Promo ! Klik Ler..

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Istiqamahkah kita ?

HADIS

Daripada Abi 'Amran Sufyan bin Abdillah r.a katanya : Aku bertanya : " Hai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu." Sabdanya : " Katakanlah Aamantu billah thumma istiqam iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah."

TAKHRIJ HADIS

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, al-baihaqi dalam al-Sunan/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371 dan al-daraqutni dalam al-Sunan 3/45.

PENGAJARAN HADIS

Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadh al-Salihin berkata : " Istiqamah ialah seseorang itu thabit mengikut syariat Allah swt sebagaimana suruhan Allah dan didahuluinya dengan ikhlas kepada Allah swt." Walaupun disuruh beristiqamah mengikut kadar kemampuan tetapi mestilah berusaha supaya ia membetulkan dengan kebenaran. Hadis ini juga menggesa supaya segala kebaikan atau amalan termasuk pekerjaan dan perkhidmatan yang dilakukan hendaklah dalam istiqamah dengan menghindarkan segala sifat-sifat mazmumah seperti malas, putus asa, semangat yang seketika dan mudah luntur kerana ia boleh menafikan maksud dan matlamat istiqamah.

Antara bentuk istiqamah ialah :
- Melaksanakan segala yang wajib dengan mengikut sunah Rasulullah saw.
- Menambahkan ibadat yang sunat.
- Menjauhi yang haram.
- Melakukan tugas yang diamanahkan dengan berterusan dan konsisten.

Sebahagian ulama menyebut; istiqamah dengan makna thabit atau tetap tanpa gundah-gulana dan luntur semangat. Contohilah haiwan semut. Ketika mengambil gula di dalam botol meskipun kita mengusirnya namun ia tidak lari sebelum mendapat gula tersebut.Dengan bersusah payah akhirnya dia berjaya membawa gula yang lebih besar daripada tubuhnya. Daripada kehidupah haiwan pun, kita dapat menirunya. Semut yang tidak mempunyai akalpun boleh mencapai kejayaan apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal !

AL-QURAN

Firman Allah swt dalm surah Hud ayat 112 :
" Oleh itu, hendaklah engkau wahai Muhammad sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang2 yang merujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum2 Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Dikatakan ayat ini ditujukan kepada nabi dan yang lainnya. Ada pendapat mengatakan ditujukan kepada Nabi tetapi dikehendaki dengan umatnya. Inilah pendapat al-Suddi. Dikatakan perkataan 'istiqam' iaitu tuntulah untuk berdiri di atas agama daripada Allah dan mintalah kepadanya demikian itu. Maka jadilah huruf 'sin' yang merupakan huruf 'sin' permohonan sebagaimana kamu berkata; istighfarlah kepada Allah dengan maksud tuntutlah keampunan daripadaNya. Istiqamah ialah sentiasa dan berlangsungnya pada satu pihak tanpa goyah kiri dan kanan. Maka hendaklah kamu beristiqamah dalam melaksanakan perintah Allah.

Firman Allah swt dalam surah Fussilat ayat 30-32 :
" Sesungguhnya orang2 yang menegaskan keyakinannya dengan berkata : Tuhan kami ialah Allah,kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa dengan memberi ilham : Janganlah kamu bimbang (berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.Kamilah penolong2 kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat, dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan peroleh pada hari tu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (pemberian2 yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Ibn Abbas berkata : "Ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar asSiddiq r.a yang demikian apabila orang musyrikin berkata : "Tuhan kami Allah dan malaikat merupakan anak perempuannya yang memberi syafaat kepada kami di sisi Allah maka mereka tidaklah beristiqamah." Sedangkan Abu Bakar r.a menjawab dengan penuh keimanan; Tuhan kami hanyalah Allah, tiada sekutu bagiNya sedangkan Muhammad hamba dan RasulNya, maka dia terus beristiqamah.

MUTIARA KATA

Pujangga berkata : Jangan sia-siakan usia anda dengan sering bertukar ganti kerjaya, spesialisasi, dan pekerjaan.Sikap suka bertukar ganti seperti ini menunjukkan bahawa anda tidak pernah berjaya dalam apa jua hal pun.

Pujangga berkata : Jangan seperti lalat yang hanya hinggap di atas luka. Jangan mempermainkan kehormatan orang lain, menkotak-katik aib mereka,merasa senang dan bahkan menginginkan kejatuhan mereka.

# istiqamah dalam pejuangan #

Monday, December 21, 2009

Menangis...

Pernah x korang menitiskan air mata kerana Allah?
Tu tandanya hati korang masih ada cahaya.
Ke korang nangis sebab benda lain?

NANGIS SEBAB BANYAK DOSA
Patutnya korang nangis sebab mengingatkan dosa-dosa yang menggunung dan mengharapkan Tuhan berikan pengampunan walaupun korang tau amal korang x seberapa.
Ke korang nangis sebab layan filem Hindi? Asal tengok nangis,asal tengok nangis.
Adoi!!

NANGIS SEBAB AMAL SIKIT
Patutnya korang nangis tengok amal orang yang bersedekah dengan ikhlas, menolong orang tanpa harapkan balasan, nangis tengok orang nangis dalam solat mereka.
Ke korang nangis sebab termasukkan note lima puluh ringgit dalam tabung derma masjid sebab sangkakan tu note singgit?


NANGIS SEBAB RINDU NABI
Patutnya korang nangis sebab x berpeluang hidup bersama nabi, tak berkesempatan menatap wajah nabi, tak tergolong dalam golongan para sahabat yang berjuang menegakkan agama bersama nabi.
Ke korang nangis sebab melecet kaki berjalan tengah panas join jemaah berarak maulidurrasul akibat dipaksa pak mentua yang sedang tengok korang dalam TV di rumah sambil makan ais krim bersama cucu-cucunya?

NANGIS SEBAB TAKUT ALLAH SWT
patutnya korang nangis sebab takut Tuhan nak panggil balik anytime walhal amal korang ciput, dosa pulak macam laut.
Nangis sebab takut kena campak ke dalam api neraka dan tak dapat cium bau syurga.
Ke korang nangis sebab takut hilang kerja, tak pass periksa, kena saman parking, tak dapat projek, kena marah cikgu, awek lari, balak curang, dompet hilang, kena lempang, sakit pinggang, gigi berlubang, ngigau kena kejar beruang, jatuh longkang dan macam2 lagilah.

Sumber : Majalah UJANG edisi Disember 2009

Wednesday, May 20, 2009

BERHATI-HATI MENJAGA HATI


الا وان في الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا وهى القلب

" Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! ianya hati"

( HR:Bukhari &Muslim )


Sepertimana penyakit zahir yang menyerang tubuh badan kita yang berpunca dari bakteria, kuman dan virus secara perlahan dan berperingkat yang mampu menjadi kronik dan akhirnya menjadi asbab kepada kematian.

Maka begitu jugalah dengan hati kita yang sentiasa diserang virus, bakteria dan kuman dosa yang mampu menjadi tenat secara beransur-ansur dalam berbagai peringkat sehinggalah mematikan hati kita.


Peringkat kuman dosa yang merosakkan hati :

1) Merasa bersalah bila berbuat dosa

Pertama kali melakukan dosa, hati rasa menyesal, bersalah dan resah, kerana perbuatan jahat adalah sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang tercipta dalam kesucian.


2) Merasa biasa bila berbuat dosa

Namun rasa berdosa tidak bertahan lama apabila dosa diulang-ulang. Rasa berdosa akan hilang sedikit demi sedikit dan hati sudah terbiasa dengan kehadiran dosa. dulu, bila berdosa temannya airmata tapi sekarang alah bisa tegal biasa. Hati rela dan tega dalam dosa.


3) Merasa seronok bila berbuat dosa

Dosa itu kuman disalut keindahan. Sesudah hati terbiasa dengan dosa maka timbul rasa seronok melakukannya. Rasa ketagih, gian, kemaruk mengulangi dosa. Dosa sudah bertukar dari racun menjadi nikmat. Dosa kini sudah bertakhta didalam dada.


4) Menjadi pembela kepada Dosa

Inilah nafsu yang tak pernah puas, begitu juga syaitan yang berjuang menghasut manusia tanpa kendur dan mundur. Dari rasa berdosa, kemudian biasa dengan dosa, kemudian seronok berbuat dosa dan akhirnya menjadi pejuang dan pembela dosa. Mereka sudah ditahap kritikal kerana mereka mempromosi, menjadi duta kepada dosa. Jika ada ahli agama menegur, maka mereka sedia bangun mempertahankan serta membela perlakuan dosa mereka.


" Hati semakin sakit, semakin keras, menjadi buta, menjadi barah membawa virus munafiq, syirik dan kafir dan akhirnya hati mati "

" Oleh itu hendaklah kita berhati-hati menjaga hati "


Firman Allah : Al-Isra' ayat ; 72ومن كان في هذه أعمى فهو فى الأخراة أعمى واضل سبيلا

" Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya. "


By ustaz Amran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...