" Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat :
Allah : Wahai manusia, Aku sakit tapi kamu x menjengukKu !
Manusia : Bagaimana aku menjengukMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam ?
Allah : Tahukah kamu bahawa hambaKu, polan bin polan sakit tetapi kamu x menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapatiKu di sisinya. Wahai manusia, Aku minta makan kepadamu tapi kamu x memberi makan kepadaKu !
Manusia : Bagaimana aku memberi makan kepadaMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam ?
Allah : Tidakkah kamu tahu bahawa hambaKu, polan bin polan meminta makanan daripadamu tapi kamu x memberi makan kepadanya. Tahukah kamu, sekiranya kamu memberi makan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala di sisiKu. Wahai manusia, Aku meminta minum daripadamu tapi kamu x memberi minum kepadaKu !
Manusia : Bagaimana aku memberi minum kepadaMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam ?
Allah : Tahukah kamu bahawa hambaKu, polan bin polan meminta minum daripadamu tetapi kau x
memberinya minuman. Padahal seandainya kamu memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapati pahala di sisiKu.
(Riwayat Muslim) "
* Bersedeqahlah ! * |
~ Hadis Kudsi ~
No comments:
Post a Comment