Promo ! Klik Ler..

Friday, February 26, 2010

Saya Cintakan Rasulullah S.A.W.

PENGENALAN

Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:

http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.


dari laman www.Iluvislam.com

Result dah kuar..

Semalam 25Feb,result STPM diumumkan..
Sampai2 kat sekolah dalm pukul 12.40 tghari,cikgu bagi slip + sijil2 yang berkaitan..
Cikgu suruh bukak slip tapi kwn2 ckp nak bukak kt rumah coz takut..
Cikgu suruh bukak jugak,so,antara kami 4 orang,ana yg bukak dulu..
Tengok2 ade 2C-,subjek chem n math T..tapi xde la rasa nak menangis mcm spm dulu,huhu..
Kali ni,ana mmg dah sedia nak menerima apa shj yang tercatat dalm slip exam tu,coz ana tau setiap yang Allah bagi tu adlh yg terbaik dariNya =)
Lps bukak slip,nmpk la dgn jelas dan nyatanya full result ana..
Aduyai,dpt la kutip 1A,1B- dan 2C-.
A tu mcm bese la,subjek Pengajian Am.B- plak subjek Bio.
Tapi rase cam xcaye la plak bio leh dpt B-,sblm2 ni xpun.
Tapi mmg antara subjek bio,chem n math T,ana lebih strong ke subjek Bio.
Skrg cam dah buntu nk apply kos pe,yang pasti ana cam xlyk nk apply top U coz top U nak cgpa 3.0 and above.La ba'sa,pasti ade hikmah yang tersembunyi..=)
So skrg,ana apply je la UPU,mane tau ade rezeki Allah nak bagi.Selain tu, apply jgk SPA n UniKL.
Nak apply mane lg,ana pun masih terfikir-fikir.
Yang pasti,dlm UPU tu,ana xpilih semuanye kos sc,ade jgk pilih kos sastera..

Doa itu penting,jadi kena byk2 berdoa,xboleh duk goyang kaki mcm nk tnggu dpt durian runtuh,setiap pekerjaan itu kan memerlukan usaha yang berterusan..
Apepun,ana sentiasa tahu bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNya..
Alhamdulillah =)

Saturday, February 20, 2010

STPM '09..

Salam wbt..

25 feb ini,khamis,keputusan stpm bagi calon tahun 2009 akan diumumkan..
X dinafikan,perasaan takut dan gundah-gulana turut menyelubungi diri..
Apapun,ana harap ana dapat menerima apa sahaja keputusan yang tercatat dalam slip keputusan peperiksaan itu nanti.
Ana dah mencuba yang terbaik.
Bak kata K.Wan Sufiah,doakan agar Allah swt memberikan yang terbaik,jika terbaik,jadikan ku hambaMu yang bersyukur,andai sebaliknya,jadikan ku hambaMu yang redha.Terima kasih K.Wan Sufiah =)

Semoga apa yang ana usahakan kali ini membuahkan hasil.
Sesungguhnya apa yang Allah berikan itu adalah yang terbaik daripadaNya.
Ya Allah,kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,tempat para syuhada',kehidupan orang bahagia serta kemenangan dalam mengatasi musuh,amiin..
Tawakkal 'ala Allah..

Thursday, February 18, 2010

Senarai Ulama Ahlus Sunnah Dunia Terkini

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dengan amanahnya dan pujian buat ahli Bayt Nabi SAW yang suci dan mulia serta para sahabat baginda SAW yang terpilih dan diredhai Allah juga para pejuang Islam yang menuruti jejak langkah Rasul SAW.

Penulisan ini akan memfokuskan pengenalan ringkas tentang ulama dunia Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal di sekitar 50 an keatas ( kurun ke 19-20) – Pemfokusan lebih kepada bidang Fiqh. Ia bertujuan memperkenalkan kepada para pembaca nama para ulama muktabar zaman ini bagi memudahkan rehlah ilmu kita semua.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa senarai tokoh-tokoh yang disebut ini disusun atas dasar beberapa contoh kumpulan ulama terpilih (menurut penulis) dan bukan terhad jumlahnya seperti dalam senarai. Dan bukan juga merangkumi kesemua nama ulama yang wujud .
Ia dibuat atas kaedah Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr.



Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):
Bil Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir:
1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah, Mesir, Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m

2. Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf, Mesir, Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an

3.Syeikh Muhammad al-Ghazali, Mesir, Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m

4. Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an

5. Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m

6 Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m

7 Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah

8 Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat

9 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M

10 Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M

11 Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat

12 Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir) & Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil & Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M

13 Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir Undang2 dan Fiqh

14 Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat

15 Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M

16 Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal

17 Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh

18 Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan

19 Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya
Wafat 1959 m

20 Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m

21 Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M

22 Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17

23 Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M

24 Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19

25 Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18

26 Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah

27 Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an

Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol
didunia Akademik dan Dakwah

1 Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926

2 Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929

3 Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, thn 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932

4 Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE

5 Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.

6 Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.

7 Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)

8 Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)

9 Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat

10 Prof. Dr. Nazih Hammad SyriaSaudiSkrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia

11 Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh

12 Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia

13 Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.

14 Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah

15 Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh

16 Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran

17 Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.

18 Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am

19 Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an

20 Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar thn 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk

21 Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan PhD tafsir thn 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran

22 Syeikh Ibrahim al-‘Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah

23 Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk

24 Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional

25 Prof. Dr Kurshid Ahmad Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

26 Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

27 Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

29 Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran

30 Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, Skrg di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am

31 Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Kharthoum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .

32 Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

33 Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh

34 Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

35 Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam

36 Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan

37 As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.

38 Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar)
thn '72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan skrg. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.

39 Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan.

Sumber : http://al-ahkam.net

Tuesday, February 16, 2010

Lemah Iman ?

 


Fenomena lemah iman kaum muslimin seolah-olah sudah menular dengan begitu drastik kini, sesuatu perkara yang semakin sukar untuk dibendung. Dari hari ke hari semakin ramai kaum muslimin mengadu kerana kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan mereka seperti; “Saya merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku. saya tidak pernah mendapat kenikmatan dalam beribadah.

Saya merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada dalam jurang. saya tidak terpengaruh oleh bacaan Al-Quran dan mengapa mudah sekali saya terjerumus dalam kedurhakaan?” Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena di antaranya:

1) MELAKUKAN KEDURHAKAAN DAN DOSA
Terdapat orang melakukan kedurhakaan secara terus-menerus, ada pula yang melakukan pelbagai jenis kedurhakaan. Apabila sering melakukan kedurhakaan akan menyebabkan menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi, seterusnya hati menjadi sirna (kabur/pudar) daripada merasa kedurhakaan itu dan akhirnya berani melakukan secara terang-terangan.

2) MERASAKAN ADANYA KEKERASAN DAN KEKAKUAN HATI
Kerana perasaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun.
Firman Allah: “ Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi” (2:74). Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian,tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur kaku. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan mengurungnya di liang lahad, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah seperti langkah-langkah di antara longgokan batu.

3)TIDAK TEKUN DALAM IBADAH
Tidak khusyuk semasa solat, membaca Al-Quran, berdoa dan lain-lain. Tidak memikirkan dan menyemak makna-makna doa yang dibaca, sehingga membaca hanya sekadar rutin harian. Mungkin doa yang dibaca hanya terbatas kepada doa-doa yang tertentu sahaja, sehingga tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah SWT tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam satu hadis;
“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main” ( At-Tarmizi)

4)MALAS UNTUK MELAKUKAN AMAL TAAT DAN IBADAH SERTA MEREMEHKANNYA
Ibadah yang dilakukan hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allh telah menyifatkan orang-orang yang munafik dalan firmanNya;
“Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas” (4:142). Selain itu, sesorang tidak mempedulikan hilangnya tanda-tanda kebaikan dan meremehklan waktu-waktu yang tepat untuk beribadah. Contohnya, menunda-nunda ikut solat jemaah dan solat jumaat. Padahal Rasulullah SAW bersabda;
“ Masih ada sahaja golongan orang yang menunda-nunda mengikuti saf pertama, sehingga Allah pun menundakan keberadaan mereka di dalam mereka” (Riwayat Abu Daud)

5) TIDAK TERSENTUH OLEH AYAT-AYAT AL-QURAN
Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalamAl-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi Al-Quran, dan tidak berusaha untuk membuka dirinya untuk berhubung secara langsung dengan Al-Quran.

6)MELALAIKAN ALLAH DALAM BERZIKIR DAN BERDOA
Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berta bagi dirinya. Jika mengangkat tangannya untuk berdoa, dengan secepat kilat juga dia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya. Allah telah menyifatkan orang-orang munafik dalam firmanNya;. “Dan mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sahaja’ (4:142)

7)TIDAK MERASA TERGUGAT TANGGUNGJAWAB UNTUK BERAMAL DEMI KEPENTINGAN ISLAM
Tidak mahu berusaha untuk menyebarkan dakwah. Keadaan ini jauh berbeza dengan para sahabat nabi. Seorang pemuda Ibn Amr langsung beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang zaman sekarang hanya duduk senang dan tidak memikirkan tanggungjawab untuk berdakwah meskipun sekian lama sebagai seorang muslim.

Di sini kita sama-sama renungkan adakah iman kita lemah. Jika kita menepati ciri-ciri seperti di atas, berusahalah untuk mengubahnya kerana masa tidak menunggu kita. Dari sehari ke sehari usia kita meningkat, umur menjadi semakin pendek. Jangan sesekali kita merasa angkuh meskipun kita memakai tudung yang labuh atau mempunyai tanda sujud di dahi denagn merasakan diri kita sebenarnya beriman kerana itu bukanlah syarat seseorang itu mempunyai iman yang kuat....

Sunday, February 14, 2010

Kasih Sayang Allah

 

Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan  hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:


" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..

Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..

Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan... 


 

Wednesday, February 10, 2010

Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. 

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan. 


Wallahu'alam.. 

Tuesday, February 9, 2010

Keputusan MB Perak..

Salam wbt..

Mahkamah baru shj mengumumkan keputusan siapakah MB Perak yang sah.
Ternyata 'kemenangan' berpihak kepada Zambry.
Sepertinya ana spt sudah mengagak.
Siapa yang tidak tahu bhw mhkmh M'sia mmg 'adil'.

Ana yang masih hijau tentang politik,turut berasa panas hati.Tersangat-sangat panas hati.
Tapi x mengapa,sesungguhnya Islam dan kebenaran itu pasti akan menang.
Ini hanyalah sebahagian ujian Allah buat hamba-hambanya.
Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Kita tunggu dan lihat sahaja pada PRU ke-13 nnti..(Masa tu ana dah cukup umur untuk mengundi =) )

Takbir ! Allahuakbar !!!


Saturday, February 6, 2010

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan.

Bagaimana menyemarakkan keinginan anda?

Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda


TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4. Tangani Halangan

Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
Seterusnya tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
5. Buat Perancangan

Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4.

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.
Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).

6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang atau berkali-kali di fikiran anda.

Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence).
Tekadkan semangat.
Tumpukan kepada kejayaan.
Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.
Bulatkan hati dan fikiran.

Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

Friday, February 5, 2010

Hati Tenang Berpaksi Ilahi

Jiwa gersang terasa kekosongan,
Minta diisi zikir laungan;
Hati gundah tiada kehaluan;
Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.

Hari-hari berlalu penuh derita,
Perit jerih jelas terasa;
Dimana perlu kututur bicara;
Bagi diri penuh sengketa.

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qulubana 'ala diinik!!!"

Alhamdulillah,
Gegak gempita bersulam cahaya;
Kalam Ilahi penguat jiwa;
Langkah diorak penuh bertenaga;
Ke medan jihad kutempuh jua.

Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,
Jiwa ar-rijal penuh keberanian;
Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;
Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.

Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.
 
Salam Rindu, 
Salam Perjuangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...