Salam..
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah. Sesungguhnya dalam meniti kembara perjalanan hidup ini.
Hambamu ini tidak betah untuk hidup sendiri.
Aku memerlukan seorang insan yang boleh memimpinku menuju cahaya kebenaranMu.
Untuk itu Ya Allah. Hambamu memohon kepadaMu..
Semoga dikurniakan suami soleh..
Yang jiwanya sentiasa penuh dengan penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya.
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga.
Yang mengamalkan hidup kesederhanaan kerana duanianya baginya dalah rumah sementara menuju ke akhirat...."
Dan selanjutnya..
Mungkin inilah bait-bait dalam doa kita seharian..terutama bagi gadis yang bakal mendirikan rumah tangga atau pun pengantin baru.begitu tulus dan luhur sekali doa yang kita panjatkan kepadaNya.
Kebanyakkan kita apabila diajukan persoalan mengenai "apakah ciri-ciri suami yang diidamkan kepada kita ?"
Maka jawapan kita akan mengatakan..
"Semoga aku dikurniakan suami yang soleh.".
Tapi pernahkah kita terfikir.adakah suami soleh yang kita idamkan itu memenuhi keperluan hidup kita.?
Sahabat seperjuangan .
Jangan salah faham.tak salah kalau kita berdoa sedemikian malah kita dituntut untuk memohon perkara kebaikan.
Cuma yang menjadi persoalan adakah kita setanding dengan apa yang kita impikan..
Sahabat yang dirahmati ALLah,
Cuba kita lihat dalam konteks rumah tangga setelah doa si gadis mungkin telah dimakbulkan oleh Allah .
Lelaki yang dinikahi adalah seorang suami yang soleh dan amat takut kepada Allah.
Si Suami melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Salah satunya adalah mengerjakan solat.
Seorang suami yang bertanggung jawab akan menyuruh malah adakalanya memaksa si isteri mengerjakan solat.
Tetapi adakalanya si isteri liat untuk mengerjakan solat sedangkan sebelum kahwin kita kata kita mahukan suami yang soleh.
Sebagai contoh yang lain pula ialah ketika suami mengejutkan kita untuk melakukan solat tahajjud di sepertiga malam.
Si isteri yang tengah sedap-sedap tidur dikejutkan pula oleh si suami untuk sama-sama melakukan solat tahajjud.
"Apalah abang nih.."rungut si isteri.
Erm.sewaktu sebelum kahwin si gadis selalu berdoa untuk dikurniakan suami yang soleh.tetapi setelah dapat suami soleh dikejutkannya untuk solat tahajjud di marah-marahkan pula suaminya itu..Alahai..
Sahabat yang ana kasihi..
Lelaki yang soleh seperti yang kita sedia maklum amat taat kepada Allah. Menjadi tanggungjawabnya untuk membimbing anak isterinya kearah jalan kebaikkan. Islam pula mewajibkan wanitanya menutup aurat .
Oleh itu, suami yang soleh tentu sekali tidak membenarkan isterinya keluar rumah dengan mengenakan pakaian sesuka hati, atau berhias dan bermekap tebal. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini..
wahai sahabatku.tidakkah dahulu kita telah berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan kita bantah pula cakapnya.
Sahabatku..
Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid dan tempat pengajian adalah 'rumah keduanya.' Pada isteri yang tidak memahami tentunya akan merungut "asyik-asyik ke masjid aje.."
Suami yang soleh juga amat taat pada kedua oranga ibubapanya.Malah tentunya khidmat dan baktinya sebagai anak kepada kedua ibubapanya melebihi dari isterinya.Keadaan ini adakalanya pada sesetengah isteri tidak senang dan cemburu jika suaminya sedemikian.Tapi kita juga yang inginkan suami yang soleh yang sentiasa taat kepada kedua ibubapanya.tapi..bila kita dah dikurniakan suami soleh kita marah dan cemburu pula.
Bagaimana dengan doa kita dulu.adakah doa kita itu sekadar doa sahaja..tidak disusuli dengan hati yang ikhlas?.
Sahabatku yang dirahmati Allah
Seorang suami yang soleh tentunya tidak akan hidup dengan bermewah-mewah.
Cukup sekadar memenuhi keperluan.
Wangnya banyak dihabiskan dalam perjuangan dakwah.
Dia pun takut untuk menerima rasuah dan membuat atau menerima sumber yang haram.
Oleh itu, tentunya si suami tidak dapat memberikan sepenuhnya kemewahan..rumah besar seperti istana..barang kemas yang menutupi tubuh.
Dalam perkara ini adakalanya kita tidak tahan dengan keadaan sebegini. Lebih-lebih lagi si gadis itu telah biasa hidup senang sebelum berkahwin.
Jika dulu kita doa mahukan suami yang soleh, tapi sekarang kita tidak tahan dengan sikapnya pula.
Sahabatku seperjuagan..
Demikianlah banyak perkara yang tidak disukai oleh isteri walaupun dulunya doanya menginginkan suami yang soleh.
Abu Mohd Jibril Abdul Rahman dalam karnyanya "Lelaki Soleh-Martabat Dan Perwatakan serta Sifat-sifatnya". Terbitan Darul Nu'man-1995, menyenaraikan 17 kriteria seorang lelaki soleh.
1. Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
2. Jihad fisabililah adalah program hidupnya
3. Mati Syahid adalah cita-citanya yang tertinggi
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah
5. Ikhlas dalam beramal
6. Akhirat menjadi tujuan untama hidupnya
7. Sangat takut kepada Allah dan ancamanNya
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
9. Zuhud dalam dunia tetapi tidak meninggalkannya
10. Solat malam menjadi kebiasaanya
11. Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali pada Allah
12. Sellau berinfaq samada dala kelapangan atau sempit
13. Menerapkan nilai kasih sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya
15. Sangat kuat memegang amanah, janji, dan kerahsiaan
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapai kebodohan manusia sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawwadduk penuh kepada Allah
17. Kasih sayang dan penuh pengertian pada keluarga
Berdasarkan kriteria di atas maka jelaslah bahawa suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri.
Si Isteri pula tidak perlulah mengeluh sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapat suami yang soleh mungkin sudah dimakbulkan Allah.
Ingatlah, Isteri -isteri Rasulullah SAW sendiri pernah ditawarkan kesenangan dunia atau akhirat. Maka akhirnya isteri baginda memilih akhirat.
Sahabatku... Terlebih dahulu kita seharusnya juga bermuhasabah diri kita adakah kita ini layak untuk mengimpikan suami semulia Saidina Ali Karamullah Wajhah andai diri mu tidak setaat Saidatina Fatimah Az-Zahrah..?
Kita perlu melihat kebolehan amalan dan pemikiran kita sendiri. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran bermaksud "Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah wanita-wanita yang baik dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yanga baik"..
Walaubagaimanapun ini tidaklah bermakna kita tidak boleh mendapt lelaki yang baik disebabkan kita merasakan diri kita ini tidak baik.
Manusia yang dijadikan Allah adalah semuanya baik.yang penting adalah bagaimana usaha kita untuk menjadi yang terbaik dan mempersiapkan diri kita untuk menjadi wanita yang solehah.Andai kita menganggap diri kita ini kurang baik..maka jangan kita jadikan ia sebagai batu penghalang bagi kita untuk menjadi wanita yang solehah.
Jadikan kekurangan yang kita ada itu sebagai semangat untuk kita menjadi wanita yang solehah seterusnya mengimpikan seorang suami yang soleh dalam pembentukkan keluarga impian kita..InsyaAllah.
Semoga berjaya..!!!
Demikianlah sedikit coretan untuk tatapan sahabat-sahabat seperjuangan..apa yang cuba ana sampaikan adalah peringatan untuk diri ana juga.Sesungguhnya apabila kita berkata-kata anggota yang paling hampir dengan mulut kita adalah telinga kita. Jesteru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi peringatan kepada diri kita terlebih dahulu disamping berkongsi peringatan ini kepada sahabat-sahabat yang lain.Moga Allah mempermudah jalan untuk kita.Amin. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan iman ana sendiri...maaf andai ana terkasar bahasa..Wassalam....
No comments:
Post a Comment