Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ini kita sudah berada pada 6 Ramadhan 1432 H.
Semoga segala amalan kita pada hari ini lebih baik berbanding hari2 sebelumnya, insyaAllah.
Sekadar mahu berkongsi tentang teka-teki Rasulullah saw.
Ana ambil ni dari Solusi isu terbaru.
Jom baca.
Suatu hari, Rasulullah SAW telah berteka teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: “Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?”.
Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatlan peristiwa ini berkata: “Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau di usia kanak-kanak).”
Para sahabat bertanya: “Apakah jawapannya wahai Rasulullah?”.
Baginda bersabda lagi: “Kurma.” (Riwayat Muslim no. 5027 dan al Tirmizi no. 2793).
Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.
Apa yang dimaksudkan dengan kurma yang sifatnya seperti Muslim adalah ada yang berpendapat pokok kurma ini seperti manusia, di mana suatu hari nanti pasti merasakan kematian.
Ada juga berpendapat apabila dipotong kepala pokok tersebut akan mati sebagaimana manusia.
Selain itu, pokok kurma juga mempunyai banyak manfaat sebagaimana manusia.
Sama2 kita mengambil manfaat.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment