Promo ! Klik Ler..

Thursday, August 4, 2011

:: Peminat Labu ::

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat semuanya ?
Didoakan semuanya sihat sejahtera insyaAllah.
Semoga bulan Ramadhan yang dilalui ini lebih mendekatkan kita kepada Yang Esa yakni Allah SWT, insyaAllah :)

Labu..
Tau x apa itu labu ?
Labu adalah sejenis buah. Boleh dibuat lepat,pengat atau labu masak lemak.
Macam2 la boleh buat dengan labu kan.
Ana suka makan labu.
Tambah2 pengat labu.
Kalo Mak Ayah pi pasar ke, kalo ternampak labu, mesti beli sebab duk teringat anak sulung dia yang suka makan labu.
Hehe.
Terima kasih Mak & Ayah kerana memahami kegemaran anakmu ini ;)

1 Ramadhan lepas Ayah balik dari kedai.
Ayah belikan SOLUSI edisi terbaru, pasal Ramadhan.
Allah..seronoknya :)
Terus bukak SOLUSI dan baca.
Page 1 ada hadis.
Salah 1 nya adalah yang ni.
|
|
|
|
\/
Anas bin Malik r.a meriwayatkan : "Rasululah saw ialah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya."
(Riwayat Ahmad,Darimi,Nasa'i dan Abu Daud)
Dipetik daripada Syama'il Muhammad saw : Peribadi Muhammad, terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

Baru ana tahu Rasulullah saw suka makan buah labu.
Seronok dengar.
Jadi, marilah makan buah labu.
Rasulullah suka buah labu.
Kita pun suka buah labu.
:)
Love pumpkin.
Hehe.
Wassalam.


P/s : Dah berapa juzu' ? Baca + fahaminya ya :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...