Promo ! Klik Ler..

Tuesday, January 5, 2010

Istiqamahkah kita ?

HADIS

Daripada Abi 'Amran Sufyan bin Abdillah r.a katanya : Aku bertanya : " Hai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu." Sabdanya : " Katakanlah Aamantu billah thumma istiqam iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah."

TAKHRIJ HADIS

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, al-baihaqi dalam al-Sunan/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371 dan al-daraqutni dalam al-Sunan 3/45.

PENGAJARAN HADIS

Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadh al-Salihin berkata : " Istiqamah ialah seseorang itu thabit mengikut syariat Allah swt sebagaimana suruhan Allah dan didahuluinya dengan ikhlas kepada Allah swt." Walaupun disuruh beristiqamah mengikut kadar kemampuan tetapi mestilah berusaha supaya ia membetulkan dengan kebenaran. Hadis ini juga menggesa supaya segala kebaikan atau amalan termasuk pekerjaan dan perkhidmatan yang dilakukan hendaklah dalam istiqamah dengan menghindarkan segala sifat-sifat mazmumah seperti malas, putus asa, semangat yang seketika dan mudah luntur kerana ia boleh menafikan maksud dan matlamat istiqamah.

Antara bentuk istiqamah ialah :
- Melaksanakan segala yang wajib dengan mengikut sunah Rasulullah saw.
- Menambahkan ibadat yang sunat.
- Menjauhi yang haram.
- Melakukan tugas yang diamanahkan dengan berterusan dan konsisten.

Sebahagian ulama menyebut; istiqamah dengan makna thabit atau tetap tanpa gundah-gulana dan luntur semangat. Contohilah haiwan semut. Ketika mengambil gula di dalam botol meskipun kita mengusirnya namun ia tidak lari sebelum mendapat gula tersebut.Dengan bersusah payah akhirnya dia berjaya membawa gula yang lebih besar daripada tubuhnya. Daripada kehidupah haiwan pun, kita dapat menirunya. Semut yang tidak mempunyai akalpun boleh mencapai kejayaan apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal !

AL-QURAN

Firman Allah swt dalm surah Hud ayat 112 :
" Oleh itu, hendaklah engkau wahai Muhammad sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang2 yang merujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum2 Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Dikatakan ayat ini ditujukan kepada nabi dan yang lainnya. Ada pendapat mengatakan ditujukan kepada Nabi tetapi dikehendaki dengan umatnya. Inilah pendapat al-Suddi. Dikatakan perkataan 'istiqam' iaitu tuntulah untuk berdiri di atas agama daripada Allah dan mintalah kepadanya demikian itu. Maka jadilah huruf 'sin' yang merupakan huruf 'sin' permohonan sebagaimana kamu berkata; istighfarlah kepada Allah dengan maksud tuntutlah keampunan daripadaNya. Istiqamah ialah sentiasa dan berlangsungnya pada satu pihak tanpa goyah kiri dan kanan. Maka hendaklah kamu beristiqamah dalam melaksanakan perintah Allah.

Firman Allah swt dalam surah Fussilat ayat 30-32 :
" Sesungguhnya orang2 yang menegaskan keyakinannya dengan berkata : Tuhan kami ialah Allah,kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa dengan memberi ilham : Janganlah kamu bimbang (berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.Kamilah penolong2 kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat, dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan peroleh pada hari tu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (pemberian2 yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Ibn Abbas berkata : "Ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar asSiddiq r.a yang demikian apabila orang musyrikin berkata : "Tuhan kami Allah dan malaikat merupakan anak perempuannya yang memberi syafaat kepada kami di sisi Allah maka mereka tidaklah beristiqamah." Sedangkan Abu Bakar r.a menjawab dengan penuh keimanan; Tuhan kami hanyalah Allah, tiada sekutu bagiNya sedangkan Muhammad hamba dan RasulNya, maka dia terus beristiqamah.

MUTIARA KATA

Pujangga berkata : Jangan sia-siakan usia anda dengan sering bertukar ganti kerjaya, spesialisasi, dan pekerjaan.Sikap suka bertukar ganti seperti ini menunjukkan bahawa anda tidak pernah berjaya dalam apa jua hal pun.

Pujangga berkata : Jangan seperti lalat yang hanya hinggap di atas luka. Jangan mempermainkan kehormatan orang lain, menkotak-katik aib mereka,merasa senang dan bahkan menginginkan kejatuhan mereka.

# istiqamah dalam pejuangan #

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...