Promo ! Klik Ler..

Saturday, November 8, 2008

Berat Menunaikan Solat Isyak Dan Subuh

Senjata syaitan yang ke-38 ada di dalam diri kita ialah enggan solat Subuh dan Isyak. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Solat-solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Kalau mereka tahu betapa besarnya pahala kedua-dua solat ini, nescaya mereka akan mendatanginya, walaupun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh orang solat, kemudian dimulailah solat itu, lalu aku menyuruh seseorang untuk menjadi imam dalam solat tersebut, lalu aku pergi bersama dengan beberapa orang membawa kayu api ke suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, lalu aku bakar rumah-rumah mereka dengan api."
Hadis di atas jelas menyatakan satu sifat untuk kita mengenali orang munafik adalah mereka itu malas solat Isyak dan Subuh. Betapa besarnya tuntutan solat berjemaah juga dinyatakan menerusi hadis berkenaan sehingga Rasulullah s.a.w. mahu menyuruh orang membakar rumah mereka.

Ertinya, orang yang enggan menunaikan solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid adalah orang yang dimurkai dan dibenci Allah. Golongan ini sebenarnya telah terkena panah syaitan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan ibadah kita agar kita sentiasa dilindungi Oleh Allah S.W.T., Insya-Allah.
Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...