Promo ! Klik Ler..

Sunday, March 29, 2009

Penamaan Calon

Salam wbt.

Hari ini merupakan hari penamaan calon bg Parlimen Bkt Gantang, DUN Bkt Selambau dan DUN Batang Ai.

Ayah ana and adik laki pergi join skli utk tgk penamaan calon Bkt Gntg yg diwakili oleh MB Perak,Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mewakili Pas.

Moga Pilihanraya kali ini dimenangi kembali oleh Pas, Insya-Allah.
Seseungguhnya, ini adlh perjuangan utk Islam.
Takbir ! Allahuakbar!

Friday, March 27, 2009

Larangan Melepak

Dari Thalhah r.a. katanya:
Pada suatu ketika, kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan. Rasulullah SAW mendatangi kami seraya bersabda,
“Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan!”
Jawab kami, “Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap.”
Sabda baginda, “Kalau begitu, bayar hak jalanan iaitu picingkan mata, jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik)!”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Sai’d Al-Khudri r.a. dari Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!”
Jawab para sahabat,
“Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.”
Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya, “Apa haknya, ya Rasulullah?”
Jawab baginda, “Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Huraian Mengikut Kamus Dewan,
melepak memberi makna tentang satu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan.
Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial.
Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.

Merendah Diri

Dari Iyadl Ibnu Himar Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri, sehingga tidak ada seorang pun menganiaya orang lain dan tidak ada yang bersikap sombong terhadap orang lain."
(Riwayat Muslim).
Tenang ketika khutbah Jumaat
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu : Dia berkata:Bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Bila engkau berkata kepada temanmu: "Diam!" pada hari Jumat, saat imam berkhutbah, maka engkau benar-benar berbicara sia-sia.
(Riwayat sahih Muslim)

Thursday, March 26, 2009

Try... Breathing Therapy

Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling (breathe in) and exhaling (breathe out)?

Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun and the left side represents the moon.

When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.

If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again.

Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.

Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily.

Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.

When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side?

If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.

You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults.

Syaitan dan Hidung

Artikel Oleh sifuyus

" Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran.
Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang- kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin.

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing) .

Monday, March 23, 2009

Rahsia Angka 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

~wAsSaLaM~

Sunday, March 22, 2009

Ikhlaskah kita?

Oleh Imam Khalid di Soleh.Net

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata,
“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

“Yang ikhlas.”
“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah.
Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


Erti Ikhlas
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).


Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1.kerana suruhan-Nya
2.kerana keredhaan-Nya
3.kerana arahan-Nya
4.kerana mentaati-Nya
5.kerana patuh pada-Nya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.


Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1.awal
2.pertengahan
3.akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:
“Inilah masanya nak jadi popular”
“Aku akan jadi terkenal…”
“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:
“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:
“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Ingatlah:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.
Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.


Wallahu a’lam.

Hadapi kejahatan dengan kebaikan

Nabi Muhammad s.a.w. berpesan :
" Daripada Abu Dzar, dari nabi saw bersabda, Takutilah Allah dimana sahaja kamu berada;
ikutilah kejahatan denagn kebaikan, kerana kebaikan menghapuskan kejahatan; dan
berakhlaq baiklah diantara sesama manusia "
( HR : Tirmizi & Al-Hakim )
Kesimpulan :
Hadith ini menerangkan bahawa kita disuruh berbuat baik kepada orang yang berbuat
jahat kepada kita dan jangan kita hilang kesabaran sehingga kita menjadi seperti mereka.
Dan nabi saw juga menyerankan agar kita berakhlaq baik diantara sesama kita.

Friday, March 20, 2009

Hadis riwayat Muslim

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."
(Hadis riwayat Muslim)

Thursday, March 19, 2009

BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN

"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya"
HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.

Wednesday, March 18, 2009

Hadith..

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain."
(Hadis riwayat Al-Qudhi)


"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."
(An-Nahl ayat 105)


"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Sunday, March 15, 2009

Santai seketika bersama lirik ini...

Badar 313 by Mestica
Tak kan berundur
Walaupun selangkah
Biarlah berkubur
Tak kan menyerah
Begitu mujahadah
Begitu terserlah
Biarlah basah
Bumi yang bertuah
Rentak dan tarian
Telah diperturunkan
Hanya yang beriman
Terus ke depan
Dan demi masa
Dan demi agama
dan demi bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Dan demi masa
Demi agama
Dan anak bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menerang
313 tentera Badar gemilang

Friday, March 13, 2009

Istighfar sebelum nikah perlu datang dari hati






Kalau anda menghadiri majlis akad nikah kawan anda atau saudara mara anda pasti anda dan hadirin termasuk pengantin dinasihatkan supaya beristighfar. Tok imam atau juru nikah yang hendak menikahkan pasangan itu akan memulakan bacaan istighfar itu dan diikuti oleh hadirin serentak.
Lazimnya orang ramai akan mengikut apa sahaja yang diminta tanpa mempersoalkan apakah tujuan istighfar itu. Imam yang mengendalikan majlis itu pun tidak menjelaskan kedudukan sebenar kecuali sekadar menyebut satu peraturan yang telah ditetapkan. Kalau begitu, apakah tujuan sebenar istighfar dalam majlis seumpama itu? Mungkin ada yang berpendapat bahawa majlis akad nikah ini satu ibadah maka eloklah dibacakan istighfar terlebih dahulu.

Jawapan itu boleh dipakai tetapi tidak begitu tepat dengan kehendak yang sebenar. Memanglah majlis pernikahan termasuk dalam ibadah iaitu untuk mendirikan masjid, untuk mendirikan satu perkongsian hidup yang sekukuh masjid. maka istighfar di sini adalah persediaan awal untuk memastikan komponen untuk menjadikan masjid terdiri daripada bahan yang bermutu.Bayangkan apakah yang akan terjadi kalau komponen untuk mendirikan masjid itu tidak baik atau tidak bermutu? Pastinya bangunan itu akan mudah musnah dalam tempoh yang amat singkat. Begitulah hal dengan pasangan yang hendak berkahwin, perlu bermutu, tidak disulami dengan dosa sama ada kecil mahupun besar.Kalau pasangan itu yang menjadi fokusnya, mengapa pula diminta orang ramai melakukan istighfar sama? Apakah kaitan orang ramai yang bermutu dengan pengantin yang bermutu?

Sebenarnya orang ramai yang hadir dalam majlis itu ialah mereka yang turut membina sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Mereka adalah saksi kepada pembinaan keluarga tersebut. Mereka juga yang mendoakan kebaikan kepada pasangan yang dinikahkan itu.

Bayangkan apa akan jadi kalau semua saksi itu membawa rebah? Bagaimana pula kalau orang yang berdoa itu bermasalah dengan Allah? Doanya tidak dikabulkan Allah kerana hubungan orang yang berdoa dengan Allah tidak begitu disenangi kerana banyak dosa.

Berdasarkan maklumat itu, tentu kita hendakkan pengantin bermutu dan orang ramai juga bermutu. Soalnya, berapa ramai orang yang menghadiri majlis itu benar-benar berkualiti iman dan Islamnya? Kadang-kadang yang hadir ke majlis itu tidak pernah solat, kaki sebar fitnah dan mengumpat.

Kalau mereka ini terus dijadikan sebagai saksi, tukang doa untuk pengantin, apa akan jadi kepada pasangan itu? Apatah lagi kalau pengantin itu sendiri dalam kategori yang sama. Mereka yang diibaratkan sebagai komponen yang hendak mendirikan masjid sudah tentu mereka akan menjadi pemusnah jangka pendek.

Jadi, untuk menyelamatkan keadaan itu, tok iman atau juru nikah itu cuba berikhtiar memulihkan kualiti iman dan Islam para hadirin. Mereka sama-sama diajak supaya bertaubat. Semoga dengan diajar istighfar: “Astaghfirullah al-Azim allazi lailahailla huwal Haiyul Qaiyum, wa atubu ilaih, ashadu anla ilahaillah, wa ashaduanna Muhammadan Rasulullah. Allahuma solliala Muhammad” yang diulang sebanyak tiga kali itu dapat membersihkan dosa mereka.
Diharapkan dengan istighfar atau taubat yang datang dari hati mereka itu, akan diterima oleh Allah S.W.T. Bagaimanapun, taubat mereka itu harus dikekalkan selama-lamanya walaupun selepas selesai majlis tersebut.

Sesungguhnya majlis yang dihadiri oleh orang yang tidak ada dosa, pasti majlis itu menjadi berkat. Pada masa yang sama pasangan pengantin itu juga akan terus bahagia hingga dimasukkan ke dalam syurga.

Sebaliknya, kita bimbang kalau majlis itu dicemari dengan suasana dosa para hadirin kerana berpura-pura taubat akan menjadi sebab sesuatu pasangan itu menjadi tidak harmoni. Inilah yang sering berlaku dalam masyarakat kita kini.

Tuesday, March 10, 2009

Fadhilat surah Al Mulk

Mukaddimah Surah al-Mulk

1. Dinamakan sebagai surah al-Mulk berdasarkan lafaz ayat yang pertama di dalam surah ini الْمُلْكُ yang bermaksud Kerajaan . Telah disebutkan di dalam hadis yang bersanad hasan bahawa Nabi saw juga telah menamai surah ini sebagai surah al-Mulk. Ia juga dinamai sebagai surah الْمُلْكُ تَبَارَكَ yang bermaksud Keagungan Kerajaan Allah swt .

2. Dinamakan juga sebagai al-Waqiyah (yang mempertahankan) dan al-Munjiyah (yang menolong dan menyelamat) kerana surah ini akan mempertahankan, membela dan menolong bagi orang yang membacanya daripada terkena azab kubur.

3. Juga dinamai sebagai surah al-Mana`ah ( yang menegah ) daripada terkena azab kubur.

4. Jumlah ayat surah ini sebanyak tiga puluh ayat mengikut kebanyakkan ulama dan tiga puluh satu ayat mengikut ulama Hijjaz. Akan tetapi kata Imam al-Jasos daripada mazhab Hanafi, telah sepakat dikalangan ulama-ulama al-Quran bahawasanya surah ini mempunyai tiga puluh ayat sahaja. Katanya lagi sekiranya ada pendapat mengatakan ayatnya berjumlah tiga puluh satu ayat maka pendapat ini telah bersalahan dengan hadis Nabi saw. Wa Allahu `Alam.

5. Kata Ibnu Abbas r.huma, “Surah al-Mulk telah diturunkan di Mekah”, maka oleh itu surah ini termasuk surah Makkiyah, yakni surah yang diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Katanya lagi, “Telah diturunkan surah Tabarokal Mulk kepada penduduk Mekah kecuali pada tiga ayat”. Pendapat ini adalah yang telah disepati oleh semua ulama. Tiga ayat yang dimaksudkan masih dalam khilaf (perselisihan) pendapat di kalangan ulama dan ia diturunkan di Madinah.

6. Surah ini adalah surah yang ke tujuh puluh enam mengikut tertib penurunkan surah-surah al-Quran dan dikatakan surah ini turun setelah turunkan surah al-Mukminun dan sebelum diturunkan surah al-Haqqah. Ada juga pendapat mengatakan surah ini diturunkan selepas surah at-Thur sebelum surah al-Haqqah.

7. Diriwayatkan surah ini diturunkan sekalugus kepada Nabi saw. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Marduwiyah daripada Abu Hurairah r.hu, bahawasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda,
أنزلت عليّ سورة تبارك وهي ثلاثون آية جملة واحدة « وقال : » هي المانعة في القبورMaksudnya : “Telah diturunkan kepadaku surah Tabarok dan ia terdiri daripada tiga puluh ayat dan diturunkan secara sekaligus. Sabda baginda lagi, Surah ini merupakan menegah dan menyelamatkan (siksa)di dalam kubur”.

Kelebihan / Fadhilat Surah al-Mulk

1. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu majah, Ibnu Durais, al-Hakim dan ia mengatakan sahih, Ibnu Marduwiyah dan al-Baihaqi, daripada Abi Hurairah r.hu, dia berkata, telah bersabda Rasulullah saw,

إِنَّ سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Maksudnya : Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat, yang mana ia akan dapat memberi syafaat bagi seseorang (yang rajin membacanya), sehingga ia mendapat keampunan, dan ia adalah surah تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ .
Lafaz hadis ini daripada at-Tirmizi dengan sanad hasan. Telah berkata al-Hakim, “hadis ini sahih”.

2. Dalam hadis lain disebutkan, daripada Anas b. Malik, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,“Ada satu surah di dalam al-Quran yang akan membela pembacanya sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga, iaitu surah تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ . Hadis yang diriwayatkan oleh at-Thobrani dan Ibnu Marduwiyah.

3. Daripada Ibnu Abbas r.huma, dia mengatakan bahawa telah terdapat daripada kalangan sahabat Nabi saw yang membuat khemah di sebuah tempat di tanah perkuburan dan tidaklah ia mengatahui bahawa tempat itu merupakan tanah perkuburan. Kemudian ia menyedari bahawa tempat itu adalah sebuah tanah perkuburan lalu ia telah mendengar seseorang membaca surah al-Mulk sehingga habis, Kemudia ia datang berjumpa Nabi saw dan bertanya, wahai Rasulullah, aku telah memasang khemah di sebuah tempat di tanah perkuburan dan sedangkan aku tidak mengetahui bahawa disitu adalah sebuah tanah perkuburan, tiba-tiba aku terdengar di didalam tanah kubur itu seseorang yang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka jawap Rasulullah saw dengan sabdanya,

هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِMaksudnya : “Itulah ia surah yang menegah dan yang menyelamat, yang menelamatkan pembacanya daripada siksa kubur”.
Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Abdur Razzaq, at-Thorani dan al-Baihaqi. Kata at-Tirmizi, “hadis ini bersanad hasan ghorib”.

4. Daripada Ibnu Abbas r.huma, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda,
لَوَدِدْتُ أَنَّهَا فِي قَلْبِ كُلِّ إِنْسَانٍ مِنْ أُمَّتِي يَعْنِي: "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ"Maksudnya : “Sesungguhnya aku menginginkan agar surah ini berada di dalam hati (dihafal) setiap manusia daripada kalangan umatku”. Hadis yang diriwayatkan oleh at-Thobrani, al-Baihaqi, Abdu bin Hamid dengan sanad dhoif (lemah).

5. Disebutkan hadis riwayatkan at-Thobrani, Ibnu Marduwiyah dengan sanad yang baik daripada Ibnu Mas`ud r.ha, katanya : “Barangsiapa yang membaca surah ini pada waktu malam, maka sesungguhnya ia telah melakukan dan mendapat kebaikan yang banyak”.

6. Disebutkan oleh hadis riwayat `Abdur Razzaq daripada Ibnu Mas`ud r.hu, dia berkata : “Adapun Nabi saw membaca dalam solat jumaat dengan surah al-Jumu`ah dan al-`Ala dan di dalam solat subuh pada hari jumaat dengan surah as-Sajdah dan al-Mulk”.

7. Sabda Nabi saw,

إني لأجد في كتاب الله سورة هي ثلاثون آية من قرأها عند نومه كتب له منها ثلاثون حسنة ، ومحي عنه ثلاثون سيئة ، ورفع له ثلاثون درجة ، وبعث الله إليه ملكاً من الملائكة ليبسط عليه جناحه ويحفظه من كل شيء حتى يستيقظ ، وهي المجادلة تجادل عن صاحبها في القبر ، وهي"تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ"

Maksudnya : “Sesungguhnya aku telah mendapati di dalam Kitabullah ada satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat, barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, akan dituliskan baginya tiga puluh ganjaran kebaikan, dan akan menghapuskan tiga puluh kejahatan, dan mengangkat tiga puluh darjat, dan akan diutuskan oleh Allah swt kepadanya seorang Malaikat yang akan menghamparkan sayap-sayapnya dan menjaga orang yang membacanya tadi sampai ia bangun, dan surah ini akan melindungi dan menjaga orang yang membacanya daripada terkena siksa di dalam kubur, dan itulah ia surah "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ" . Hadis riwayat ad-Dailami daripada Ibnu Abbas r.huma.

8. Sabda Nabi saw lagi,

دخل رجل الجنة بشفاعة سورة من القرآن ، وما هي إلا ثلاثون آية تنجيه من عذاب القبر"تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ".

Maksudnya : “Seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga disebabkan syafaat daripada sesuatu surah al-Quran, dan tidaklah yang dapat memberi syafaat itu melainkan tiga puluh ayat yang telah melindungi daripada azab kubur. Hadis riwayat Ibnu Marduwiyah.

9. Sabdanya lagi,

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ { ألم تنزيل } السجدة و "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ" كل ليلة لا يدعها في سفر ولا حضر .Maksudnya : “Bahawasanya Nabi saw lazimnya membaca surah as-Sajdah dan Tabarokal..( al-Mulk) pada setiap malam, dan tidaklah ia meninggalkan membacanya sama ada sedang bermusafir atau tidak”. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Mardawiyah daripada `Aisyah r.ha. Hadis ini juga oleh Abi Na`im daripada Jabir r.hu, katanya : “Adalah baginda Nabi saw tidak akan tidur sehinggalah baginda membaca surah as-Sajdah dan al-Mulk”.

10. Disebutkan di dalam kitab Mukhtasor tarikh Damsyiq, hadith daripada sanad ahli bait (keturunan Nabi saw), daripada Ali r.hu, telah bersabda Nabi saw :

من قالهن عند وفاته دخل الجنة: لا إله إلا الله الحكيم الكريم ثلاث مرات, الحمد لله رب العالمين ثلاث مرات ,تبارك الذي بيده الملك يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير.

Maksudnya : “Barangsiapa yang membaca ayat (lafaz-lafaz) ini sewaktu hendak wafat, (maka) ia akan dimasukkan ke dalam syurga, Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang Maha Lembut lagi Maha Mulia sebanyak tiga kali, Segala Pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam sebanyak tiga kali, Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala Kerajaan, Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

11. Disebutkan juga di dalam kitab Mukhtasor tarikh Damsyiq :

كان عيسى بن مريم إذا أراد أن يحيي الموتى صلى ركعتن يقرأ في الأولى " تبارك الذي بيده الملك " وفق الثانية " تنزيل " السجدة، فإذا فرغ مدح الله وأثنى عليه ثم دعا بسبعة أسماء: يا قديم! يا حي! يا دائم! يا فرد! يا وتر! يا أحد! يا صمد! قال البيهقي: ليس هذا بالقوي.

Maksudnya : Adapun Nabi `Isa bin Maryam, apabila ia menghendaki untuk menghidupkan seseorang yang telah mati, (maka) baginda solat dua rakaat, pada rakaat pertama baginda membaca surah al-Mulk dan pada rakaat kedua baginda membaca surah as-Sajdah. Setelah selesai, baginda memuji dan menyanjung Allah swt dengan tujuh nama : Wahai Yang Maha Dahulu Wujud, Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berterusan dengan Sifat-SifatNya, Wahai Yang Maha Tunggal, Wahai Yang Maha Ganjil, Wahai Yang Maha Esa, Wahai Yang Maha Kekal Abadi. Kata Imam al-Baihaqi, sanad hadis ini tidak kuat. Wa Allahu `Alam.

12. Daripada dalil-dalil hadist di atas menunjukkan bahawa, seseorang yang sentiasa membaca surah ini akan dilindungi daripada azab kubur disebabkan berkah dan syafaat yang telah ditentukan Allah swt akan keistimewaan surah ini. Dengan berkah membaca surah ini juga dosa-dosa akan diampunkan Allah swt. Wa Allhu `Alam.

13. Disebutkan dalam kitab Fiqh mazhab as-Syafie (I`anatul Tholibin, Syarah al-Manhaj, al-Mughni), disunatkan untuk membaca surah al-Mulk setelah selesai membaca doa hilal setelah melihat hilal (bulan), doanya berbunyi begini :
الله أكبر، اللهم أهله علينا بالامن والايمان، والسلام والاسلام، والتوفيق لما تحبه وترضاه. ربنا وربك الله. هلال خير ورشد - مرتين - آمنت بمن خلقك - ثلاث مرات - ويسن أن يقرأ بعد ذلك سورة تبارك.Maksudnya : Allah Maha Besar, Ya Allah selesaikan (urusan-urusan) kepada kami dengan kurniaan keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, dan petunjuk kepada Engkau cintai dan Engkau redhai. Wahai Tuhan kami, dan Tuhan Kamu adalah Allah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, ad-Darimi, at-Thorani, Ibnu Abi Syaibah, `Abdur Razzaq, Abu Ya`li dan Ibnu Hibban dengan sanad sahih. Kemudian membaca doa ini dua kali, “Hilal adalah sesuatu yang baik dan memberi petunjuk”, kemudian membaca doa ini sebanyak tiga kali, “aku beriman dengan Dia (Allah) yang telah menciptakan engkau. Kemudian membaca surah al-Mulk. Kata as-Subki (ulama mazhab as-Syafie), dibaca surah a-Mulk kerana surah ini mengandungi tiga puluh ayat dan dikaitkan dengan jumlah hari di dalam satu bulan. Dan dikatakan juga bahawa sakinah (ketenangan) turun sewaktu membacanya.

Wa Allahu `Alam.

Sunday, March 8, 2009

6 Perkara Yg Allah Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).


Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak."


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... "


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Tuesday, March 3, 2009

Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram


Penulis asal: Aminudin Mansor

Kita dituntut bersabar supaya dijauhi daripada ‘rasukan’ kemarahan.


SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut.
Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah.
Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya reda dalam keadaan jahil atau bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerani toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh.”

Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab’in menerangkan bahawa syaitan berkata, “Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya.”

Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata, “Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:
Apabila seseorang itu mabuk, kami pun pegang talinya lalu kami halau ke mana yang kami kehendaki. Dia bekerja untuk kami menurut apa yang kami sukai.
Apabila orang itu marah, dia akan berkata apa yang tidak diketahuinya dan melakukan sesuatu perkara yang disesalinya.
Dia seorang yang lokek terhadap apa juga miliknya dan berangan-angan dengan sesuatu yang ia tidak mampu
Sementara itu, Abdullah bin Mas’ud berkata, “Perhatikan sifat lemah-lembut seseorang ketika marah dan perhatikan sifat amanahnya ketika dia rakus! Pengajaran yang diperoleh daripada sifat lemah-lembutnya apabila dia tidak marah dan dengan sifat amanahnya apabila dia tidak rakus.”

Diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada wakilnya, “Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah. Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat.”

Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”

Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, “Meninggalkan marah..”
Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”

Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu.

Sunday, March 1, 2009

UJIAN KEHIDUPAN

Penulis asal: Nabiha Al-Khalidiy

Salaam,

Untuk panduan kita bersama agar kuat dan tabah apabila menghadapi dugaan/ujian dari ALLAH swt. Jangan cepat putus asa atau menyalahkan takdir.....


Di dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat terlepas daripada ujian. Itulah lumrah kehidupan kita di atas alam maya ini.
Sebagai seorang hamba kita perlu terima dengan dada terbuka dan kembalikannya kepada Allah Ta'ala, kerana Dia yang berikan kita ujian dan dia juga yang akan mengangkatnya daripada kita.

FirmanNya di dalam surah :
و لنبونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين
Maksudnya:...dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa ketakutan,kelaparan, kekurangan hartabenda dan jiwa serta tumbuh-tumbuhan. Danberilah berta gembira kepada orang-orang yang sabar.
al-Baqarah:155

Sebelum Allah Ta'ala hendak menguji hamba-hambanya, Dia anugerahkan kepada mereka akal, kehendak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu. Dengan tiga perkara tadilah kita semua akan diuji. Ada di kalangan kita yang diuji dengan kesenangan, kemewahan hartabenda dan ada pula yang diuji dengan kesusahan hidup, kesempitan rezeki, jalan seolah-olah menjadi sukar baginya, didatangkan musibah, bala dan kemalangan yang silih berganti. Semuanya adalah merupakan uijian daripadanya untuk dinilai kemantapan iman seseorang.Di dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada menempuh ujian, samaada besar atau kecil. Bersabarlah ketika menghadapinya, kerana di sebalik ujian yang datang terdapat seribu satu macam rahmat yang kita tidak nampak. Setiap kesusahan ada kemudahan.

Firman Allah:
فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا
Maksudnya: ...maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan,sesungguh nya sesudahkesulitan ada kemudahan.
surah al-Syarh:5,6
Memang sudah menjadi tabiat kita manusia, inginkan kemudahan, kenikmatan sepanjang masa, kelapangan hidup. Namun begitu kita perlu ingat, tidak semua yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tidak pula sesuatu yang kita benci dan tidak suka adalah buruk untuk kita.

Firman Allah:
و عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون
Maksudnya: ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan dia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
surah al-Baqarah: 216

Bila kita dapat menerima ujian Allah, kita akan terasa ketenangan yang tidak terhingga di dalam diri kita, kerana kita sedar semua yang datang adalah daripada Allah Yang Maha Mengetahui. Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya, sebab Allah Maha Adil di dalam hukumannya. Apa yang kita perlu ingat ialah setiap musibah yang datang adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Kepahitan hidup, kesusahan dan mala petaka adalah untuk membersih dan menaikkan darajat kita di sisiNya.Wahai saudaraku, bersabarlah ketika kita mengharungi kehidupan ini, sentiasalah ingat kepadaNya. Kerana hanya kepada Allah tempat kita mencurah rasa dan mengadu nasib. Dia akan membela kita, merahmati kita dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi, dengan syarat kita hendaklah bertaqwa kepadanya.

Wallahu a'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...