Promo ! Klik Ler..

Sunday, August 14, 2011

:: 5 Cara Menjadi Orang Bertaqwa pada Allah ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah bersyukur kita padaNya kerana masih diberi peluang untuk mengecapi segala nikmat kurniaanNya ini, semoga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberianNya, insyaAllah, ameen Ya Rab.

12 Ramadhan 1432 H yang lalu, Ustaz Halim dari Bukit Mertajam bagi tazkirah kat Masjid Lama, Taiping.
Tazkirahnya, MasyaAllah, Allahuakbar, sangat berkesan. Seronok je dengar.
Beliau member tazkirah tentang 5 cara menjadi orang bertaqwa pada Allah dari kitab Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Ghazali.

Sebelum tu, ana minta maaf sebab apa yang bakal ana tulis ni adalah berdasarkan apa yang ana dengar,lihat , faham dan tulis. Jadi harap2 semua org faham2 lah ya andai isi yang ana tulis nanti x begitu detail.

Jom, kita baca.

1.       Mu’ahadah : Perjanjian
-          Mengingati kembali perjanjian kita dengan Allah swt.
-          Apakah sebab Allah menghantar kita ke muka bumi ini ? Yakni sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi dengan perintah Allah Ta’ala; menjadi hambaNya yang bertaqwa kepadaNya dan mengabdikan diri padaNya.
-          Perjanjian pertama kita dengan Allah adalah sewaktu kita berada di alam roh di mana kita telah berjanji bahawa kita akan taat padaNya. Namun, jika lihat kembali pada diri kita, apakah kita benar2 melaksanakan perjanjian itu ? Tepuk dada, Tanya iman.
-          Perjanjian seterusnya adalah pada waktu solat saat kita membaca doa Iftitah; di mana kita mengatakan bahawa “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan Sekalian Alam”.
2.       Muqarabah : Allah sentiasa memperhatikan kita.
-          Kalau kita sentiasa ingat bahawa setiap saat Allah sedang memperhatikan kita, nescaya kita x akan berani untuk melakukan apa yang Allah larang.
3.       Mu’aqabah : Kita hukum diri kita apabila telah melakukan sesuatu yang Allah larang.
-          Kisah Saidina Umar yang tertinggal/terlambat  1 rakaat untuk berjamaah bersama Nabi SAW akibat berada di ladang kurma.Apabila habis saja solat, beliau bertanya pada jamaah di masjid itu siapa yang faqir, maka ada seorang yang mengaku bahawa dia adalah faqir. Maka, Saidina Umar pun menyedeqahkan ladang kurmanya itu pada orang faqir tersebut sebagai hukuman bagi dirinya kerana ladang kurma itulah yang membuatnya terlambat 1 rakaat untuk berjamaah bersama Nabi. Subhanallah, MasyaAllah, hebat sungguh kan ?
-          Andai kita melakukan kesalahan, kita boleh menghukum diri kita sebagai tanda ketaqwaan padaNya. Misalnya : Menyedeqahkan duit ke dalam tabung masjid apabila terlupa melakukan sesuatu, atau beristighfar sebanyak 100x, atau apa saja selagi ia x bercanggah dengan syariat.
4.       Muhasabah : Melihat ke dalam diri kita apakah persiapan yang akan kita bawa sebelum bertemu Allah.
-          Ustaz Halim bagi penjelasan yg ni (Lihat di bawah).
-          Nabi SAW berkata seandainya umatku Nampak kelebihan bulan Ramadhan, pasti mereka mahu dalam setahun itu hanya bulan Ramadhan sahaja.
-          Seterusnya, Nabi SAW berkata seandainya umatku dapat melihat pahala solat Subuh dan Isya’ berjamaah, pasti mereka akan datang ke masjid walaupun dalam keadaan merangkak.
-          Kitab Kifayatul ‘Ulam (btlkan ana jika ejaan Kitab ni salah) page 11 baris pertama > Nilai pahala solat itu adalah pada yang khusyuk sahaja manakala nilai pahala majlis ilmu itu adalah sepanjang berada dalam majlis ilmu itu iaitu x meletakkan syarat harus khusyuk.
5.       Mujahadah : Melawan Nafsu
-          Diri manusia ada 2 unsur yakni Nafsu dan Akal.
-          Penolong kepada Akal adalah Ilmu.
-          Penolong kepada Nafsu adalah syaitan. Nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan.
-          Jika akal diserang oleh nafsu dan syaitan tanpa ada ilmu, maka nafsu dan syaitan yang akan menang.
-          Justeru itu, hendaklah sentiasa belajar dan menggunakan ilmu itu sebaik-baiknya kerana tanpa ilmu, akal akan berada dalam keadaan yang ‘bahaya’ (mudah diserang oleh nafsu dan syaitan).

Itu sahajalah yang ana dapat catat.
Semoga bermanfaat buat diri ana dan juga buat para pembaca.
Maafkan ana andai ada yang tersalah. Andai ada yang salah, tolong10000x betulkan ana.
Sungguh ana masih belajar, ilmu masih kurang.
Sekian sahaja daripada ana kali ini.
Moga Allah merahmati kita, insyaAllah.
Sebelum itu, mohon disedeqahkan surah al-Fatihah buat arwah Tok Long ana yang baru sahaja meninggal dunia pagi tadi, moga arwah Tok Long ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Ameen Ya Rab.

Wallahu’alam.
Wassalam Wbt.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...