Promo ! Klik Ler..

Wednesday, December 29, 2010

Home sweet home (^_-)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,hmpir seminggu ana kt rumah..
Hari tu,24 dec ana turun kt aiport Bayan Lepas & kepulangan disambut oleh mak,ayah & adik2 tercinta..
Alhamdulillah,gembira sgt..
Lps tu, ayah & adik2 solat Jumaat di Batu Maung n lps tu pi mkn pizza kt Dominos..
Then, balik rumah..

Esoknya, pergi Ipoh, ada kenduri sedara kt Dewan Bankuet kt Jbtn Imigresen kt Jelapang..
Kemudian trs ke Bkt Gantang,ada kenduri lg..
Lps hbs kenduri, pi pulak pasar mlm Changkat Jering..he3..
Mak ayah ckp, 'Jom singgah psr mlm..aritu kt Medan kata balik nk mkn mcm2..'
So,pi psr mlm..beli murtabak daging + ayam & laksa pulas..
Alhamdulillah,sedapnya...(Nama pun dh lama x mkn..he3)
Esoknya, bangun pagi2, tgk mak masak mee kari pulak..
Ya Allah,nikmatnya...sedap sangat..Mak,nak lg boleh x ? ^_-

Skrg,duk rumah ja..
Ayah bz mark kertas exam SPM + bz kerja..
Adik2 kena prepare barang nk masuk sek + register sem II utk abangah kt UniKL Lumut..

My job ?
Duk rumah, tolong mak ayah..tolong masak,basuh + sidai + lipat baju, cuci pinggan mangkuk dan yg seangkatan dengannya..

Balik Medan :: InsyaAllah 23rd..x blh balik 13th coz ayah ada kerja...x boleh tinggal..

Till then..
Salam wbt..

(p/s : Sek Ta'ayah dh mkin ketat rules nya...Nnti ada masa, ana post psl sek Ta'ayah plak..InsyaAllah)

Tuesday, December 21, 2010

Tanda 100 hari sebelum mati..


TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 



10 Muwasafat Tarbiah..Sudahkah kita mempraktiskannya ?

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah,kita masih diberi kesempatan olehNya untuk terus menikmati nikmat iman & islam di muka bumiNya ini yakni rumah tumpangan kita untuk sementara sebelum kita kembali ke kampung akhirat.

InsyaAllah, pada hari ini, ana hanya ingin mengingatkan diri kita semua tentang 10 muwasafat tarbiyah.

Perkara-perkara ini harus sentiasa diingati dan diulang-ulang agar kita mampu menjadi individu muslim yang bertaqwa dan diredhai di sisiNya, InsyaAllah.

:: Sebar-sebarkan ::

Monday, December 20, 2010

Sedikit tentang Bahasa Indonesia..Jom belajar !

Assalamualaikum wbt..

Malam ni,ana nak post entri tentang bahasa Indonesia pula..
Ye la,ana yg baru 6 bulan duk sini,dh byk perkataan ana belajar..
Dan x dinafikan kdg2 dlm post ana kt blog ni,ana byk jugak la menggunakan bhs Indonesia..
Jadi, untuk memudahkan para pembaca, ana nak kongsi beberapa perkataan BI..

teman = kawan
dosen = pensyarah
air putih = air masak
manis dingin / mandi es = Teh O Ais
 (kdg2 kalo order Mandi Es,waiter msti nk buat lawak ckp,' x mndi lg ke'..)
pemadam = penghapus
(Bdk2 indon duk gelak2 kt bdk Msia,deme ckp,'Haha,kok dipggil pemadam? Pemadam tu utk pemadam api dong !'...eh,suka hati kami la..kami guna bhs Malaysia..)
Highlight = Stabilo
(Deme kt cni,guna nama brand utk highlight..x kisah la highlight tu brand apa,deme sebut je,'Mau pinjam stabilo..yg warna hijo..hu3...'Pelik..)
Nombor = nomor
Handset = Hape
Kad = Kartu
Top-up = Isi pulsa
Beg = Tas
Klinik = Praktik
Hospital = Rumah sakit (RS)
ICU = UGD (Unit Gawat Darurat)
Farmasi = Apotek
Meniru = Menyontek
Kedekut = Pelit
Motor = Kereta
Basikal = Sepeda
Kereta = Mobil

Emm,setakat ni, itu sajalah yg ana dpt bagi..
Lain kali,insyaAllah ana share lg ye..

Fi amanillah semua..insyaAllah..
Ilalliqa'

Lelaki + wanita yg saling mencintai = Nikah

Assalamualaikum wbt...


Hari ni ana nak share video yg ana ambil dari Youtube..
Kepada pembuat video, ana letak video anti kt sini ya..
Untuk share sesama kita =)



< Islam itu indah...Allah SWT telah memberikan yg terbaik buat hamba-hambaNya..Sekarang,terpulang pada kita..Sama ada mengambil yang baik iaitu Nikah dan bercinta selepas nikah atau mengambil jalan singkat yang dibelenggu dosa iaitu ber'kapel' >

:: Sama-samalah kita memuhasabah diri kita kembali ::

:: Love & Islam ::

Fikir lagi...

Assalamualaikum wbt..

Memikirkan semula bagaimana keputusan untuk sem I ini..
4 flat kah?
3 pointer n above kah?
atau....
2.00 ke atas ?

Sem I >  4 Blok..
Blok I   : A
  Blok II  : C+
Blok III : B
Blok IV : B

Ana dah amik 3 subjek ulangan untuk memperbaiki gred blok 2..
InsyaAllah ada peluang naik gred drpd C+ kpd B...
Ana telah melakukan yang terbaik..
Ana mahu menggembirakan Mak & Ayah..
Tunjuk contoh terbaik kepada adik2...
Mahu membuktikan kepada org lain bhw ana boleh dan ana mampu walaupun ana hanya pelajar STPM..

"Ya Allah, hamba telah berusaha sehabis baik dan kini, Engkau lah yang menentukan segalanya...PadaMu aku berserah..Amiin"

Sem II
Buat yang terbaik !!
4 flat ?
InsyaAllah..andai disertai dengan usaha berterusan...


Sunday, December 19, 2010

Medan oh Medan..

Assalamualaikum wbt...

Ana sbrnya x dpt idea nk tulis apa kt post kali ni..
Cuma rasa nk tunjuk gambar2 kehidupan di Medan..
Huhuhu...


Makanan yg dijual tepi jalan...Takut nak makan,takut sakit perut..Bagi yg dah biasa, x da masalah..


 Kesesakan di Medan..Sangat mencabar bagi pejalan kaki untuk melintas jalan...


Sun Plaza..Tempat yang Student Malaysia rajin pergi..Emm,sng cakap,lbh besar dr Ipoh Parade..


Kantor Gubernur Sumatera Utara


 Angkot..Kenderaan yg ana naik stp kali ke kuliah..


Rumah orang2 kaya... Villa Masdulhak..


Universitas Sumatera Utara, Medan..


Fakultas Kedokteran Gigi..


Slh seorang student FKG =P


Danau Toba..Best..sejuk sgt..Angin kuat..


Sungguh indah ciptaan Tuhan..sekali pandang,mcm kt Switzerland je.. =)


Danau Toba yg terhasil akibat dari letusan gunung berapi..Subhanallah..

Ok,ana nk solat Zohor..
Assalamualaikum wbt :-)

Friday, December 17, 2010

Penyajian Makalah Ilmiah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah tadi ana dah selesai menjawab 2 kertas ujian remedial (ujian ulangan nk bagi naik gred)...
Tadi ana exam English + Penulisan Makalah Ilmiah (PI)..
Alhamdulillah,boleh jawab lbh baik drpd dulu..
Mcm pelik je ana ngulang subjek English.hu2...ulang sbb ana sndiri x puas hati dgn mrkh ana..Mcm x percaya je blh dpt mrkh se'LOW' tu =.=
Cuma,masa exam tadi,dosen PI tu x hbs2 nk attack bdk Msia..
Kalo nmpk student dlm exam hall tu ckp2,mesti dia akn pi kt bdk tu n tnya,'Kamu org Msia ya?'
pdhal bukan bdk Msia pun,bdk local..=.=
Aish..tension je..We know U anti ngra kami..tp bkn mcm tu caranya..
Jgn la nak pilih kasih dlm mncurahkan ilmu..Hurm....
Sabar je la...


Susah bljr kt ngra org ni..
Tmbh2 bila melibatkan hal ngra..
Cukup2 sensitif !
=.=


Kami hanya mampu bersabar~
Sabar itu sebahagian daripada Iman =)


Esok exam PM (penyajian makalah ilmiah),still dosen yg sama..Hu3..
Hopefully dpt jwb dgn lbh baik..
Make sure U can do it!
Maat taufiq wan najah =)


ilalliqa'..
Mggu depan balik Msia..x sabar nk jmpa mak,ayah,abangah,athirah,syakir & anis..
Along rindu kalian sgt2x!

Friday, December 10, 2010

Result blok 2 & 3..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah semalam result blok II dah keluar dan hari ni result blok III pula dah keluar..
Blok II keseluruhan dapat gred C+..hu3...teruk kan?
Blok II ada 7 subjek dan drpd 7 subjek tu,ana akan mengulang 3 subjek..
Subjek English ( mmg sukar nak percaya bdk2 Malaysia punya mrkh low..Ada unsur diskriminasi sbnrnya =.= x adil ), subjek penulisan makalah ilmiah dan subjek penyajian makalah ilmiah..huu...kalo remedial ni,insyaAllah gred boleh naik kepada B,amiin =)
remedial tanggal 17 & 18 Desember ni..
Blok III pula Alhamdulillah ana dapat gred B..
Bersyukur sangat..
Bersyukur jugak krn kawan2 yg meniru masa exam,deme punya mrkh lbh rendah drpd ana..
Allah Maha Penyayang dan Maha Adil =)
Allah suka org yg jujur..

Skrg tunggu untuk blok IV pulak..
semoga juga keputusan ana baik..insyaAllah..

Balik Malaysia 24 Desember..
Sbnrnya boleh balik lps remedial dlm 19 dec tp ayah ada meeting seminggu..jadi, x pe la..
duk je kt sini sampai 24 dec..ok?

Bersemangat ya Nur Afiqah..
Jangan putus asa, jangan sedih2 =)
Jaga imanmu itu..
Ceria2x..

Saturday, December 4, 2010

Exam Blok IV

Assalamualaikum...


InsyaAllah Rabu & Khamis depan, tanggal 8-9 Desember 2010, ana akan menghadapi ujian blok IV.


Rabu - Ujian Medikolegal
Khamis - Ujian Bioetika & Ujian Etika Penelitian Kesehatan


Beberapa hari selepas tu, akan diadakan pula ujian remedial utk pelajar2 yang memperolehi gred D & E..Juga dibenarkan pada pelajar yang mendapat gred C bagi sesiapa yg ingin memperbaiki nilai terdahulu.
Ujian remedial utk memperbaiki blok 1,2,3,& 4..
Result blok 1 dah keluar but result utk blok 2 & 3 x keluar lg..
Ya Allah, semoga result cepat keluar..
Kami semua ingin mengetahui apakah kami akan remedial atau x..
Ditambah pula dengan kerinduan pada kampung halaman > TAIPING da RAINTOWN..
(^___^)


YA Alllah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.
Amiin Ya Rab..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...