Promo ! Klik Ler..

Thursday, September 29, 2011

:: 2 Moduls to Go ::

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah 3 modul telah selesai.
Tinggal 2 modul shj lagi.
Esok Modul 4 > Modul Farmakologi.
Lusa, modul Praktikum.
Kemudian, sudah boleh merdeka untuk blok 9 !
(^_^)
Dan lps exam hbs, boleh la kot nak tgk citer apa2.
Release tension lah kononnya.

InsyaAllah.

Hmm..
Rindu yang sangat mendalam pada Emak,Ayah & Adik2 tersayang.
Semoga mereka semua sihat sejahtera hendaknya dan sentiasa dilindungi Allah.
Ya Allah,permudahkanlah segala urusan kami.
Hamba sangat menyayangi ibu bapa dan keluarga hamba.
Ameen ya Rab.
:)
<3

Wassalam.

- Eidulfitri 2008 *kalo x silap* :) -

Wednesday, September 28, 2011

:: Grateful to HIM ::

 Don’t think of only a few things we did not get from ALLAH AFTER PRAYING; but
Think of all those countless beautiful things that ALLAH gave us WITHOUT praying.

Let's say ALHAMDULILLAH for the things Allah swt gave to us.
HE gives us what we need :)
Thank you Allah.

Hope we will always grateful to HIM..
and
always REMEMBER HIM no matter what..
because
HE IS OUR CREATOR..
:)


Tuesday, September 27, 2011

:: 21 Tahun ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur padaNya kerana masih diberi kesempatan untuk mengecapi segala nikmat iman dan islam kurniaanNya ini.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur, ameen.


Alhamdulillah, semalam genaplah usia ana 21 tahun.
Maka, dengan rasminya ana telah genapa berumur 21 tahun.
Bertambahnya usia, maka bertambahlah tanggungjawab, bertambahlah amanah.
Dan...makin pendek umur dan makin dekat dengat KEMATIAN.
Sudah bersediakah ?
............


Terima kasih kepada semua yang bagi ucapan pada ana.
Terima kasih kepada yang x pernah lupa tarikh ini.
Terima kasih Emak, Ayah, Adik2, Saudara-mara, sahabat2 yang ana kasihi dan kenalan2 di FB.
Terima kasih lagi sekali.
Sungguh ana terharu.
Kalian menggembirakan ana :)
Tgh2 stress nak exam, wish2 tu buat ana jd kuat dan bersemangat.
Thanks ! ^_-
Tahniah kepada yang menjadi orang terawal wish ana.
Ana bangun tdor trs tgk hp dan mesej kt fb, then baru tgk wall :D
Tahniah2 jadi orang terawal.
I appreciate it.
Hohoho.
Tp x pe, wish ke x wish, x pe je :)


Terima kasih buat housemates baru kakak2 senior BADAR lagi hebat pagi pintar, Kak Tini, Kak Nabilah dan Dini atas surprise malam tadi.
Agak terkejut sebenarnya.
Hehe.
Kesian pulak kena redah hujan naik motor sbb nak beli kek dgn pizza.huhu.
No wonder la x wish pagi2 tu, rupanya ada plan lain.
:)
Housemates paling best.
Semoga ukhuwah terus disemai dan sama2 berjuang di bumi Medan ini, insyaAllah.


----------------
Tadi exam Modul 1, soalan dia semua sangat lah senang tp apakan daya, ada jgk soalan yg ana x dpt nk jwb sbb confuse. Sedihnya T_T
Tp x mengapalah, esok Modul 2 kan, buat yg lebih baik, insyaAllah.


Apa lagi ya..
Oh, Majlis suai kenal dgn junior 2011 dah habis Ahad lepas.
Dah kenal ckit2 junior2, tp serius majoriti budak2 IAIN je yg ramai.
Lps tu, bdk2 pmpuan IAIN semua mcm excited nak join program BADAR sbb program2 BADAR semua menarik.Peace !
Ni yang x sabar nak tunggu BADAR Ukhuwwah Camp Ahad depan ni.
:)
Semoga semuanya lancar, ameen ya Rab.


Ok lah, ana stop dulu ya.
Uhibbuki fillah :)


Friday, September 23, 2011

:: Berhasil ::

Assalamualaikum wbt.

Ana terpaksa jadi bidan terjun.
Esok ana kena pergi jugak program Minggu Suai Kenal bersama junior2 2011.
Jadi AJK Kerohanian.
Allah, exam Selasa ni..Cmne ni ???
T_T
Sabar lah Afiqah..
Ada hikmah tu.

Oh yaa..
Ana dah berhasil memasak Asam pedas Perak secara bersendiri tanpa bantuan sesiapa.
Emak, Along dah pandai masak Asam Pedas walaupun tanpa Emak di sisi.
Tapi, serius Along mengharapkan dan membayangkan Emak berada di sebelah Along.Hehe.
Rindu kat Emak.
Selalu kt rumah kalo masak masakan yang berkuah, mesti Mak akan tgkkan dan ajarkan sekali.
Tp ni dh duk sendiri, kena la pandai2 kan.
Lagipun semalam housemate dah masak, jd hari ni giliran ana pulak.
Esok kami semua plan nak masak Ayam Kurma la, insyaAllah ;)

Kejayaan memasak ini adalah hasil mengUSHA segala bahan2 yang digunakan Emak di rumah.
Emak, bangga x dgn Along ?
Kui3x ;)
Nanti Along balik Msia, Along nak try masak sorg2 pulak la ye.
Boleh x Mak ?
Mak yakin x dgn Along ? Hihi.

- Kalo x mencuba, manakan dapat hasilnya -
- Kalo takut untuk mencuba, sampai bila pun x kan pernah pandai -
Betul x ?

^^
Wassalam.

Thursday, September 22, 2011

:: Pengaruh ::

Assalamualaikum wbt.

Post yang kedua untuk hari ni.
Makin nak dekat exam, makin ligat pulak la kamu update ye cik Afiqah.
Ish2x..

Ok..Ana tergerak hati nak tulis tentang pengaruh sebenarnya.
Pengaruh yang berlaku pada diri ana.
Bukan untuk menunjuk tetapi untuk muhasabah diri sendiri.
Dulu ana pernah bgtw yg ana dah pindah rumah sewa kan.
Rumah kt Jl Dr Mansur.
Sekarang ana dah pindah lagi rumah sewa lain.
Cuma kali ni ana tinggal dengan akak2 senior, berbeza dgn rumah sewa sblm ini tinggal dgn kwn2.

Ada sgt banyak perbezaan antara rumah sewa lama dgn yg baru ni.
Kalau rumah sewa lama, ana jarang2 sgt solat sunat qabliyah + ba'diah.
Ma'thurat pun ana akan baca bila Asar je,sekali sekala je baca time Subuh sbb xde masa.
*Ah..alasan je tu !!! Mcm lah kau tu sibuk sgt kan.*
Tapi bila dh tinggal dgn akak2 senior yg semuanya org kuat BADAR,ana jadi segan.
Segan krn mereka semua adlh senior + semuanya berakhlak mulia + bertudung labuh + pandai.
Tapi disebabkan rasa segan itu, ana mula cuba untuk memperbaiki diri.
Ingin menjadi seperti mereka.
Ana sudah terpengaruh dengan mereka, SERIOUSLY !!!
Terpengaruh yang baik, bukan yang buruk =)

Sejak semester 1 sampai semester 2, boleh dikira dgn jari berapa kali ana berjemaah.
Mungkin sbb dulu duduk sorang2 dlm bilik, semua buat hal masing2.
*Ah..alasan lagi !*
Tapi Alhamdulillah, semester 3 ni ana dah boleh solat bersama.
Berjemaah bersama akak2.
Sbnrnya sejak sthn yg lalu, stp kali solat sorg2, ana teringat akan masa ana di Ta'ayah, solat berjemaah yg mana itu adalah perkara yg wajib dilakukan.
Lagi pula, solat berjemaah dapat 27.Banyak kan ?
Sungguh besar perbezaan antara 27 dan 1 itu.
Bila masa nak solat, ana tgk akak2 buat solat sunat.
Maka, ana pun tergerak untuk buat solat sunat sekali.
Terpengaruh !
Waktu tu hati ana berkata, "Dah lama sangat kamu x buat solat sunat ni kan ? Malunyaa.."
Malu pada Allah.
Malu pada diri sendiri.
Dan tentunya malu pada akak2 even ana x bgtw mereka *Malu*
Sungguh ana sangat teruk.
Dan sekarang stp kali habis solat Subuh dan Asar, x kira la sibuk @ x, masa tetap akan diperuntukkan untuk membaca Al-Ma'thurat.
Alhamdulillah, masa masih ada even dah digunakan untuk baca Al-Ma'thurat.
Konon sblm ni jrg2 baca wktu subuh sbb x sempat, pdhal sempat je.
Kamu je yg x pndai uruskan masa kan ?
Alahai...

Skrg selain solat berjemaah, dah boleh masak bersama.
Dah masuk rumah ni, baru lah boleh masak.
Sblm ni selalu beli kt luar je masa duk rumah lama.
Seriously masak sndiri amat menjimatkan !
:)
Alhamdulillah sejak balik sini, x de lg mtk duit drpd Ayah.
Kalo dulu, duit byk jgk hbs, tp sbb dh masak ni, duit ada lebih ckit.
Hujung2 bulan baru blh mtk kt Ayah.
X nak bebankan lagi kepala Ayah dgn soal duit.
Ayah jgn risau, insyaAllah pandai2 lah Along berjimat :)

Apa lagi yaa..
Oh..bila dah duk dgn akak2 ni, semangat untuk ditarbiyah tu jadi tinggi.
Apa yg akak ni buat, semua nak buat jgk.
Rasa ingin dapat apa yg mereka dapat.
Sekali lagi ana katakan semua ni adalah pengaruh !

Benar kan ?
Lihat sekeliling kita.
Fikirkan kembali.
Orang sekeliling cukup memberikan pengaruh yang besar pd kita kan ?
Kalo org sekeliling kita rajin solat, rajin baca Al-Quran, rajin belajar, pasti kita pun akan tergerak untuk ikut sekali kan.
Kerana apa ?
Kerana PENGARUH itu sendiri.
Kerana ingin menjadi dan meniru mereka.
Tapi...
Janganlah mudah terpengaruh dengan hal yang dirasakan x sesuai dgn jiwa kita malah yang paling penting, hal yang berkaitan dengan agama kita yakni ISLAM.
Andai ada kwn pujuk2 kita ajak pi karaoke ke, apa ke, maka jika kita merasakan hal itu bakal memberikan pengaruh yg x baik, maka janganlah ikut.
Cuba kita bayangkan kalau time kita ikut pergi karaoke tu dan tiba2 Allah cabut nyawa kita dalam pusat karaoke tu, mcm mana ?
Kita pasti x mahu dalam tempat seperti itu kan ?

Pengaruh itu ada yang baik, ada yang buruk.
Maka buatlah pilihan yang tepat.
Jika ingin yang baik,jadilah yang baik.
Jika tidak,sebaliknya.

Wallahu'alam.
Wassalam.

:: Maaf ::

Assalamualaikum wbt.

Ana nak minta maaf kepada semua orang sama ada yang mengenali ana atau tidak.
Minta maaf andai ada penulisan ana di blog ini yang buat2 sesiapa terguris.
Ana minta maaf kalau ana terEMO ke,sensitif ke.
Nak buat mcm mana..Dah memang ana kadang2 sensitif.
Huhu.

Maafkan ana ya.
Ana sedang cuba untuk menjadi lebih baik dr sekarang.
*Sahabat2 ana semua sangat baik..Ana sangat segan*
Moga Allah permudahkan segala urusan.
Ameen ya Rab.



Lastly..
Hayati kata2 di bawah ini.
‎:: We cannot change the direction of the wind, but we can adjust the sails of boat to reach our destination ::

Ya Allah.
Rahmatilah mereka yang menyayangiku dan mereka yang mengenaliku terutamanya Emak,Ayah,adik2ku dan keluargaku.
X dilupakan kepada semua umat Islam.
Ameen Ya Rab.

Wassalam.

P/s : 27-30 September 2011 < Ujian Blok 9 >

Wednesday, September 21, 2011

:: Trafik ::

Assalamualaikum wbt.

Dengan Live Traffic, ana dpt mengetahui dari manakah datangnya para pengunjung yang mengujung blog ana.
^_^
Kadang2 tengok beberapa tempat kat Live Traffic, ana dapat agak siapakah mereka.
Ada yang dari Perth,Irbid,Malaysia,Singapura dan lain2.
Ana rasa ana tau siapa yg dari Perth dan Irbid tu.
Terima kasih kerana membaca blog ana yang sangat3x serba kekurangan ini.

Semoga para pengunjung sentiasa dilindungi Allah swt.
Arigato Gozaimas !
:)

Wassalam.

:: Lupakan Itu ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan sahabat2 sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya.
Apa khabar iman anda hari ini ?
Semoga bertambah baik yaa..

Hari ni 21 September 2011.
Tinggal kurg dr seminggu shj lagi ana akan menduduki exam.
Mungkin ada yg tau, ada jgk yg x tau.
Yg tau tu sbb ana bgtw la kan.
Yg x tau tu mgkin sbb ana rasa mereka terrrrlalu sibuk smpai ana rasa perlu utk ana mendiamkan diri shj.
Kalo diikutkan hati,kdg2 rasa terkilan jgk.
Tp x pe lah.
Malas nak ambil kisah.
Hmm...

Semoga hari ini lebih baik dr semalam.
Lupakan hal yang lalu.
Lupakan.
Lupakan.
Lupakan.

Japgi ada tutorial.
All the best Nur Afiqah.
Forget the past.
Wassalam.

Monday, September 19, 2011

:: Hati...TABAH-lah ! ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,bersyukur kita padaNya kerana masih diberi kesempatan untuk mengecapi dan menikmati segala nikmat kurniaanNya ini.
Sama2 lah kita bersyukur di atas segala pemberianNya ini.
Alhamdulillah.

Hari ni adalah hari yang cukup menguji ana.
Barangkali ini post yang entah ke berapa tentang menguji.
Hari ini seharusnya ada kuliah dan lab dari jam 8 pagi hinggan 3.30 ptg.
Tapi bayangkanlah..Hanya ada dosen masuk ganti kuliah jam 8 hingga 9 sj.
Kuliah farmako jam 10-12 tghari, x de..
Allah..sabar je la..
Petang ni pulak x de lab.Seharusnya ada lab mikrob.
Tp x de sbb admin x inform kat dosen..
Ya Allah..
Hanya Allah sj yang tahu keadaan kami semua saat tu.
Ana rasa dlm byk2 hari yg menguji di Medan, hari ni yang plg ana rasa cukup geram.
Tapi dalam geram2 tu, ana tetap bersabar.
Sbb kalo nk marah mcm mana pun, still x dpt nk buat apa.
Minggu depan dh exam, tapi Modul 4 subjek farmako x bljr lgsg lg.
In fact, ada byk lagi subjek yg dosen x masuk kemarin dan masih x gnti :(
Allah...
Mcm mana ni ?
Exam minggu depan dah.
Allah..Permudahkanlah urusan kami ya Allah.
Tabahkan hati kami.
Kami tahu bhw apa yg Kau berikan ini adalah untuk menguji dan menilai tingkat kesabaran kami.
Ampuni kami ya Allah.
Tolonglah kami ya Allah.
Kami mohon agar Kau permudahkan segalanya.
Ameen ya Rab.

Wahai hati, tabah lah !

Smileeeeee ^_-

Wassalam.

P/s : Kerja berlungguk menanti.

Saturday, September 17, 2011

:: X sihat ::

Assalamualaikum wbt.

Sakit tekak.

Agaknya ana sakit tekak sebab ana kurang berzikir ni..
Ya Allah,ampuni hamba ya Allah.

Astaghfirullahal'azim.
Astaghfirullahal'azim.
Astaghfirullahal'azim.

Jom berzikir sama2 ^_-

P/s : Hujung minggu ni ada ospek Malaysia.
Will be very busy.
Too many works waitng.
Manage time well ok :)

Friday, September 16, 2011

:: Lama x Update ::

Assalamualaikum wbt.
Asif,lama ana x update blog ni.
Minggu ni sgt bz sbb ana baru pindah rumah baru.
Jauh ckit drpd kampus, tp ok je sbnrnya.
Ana skrg duk dgn akak senior.
Senior BADAR..nanti apa2 hal,boleh rujuk deme.
Apa2 hal tentang study, boleh tnya deme jgk.
Alhamdulillah,mereka sangat baik dan memahami :)

Hmm...1 minggu lagi ana exam blok 9.
Tanggal 27 september.
Sehari slps ulang tahun kelahiran.Huhu.*nak jgk sebut :P*
2 hari sblm exam pulak,ada aktiviti persatuan malaysia.
Mcm biasa la..program nak sambut junior.
Ospek Malaysia.
Bkn melibatkan bdk USU je,tp jgk dgn bdk msia yg study kt tmpt selain USU yakni IAIN.
Ada kwn sekolah kt IAIN.
Nanti blh jmpa dia.
Then,seminggu lepas exam ada program badar.
Badar Ukhuwah Camp.
Juga untuk junior2 Malaysia Muslim.
:)

Need to manage time very very well.
Time is running faster and faster.
Semester III is very very hectic.
It's ok.
Allah is always with you.
Remember HIM :)
InsyaAllah, He will always help you.
He will always be with you.

- Love my Emak,Ayah and adik2 <3 -
Along will study hard and smart, insyaAllah.
Just for all of you, my dear family.
All of your sacrifices for me are very meaningful and precious to me.
Love my family very very much.



Wassalam.

Sunday, September 11, 2011

:: It's Sunday ! ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah setelah seminggu bermulanya kuliah semester 3, hari ni cuti jgk akhirnya.
Hari yang dinanti-nantikan oleh pelajar2 di Indonesia.
Sebab seminggu sekali je cuti.
Penat...

Hari ni boleh lah rest2.
Sambil2 tu manfaatkan masa yang ada.
Selalunya hari Ahad ni lah student2 pakat buat aktiviti.
Hari ni ada potluck,ingatkan nak pi tp tiba2 Kak Tini ajak attend meeting utk hala tuju usrah sem ni.
Xpe la, dh lama x bermeeting.
Boleh jumpa kwn2 nanti, insyaAllah :)

Hari ni jugak sahabat ana dari Malaysia datang.
Sahabat ana nama Naadia datang untuk smabung belajar di Medan.
Sahabat 5 tahun saat belajar di SERATA tercinta ^^
Dia datang nak sambung belajar di Institut Agama Islam Negeri Medan (IAIN).
Excitednyaa...Hope to see her in Medan soon.
Tapi dia bljr kejap je kt Medan ni, setahun cmtu.
Xpe la, asalkan ada geng dr SERATA !!
^^

Hmm...dah seminggu trial spm berjalan.
Esok sambung balik exam.
Agak-agaknya mcm mana dgn dik Thirah ya ?
InsyaAllah Along tahu Thirah mampu dan dpt jwb semua soalan exam dgn penuh keyakinan dan kecemerlangan ^^
Along know Thirah can do it very very well,insyaAllah.

Still missing my Emak, Ayah and adik2.
But now i can handle myself not to cry like the past few days.
O Allah, please protect my parents and my adik2,my family from any danger.
Please blessed them.
I really really love them.
Without them, I'll never be here.

Allah~~
Dah sebak bila teringat Mak Ayah dan adik2.
Ok2,ana nak kena stop dulu.
Nak cari info untuk pemicu nanti.
InsyaAllah.
Jaga diri semuanya.

Mak,Ayah,Adik2..Along sangat2 merindui dan menyayangi kalian.
<3

Wassalam.

-Cinta Illahi kekal selamanya..Cinta Ayah bonda tulus suci selamanya.-

Saturday, September 10, 2011

:: Sedih sbb Sakit ::

Assalamualaikum wbt.

Hari ni seseorang yg baik dan rapat dgn ana jatuh sakit.
Terkejut bila dpt tau dia sakit.
Dpt tau pun bila kwn baik dia yg inform.

Ya Allah...
Menangis terus bila dpt tau dia sakit.
Menangis yg teramat.
Risaunyaaaa..

Ya Allah,sembuhkanlah dia.
Tabahkanlah hatinya menerima ujianMu ini.
Hamba mohon sembuhkanlah dia.
Sungguh ku khuatir keadaannya.
Sembuhkan dia ya Allah.
Ameen.

Friday, September 9, 2011

:: Ajaibnya Arah Lawan Jam ::

Assalamualaikum wbt.
Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Haa...sebenarnya arah lwn jam ni sgt2 special tau.Nak tau ? Jom baca (^_^)

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?


Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikutarah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -


Thursday, September 8, 2011

:: Bonda Ayahanda ::

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat ? 

Hari ni ana still homesick lg cuma hari ni ana dapat tahan ckit dah drpd menangis.
Cuma rasa sebak ckit bila teringatkan Mak,Ayah dan adik2.
Teringat segala pengorbanan mereka nak hantar ana belajar kat cni.

Tadi ana tgk botol Vitamin B Complex dan Vitamin Evening Primrose Oil yang Mak Ayah belikan untuk ana.
Terus sebak.
Rasa nak menangis tp tahan.
Teringat yang Mak Ayah cukup mengambil berat pd kesihatan anaknya.
Selalu sgt sakit2, sikit2 pening, mcm2 lah.
Memang Mak Ayah dh pesan soh cukup makan.
Selalu jgk Mak Ayah tnya minum susu ke x, makan oat ke x.
Mak dan Ayah, insyaAllah sem ni Along akan jaga btl2 kesihatan Alg.
Alg akan mkn ubat/vitamin dan sentiasa makan ikut masa, insyaAllah.
X nak sakit2, x nak bagi Mak Ayah risau lg.
:)

Teringat juga pada adik2.
Abangah, Thirah, Syakir dan Anis.
Along doakan adik2 Along ni sihat2, insyaAllah.
Sentiasa belajar rajin2 ok.
Along sentiasa doakan adik2 Along lbh berjaya dan lbh cemerlang drpd Along, Ameen.

Harap sgt bila dh hbs belajar dalam tahun 2015 (InsyaAllah), ana dpt tanggung adik2 pulak.
Duit gaji ana nanti, ana nak bagi kat Mak Ayah dan juga duit tu nak tanggung pengajian adik2.
Harapnya InsyaAllah.
:)

Apa lagi nak tulis..
Hmm...
Baca ni..

‎:: When we wake up in the morning, we have two simple choices.
Go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. ::

Jadi,anda mahu yang mana ?
Pastinya mahukan pilihan yang kedua kan..
Come on.
Let's keep chasing our dreams with prayer and hardwork.
InsyaAllah if we keep chasing it, someday the dreams will be reality and will be in our hands,ameen.



Ana stop takat ni je dulu ya.
Jaga diri semuanya.
Kuatkan semangat ya.
Wassalam.

Wednesday, September 7, 2011

:: Homesick ::

Assalamualaikum wbt.
Semoga para pembaca sentiasa sihat dan berada dalam lindunganNya insyaAllah.

Homesick..
Yes ! Ana tgh homesick yg teramat sangat..
Since Ahad tarikh 4 sept sampai hari ini, ana betul2 rindukan Keluarga..
Ana betul2 rindukan Emak,Ayah dan adik2..
Dari hari Ahad haritu sampai hari ni, ana mesti akan menangis bila teringat family..
;(
Makan malam mesti x lalu..
Duk teringat masakan Mak dan Ayah..
Allahuakbar...Sungguh2 ana rasa mcm masa ana baru masuk asrama masa form 1..
Sblm tidur akan menangis..
Tp yg skrg ni,ana menangis time kwn2 x nmpk je..
Ya Allah, cepatkanlah masa..
Hamba mahu pulang bertemu keluarga yang tercinta..
InsyaAllah hamba akan bersabar menanti bulan Disember untuk cuti pendek..
InsyaAllah hamba akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang..

Buat adikku Nur Athirah yang sdg menghadapi peperiksaan percubaan SPM,
buat yang terbaik.
InsyaAllah Along yakin Thirah mampu dan pasti berjaya.
You are the best ! 
(^_^)

~~Merindui keluarga dan juga sesiapa yang menyayangi diri ini~~
Sabar menanti..
Sem III baru bermula..
Kuatkan semangat k !!!

AA..Kuatkanku..

Tuesday, September 6, 2011

:: Pengalaman pertama Gempa ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi pinjamanNya ini.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur, ameen.

Awal pagi tadi, dalam jam 12.55 pagi cmtu, ada gempa bumi.
Gegaran terjadi kat Aceh dan Medan juga turut merasakannya.
Kawan2 ana ramai yg rasa gegaran tu, tp sygnya ana x rasa.
Ana hanya rasa lps gegaran tu stop di mana lps je gegaran tu stop, trs x de ltrik =.=
Panas dan berpeluh.
Allahuakbar.
Sangat takut.
Kawan2 semua ckp gegaran tu kuat, ye la, katil pun blh goyang2, trs terjaga dr tidur.

Blk kuliah trs tgk berita online.
Waspada online dan Berita harian online.
Lps tu,ayah trs msj tnya keadaan.
Tgk kt fb,adik sepupu dan kwn2 tnya keadaan ana mcm mana.
Allahuakbar, terima kasih Ayah dan keluarga, terima kasih kawan2 kerana mengambil berat pada ana.
Alhamdulillah ana x apa2, doakan keselamatan ana dan pelajar2 Malaysia di sini ya.
Berita di sini

Ana pernah rasa gegaran gempa masa kt KL.
Masa tu baru hbs solat subuh.
Kejap je gegaran tu tp serius menakutkan.
Pening kepala ckit masa tu.
Allah..Pengalaman.
Allah, lindungi kami semua, ameen.

Blok 9 baru mula semalam.
Jadual sgt2 pack.
Hujung bulan exam.
Sehari slps hari lahir ana trs exam.Huhu.
InsyaAllah will do my very best.
Doakan.
Ana nak update study setiap hari, nak jadi rajin, x nak tangguhkan study.
:)

Baiklah, ana stop dulu ya.
Biar penat asal bersemangat.
Wassalam.

P/s : Ana tgh nak susun target dan plan ana ni.Hrp semuanya berjalan lancar,insyaAllah.

Sunday, September 4, 2011

:: Sem 3 esok ::

Assalamualaikum wbt.
Didoakan agar para pembaca sihat sejahtera dan sentiasa di bawah naunganNya,insyaAllah.

Alhamdulillah ana dh sampai Medan jam 7.30 pagi td.
Bertolak dr rumah ke airport Penang jam 3 pagi.
Memang mengantuk.
Kesian kat Ayah kena memandu.
Hmm...sedih la..
Sampai je Medan,nangis sorg2 dlm bilik.
Terbayang dan teringat pada Mak,Ayah dan adik2.
Rasa rindu yang teramat.
Allahuakbar.
Tengok kuih dan biskut2 yang Mak tlg bungkuskan, tgk bag yg Ayah tlg kemaskan, rasa sedih, terharu.
Mak Ayah yg sangat penyayang.
Begitu juga adik2 yg sudi menghulurkan tangan.
Along sayang semua (^_^)

---------

Esok sem 3 akan bermula.
Pelbagai ujian dan dugaan bakal dihadapi.
Semuanya x semudah dulu.
Ayuh, kuatkan semangat,tingkatkan azzam dalam diri.
InsyaAllah berjaya.
Keep on working !
All da best.

Ana pamit dulu.
Penat dan mengantuk.
Selamat malam.
Jaga diri.
Assalamualaikum wbt.

Friday, September 2, 2011

:: Bljr Arab drpd Upin Ipin ::

Assalamualaikum wbt..
Hari ni jom tgk Upin Ipin versi bahasa Arab.
Prnh tgk ?
Best..
Blh bljr arab sekali..

Yuk..kita nonton ;)


Ma fi musykilah : X de mslh.
Aiwah : Sure..

Indahnya bhs arab..
Subhanallah..
Sungguh ana rindu nk bljr bhs arab dgn ustz/ustzh kt sek balik..
Rindu bahasa Arab.

"Bahasa Arab, bahasa syurga.."
Juga bahasa agama Islam.
(^_^)
Marilah belajar bahasa arab.

Sekian shj untuk hari ini.
Wassalam.

Thursday, September 1, 2011

:: Melatah di Hari Raya ::

Assalamualaikum wbt..
Kaifa haluka/i ya sohabati ?
Semoga sihat hendaknya dan sentiasa dilindungiNya,insyaAllah :)

Tajuk post kali ni x de apa2 sbnrnya.
Juz nak combine 2 hal iaitu ttg raya dan jgk ttg melatah.Huhu.

So,mcm mana raya shbt2 ?
Seronok ? Byk dpt duit raya ? Byk berjalan2 ?
Alhamdulillah,ana seronok raya thn ni.
Almaklumlah,thn lps raya kt Medan je,duit raya 1 sen pun x dpt.
Hnya dpt bila mtk kt abg sedara di Msia,hu2,x malu.
InsyaAllah,thn dpn ana nk blk jgk Msia masa raya.
Luangkan masa bersama keluarga tersayang dan sedara-mara.
Yg bestnya thn ni adlh dpt tgk Muhammad Adam Adni,anak sepupu ana; Kak Nurul.
Comel sgt,baru umur 7 hari.
Tidor je dia masa raya tu and seriously muka dia mcm cina.
Ikut muka Papa dia lah tu. huhu.
Lps tu tgk Papa dia tukarkan pampers,waa,bgs2,suami yg bertanggungjawab ;)
Tapi yg x bestnya Irfan raya kt Johor.Hari ni baru blk kmpung.
Irfan adlh anak sepupu ana jgk; Kak Ya.
Irfan baru 3 bulan. Umur sama dgn Adam; tp blh dikatakan dia adlh abg Adam sbb lahir dulu.
Allah..rindu kt deme.
Comel2x belaka (^_^)

- Semoga menjadi anak yg soleh, ameen -
- ala ipan,makan tgn ea ? Jd abg yg baik kt Adam tau -
Haa..ckp psl melatah pulak.
Kita blh tgk ada yg bila melatah suka ckp "Opocot !",dan banyak lagi.
Why not if nak melatah tu guna zikir seperti Allahuakbar ke,Allahu Rabbi ke,atau apa2 shj asalkan apabila kita melatah tu,kita jgk akan dpt pahala.
Drpd sebut Opocot Mak kau,baik guna Allahuakbar kan ?
Dpt jgk pahala, Allah pun sayang :)
Tu lah tazkirah pendek yg dpt ana sampaikan.
Moga bermanfaat ya.

--------------------

Oh..Ahad ni ana balik Medan.
Sedihnya..x puas lagi bercuti ni.
Rasa mcm x nak balik je.
Huhu..tp x boleh,kena balik jgk sbb nak belajar.
:)

Ok-lah.
GTG.
Jaga diri semuanya.
Ma'assalamah.
~ Wassalam ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...