Assalamualaikum
wbt.
Alhamdulillah,
Allah masih beri peluang pada kita sampai saat ini untuk terus hidup.
Allahuakbar
!
Sebentar
tadi, tatkala saya sedang makan bersama kakak serumah, datang seorang pak cik membawa
beg berisi selipar.
Dia
menjual selipar dan mempromosikan selipar yang dijual kepada kami dengan harga
rp 15 ribu sahaja (RM 5).
Dia
membuka plastic tersebut sambil mempromosikannya kepada kami.
Tapi
sungguh, kami waktu itu benar2 tidak cukup wang.
Kami
hanya bawa duit cukup2 untuk makan.
Hingga
kami terpaksa menolak untuk membeli selipar yang pak cik itu jual.
Pak
cik itu pergi dengan perasaan kecewa dan hampa.
Sedihnya
hanya Allah yang tahu.
Andai
saja kami bawa duit lebih, memang akan kami beli.
Kami
memikirkan nasibnya.
Nasib
isteri dan anak2nya di rumah.
Dia
mencari rezeki untuk menyara keluarganya.
:’(
Lepas
sahaja dia pergi, saya menoleh untuk melihatnya.
Saya
Nampak dia pergi ke arah sebuah kereta untuk menjual tapi orang di dalam kereta
itu menolak.
Bertambah
sedih saya.
Terus
saya hilang mood untuk menghabiskan makanan.
Tapi
saya habiskan juga nasi yang telah diorder.
Tak
baik membazir makanan. Byr mknn guna duit Ayah bagi juga kan ?
Cuma
waktu itu, saya makan sambil teringatkan nasib dia dan keluarganya.
Sampai
je rumah, terus air mata menitis.
Sedih
dan kecewa sebab tidak dapat tolong pakcik tu.
Saya
berharap akan ada orang yang membeli selipar pakcik itu hari ini.
Dan
semoga rezeki pakcik itu murah hari ini dan hari2 seterusnya, inshaAllah.
Saya
berharap nanti Allah pertemukan saya lagi dgn pakcik tu supaya nnti sy dapat
membeli selipar daripada pakcik itu.
Pakcik,
kalau saya jumpa pakcik lg, saya janji beli selipar tu drpd pakcik.
Lepas2
ni, saya akan bawak duit lebih ke mana2 supaya insiden seperti hari ini tidak
terjadi lagi.
:’(
Betapa
Mak Ayah kita bersusah payah mencari rezeki untuk kita, anak-anaknya.
Mak
Ayah sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan anak2nya.
Lihatlah,
besarnya pengorbanan Mak Ayah kita kan ?
Berpeluh-peluh Mak Ayah kerja untuk kita. Nak bagi kita senang. Tak nak kita hidup susah.
Berpeluh-peluh Mak Ayah kerja untuk kita. Nak bagi kita senang. Tak nak kita hidup susah.
Sungguh,
saya kena habiskan belajar dulu, then kerja sampai ada gaji sendiri, then dapat
bagi Mak Ayah duit saya sendiri, dapat tanggung yuran pengajian adik2, then
baru saya akan fikir pasal kawin.
Ya
Allah.
Engkau
mencampakkan aku di bumi Medan ini untuk mengajar aku sesuatu.
Mengajar
aku tentang sesuatu yang tiada di bumi kelahiranku, Malaysia.
Di
Malaysia, jarang2 untuk aku melihat kesusahan orang secara terang-terangan.
Tapi
di sini, bermacam-macam dapat aku lihat.
Kesusahan
mereka mencari rezeki dengan berbagai cara.
Menjual
selipar dengan berjalan kaki, anak-anak menjual barang2 seperti bendera, alat
permainan, air mineral di jalan raya, mengutip derma, mencari wang dengan
menyanyi, dan lain-lain.
Sungguh
banyak yang Kau tunjukkan padaku di sini.
Ya
Allah. Semoga aku dapat mengutip sesuatu di bumi Medan ini, Ameen ya Rab.
Sayangilah,
kenanglah, berjasalah buat Mak Ayah kita yang terrrrrrrcintaaaaaaa.
Mak
Ayah, Along sayang Mak Ayah.
Terima
kasih untuk segala-galanya.
<3 o:p="">3>
:-*
Alhamdulillah.
Thanks
to Allah.
Sujud
Syukur.
No comments:
Post a Comment