dahulu kita seharusnya juga bermuhasabah diri kita adakah kita ini layak untuk mengimpikan suami semulia Saidina Ali Karamullah Wajhah andai diri mu tidak setaat Saidatina Fatimah Az-Zahrah..?


Kita perlu melihat kebolehan amalan dan pemikiran kita sendiri. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran bermaksud "Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah wanita-wanita yang baik dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yanga baik"..

Walaubagaimanapun ini tidaklah bermakna kita tidak boleh mendapt lelaki yang baik disebabkan kita merasakan diri kita ini tidak baik.

Manusia yang dijadikan Allah adalah semuanya baik.yang penting adalah bagaimana usaha kita untuk menjadi yang terbaik dan mempersiapkan diri kita untuk menjadi wanita yang solehah.Andai kita menganggap diri kita ini kurang baik..maka jangan kita jadikan ia sebagai batu penghalang bagi kita untuk menjadi wanita yang solehah.

Jadikan kekurangan yang kita ada itu sebagai semangat untuk kita menjadi wanita yang solehah seterusnya mengimpikan seorang suami yang soleh dalam pembentukkan keluarga impian kita..InsyaAllah.

Semoga berjaya..!!!


Demikianlah sedikit coretan untuk tatapan sahabat-sahabat seperjuangan..apa yang cuba ana sampaikan adalah peringatan untuk diri ana juga.Sesungguhnya apabila kita berkata-kata anggota yang paling hampir dengan mulut kita adalah telinga kita. Jesteru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi peringatan kepada diri kita terlebih dahulu disamping berkongsi peringatan ini kepada sahabat-sahabat yang lain.Moga Allah mempermudah jalan untuk kita.Amin. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan iman ana sendiri...maaf andai ana terkasar bahasa..Wassalam....

Renungan..moga kita bersama menghayatinya, Ukhuwah Fillah abadan abada.



Andai kau ingin berteman,

janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya.


Andai kau ingin berteman,

janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.


Andai kau inginkan sahabat yang satu,

janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahya.


Andai kau inginkan seorang teman,

janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak dapat menceriakan kau, kau mungkin akan menyalahkannya.


Andai kau ingin bersahabat,

terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa yang diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna dan tiada sesiapa sempurna tetapi bersahabatlah kerana ALLAH S.W.T.


Teman,

kerana kau sentiasa di sisi, di sini dan di hati,

tapi adakalanya kau pergi menghilang bagai bayu yang menderu-deru meninggalkan aku sepi kedinginan..membeku..


Teman,

hadirnya kau adalah peneman kawan,

adanya kau di waktu susah dan senang.


Sahabat,

wujudnya kau sebagai benteng yang kukuh, ampuh lagi hebat, seraya aku berkata,

"Janjilah padaku yang kau akan sentiasa bersamaku", tetapi aku tiada kuasa menghalang perpisahan yang di luar kawalanku,

kau kan sentiasa kuiringi bersama senyuman menguntum mewangi, melambai-lambai dari kejauhan.


Kini aku menghitung mereka yang menjadi peneman di waktu hingusan dulu, tatkala sahabatku satu persatu pergi tinggalkan aku,

masih ada yang melambai-lambai penuh mesra, menghulur salam, mengucap bicara perkenalan.


Hati memekar indah,

bersama tangan yang menghulur mesra, patah kata diucapkan, santun budi mengiringi bicara, alangkah mesranya mereka.


Kini kau bergelar sahabat,

bukan kawan bukan teman, anehnya kau hadir dalam pantas kerdipan mata, seaneh kau wujud dalam kalangan mereka yang serba asing lagi tidak diketahui, mungkin aku sengaja mengasingkan diri dan menolak segala penerimaan dan salam perkenalan,

adakah aku yang membiarkan diriku begitu?


Sahabat,

kini kau sebahagian dariku, kau kini mendiami satu sudut di hatiku bersama mereka yang kusayangi,

"SELAMAT DATANG UNTUKMU".


Walaupun kau tahu,

putaran hidup akan sentiasa sentiasa berlaku tatkala tiba masanya, namun aku tahu, kita pernah bersua dalam satu lingkungan yang bersama.


Sahabat,

kan ku simpan menjadi cenderajiwa tersemat buat selamanya.





video

Thursday, March 20, 2008

Tidak dijangka, Ku Temui Manisnya (kisah hamba Allah)




assalamualaikum...

disini saya nak ceritakan tentang pengalaman dan sedikit pengajarannya...

kisah ni berlaku dalam hidup saya bermula saya tamat spm..

saya berkenalan dengan seorang lelaki... permulaan perkenalan semua indah belaka... memang tak dapat dinafikan la..lepas tu, saya menyambung pengajian di ipts...kemudian, dia datang merisik... tapi keluarga saya membantah dengan alasan saya masih belajar.. saya akui itu.. saya juga berpendapat begitu..tapi apa yang terjadi... dia memutuskan hubungan dengan saya.


alasannya, dia dah temui perempuan lain. apa yang paling saya terkilan, perempuan tu lebih sosial, seksi... sedangkan saya tak..masa tu, ALLAH je tahu perasaan saya.. saya bertekad takkan bercinta lagi...tapi takdir ALLAH tiada siapa dapat jangka... datang seorang lelaki non-muslim yang sekadar nak menjadi sahabat..dan salam perkenalan tu saya terima..


sungguh saya tak sangka, rupanya dia bakal memeluk islam.. dan saya sangat terpegun bila dia bercakap mengenai akidah. pengetahuannya dan pegangannya pada islam sangat kuat.. pernah saya rasa kecewa dengan hidup, saya katakan padanya yang saya nak berubah. dari bertudung labuh, sya nak pakai tudung saiz standard yang kecik tu.. tapi dia jawab,

'kan cantik pakai tudung labuh...cantik yang saya maksudkan adalah cantik luaran dan dalaman.. tapi indahnya kalau cantik akidah..

'bukan bertudung labuh bermakna akidah yang bagus, tapi inilah jendela bagi aurat.. aurat pula adalah jendela bagi maksiat.. jika kita tergamak mendedahkan aurat kita pada umum, maka bermakna kita juga telah membuka jendela bagi kemaksiatan..fikir-fikirkan..tapi hubungan kami selalu mempunyai kejutan..dia meminta kami jadi kawan, dan dia akan berjumpa keluarga saya selepas saya tamat belajar..sesungguhnya takdir ALLAH tiada siapa dapat menduga..saya bersyukur kerana ALLAH temukan saya dengan dia... terima kasih ALLAH...


~ptpl terengganu 1 jan 2008~

Mana 1 tudung anda??

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Sesekali
pembaca diajak untuk 'keluar' daripada
kelaziman membicarakan isu-isu dan
politik semasa sebagai satu riadah
minda malah sebagai panduan untuk
meneruskan gaya hidup yang
berlandaskan agama mengikut tuntutan
Allah dan RasulNya.
Mungkin telah dibincang ataupun sudah
menjadi mangli bagi kaum hawa namun
sesekali eloklah direnungkan mudah- mudahan sebarang kesilapan dan
kelemahan diperbetulkan supaya
akhirnya mendapat keredhaan Allah,
menjadi wanita solehah dan muslimah
sejati.
Perbahasan berkenaan sama ada tudung
muslimah itu patut labuh atau
berbentuk tiga segi hanyalah skop yang
kecil berbanding bagaimana cara
penutupan aurat itu seharusnya
diimplikasi secara keseluruhannya
supaya menepati roh syariat yang sebenar.
Oleh itu wahai kekasihku terdiri
daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan, marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot. com):-

1.Tudung ' Mickey Mouse' -Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa
menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk
ialah apabila tudung tersebut dililit
sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit -Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through' -Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika
tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul -Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti
jambul unta.

5.Tudung 'Singlet' -Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji -Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Wednesday, March 19, 2008

Salam buat sahabat spm 2007..

Emm, keputusan SPM dah keluar..
Macam2 reaksi kwn2 kita blh tgk..
Ada yg seronok dan ada yang sedih..
Ada yg berjaya dan ada yang kurang cemerlang..
Sekarang nie, tentu kwn2 tgh sibuk isi borang upu, politeknik, maktab, upim, jpa , mara dan lain2 lg.
Aku berdoa agar diriku dan kawan2 dpt menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya berjaya mencapai cita2 yang diimpikan.
Sesungguhnya setiap manusia itu telah ditetapkan rezeki masing2 oleh Allah.
Kita sebagai hamba saja yg x tahu.
Ingat!
Segala yang Allah berikan itu adalah ujian dan Allah punya hikmah yang sgt bsr untuk diberikan kepada kita.
Allah memberikan kita ujian dan dugaan kerana Allah mengambil berat tentang diri kita.
Oleh itu, syukurilah di atas segala perhatian dr. Allah..
Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...