Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,
hingga sekarang jam 10.27 pagi WIB, semuanya berjalan lancar.
Pagi ni saya ke
FKG (Fakultas Kedokteran Gigi) untuk mengambil kembali ujian ulangan pedodonsia
yang saya gagal semalam. Ish,ish,ish.
Dan paling tidak
disangka adalah saya lulus untuk ujian skill’s lab Ortodonsia yang saya rasa
saya akan gagal.
Kan kemarin saya
ada cakap saya tak dapat buat Labial Bow.
Anyway, tu semua
kerja Allah.
Apapun.
Alhamdulillah.
Even gagal kat
Pedo, at least pass kat Ortho.
Tadi masa exam
ulangan Pedo, saya dapat Dr.Ami.
Exam lisan.
Cakap2 sikit pasal
space maintainer pada gigi anak, then kena lukis design piranti kat gigi anak
tersebut.
Lepas dah habis,
saya cakap kat dosen, dah selesai.
Then dosen tengok
lukisan saya dan tegur mana yang saya salah.
Dia tegur sambil
lukiskan apa yang saya salah kat lukisan tu.
One by one.
Allah. Rasa best
sangat.
Sekarang saya dah
tahu mana yang perlu diperbetulkan.
Even ia hanyalah
lukisan, kelak nanti masa dah clinical (sini sebut coass), takut ter’effect’
pulak.
And nanti boleh
jadi salah.
Oho.
*Mood dosen pagi
ni Alhamdulillah baik. Tak de marah. Maybe sebab pagi. Semua orang cool.
Lagipun dosen tu baru kahwin. Of course dia happy. Wiwit ;)*
Then dah habis
exam, terus ke International Office (IO).
Nak cap jari
tangan untuk buat Surat Keterangan Lapor Diri (SKLD).
Finally setelah
berkali-kali turun naik ke IO dan tidak berjaya untuk menurunkan cap jari saya
yang special ini, akhirnya hari ini berjaya jugak !
Alhamdulillah.
And nasib baik
juga karyawan (pekerja) IO pagi ni mood dia baik.
Ye lah, masih pagi
kan.
Plus saya orang
first datang ke IO.
Hehe.
Petang kejap lagi,
nak ke Konsulat Malaysia pulak,
Ada sambutan
Maulid Nabi.
Esok maybe nak ke
Pajak Ikan.
Beli barang2 yang
Mak Ayah adik pesan.
Next week, exam
remedial blok untuk semester ni dah mula.
Saya akan sit for
remedial blok 15,16 sebab dapat C.
Blok 17 tak perlu
sebab dapat B.
Alhamdulillah *Ni
salah satu sebab saya macam gembira hari ni*
Blok 18 tak tahu
lagi result mcm mana.
Harap2 ok lah
semua.
Then, after that,
pulang ke Malaysia !
Wehuuu.
Apapun,
Alhamdulillah atas semua pemberian Allah yang sementara ini.
Nikmat ini juga
adalah ujian.
Allah memberi nikmat
kepada manusia untuk melihat sejauh mana manusia itu bersyukur dan mahu melihat
apakah hambaNya itu riak,sombong dan ujub dengan nikmatNya itu.
Maka, bersyukurlah
dan dalam masa yang sama, muhasabah kembali.
Karena nikmat ini
hanya sementara dan akan diambil kembali olehNya.
Jaga diri, iman
dan hati.
Wassalam ;)
No comments:
Post a Comment