Promo ! Klik Ler..

Tuesday, April 29, 2008

Betul..Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram..Tak Caya Sudah..

(www.iluvislam.com)

KHAS BUAT DIRIMU

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..s
aya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..
nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'
ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..
kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..

Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata:
"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?"

Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~

Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..
sama aje kau dengan kami..tegur orang konon..
"Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana?
Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la.
Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple.
Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt.
Saya pun angguk.
Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki.
Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya.
Pergaulan perlu dijaga.
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32
:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina.
Niat kami baik.
Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.
Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi.
Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.

"Saya tak mahu mengalah."

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara.
Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

"Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka.
Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)"

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi.
Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik.
Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah.
Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya.
Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lg.
Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya.
Dan dia pun setuju.
Kami sama-sama menjaga diri.
Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi.
Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki.
kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah.
Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati.
Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu.
Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat.
Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu.
Tak tahu apa nak dikata.
Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya.
Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak.
Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu.

Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa?
Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta.
Nta tak kurang sikit pun.
Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah.
Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang.
Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple.
Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh.
Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat.
Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi.
Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple.
Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.
Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah.
Minta maaf, kita berakhir di sini.
Tolong jangan cari saya lagi.
Lepas itu ana terus tukar nombor.
Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke?
Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia.
Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak?
Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la.
Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.
Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..
saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye.
Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni.
Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi.
Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan.
Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..
Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam.
Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa.
Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku.
Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk.
Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal.
Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam.
Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang.
Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..
Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..
surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu..
Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba.
Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil..
Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..
awak bagi gambar bunga..
bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya.
Saya pun fikir..
"Kena tegaskan rasanya".

Lepas tu saya hantarlah sms ni.
Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..
seindah manapun gubahan pertama tu,
selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu.
Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..
Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya.

Thursday, April 24, 2008

Ingatkah anda tentang sabra dan shatila?

PEMBUNUHAN SABRA DAN SHATILA..

Pada tahun 1982, berlaku satu peristiwa dahsyat yang menggemparkan dunia. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat islam di dua perkhemahan pelarian iaitu di sabra dan shatila, selatan Lubnan.

Tiga hari berturut-turut (16-18 September), tentera israel pimpinan menteri pertahanannya, Ariel Sharon melakukan keganasan membunuh lebih 3000 orang Islam yang menghuni dua buah perkhemahan pelarian Palestin di Sabra dan Shatilla, Lubnan. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa.

Jurucakap rasmi rejim Israel mendakwa mereka membunuh 800 orang Islam. Tetapi Amnon Kapeliouk, wartawan yang masuk ke perkhemahan tersebut berkata, beliau menyaksikan 3000 orang Islam dibunuh oleh tentera sharon.

Manakala agensi Palang Merah pula mendakwa bahawa mereka bertemu dengan 2750 orang Islam yang dibunuh. Ada juga dakwaan dari sesetengah pihak dalam kalangan umat Islam Palestin bahawa bilangan mereka yang terbunuh jauh lebih besar iaitu menjangkau 7000 orang.

Berapa pun jumlah sebenarnya, ia amat mendukacitakan seluruh umat Islam. Tidak ketinggalan Syeikh Yasin.Hatinya hancur dan seluruh anggotanya bagaikan dihiris dan dicencang apabila mengetahui kejadian malang berkenaan. Beliau terus dengan kelantangannya berpidato meniupkan roh jihad ke dalam jiwa pemuda-pemuda islam.

Kegiatan Syeikh Yasin disedari oleh rejim Zionis dan mereka sentiasa mengekorinya. Bagi mereka, Syeikh Yasin adalah seorang yang sangat berbahaya.Pidatonya berjaya memukau rakyat. Jika dibiarkan, usia penjajahan Israel akan tamat dalam beberapa tahun.

Justeru, beliau ditangkap oleh tentera Israel dengan tuduhan cuba menubuhkan pasukan bersenjata. Pada tahun 1983, Syeikh Yasin dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun.

Hukuman berkenaan sama sekali tidak mampu melemahkan semangat juang tokoh ini. Penderitaan di penjara dipandangnya sebagai amat kecil. Bahkan cita-cita tertingginya hanyalah dua perkara;sama ada menang atau mati syahid.

Belum cukup tempoh pemenjaraannya, beliau dibebaskan pada tahun 1985 dalam perjanjian pertukaran tawanan dengan Jabhah Sya'biyyah ( Gerakan Pembebasan Rakyat Palestin-PFLP).

Justeru itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah buat semua pejuang Islam di sana.

Wednesday, April 23, 2008

Kelemahan..itulah sebenarnya kecantikan wanita.

"Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih.."

Kecantikan..

"kecantikan seorang lelaki
bukan kerana pada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani

lelaki yang cantik...
adalah lelaki yang mampu melahirkan air mata untuk ingatan
adalah lelaki yang sedia menerima teguran
adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
adalah lelaki yang baik sangkaadalah lelaki yang tak pernah putus asa
kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang Ummi,
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

kegagahan wanita
bukan pada pejal otot badan
tetapi pada kekuatan perasaan perempuan yang gagah...
adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
adalah perempuan yang tidak meminta2 agar dipenuhi segala keinginan
kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
seluruh kegagahan itu ada pada Khadijah yang ehsan
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan."

sumber : Portal ukhwah.com

Thursday, April 10, 2008

Sekalung Al-Fatihah buat arwah datuk-datukku..

6 tahun telah berlalu..
Secara tiba-tiba, Allah telah mengingatkan diri ini tentang arwah tok yah dan tokki yang telah pulang ke pangkuan-Nya setelah lama dipinjamkan kepada kami sekeluarga.

PEMERGIAN TOK YAH (Jun 2002)
Masa tu drjh 6, ana ingat lagi masa kami sekeluarga ke Hospital Taiping untuk melawat arwah tok yah. Tok yah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sakit jantung. Disebabkan itu, tok yah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Selang beberapa hari, ana ke sekolah seperti biasa bersama-sama 2 orang adik ana yang berada di drjh 4 dan drjh 2.
Masih terbayang tatkala ustaz Rusli mengajar Pendidikan Islam, ayah ana tiba-tiba hadir di kelas lalu memanggilku untuk pulang ke rumah. Pada masa itu, ana seperti dapat mengagak seperti terjadi sesuatu tetapi ana tidak mengendahkan perasaan ana itu.
Ana sebagai anak sulung terus ke kelas adik-adik ana untuk memberitahu mereka memandangkan ayah ana sedang berjumpa dengan guru besar sekolah.
Lalu kami bertiga menaiki kereta dan menunggu ayah. Tiba-tiba ayah memasuki kereta dan memberitahu tentang pemergian tok yah.
Ternyata apa yang ana fikir benar-benar terjadi dan gugurnya air mata ana buat pertama kali setelah memahami apa itu "Pemergian orang tersayang".
Sesampainya di rumah, ana lihat ibu ana sedang menangis. Masakan tidak, tok yah merupakan ayah ibu. Kemudian, kami semua berangkat ke kampung.
Di kampung, ana dan ibu terus ke bilik untuk melihat jenazah tok yah. Ana lihat tok yah telah diselimuti dengan kain di atas katil. Lalu ana dan ibu menyedekahkan tok yah surah Yaasiin.
Beberapa jam kemudian, jenazah tok yah dibawa ke kubur untuk dikebumikan.
Malam itu, kami sekeluarga mengadakan tahlil. Tamat saja majlis tahlil, ana lihat opah ana menangis. Di sudut hati ini, ana mengerti perasaan opah ana itu.

PEMERGIAN TOKKI (Mei 2007)
Hari tu hari Ahad dan ana dan adik ana, Athirah akan pulang ke Ta'ayah. Seperti biasa, kami akan berjumpa dengan tokki dan tok untuk bersalaman sebelum pulang ke sekolah memandangkan rumah mereka di belakang rumah ana sahaja. Tetapi pada kali ini, ana lihat tokki ana sudah tidak berdaya lagi untuk bangkit dari katil. Mahu sahaja ana menangis tetapi disebabkan ramai sepupu di keliling ana, ana matikan shj niat itu. Semasa ana dan adik ana melawat tokki, buat pertama kali ana lihat tokki ana menangis.
Beberapa ketika kemudian, ana pulang ke rumah dan kembali berkemas untuk ke stesen bas kamunting untuk pulang ke Ta'ayah, Ipoh dengan menaiki bas Ipoh-Taiping Ekspres.
............
3 hari slps itu, semasa ana hndk ke dewan makan untuk berbuka puasa sunat Khamis, ana lihat adik ana memanggil ana. Dari cara dia memanggil ana itu, seperti ada sesuatu yang sangat penting untuk diberitahu. Ana dpt berasakan bahawa ini pasti tentang tokki.
Kemudian, adik ana memberitahu bahawa tokki telah tiada pada hari Isnin sehari slps kami pulang ke sekolah. Ana menjadi sebak lalu berderailah air mata ini.
Adik ana mendapat tahu ttg hal ini pun slps dia menelefon ibu di rumah. Ibu ana memberitahu bhw mak cik ana di Ipoh tidak sempat unutk mengambil kami pulang ke Taiping kerana tokki meninggal pada waktu Maghrib.
Sambil mengesat air mata, ana teringat kembali mengapa tokki ana menangis semasa kami hndk pulang ke sekolah. Rupa-rupanya mungkin tokki ana sudah tahu bahawa ini kali terakhir beliau melihat kami.
Malam itu, ana dan kawan2 menyedekahkan surah Yaasiin buat arwah tokki.

Ana sayang tok yah dan tokki :)

Semoga roh arwah tok yah dan tokki dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah.
Amin.
Al-fatihah..

Tuesday, April 8, 2008

Wasiat yang umat Islam perlu tahu


Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu tertidur.

Dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-

Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman:

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,

2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.

3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.


Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.

2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.

3.Matahari akan turun di atas kepala.


Pesan Hamba :-

1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w

2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.

3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.

Wednesday, April 2, 2008

Jom boikot produk Belanda !!

Senarai produk keluaran negara Belanda yang boleh diboikot akibat tindakan Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang menayangkan filem Fitna yang terang2 menghina Al Quran.

Antara produk negara Belanda yang terkenal di pasaran tempatan ialah (sumber dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia & reunionunic):

1. Shell
2. Barangan Eletrik/Mentol Philips
3. Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady
4. Restoran Windmill
5. Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’
6. Barangan penajaan Christian Albers
7. Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 5
8. coklat Forrero Roche
9. insurans ING
10. Teh Lipton
11. perisa makanan Knor
12. Produk mandian Dove.

Sama-sama kita memboikot barangan keluaran mereka.
Pembaca diingatkan supaya meneliti terlebih dahulu khususnya produk susu bagi anak2 kerana ada susu keluaran dari negara lain dan malaysia sendiri.
Sebagai contoh susu Dugro dan Dumex keluaran sebuah syarikat Perancis iaitu Danone.
Moga Allah memberkati usaha kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...