Promo ! Klik Ler..

Thursday, April 24, 2008

Ingatkah anda tentang sabra dan shatila?

PEMBUNUHAN SABRA DAN SHATILA..

Pada tahun 1982, berlaku satu peristiwa dahsyat yang menggemparkan dunia. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat islam di dua perkhemahan pelarian iaitu di sabra dan shatila, selatan Lubnan.

Tiga hari berturut-turut (16-18 September), tentera israel pimpinan menteri pertahanannya, Ariel Sharon melakukan keganasan membunuh lebih 3000 orang Islam yang menghuni dua buah perkhemahan pelarian Palestin di Sabra dan Shatilla, Lubnan. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa.

Jurucakap rasmi rejim Israel mendakwa mereka membunuh 800 orang Islam. Tetapi Amnon Kapeliouk, wartawan yang masuk ke perkhemahan tersebut berkata, beliau menyaksikan 3000 orang Islam dibunuh oleh tentera sharon.

Manakala agensi Palang Merah pula mendakwa bahawa mereka bertemu dengan 2750 orang Islam yang dibunuh. Ada juga dakwaan dari sesetengah pihak dalam kalangan umat Islam Palestin bahawa bilangan mereka yang terbunuh jauh lebih besar iaitu menjangkau 7000 orang.

Berapa pun jumlah sebenarnya, ia amat mendukacitakan seluruh umat Islam. Tidak ketinggalan Syeikh Yasin.Hatinya hancur dan seluruh anggotanya bagaikan dihiris dan dicencang apabila mengetahui kejadian malang berkenaan. Beliau terus dengan kelantangannya berpidato meniupkan roh jihad ke dalam jiwa pemuda-pemuda islam.

Kegiatan Syeikh Yasin disedari oleh rejim Zionis dan mereka sentiasa mengekorinya. Bagi mereka, Syeikh Yasin adalah seorang yang sangat berbahaya.Pidatonya berjaya memukau rakyat. Jika dibiarkan, usia penjajahan Israel akan tamat dalam beberapa tahun.

Justeru, beliau ditangkap oleh tentera Israel dengan tuduhan cuba menubuhkan pasukan bersenjata. Pada tahun 1983, Syeikh Yasin dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun.

Hukuman berkenaan sama sekali tidak mampu melemahkan semangat juang tokoh ini. Penderitaan di penjara dipandangnya sebagai amat kecil. Bahkan cita-cita tertingginya hanyalah dua perkara;sama ada menang atau mati syahid.

Belum cukup tempoh pemenjaraannya, beliau dibebaskan pada tahun 1985 dalam perjanjian pertukaran tawanan dengan Jabhah Sya'biyyah ( Gerakan Pembebasan Rakyat Palestin-PFLP).

Justeru itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah buat semua pejuang Islam di sana.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...