Assalamualaikum wbt.
Didoakan agar sahabat2 berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindunganNya, insyaAllah.
Semalam ana dapat 1 permintaan daripada seseorang yang ana x tahu siapakah empunya diri.
Tapi beliau menyatakan di dalam blog ana di bahagian bawah belah kanan dalam box hitam tu yg ada pertanyaan "What other information would you like to see in this blog?"; beliau menjawab "About dakwah Islam =) ".
Terima kasih kepada yang memberi pendapat.
InsyaAllah nanti ana akan bagi informasi sebegitu ya.
Tapi awalnya ana mohon maaf andai informasi yang akan ana beri nanti xlah begitu hebat.
Cukup dengan meRELATEkan apa yang berlaku di sekeliling kita.
Boleh kan ?
Hari ni ana nak share 1 perumpamaan yang Nabi sebut.
Ni ana dapat semalam masa sesi tazkirah lepas habis solat Tarawikh.
Ustaz tu ckp ---> Nabi mengumpamakan perempuan yang tidak malu itu adalah seperti masakan yang tidak bergaram.
Maksudnya perempuan yang x malu tu memang tawar, tak de rasa lagi dah.
Sesuka hati saja buat apa yang dia nak.
Jadi, memang-lah seperti masakan yang x bergaram..masakan yang tawar..x sedap.
Jadi, kepada semua wanita di luar sana termasuklah diri ana sendiri, ingatlah bahawa "Alhaya'u minal iman" yang bermaksud bahawa malu itu sebahagian daripada iman.
Tapi malu itu biarlah bertempat.
Sama-samalah kita menjadi wanita yang solehah dan mengutamakan pandanganNya berbanding pandangan manusia.
Cukup sekadar di sini.
Ada masa, ada post lagi ya, insyaAllah.
Sekian sahaja.
Selamat berpuasa dan lipat gandakanlah amalan kita di bulan yang penuh barakah ini yakni bulan Ramadhan.
Ma'assalamah.
Wassalam wbt.
(^_^)
No comments:
Post a Comment