Promo ! Klik Ler..

Wednesday, March 26, 2008

Renungan..moga kita bersama menghayatinya, Ukhuwah Fillah abadan abada.



Andai kau ingin berteman,

janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya.


Andai kau ingin berteman,

janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.


Andai kau inginkan sahabat yang satu,

janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahya.


Andai kau inginkan seorang teman,

janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak dapat menceriakan kau, kau mungkin akan menyalahkannya.


Andai kau ingin bersahabat,

terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa yang diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna dan tiada sesiapa sempurna tetapi bersahabatlah kerana ALLAH S.W.T.


Teman,

kerana kau sentiasa di sisi, di sini dan di hati,

tapi adakalanya kau pergi menghilang bagai bayu yang menderu-deru meninggalkan aku sepi kedinginan..membeku..


Teman,

hadirnya kau adalah peneman kawan,

adanya kau di waktu susah dan senang.


Sahabat,

wujudnya kau sebagai benteng yang kukuh, ampuh lagi hebat, seraya aku berkata,

"Janjilah padaku yang kau akan sentiasa bersamaku", tetapi aku tiada kuasa menghalang perpisahan yang di luar kawalanku,

kau kan sentiasa kuiringi bersama senyuman menguntum mewangi, melambai-lambai dari kejauhan.


Kini aku menghitung mereka yang menjadi peneman di waktu hingusan dulu, tatkala sahabatku satu persatu pergi tinggalkan aku,

masih ada yang melambai-lambai penuh mesra, menghulur salam, mengucap bicara perkenalan.


Hati memekar indah,

bersama tangan yang menghulur mesra, patah kata diucapkan, santun budi mengiringi bicara, alangkah mesranya mereka.


Kini kau bergelar sahabat,

bukan kawan bukan teman, anehnya kau hadir dalam pantas kerdipan mata, seaneh kau wujud dalam kalangan mereka yang serba asing lagi tidak diketahui, mungkin aku sengaja mengasingkan diri dan menolak segala penerimaan dan salam perkenalan,

adakah aku yang membiarkan diriku begitu?


Sahabat,

kini kau sebahagian dariku, kau kini mendiami satu sudut di hatiku bersama mereka yang kusayangi,

"SELAMAT DATANG UNTUKMU".


Walaupun kau tahu,

putaran hidup akan sentiasa sentiasa berlaku tatkala tiba masanya, namun aku tahu, kita pernah bersua dalam satu lingkungan yang bersama.


Sahabat,

kan ku simpan menjadi cenderajiwa tersemat buat selamanya.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...