Promo ! Klik Ler..

Wednesday, December 29, 2010

Home sweet home (^_-)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,hmpir seminggu ana kt rumah..
Hari tu,24 dec ana turun kt aiport Bayan Lepas & kepulangan disambut oleh mak,ayah & adik2 tercinta..
Alhamdulillah,gembira sgt..
Lps tu, ayah & adik2 solat Jumaat di Batu Maung n lps tu pi mkn pizza kt Dominos..
Then, balik rumah..

Esoknya, pergi Ipoh, ada kenduri sedara kt Dewan Bankuet kt Jbtn Imigresen kt Jelapang..
Kemudian trs ke Bkt Gantang,ada kenduri lg..
Lps hbs kenduri, pi pulak pasar mlm Changkat Jering..he3..
Mak ayah ckp, 'Jom singgah psr mlm..aritu kt Medan kata balik nk mkn mcm2..'
So,pi psr mlm..beli murtabak daging + ayam & laksa pulas..
Alhamdulillah,sedapnya...(Nama pun dh lama x mkn..he3)
Esoknya, bangun pagi2, tgk mak masak mee kari pulak..
Ya Allah,nikmatnya...sedap sangat..Mak,nak lg boleh x ? ^_-

Skrg,duk rumah ja..
Ayah bz mark kertas exam SPM + bz kerja..
Adik2 kena prepare barang nk masuk sek + register sem II utk abangah kt UniKL Lumut..

My job ?
Duk rumah, tolong mak ayah..tolong masak,basuh + sidai + lipat baju, cuci pinggan mangkuk dan yg seangkatan dengannya..

Balik Medan :: InsyaAllah 23rd..x blh balik 13th coz ayah ada kerja...x boleh tinggal..

Till then..
Salam wbt..

(p/s : Sek Ta'ayah dh mkin ketat rules nya...Nnti ada masa, ana post psl sek Ta'ayah plak..InsyaAllah)

Tuesday, December 21, 2010

Tanda 100 hari sebelum mati..


TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 



10 Muwasafat Tarbiah..Sudahkah kita mempraktiskannya ?

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah,kita masih diberi kesempatan olehNya untuk terus menikmati nikmat iman & islam di muka bumiNya ini yakni rumah tumpangan kita untuk sementara sebelum kita kembali ke kampung akhirat.

InsyaAllah, pada hari ini, ana hanya ingin mengingatkan diri kita semua tentang 10 muwasafat tarbiyah.

Perkara-perkara ini harus sentiasa diingati dan diulang-ulang agar kita mampu menjadi individu muslim yang bertaqwa dan diredhai di sisiNya, InsyaAllah.

:: Sebar-sebarkan ::

Monday, December 20, 2010

Sedikit tentang Bahasa Indonesia..Jom belajar !

Assalamualaikum wbt..

Malam ni,ana nak post entri tentang bahasa Indonesia pula..
Ye la,ana yg baru 6 bulan duk sini,dh byk perkataan ana belajar..
Dan x dinafikan kdg2 dlm post ana kt blog ni,ana byk jugak la menggunakan bhs Indonesia..
Jadi, untuk memudahkan para pembaca, ana nak kongsi beberapa perkataan BI..

teman = kawan
dosen = pensyarah
air putih = air masak
manis dingin / mandi es = Teh O Ais
 (kdg2 kalo order Mandi Es,waiter msti nk buat lawak ckp,' x mndi lg ke'..)
pemadam = penghapus
(Bdk2 indon duk gelak2 kt bdk Msia,deme ckp,'Haha,kok dipggil pemadam? Pemadam tu utk pemadam api dong !'...eh,suka hati kami la..kami guna bhs Malaysia..)
Highlight = Stabilo
(Deme kt cni,guna nama brand utk highlight..x kisah la highlight tu brand apa,deme sebut je,'Mau pinjam stabilo..yg warna hijo..hu3...'Pelik..)
Nombor = nomor
Handset = Hape
Kad = Kartu
Top-up = Isi pulsa
Beg = Tas
Klinik = Praktik
Hospital = Rumah sakit (RS)
ICU = UGD (Unit Gawat Darurat)
Farmasi = Apotek
Meniru = Menyontek
Kedekut = Pelit
Motor = Kereta
Basikal = Sepeda
Kereta = Mobil

Emm,setakat ni, itu sajalah yg ana dpt bagi..
Lain kali,insyaAllah ana share lg ye..

Fi amanillah semua..insyaAllah..
Ilalliqa'

Lelaki + wanita yg saling mencintai = Nikah

Assalamualaikum wbt...


Hari ni ana nak share video yg ana ambil dari Youtube..
Kepada pembuat video, ana letak video anti kt sini ya..
Untuk share sesama kita =)



< Islam itu indah...Allah SWT telah memberikan yg terbaik buat hamba-hambaNya..Sekarang,terpulang pada kita..Sama ada mengambil yang baik iaitu Nikah dan bercinta selepas nikah atau mengambil jalan singkat yang dibelenggu dosa iaitu ber'kapel' >

:: Sama-samalah kita memuhasabah diri kita kembali ::

:: Love & Islam ::

Fikir lagi...

Assalamualaikum wbt..

Memikirkan semula bagaimana keputusan untuk sem I ini..
4 flat kah?
3 pointer n above kah?
atau....
2.00 ke atas ?

Sem I >  4 Blok..
Blok I   : A
  Blok II  : C+
Blok III : B
Blok IV : B

Ana dah amik 3 subjek ulangan untuk memperbaiki gred blok 2..
InsyaAllah ada peluang naik gred drpd C+ kpd B...
Ana telah melakukan yang terbaik..
Ana mahu menggembirakan Mak & Ayah..
Tunjuk contoh terbaik kepada adik2...
Mahu membuktikan kepada org lain bhw ana boleh dan ana mampu walaupun ana hanya pelajar STPM..

"Ya Allah, hamba telah berusaha sehabis baik dan kini, Engkau lah yang menentukan segalanya...PadaMu aku berserah..Amiin"

Sem II
Buat yang terbaik !!
4 flat ?
InsyaAllah..andai disertai dengan usaha berterusan...


Sunday, December 19, 2010

Medan oh Medan..

Assalamualaikum wbt...

Ana sbrnya x dpt idea nk tulis apa kt post kali ni..
Cuma rasa nk tunjuk gambar2 kehidupan di Medan..
Huhuhu...


Makanan yg dijual tepi jalan...Takut nak makan,takut sakit perut..Bagi yg dah biasa, x da masalah..


 Kesesakan di Medan..Sangat mencabar bagi pejalan kaki untuk melintas jalan...


Sun Plaza..Tempat yang Student Malaysia rajin pergi..Emm,sng cakap,lbh besar dr Ipoh Parade..


Kantor Gubernur Sumatera Utara


 Angkot..Kenderaan yg ana naik stp kali ke kuliah..


Rumah orang2 kaya... Villa Masdulhak..


Universitas Sumatera Utara, Medan..


Fakultas Kedokteran Gigi..


Slh seorang student FKG =P


Danau Toba..Best..sejuk sgt..Angin kuat..


Sungguh indah ciptaan Tuhan..sekali pandang,mcm kt Switzerland je.. =)


Danau Toba yg terhasil akibat dari letusan gunung berapi..Subhanallah..

Ok,ana nk solat Zohor..
Assalamualaikum wbt :-)

Friday, December 17, 2010

Penyajian Makalah Ilmiah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah tadi ana dah selesai menjawab 2 kertas ujian remedial (ujian ulangan nk bagi naik gred)...
Tadi ana exam English + Penulisan Makalah Ilmiah (PI)..
Alhamdulillah,boleh jawab lbh baik drpd dulu..
Mcm pelik je ana ngulang subjek English.hu2...ulang sbb ana sndiri x puas hati dgn mrkh ana..Mcm x percaya je blh dpt mrkh se'LOW' tu =.=
Cuma,masa exam tadi,dosen PI tu x hbs2 nk attack bdk Msia..
Kalo nmpk student dlm exam hall tu ckp2,mesti dia akn pi kt bdk tu n tnya,'Kamu org Msia ya?'
pdhal bukan bdk Msia pun,bdk local..=.=
Aish..tension je..We know U anti ngra kami..tp bkn mcm tu caranya..
Jgn la nak pilih kasih dlm mncurahkan ilmu..Hurm....
Sabar je la...


Susah bljr kt ngra org ni..
Tmbh2 bila melibatkan hal ngra..
Cukup2 sensitif !
=.=


Kami hanya mampu bersabar~
Sabar itu sebahagian daripada Iman =)


Esok exam PM (penyajian makalah ilmiah),still dosen yg sama..Hu3..
Hopefully dpt jwb dgn lbh baik..
Make sure U can do it!
Maat taufiq wan najah =)


ilalliqa'..
Mggu depan balik Msia..x sabar nk jmpa mak,ayah,abangah,athirah,syakir & anis..
Along rindu kalian sgt2x!

Friday, December 10, 2010

Result blok 2 & 3..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah semalam result blok II dah keluar dan hari ni result blok III pula dah keluar..
Blok II keseluruhan dapat gred C+..hu3...teruk kan?
Blok II ada 7 subjek dan drpd 7 subjek tu,ana akan mengulang 3 subjek..
Subjek English ( mmg sukar nak percaya bdk2 Malaysia punya mrkh low..Ada unsur diskriminasi sbnrnya =.= x adil ), subjek penulisan makalah ilmiah dan subjek penyajian makalah ilmiah..huu...kalo remedial ni,insyaAllah gred boleh naik kepada B,amiin =)
remedial tanggal 17 & 18 Desember ni..
Blok III pula Alhamdulillah ana dapat gred B..
Bersyukur sangat..
Bersyukur jugak krn kawan2 yg meniru masa exam,deme punya mrkh lbh rendah drpd ana..
Allah Maha Penyayang dan Maha Adil =)
Allah suka org yg jujur..

Skrg tunggu untuk blok IV pulak..
semoga juga keputusan ana baik..insyaAllah..

Balik Malaysia 24 Desember..
Sbnrnya boleh balik lps remedial dlm 19 dec tp ayah ada meeting seminggu..jadi, x pe la..
duk je kt sini sampai 24 dec..ok?

Bersemangat ya Nur Afiqah..
Jangan putus asa, jangan sedih2 =)
Jaga imanmu itu..
Ceria2x..

Saturday, December 4, 2010

Exam Blok IV

Assalamualaikum...


InsyaAllah Rabu & Khamis depan, tanggal 8-9 Desember 2010, ana akan menghadapi ujian blok IV.


Rabu - Ujian Medikolegal
Khamis - Ujian Bioetika & Ujian Etika Penelitian Kesehatan


Beberapa hari selepas tu, akan diadakan pula ujian remedial utk pelajar2 yang memperolehi gred D & E..Juga dibenarkan pada pelajar yang mendapat gred C bagi sesiapa yg ingin memperbaiki nilai terdahulu.
Ujian remedial utk memperbaiki blok 1,2,3,& 4..
Result blok 1 dah keluar but result utk blok 2 & 3 x keluar lg..
Ya Allah, semoga result cepat keluar..
Kami semua ingin mengetahui apakah kami akan remedial atau x..
Ditambah pula dengan kerinduan pada kampung halaman > TAIPING da RAINTOWN..
(^___^)


YA Alllah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.
Amiin Ya Rab..

Friday, November 26, 2010

Sayangi Haiwan..

Assalamualaikum..


Ana ada sorg shbt ni..
Dia sgt2 sayangkan haiwan..
Hatinya sgt lembut..
Nyamuk/semut pun xsggup bunuh..
Tahap kasihan dlm dirinya sgt tinggi...


Semalam ana saja send gmbr ana operate tikus masa form 6 thn lps..
Then,dia ckp,' Gmbr apa anti send ni?'
'Kesian sgt..'


Aduh,ana lupa sgt2 dia x boleh tgk gmbr mcm tu..
Ana trs mtk maaf..
Ana ckp la,operate tikus tu sbb nk bljr..
Hmm,rasa bersalah pulak kt dia..
Lps ni x nak la cerita psl haiwan mati kt dia..
Nnti dia sedih plak..
Tapi dia bgs kan..
Punya sifat penyayang yg sgt2 mendalam pd haiwan..
Bagus2..sifat terpuji..


Konklusinya?
Sayangilah haiwan..
Haiwan itu ciptaan Allah..
Jangan sekali-kali kita marah2 pd haiwan..
Kasihan kt haiwan tu..
Haiwan x tau apa2 kan?
=)






Sunday, November 21, 2010

Esok > Blok 4

Assalamualaikum..

Penat badan ana hari ni..
Tengahari tadi pergi Sun Plaza..
Saja keluar,lepaskan tension habis exam..Hu3..
Pergi sana makan2..
Makan mahal pulak tu,ish3..
Xpa la,bukan selalu..Lgpun ana baru je ada mood nak selera makan balik..
Kemarin x lalu makan kot..
Org kata x lalu mkn sbb rindu rumah dah..he3..
Lps makan kt Vinta, pi Stroberi..Kedai Aksesori,beli pin tudung..
Lepas tu pergi kedai jual dvd..
Ana beli dvd 'Despicable Me' dan 'Bed Time Stories'..
Saja beli,bosan la..Xda tv pun kt cni..Nama pun hidup sendiri..
Murah tau cd kt cni..Sekeping CD dalam RM 3 ja..
Kalo satu movie tu ada 1 cd,jd harga dia RM 3 ja..
Kalo cerita episod2,ikut berapa keping cd yg ada..
Kalo 4 keping,jd la dlm RM 12..berbaloi kan?
He3..promote la pulak..
Lepas tu,balik rumah..

Hmm...
Esok dah mula kuliah..
Kuliah baru untuk blok baru..
BLOK 4..
Pasal Bioetika,Medikolegal & Etika Penelitian Kesehatan..
Blok 4 ni bljr 2 minggu ja..Lps tu trs exam..
Lps tu dh cuti..
Hu3..
Tiket 24dec..
Tgk la keadaan mcm mana,kalo kuliah n exam hbs awal,kena la tukar tarikh tiket..
Azam untuk blok 4 ni > Terus ulangkaji subjek bila balik rumah..X mau tangguh-tangguh mcm blok2 yg sblmnya..Mana x nya,bila dh nk exam,baru kelam-kabut nk studi..Kan ke x bgs mcm tu? Aish..Kena ubah balik perangai ni..
=)

Tu je kot nak tulis..
Blog ni dah jadi mcm diari la pulak (^__^)

Saturday, November 20, 2010

X puas hati la...Sabar2x..

Luahkan perasaan..

Hari ni habis exam blok 3..
Secara keseluruhan,mcm mana?
Hmm,jujur ye..Ok ja..
tapi ada jugak yang "Stuck",tiba2 jadi lupa certain yg dah baca =(
Tapi hrp sgt,ana x kena remedial..insyaAllah,amiin..

Cuma...

Ana x puas hati..
Kawan2 semua tiru! Copy paste jawapan!
Fine...xpe2..
Deme dapat jawab kan..tp dgn cara mcm tu..
Xpe2..
Kalo kome dapat result better daripada ana,xpe la..
Yg pnting ana tau kome xjwb dgn jujur..
Kalo result baik tp dgn cara mcm tu,x baik jgk kan..


Sabar ye Afiqah..
Allah suka org yg jujur..
Kalo deme berbangga dpt result yg lbh baik daripada kau,xpe la..
Yg pnting,kau dh jwb exam sehabis baik + semampu kau..kan?
Biar la org mcm tu,asalkan ana x mau jd mcm tu..
Jadilah diri sendiri ye Afiqah (^_^)


Banyakkan bersabar ye..
Allah tau siapa yang jujur..

Allah lebih mengenal hambaNya..
Ya Allah,kuatkan hambaMu ini..
Amiin Ya Rab..
                            Merenung masa hadapan..hu3..

Tuesday, November 16, 2010

Hari raya Aiduladha + Exam blok 3...

Assalamualaikum wbt...


Esok hari raya aiduladha..
Raya buat kali kedua tanpa keluarga tercinta..
Esok kami semua, pelajar Malaysia akan berhari raya di satu-satunya tempat kami bergantung harap..jeng3x..
KONSULAT JENDERAL MALAYSIA..he3x...
Esok kami semua akan pergi ke sana,untuk solat raya + khutbah, makan2, dan bergotong-royong memasak daging (^_^)...
Setiap batch telah diberi tugasan, batch ana, Junior 2010 kena potong daging + kemas2 barang..Ok ja..=)
Dijangka majlis sampai jam 2.30 ptg..
Balik ja dari beraya, ana ada tugas lain pulak..
Apa dia??
STUDY...
Banyaknya subjek nak kena study..
Psikologi, psikiatri, ilmu kedokteran anak, ilmu kedokteran gigi anak, komunikasi dokter-pasien-teman sejawat, pendidikan kesehatan masyarakat..
Waduh, banyak kali nih !
Hu3x...
Exam Jumaat & Sabtu ni =O
Apapun, buat yang terbaik ye Cik Nur Afiqah..
Mak ayah adik2 sedara-mara dan sahabat2mu di luar sana menanti kejayaanmu...
InsyaAllah i'll try my best..


P/S : x sabar nak balik Malaysia...Rindunya ~~~~~~~~ 
Eh, lupa nak ucap > Selamat hari raya Aiduladha semua ! Sama2lah kita mengingati segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s =)

Tuesday, November 9, 2010

Finally my assignment finished ! (n_n)

Alhamdulillah..
Akhirnya siap sudah makalah ana..

Berkurang sikit beban kat bahu ni..

Sekarang dah boleh fokus pada studi..
Next week dah exam blok 3..
Banyak nak kena studi..

Jom studi..
Nak baca Modul 1 dulu la..
Spesifik pada subjek Ilmu kedokteran anak,ilmu kedokteran gigi anak dan psikologi =)

All da best..

=)

Saturday, November 6, 2010

Siapkan makalah...

Masih menyiapkan makalah untuk blok 3..
Tajuk : Teknik Modelling dan reinforcement sebagai pendekatan tingkah laku anak yang takut.
Hantar : 13 November 2010


Cepat siapkan !
Buat yang terbaik (n_n)

Tuesday, November 2, 2010

Keputusan Ujian Blok 1..Alhamdulillah (n_n)

Assalamualaikum wbt..
Hari ni,result exam blok 1 dah keluar..
Lama ana dan kwn2 tggu result nk keluar..
Tgk2 td dh keluar,mmg ramai la org duk kerumun papan notis tu..
Ana pun dh mula takut2 dah..
Takut kena remedial..Huhu..
Tgk punya tgk,alhamdulillah ana dpt A utk semua sbjek blok 1..
Alhamdulillah,overall pun A..
=)


Dgr cerita,ana n Lim ja bdk dr Msia dpt A..
Ana pun xsure..
Apapun,ana sgt2 bersyukur di atas kejayaan anugerah Allah swt pd diri ana ini..
InsyaAllah,diharapkan kejayaan ini akan mnjadikan ana lbh bersemangat utk mndpt keputusan yg jauh lbh baik utk blok2 akan datang..insyaAllah..


Tasbih Memuji-Nya..
Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar =)


Terima kasih yang x terhingga buat mak,ayah,adik2,saudara-mara,sahabat2 dan dosen2 yg byk mmbntu diri ini..
I'll try to be the best and beat the rest,insyaAllah,amiin =)


(P/s : Risau nilai blok 2 pulak..huhu..Doakan ana berjaya..)

Sunday, October 31, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. 

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 

Warfa'nii (angkatlah darjatku) 

Warzuqnii (berilah aku rezeki) 

Wahdinii (berilah aku petunjuk) 

Wa'Aafinii (sihatkan aku) 

Wa'fuannii (maafkan aku) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.


Sunday, October 24, 2010

New Block > Block III - Behaviour and Communication

Assalamualaikum wbt..
It's been a long time I've not updated my blog..
Really sorry..
I'm just finished my exam yesterday..
Hehe..
Speaking pulak..
Lama ana xspeaking since dtg study cni,mmg xguna lgsung English..
Sng cerita,english ana dh tunggang-langgang..
Balik Msia nnti ana nk beli novel english..
Nak update balik bhs ana..
=)

Emm..
InsyaAllah esok kls ana dh mula bljr blok baru..
Blok III nama Perilaku dan Komunikasi..
Antara subjek2 yg akan ana belajar..

  • Ilmu Kesehatan Anak
  • Psikologi
  • Ilmu Kedokteran Gigi Anak
  • Psikiatri
  • Komunikasi Doktor-Pasien
  • Kesehatan Gigi Masyarakat
Blok kali ni subjek dah makin menjurus ke bidang kedokteran gigi..
x mcm blok2 lepas..
Jadi,bljr la btl2..
Jgn jd mcm yg lps2..

Slmt berjaya diriku =)

Friday, October 15, 2010

Esok mula exam…

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Harapnya sihat2 la ye =)

Sebenarnya ana x da apa nk dituliskan..
Sekadar melepaskan rindu pd blog tersayang ni (n_n)

Esok ana ada exam subjek ‘Evidence Based Dentistry’..
Ada perubahan jadual sebab dosen (pensyarah) subjek EBD ni selalu sibuk..biasa la dosen ada PhD..selalu ja attend rapat (meeting)..

Emm,Alhamdulillah dah baca EBD cuma malam kejap lagi ana nak revise lg..
Kena buat betul2..lgpun dosen ni garang,hehe…
[eh, xkan sebab dosen garang je nak kena buat exam btl2..kalo x garang, x nak buat btl2 ke? huhu..=) ]

Semoga dapat jawab dengan tenang,insyaAllah,Amiin..
All the best..Maat taufiq wan najah..

Buat exam sambil bayangkan muka mak,ayah,adik2 yg paling ana sayang di dunia ni..Tanpa mereka,siapalah ana ni kan? =)



Wednesday, October 13, 2010

Baju kurung oh baju kurung...Cantik apa...=)

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ana dah study filsafat + English, tp x hbs lg..

Ni ada masa ptg2 ni, nk update blog..

Nak cerita pasal baju kurung..
Pndgn org Indonesia tentang baju kurung..

Sepanjang bbrp bulan bljr dan hidup di sini, ana dapat tahu + dgr bhw org2 kt sini x suka dgn baju kurung..Nak tau kenapa?
Sebab diorang ckp baju kurung kita ni old-fashioned n nmpk merimaskan..

Kawan ana nama S**, org Msia,ckp kt ana dan kwn2 lain yg kwn2 Indonesia dia bgtau kt dia supaya jgn pakai baju kurung dah coz nmpk rimas n panas.
Ai,smpai mcm tu sekali..Tp Alhamdulillah kwn ana tu bkn jns nk ikut ckp org sgt..Dia ckp pakai baju kurung la best,nmpk kemas drpd diorg yg jenis pakai kemeja n skirt pnjg..

Em, baju kurung lg cntik + nmpk formal =)
Betul3x..

Kawan ana siap Tanya lg,korg knpa x pakai baju kebaya (baju tradisi)?
Diorg jwb baju tu nk pi event or mjlis2 je..
Haa,tgk,baju kurung blh dipakai di mana2 sj dan bila2 je..
Kan best tu..X mcm diorg,nk pakai kebaya pi kls pun jenuh pikir byk2 kali..

Hmm..ana suka pakai baju kurung coz nmpk kemas,sopan,rapi,cantik dll ..hihi..Betul la kan?
Lgpun ana bukan jns suka pakai kemeja/seluar pi kuliah..Ana hanya pakai kalau nk pi keluar mana2..
Baju kurung untuk ke kls,mencerminkan org Malaysia..
Kat sini, kalau nak cam org Msia especially perempuan senang je..
Tengok kalau ada org pakai baju kurung,haa,tu la org Msia n nnti bila terserempak,senyum2..=)
Senyum tu kan sedeqah =)

Kesimpulannya?
Kami pelajar perempuan yg bljr di sini berbangga memakai baju kurung walaupun org2 kt sini ckp yg –ve psl baju kurung..
Kami akan sentiasa memakai baju kurung yg melambangkan budaya Melayu + Malaysia + kesopanan..
Hidup baju kurung!!?? Hehe…(^_^)

p/s : Kat Msia,x kira Melayu,cina,india semua pakai je baju kurung tau x...X caya?
      Ni gmbr bwh...
      Gmbr masa ana study 2 bulan kt KL...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...