Promo ! Klik Ler..

Wednesday, July 7, 2010

Jauh menuntut ilmu..

Assalamualaikum wbt..

Asif ana ucapkan kerana sudah terlalu lama ana membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang post..
Ekoran terlalu sibuk dengan urusan2 yang muncul secara mendadak, pergi menguruskan pasport,visa dan pelbagai dokumen2 penting..

Jadi di sini ana ingin memaklumkan bhw insyaAllah sbtu ini,10 julai 2010, ana akan berangkat ke Medan,Indonesia untuk meneruskan pengajian di dalam bidang pergigian di Universitas Sumatera Utara dengan menaiki Fireflyz Airlines jam 12.40 tengahari di Lapangan Terbang Subang.Perjalanan dari Subang ke Medan hanya memakan masa selama 1 jam dan dijangka tiba di sana jam 12.55 tengahari waktu Medan (beza waktu antara Malaysia dan Medan hanyalah 1 jam, Malaysia lebih cepat 1 jam).

Jadi di sini,ana memohon ampun dan maaf seandainya ana ada berbuat kesilapan sama ada disengajakan atau pun tidak disengajakan. Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelawat yang sudi melawat blog ana yang serba kekurangan ini.

InsyaAllah jika diizinkan waktu,ana akan cuba sedaya upaya ana untuk meng'update'kan blog ana ini.

Doakan ana selamat sampai di sana dengan selamat,Amiin..
Semoga bertemu lagi,insyaAllah..
ilall'qa',insyaAllah..
Assalamualaikum wbt..

~Bertemu dan berpisah kerana Allah swt~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...