Promo ! Klik Ler..
Sunday, September 27, 2009
I’m using ‘aku’ in this post..
Hari ni 26 September 2009. Hari ulangtahun kelahiranku yg ke-19.
Jika diimbas 19 tahun yang lalu, ni lah tarikh aku dilahirkan melalui rahim ibuku yg ku panggil “Emak =) “.
Tepat jam 1.59 tengahari bertempat di Hospital Taiping, emakku tersayang memecah keringat dan bertungkus-lumus melahirkan aku. Segala penat lelah dan susah-payah emakku melahirkanku akhirnya berbaloi apabila aku Berjaya dikeluarkan walaupun mengalami kesukaran. Kesukaran ? Apa kesukarannya ?
Mak cakap masa nk lahirkan aku, kepala aku tersekat n x blh keluar. So, doctor n nurse2 dlm labour room tu menggunakan Vakum untuk mengeluarkan aku. Ya Allah..rupa2nya bukan senang emak nk lhrkan aku ni.
Patutlah kdg2 tu, mak ckp masa aku ni kecik2, degil. Tgk, waktu lhr pun, susah nk keluar,hu2..
Emm…mesti mak n ayah rasa seronok masa ak dilahirkan.
Ye la, anak sulung. Pasangan mana x seronok bile dpt anak, ank sulung lagi.
Yang pasti, kelahiranku disambut dengan kegembiraan oleh emak dan ayah tercinta,arwah tokki, tok, arwah tok yah, opah dan semua sanak-saudara. Masa aku dalam lingkungan 2-3 bulan, ada buat majlis berendoi, yang baby duk dlm buaian tu. Afiqah2, macam2 mak n ayah buat untuk kau. Kau sorang je yg dpt tau, adik2 xdpt pun.
Bersyukur2, Alhamdulillah..
Bla2..akhirnya aku diberi nama ‘Nur Afiqah’ yang bermaksud ‘Cahaya yang sangat berpengetahuan lagi pemurah’. Subhanallah..mendalam maksudnya tu. Insya-Allah, aku akn jadi ‘Nur Afiqah’ seperti maksud nama yang diberi, Ameen.
Asalnya mak ayah cakap nak letak nama ‘Nur Afiqah Fadhilah’ tapi tgk cam pnjg sgt, so ‘Nur Afiqah’ je la. Ok jgk pe ltk ‘Nur Afiqah’, sedap, mksud pun mendalam. Alhamdulillah, terima kasih mak, terima kasih ayah. Terima kasih sebab letak nama Along ‘Nur Afiqah’. =)
Ayah ada ckp hari tu, bila birthday kita, patutnya kita x mtk hadiah sebaliknya kita yg bagi hadiah. Bagi kt sape ?
Bagi kt mak la. Tanpa emak, mana mungkin aku dpt lihat dunia, mana mungkin aku dpt jadi seperti sekarang. Ye x ?
Besar tau pengorbanan mak.
Dah besar ni, bila birthday, cam biasa je.Bg aku, ucapan drpd ahli keluarga yg tersayang serta shbt2 dh cukup menggembirakan aku.
Nk citer ape lg ye ? Em, cukup la setakat ni dulu. Nnti idea lain dtg pulak, langsung jari2 nie x nak berhenti menari.
Ok, setakat ni sahaja, Salam wbt.
“Slmt hari lahir Afiqah. Bljr rajin2. Jgn hmpakan hrpn mak n ayah. Tunjuk contoh terbaik pada adik2. “
p/s : Thn last berumur belasan tahun (19 thn). Thn dpn, dh berumur puluhan thn (20 thn). Ingt, umur makin pendek.Bkn makin pjg.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment