Promo ! Klik Ler..

Sunday, September 26, 2010

dah 20 tahun =)

26 September 2010..
Hari ini merupakan ulangtahun kelahiranku yg ke-20..
Hmm...dah umur 20 dah aku ni..
Means aku dah dewasa..bukan lagi remaja..
Bila sudah dewasa,kena lebih matang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..

Hari ini buat pertama kalinya aku menyambut hari lahirku di perantauan..
Jam 12.33 pagi waktu Indonesia Barat (WIB),kawan2ku mengetuk pintu bilikku dan membuat trick mahu meminjam assignment praktikum.
Aku yg sedang mamai2 lalu memberikan folio itu dan tiba2 nyanyian 'Hepi Bsday' dinyanyikan..
Adui..terkejut bukan main,ingatkan deme x ingt,alhamdulillah ingt jugak..
Makan kek pandan =)
Thanks to Nurain,Brr,Amira,Baby,Sue,Jeeva and Shri..
Thanks untuk sambutan pagi td..
To Ain dan Brr,thanks 4 da Cadbury n Toblerone (lama akk x mkn choc..hehe)
To Anne Rejiv dan adik2 laki Medic + Dentistry 1st floor,thanks 4 da wish..
Untuk teman2 yg wish di fb atau msj,trima kasih byk2..
Paling penting,terima kasih sayang peluk cium yang x terhingga buat emak,ayah dan adik2 yg wish Along even menerusi msj..
Terima kasih untuk jasa2 kalian yg sangat besar nilainya..=)

20 tahun???
tua sudah..
Ubah sikap yg x patut tu ye..
Jgn sensitif sgt..
Hehe...

(gambar hiasan shj)

Thursday, September 23, 2010

Assignment oh assignment...=.=

Semakin hari semakin banyak kerja mendatang..
Assignment Penyampaian Makalah Ilmiah x siap lagi..
Tambah pula assignment Bahasa Indonesia..
kedua-dua assignment kena buat pasal gigi..

Hmm,utk makalah ilmiah,insyaAllah tajuknya dah jumpa..
'Karies gigi dalam kalangan kanak-kanak'..
sbb apa pilih tajuk tu?
Sbb niat di hati nak jadi doktor gigi kanak-kanak =)

Untuk Bahasa indonesia pulak,dosen(pensyarah) suruh pilih judul bebas dengan tema 'Nilai Estetika Gigi'..
tajuk belum jumpa..
tapi rasa mcm nak ambil tajuk yang simple2..
'Gigi cantik dan menawan'..
Huhu..

Kena siapkan A.S.A.P..

Jgn main cakap je cik Afiqah..
Ok?

=)

Solat atau sembahyang???

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." 

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." 

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang." 

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang." 

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya 

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. 

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.


Sunday, September 5, 2010

Salam lebaran..

Salam wbt..
Sudah lama ana x bukak blog ni..
Banyaknya sawang2..Asif ye blog,lama ana tinggalkan 'Ukhuwahislami' ni..
Actually, baru dpt laptop + byk kerja..nama pun mahasiswa,makin sibuk la katakan..
huhu..

Alang2 dah tulis ni,ana nk ucapkan salam lebaran buat semua Muslim dan Muslimat di seluruh dunia..
Tahun ini buat kali pertamanya ana berhari raya di perantauan bersama kawan2 dan jauh dari keluarga..(mode sedih)
X pe lah,nama pun student,byk ujiannya..^_^
Nnti nk kuar ngan kwn pi beli lemang + kek lapis Medan..Huhu..

Ok lah,itu shj buat hari ini..
Selamat HAri Raya Aidilfitri..Maaf zahir & Batin..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...