Promo ! Klik Ler..

Tuesday, January 4, 2011

:: Kisah Sifat Tawakal Anak Kecil ::

Di Mesir, ada seorang nelayan yang sangat wara’. Dia bernama Zunnun al-Misri. Dia mempunyai anak perempuan yang masih kecil.

Pada suatu hari, Zunnun pergi ke laut untuk menangkap ikan. Dia turut membawa anak perempuannya bersama. Zunnun menebar jala. Dia mendapat seekor ikan. 
“ Syukur kepada Allah SWT atas rezekinya,” kata Zunnun dengan gembira. Anak perempuan Zunnun melihat mulut ikan bergerak-gerak seperti berzikir. Dia melepaskan ikan itu.


“ Mengapa kamu buang semua rezeki yang kita sudah dapat ?” Tanya Zunnun dengan penuh kehairanan.
“ Saya tidak mahu makan ikan yang berzikir kepada Allah SWT,” jawab anak perempuan Zunnun.
Mulut ikan-ikan lain yang ditangkap berzikir juga. Anak perempuan Zunnun melepaskan ikan-ikan itu.
“ Kalau begini, apa yang hendak kita makan?” Tanya Zunnun. 
Dia sudah berasa letih untuk menangkap ikan. 


“ Kita tawakal kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi ikan yang tidak berzikir kepadaNya,” kata anak perempuannya.
Akhirnya mereka pulang tanpa membawa seekor ikan pun. Zunnun berasa kesal kerana anaknya melepaskan ikan-ikan itu.
“ Kita tawakal kepada Allah SWT. Allah SWT memberi rezeki kepada manusia,” 
kata anak perempuan Zunnun.


Setiba di rumah, mereka solat. Selepas selesai solat, mereka ternampak makanan lazat sudah terhidang.
Keadaan serupa berlaku selama 12 tahun. Zunnun menyangka mereka mendapat rezeki daripada Allah SWT kerana sifat wara’nya.
Apabila anak perempuannya meninggal, Zunnun tidak lagi mendapat rezeki seperti itu. Zunnun sedar bahawa yang Allah SWT menurunkan rezeki kerana sifat tawakal anaknya.


:: MORAL : Bertawakal kepada Allah SWT selepas berusaha akan mendapat ganjaran besar di sisiNya.Moga kisah ini bermanfaat buat para pembaca dan juga buat diri ana sendiri (^_^) ::

2 comments:

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said...

mane dapat cerita nie?? PM kat fb sr

Unknown said...

amik dr buku cerita jawi adik jr..ayah beli kt dia..

ok,insyaAllah bisa =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...