Promo ! Klik Ler..

Sunday, February 27, 2011

:: Bermulalah kisah ::

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah,cuaca di Medan hari ni baik..
Semoga hati juga baik sentiasa seperti mana matahari memancarkan sinarnya,InsyaAllah..

Alhamdulillah,tadi Majlis Pelantikan BADAR 2011/2012 selesai..
Dan semua yg dilantik telah mndpt tugas masing2..
Sekarang tugasnya adalah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan memikulnya dengan penuh saksama dan jujur kerana amanah yg diberikan ini bakal ditanya di akhirat kelak..
Lujnah Publisiti dan Jurnalistik !! Mari laksanakan tugas kita sebaik mungkin ok !

Selesai saja program tu,ana rasa gembira dan bersyukur..
Kerana bila ana dah masuk BADAR ni,ana seperti kembali mendapatkan nikmat ukhuwah tu kembali..
Bukan bermakna sblm ni ana x da berukhuwah dgn org lain,Cuma bila salam dgn kakak2 senior,shbt2 smbil cium pipi,rasa mcm nikmat sangat..
Dah lama x rasa mcm tu..(^_^)

Sepanjang mjlis td,KU Badar ada menyatakan 2 program Mega yg bkl diadakan iaitu Seminar Motivasi Zero-to-Hero oleh spsg suami-isteri Dokter dr Malaysia..
Dan lg 1,kursus nikah yg mana sape yg pi kursus ni akan dpt sijil tnpa trikh luput..He3…so apa lg,x de tarikh luput tu..bisa aja turut serta..=)
Ana nak join both programs tu coz nak dpt experience dan tmbh ilmu..
Skrg ana dah x kisah la hari Ahad ana diambil utk program2 bermanfaat mcm tu…Biarpun cuti sehari je dlm smggu,tak apa2 lah..
Ilmu tu =)

Td kak Tini (slh seorg Badan Penasihat Badar) bgtw ana nnti ada Daurah..ana x ingt plak bila..mggu dpn rasanya..
Kak soh pi dan ana ckp,insyaAllah akan pi..
Skrg dah smpai masa utk ana join segala aktiviti mcm ni..
Rugi pulak kalo org dah ajak kita ke arah kebaikan,kita tolak..
Kan nnti menyesal..
;)
Tak baik tolak kebaikan..Hii…

Esok ada meeting utk penyusunan AJK yg brtggungjwb utk program motivasi tu kt surau FKG…
Pergi ye cik fiqah..
Biarlah masa diambil sedikit utk hal2 mcm ni..
Aturan Allah semuanya ada kebaikannya buat diri kita..
Esok juga ana dah mula belajar blok baru…Blok 6 !
InsyaAllah,ana x nak jd mcm blok 5 dah..x psl2 study last minit..kan x bgs tu..diri sndiri jgk yg merana..Hu3..
Lps hbs kuliah je,ana nak study balik…
InsyaAllah…kuat semangat Afiqah !! Jangan asyik cakap “Letih” je ….

Ok la…pamit dulu…
Ilalliqa’..
Assalamualaikum wbt…



Saturday, February 26, 2011

:: Keinginan Tercapai !! ::

Assalamualaikum wbt..

Hari ni exam untuk blok 5 tamat dan overall ana x berpuas hati dengan prestasi ana dalam ujian kali ni..
Salah ana jugak sebab study last minit..
Ye la,dah tau blok ni susah,duk main2 lagi kan...
So...sangat2 la padan muka buat dirimu itu..
Sila ambil pengajaran dr apa yg telah terjadi ye Cik Nur Afiqah!!!
Blok 6 lps ni jangan mcm ni dah ! Tolong laaaaa.....
Ok ???!!
(^_^)

Lps habis exam tadi,ana pi sun plaza...
Amik duit kt bank n then pi Gramedia...
Niat mmg nak cari novel "Dalam MIhrab Cinta" karya Kang Abik tu,tapi tadi x jumpa..
Ingt nak amik novel "Ya Allah,aku jatuh cinta lagi.." tapi then,tiba2 nampak novel DMC !!
Alhamdulillah...seronok bukan kepalang sebab dah bnyk kali dtg situ,tp x jumpa2...
Akhirnya,dpt jugak beli..
Tu pun yg last ana beli =)
Sgt2 gembira..
InsyaAllah nak baca ASAP novel pembangun jiwa ni..
Bagi sesiapa yg pernah baca trilogi DMC,tu sekerat je kan...
Nak tau sambungannya??
Beli la novel ini..
Nnti smpai la kt Msia..
^^


Esok,Ahad...
Ana ada program Majlis Pelantikan AJK BADAR sesi 2011...
Secara tiba2 diberitahu bhw ana bakal punya posisi sbg AJK dlm 1 lujnah..
LUjnah apa?
Sama mcm kt Ta'ayah dulu :)
Hopefully,semuanya berjalan dengan lancar ya esok..
InsyaAllah...

Ok...better stop now..
Ilalliqa'
Wassalam...

Tuesday, February 22, 2011

:: Rahasia Tuhan ::

Assalamualaikum wbt...

Mari hayati lirik lagu oleh Venue berjudul "Rahasia Tuhan"..
Ni OST Filem "Dalam Mihrab Cinta"..
Hrp2 la ana dpt beli dvd filem ni..
Dah lama nak beli ni...
Plus ngan novel "Dalam Mihrab Cinta : Edisi Roman"..
(^_^)
Ana sangat2 suka baca hasil karya Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy)..
Senang cakap,ana ni memang "Gila" la kt filem2 n buku2 Kang Abik..
Menusuk jiwa ! hehe....
Anna alThafunnisa',Mas Azzam,Maria,Aisha,Mas Fahri..err,lupa la watak hero n heroin
 "Dalam Mihrab Cinta " tu...tp yg ana tau pelakon dia nama Dude Harlino...Huhu...

RAHASIA TUHAN

putih hati yang sedang ternodai
membukakan seluruh mata dan hati
terhempas ke dalam jurang yang tinggi
dalam gelapnya hati menghukum diri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
coba untuk menentukan
teka-teki kehidupan
Tuhankan beri jawaban
untuk semua yang telah terjadi
biarkan waktu yang menghakimi

yakinlah di balik semua cobaan
tersimpan rahasia Tuhan yang tak terungkapkan
janganlah menyalahkan keadaan
yang kini terjadi sepenuhnya ku serahkan padaMu

:: Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..Oleh itu,marilah kita memuhasabah diri kita kembali menuju jalanNya ::

Monday, February 21, 2011

:: Doa Menjauhi Maksiat ::

Assalamualaikum wbt..

Marilah kita semua berdoa agar diri kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dikuatkan iman dalam menghadapi mehnah di dunia ini..
Buat diri ana dan juga para pembaca,amalkanlah doa ini..
InsyaAllah,Allah akan melindungi kita..
Ameen Ya Rab..


< Surah al-Mukmin, 40 : 3 >

Asif jika gambar ni kecil..
Silakan save di laptop anda..
(^_^)

Friday, February 18, 2011

:: Exam kembali lagi !!! ::

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah Isnin ni exam Blok 5 bakal menjelma...
Sudah bersediakah anda wahai Cik Nur Afiqah ??
Sudah ? Bagus !!
Belum ? Ayuh,masa semakin hampir !

Jadual exam 
Isnin : Modul 1 > Biomolekul dan sel
Selasa : Modul 2 > Organisasi sel dan jaringan
Rabu : Modul 3 > Komunikasi sel dan genetika molekuler
Khamis : Modul 4 > Replikasi sel dan perkembangan embrio + exam TOEFL di petang hari..Hu3...
Jumaat : Modul 5 > Reaksi biokimia intraseluler
Sabtu : Praktikum Histologi
MERDEKA !!
Ops....exam x mula lagi,hang dah nak merdeka nooo....Baguih2...
Pi study nu....Dah dpt tips berguna kan ?
Hehe...
Mari belajar..
Menuju kecemerlangan !!
(^__^)

:: Selamat Hari Lahir adik2ku ::

Assalamualaikum wbt..

Hari ni tanggal 18 februari 2011..
Hari ni hari lahir Abangah (Muhammad Akram)..
Selamat hari lahir yg ke-19 Abangah..
Dah besar dah bangah..
Belajar rajin2..Study molek2..
Jgn tgguh assignment yg Lecturer kasi..dlm erti kata lain,bangah jgn dah terpedaya dgn hasutan kwn2 yg kata “Awal lg nk buat assignment..”..He3..
Naikkan pointer kt unikl tu ok..
Semoga hidup bangah diberkati Allah..
Sentiasa ingat Allah swt dalam apa jua keadaan..
Jaga segala amal ibadat =)
Jaga diri lek-lok naa kt UniKL tu..



Hm,21 Januari haritu besday tirah..tp ana x buat post special utk dia kt blog ni..
Xpe2…Along gabung kt sini la ye Thirah?
Selamat hari lahir yg ke-17..
Semoga mncapai kecemerlangan dalam exam SPM yg bakal mnjelma nnti..InsyaAllah
InsyaAllah tirah akan dpt 12A+..Along yakin itu !
Laksanakan segala suruhanNya + tinggalkan laranganNya =)
Jaga diri kt Ta’ayah tu lek-lok naa…



u all adik2ku ;)

Lots of love,
Along  Medan..

P/s : Along exam mggu depan..Doakan along yep =)




Wednesday, February 16, 2011

:: Histologi ::

Assalamualaikum wbt..

Hari ni kelas sampai jam 12 tghari je..
Esok pulak ada Case Discussion and also Chem Lab..
OH, esok kena bwk telur ayam n telur bebek (itik) utk experiment Protein..
Jgn lupa beli jap gi ok..

Hm,hari ni dh berakhir sudah Lab Histo utk Blok ni.. 
Jumpa lagi Histo utk next blok > Blok 6..

Sabtu ni dah practical test histologi..
Kena jwb betul2 cell apa yg ditunjukkan kt microscope ni..
Ana x nak dpt markah JELEK ! (Mrkh buruk)
Nak dpt mrkh cntik !
InsyaAllah..
So,jom revise segala cell2..
Moga result nnti cemerlang ya !
(^_^)

Pseudostratified Epithelium
- Trachea -

Simple Squamous Epithelium
- Lapisan Parietal Kapsula Bowmann -
Simple Cuboidal Epithelium
- Thyroid Gland -
Simple Columnar Epithelium
- Colon -

~ To be continued..InsyaAllah =) ~

Tuesday, February 15, 2011

:: Salam Maulidur Rasul ::

Assalamualaikum wbt...

Marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat dan salam buat para junjungan besar Nabi kita,Nabi Muhammad SAW yang tercinta..
Yang sangat sayangkan ummatnya..

Banyakkan berselawat utknya..
Selawat bukan hanya pada ulangtahun kelahiran Baginda saja,tapi setiap hari dan setiap masa..
InsyaAllah (^_^)

Marilah kita hayati nasyid ini..
Lirik Raihan - Alangkah Indahnya Hidup Ini

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
http://www.free-lyrics.org/Raihan/224189-Alangkah-Indahnya-Hidup-Ini.html

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


~ Selawat~

Monday, February 14, 2011

:: Hari ni DAURAH ::

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,semalam berakhir sudah program Majlis Muhasabah Tahunan (MMT) BADAR kali kedua sesi 2009/2010..
Kehadiran mahasiswa sangat2la tidak menggalakkan atau senang sebut,CIPUT !
Drpd 50 org yang disasarkan,hanya ada berapa kerat je yang datang..
Asal nama program BADAR je,mmg x ramai yang akan datang..
Cuba sebut majlis makan2 ke,huii,mesti ramai kan?

MMT semalam adlh utk membentangkan laporan tahunan sesi 2009/2010..
Start dari program yang dilakukan sepanjang tahun diikuti laporan kewangan daripada bendahari..
Kemudian, majlis pelantikan Majlis tertinggi (MT) yang baru..
X da lantik2 pakai undi tp guna system syura..Ana rasa semua BADAR kt sekolah guna system ni kan? =)
Nama2 MT baru disampaikan oleh Dewan Penasihat BADAR..

Lepas tu..balik..

Hari ni ada DAURAH MUSLIMAT sesi 2010 kat Hotel Cherry..
Lepas Isya’ hingga esok pagi..
Tujuannya untuk bertadarus, qiyamullail, dan lain2..
Bersempena dengan hari Maulidurrasul..
Jom pergi !

P/s : Minggu depan ana exam dah..Semoga sempat study semua..Ana x start study lagi ni..




Saturday, February 12, 2011

:: Suamiku ::

Assalamualaikum wbt..

Monolog hatiku..

Suamiku..
Aku menantimu..
Hati ini terlalu rindu padamu..
Terlalu ingin bertemu denganmu..
Di manakah kamu?
Kapankah kita akan bertemu?
Mungkinkah hari ini,esok,lusa,mggu hdpn,bln hdpn atau thn hdpn?
Atau bbrp thn lagi?
Apakah kamu merindui isterimu ini?
Ya Allah..
Sungguh hati ini sentiasa memikirkan tentang siapakah bakal suamiku..
Siapakah yang Engkau takdirkan untuk menjadi pendamping hidupku..
Yang akan membimbingku menuju jalanMu..
Yang akan membantuku menguruskan hal ehwal Baitul Muslim..
Suamiku..
Aku menantimu dengan SETIA..
Siapapun dirimu akanku terima dengan hati yang ikhlas & redha kerana aku yakin
bahawa kau adalah yang terbaik untukku..
Dan aku berharap kamu akan dapat menerima segala kekurangan diriku..
Dan dapat memahami diriku ini..

NUR AFIQAH & ___________________?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..


P/s : Memang ana asyik fikir soal nikah je lately ni..Umur dah meningkat..
Mahu cinta yang Halal..

Friday, February 11, 2011

:: AGM Badar 2011 ::

Assalamualaikum wbt...

Quick Update..

Lusa (Ahad,13 Februari 2011)
Annual Grand Meeting BADAR 2010/11
Ruang Nazir Alwi, FKG, USU..

Tadi ada 2nd meeting utk AJK yg trlibat utk AGM ni..
X ramai..
Buat kt kantin FK..

Ana........
sangat lah........
x biasa !!!!!!!!
X keluarkan suara lgsung
n
tunduk ja...
Huhuhu...
Asif,ana x biasa....
Bersyukur bljr kt Ta'ayah..
Alhamdulillah..

Cop2x...
X biasa kan?
Hmm...tp nnti kalo nikah,cmne?
X prnh jmpa suami n then nikah...
Haa...msti malu2x kan?
Eh,x de kaitan la bnda ni..
Contoh je ya...


Teringat PERSADA...
Semua perempuan je...
Hu3....
Meeting pun semua prmpuan je...
Bebas untuk bersuara dan bebas utk melakukan apa sahaja..
Hehe..
(^_^)

All da best..
Biar Penat Asal Bersemangat !!!
(Trademark ana)

Allah is always with U !
(^___^)
                                     





Wednesday, February 9, 2011

:: Kaya harta & Kaya ilmu ::

Assalamualaikum wbt..

Hadis ringkas untuk hari ini..

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : ”Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
 
(al-Bukhari)

Huraian : 

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga dirimu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.





Tuesday, February 8, 2011

:: Penat ? ::

Assalamualaikum wbt..

Asif ya..Ana betul2 x sempat nak update blog ni..
Ni pun ada masa ciput2 je baru boleh nak jenguk2 blog ana yang dah mula bersawang ni..

Semalam ana pi meeting BADAR utk Majlis Muhasabah Tahunan BADAR Ahad ni..
Ana kena jadi AJK Tempat n kena pastikan segala keperluan dan fasilitas di dewan nnti mencukupi..
Coz apa2 hal,ana yg akan bertanggungjawab..
Alhamdulillah buat kat Ruang Nazir Alwi,FKG USU =)
Dekat ckit..
Hmm,nnti kena buat laporan..
Aduh,ana dah la lama x buat laporan..
X pe la,nanti pandai2 la buat =P
Masa meeting tu buat kat surau FKG..
Mesyuarat tu kan kt surau, so ada hijab antara laki dan perempuan..
Ajk laki duk kt tmpt laki, ajk pmpuan duk kt tmpt pmpuan..
Duk kt tepi langsir tu,dengar la apa yg muslimin duk cakap..
Cakap pun slow2 je coz dalam surau,lgpun time tu budak2 indonesia ada sesi pengajian..
Cop2x...ni first time ana bekerja bersama muslimin coz selama ni dgn shbt2 muslimat je 
=.= 
Agak kekok...
Tapi x ramai pun yang datang..
Xpe la,sbb semua baru hbs kelas..
Khamis ni ada lagi meeting yang kedua..
Seriously ana cuak..Takut dengan amanah yang telah diberikan secara tiba2..
Terima sahaja lah..Mungkin ini adalah ujian buatmu dalam menguruskan masa..
Ni bukan untuk dunia ja,akhirat sekali..
(^_^)

Apa lagi ya?
Hmm...agak penat blok ni..(Banyak kali ana duk ulang ayat yang sama kan? Hu2..)
Oh ya...Jumaat ni ada Pemicu 1 untuk Blok 5 ni..Pemicu ni mcm case discussion la..Tp kt cni sebut Diskusi Kelompok Pemicu ja...
Pemicu kali ni pasal mitochondria..
Harap ana dapat jawab dengan baik..
Mau markah banyak2x !!

Dan lagi 1.....
STUDY !!!!!!
Dah nak exam dah..
Sungguh cepat masa berlalu..
All da best ya Nur Afiqah !
All da best sahabat2 ana !

Ilalliqa'
(^_^)

P/s : Even penat, ana akan pastikan result ana tetap cemerlang..Biarpun diberi kerja baru, ana akan tetap belajar dengan bersungguh-sungguh dan pastikan dapat mengurus masa dengan baik..InsyaAllah..

:: "Dan infakkanlah hartamu di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang2 yang berbuat baik." (al-Baqarah :195 ) ::

Friday, February 4, 2011

:: Maafkanku Blog ::

Assalamualaikum wbt..


Ya Allah,sudah lama ana x update blog ni.
Maaf ya...Blok 5 ni penat sangat2..
Kelas jam 7 pagi dan berakhir jam 3.30 ptg..
Tapi x selalu habis tepat2 pun..kdg2 habis jam 4.30 ptg..
Memang capek deh !
Blok ni byk jgk Praktikum (Lab)..
Ada lab histologi,fisiologi,biologi,kimia,fisika,biokimia..
Tapi untuk blok ni lab histo n kimia je yg ade byk..
Nnti ada exam Prktikum Histo..
Takut !


Hmm..kelmarin ana lab fisio,ktrg bedah katak..
Ana expect bedah katak tu mcm masa form 4,pengsankan dia guna kloroform,rupa2nya x..
Lebih dahsyat lagi rupanya...
Dalam erti kata lain...K E J A M..
Kena pegang katak tu hidup2,and cucuk tulang belakang dia...
Nnti keluar darah2..
Ana x sanggup buat..
Kesian :-(
Plus ana agak geli..Hu2..
Then,bedah katak tu just nak amik kaki dia je..
Nak wat experiment rangsangan saraf..
Kesimpulannya, berhasil..
Tapi masih ada rasa kasihan pd katak tu..
;-(
Maafkan kami ya katak..
Moga katak dapat pahala..


Then,lab histo..
Mcm besa la..
Tengok mikroskop spnjg 2 jam dlm lab tu..
Adui,sakit mata asyik pndg mikroskop..
Then lukis2 sel apa yg dilihat dan kena kaler..


Lab kimia, buat experiment..
Sebut pasal kimia,mggu ni ana dengan x sengaja telah menumpahkan larutan asid yg telah bercampur dengan benedict's solution atas kaki kawan..;-(
Betul2 x sengaja..Time tu nak basuh test tube kt sinki..
Then tiba2 dia jerit ckp kaki dia panas,sekali tgk test tube yg ana pegang tu tertumpah...
Ana takut sangat2..Ya la,kang jadi apa2,ko tanggung la ye cik afiqah..
Lps tu lab assistant soh dia celup kaki dlm air sejuk,lama ckit dia ckp pedih ckit,tp dh ok..
Lab kot dia pun kotor..kena solution tu..
So ana dgn takut dan penuh tanggungjawab pun menemani dia ke bilik air dan bawak balik lab kot dia utk dibasuh..
Alhamdulillah blh keluar..esoknya dia ckp kaki dia dh elok dah..
Syukur Alhamdulillah..
Lps2 ni,kena lbh berhati-hati ya Cik Nur Afiqah !


Apa lagi?
Oh,banyak kerja dosen dan lab asisten bagi..
Semuanya demi kecemerlangan deirimu jgk kan !
So take it je ok !
Kata nak jadi dokter gigi,mmg la cmni cara belajarnya..
Sabar ya..Nama pun menuntut ilmu kan..
Kerana Allah swt..


Dalam kesibukan akademik,muncul pula tugasan baru dari Kak Nabilah..
Dia minta ana jadi AJK Tempat utk Program Tahunan BADAR tanggal 13 feb ni..
BADAR ni under PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia) Cabang Medan..
Takut la..bukan leh main2 program tu...bukan mcm BADAR kt sekolah..
Ya Allah..sungguh2 ana terkejut bila dgr perkhabaran daripada kak tu..
X disangka-sangka...
Ana dh lama x terlibat dengan sebarang organisasi ni..
Tapi kak Nabilah x bgtw lagi apa AJK Tempat kena buat..Mungkinkah ana dan sorg lagi Ajk nama Ikhwan kena decide tempat utk program tu??
Tggu meeting je la ya..
Semoga ana mampu melaksanakan segala tanggungjawab yg telah diamanahkan dengan baik..insyaAllah..Untuk dunia dan akhirat..


Hmm...
itu sahaja untuk kali ni..
Doakan ana berjaya menghadapi segala UjianNya ini..


Nur Afiqah Binti Mohd Anuar..Kamu REDHA ya..Ni semua Ujian dari Allah swt..
REDHA..PASRAH..TAWAKAL..
Jangan sedih2 ya...
Jangan lupa sahabat baik kamu..
Doakan mereka..
Tanpa mereka,x mungkin kamu masih bisa berada di sini..
Terima kasih yg x terhingga kepada semua..
Hanya Allah yg mampu membalas segala jasa kalian..


- Mikroskop ni kena guna 2 mata tp ana guna 1 mata je =P -
P/S : Malam ni ada usrah..semoga dapat menambah ilmu yg masih kurang di dalam diri..insyaAllah (^_-)


~ K C B ~





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...