Promo ! Klik Ler..

Saturday, April 17, 2010

NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!

ALLAH Maha Mengasihi telah mengajarkan al-Quran dan menjadikan insan (manusia) serta mengajarkan kepadanya perkataan; Matahari dan bulan dengan perhitungan; Rerumput dan pepohon tunduk (sujud kepada ALLAH Azza Wa Jalla); Langit ditinggikan-NYA dan diadakan-NYA neraca keadilan supaya kamu (manusia) jangan aniaya dalam timbangan (mizan); Dirikanlah timbangan dengan keadilan dan jangan kamu (manusia) mengurangkan timbangan; Bumi ditetapkan-NYA untuk makhluk sekelian; Di atasnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak; Dan biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan manusia dari tanah yang kering seperti tembikar dan menjadikan jin dari lidah api; ALLAH Azza Wa Jalla adalah Tuhan kepada dua timur dan Tuhan kepada dua barat; ALLAH Azza Wa Jalla kirimkan dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu keduanya; Di antara keduanya ada dinding, maka tiada bercampur keduanya; Malahan keluar dari keduanya (laut), mutiara dan marjan; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Bagi ALLAH Azza Wa Jalla, ada beberapa kapal yang diadakan di laut seperti bukit-bukit; Tiap-tiap apa yang di atas bumi akan fana (binasa); Maka, tinggallah Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan; Meminta (memohon) kepada ALLAH Azza Wa Jalla sesiapa yang di langit dan di bumi; Tiap-tiap hari ALLAH Azza Wa Jalla dalam urusan; Nanti, ALLAH Azza Wa Jalla akan menyelesaikan. Wahai! Dua jenis yang diberatkan. Wahai! Sekelian jin dan manusia, jika kamu berkuasa menembus dari jurusan-jurusan langit dan bumi; Hendaklah kamu memboloskan diri; Kamu tiada dapat memboloskan diri, melainkan dengan kekuatan; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Dikirim kepada kamu lidah api dan asap, lalu kamu tidak mendapat pertolongan; Apabila dibelah langit, lalu ia menjadi bak bunga ros seperti minyak gosokan; Pada hari itu, tiadalah diperiksa manusia dan jin daripada dosanya. Diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya dan telapak kakinya; Inilah neraka yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa; Mereka beredar antara neraka dan antara air panas yang sangat panas; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Untuk orang yang takut (takwa) akan berdiri (di hadapan) ALLAH Azza Wa Jalla, ada dua kebun (syurga) yang mempunyai dahan-dahan; Dalam keduanya (syurga) ada dua mata air yang mengalir serta ada bermacam-macam buah-buahan yang berpasang-pasangan; Mereka (orang-orang yang takwa) bersandar di atas hamparan sutera disamping buah-buahan yang mudah dipetik dikedua-dua kebun yang rendang; Dalam syurga itu didapati perempuan-perempuan yang pendek pemandangan (yang menjaga mata); Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Seolah-olah, perempuan-perempuan itu permata yakut dan mutiara; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Tiadalah balasan kebaikan melainkan kebaikan juga; Selain daripada kedua kebun (syurga) yang disediakan terdapat lagi dua kebun lain yang sangat hijau daunnya; Malahan, ada lagi dua buah mata air yang terpancar serta buah-buahan, pohon kurma dan delima; Di dalam semua kebun-kebun (syurga) ada perempuan-perempuan yang baik akhlak dan cantik parasnya iaitu bidadari (perempuan yang putih) yang berada dalam khemah tertutup; Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Mereka bersandar di atas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang cantik rupanya; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!
Maha Suci ALLAH, nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan.

Demi masa.... Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman serta beramal sholeh dan berwasiat (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran juga berwasiat dengan kesabaran. (Takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla).

NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!

Monday, April 5, 2010

Apa itu kebaikan di dunia?

RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AKHIRAT HASANAH WA QINA 'AZAB ANNAR..
"Wahai Tuhan Kami... Kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"... .
adalah antara doa yang sering kita ulang-ulangkan saban hari selepas solat fardhu.. Tapi apakah sebenarnya Kebaikan didunia yang dimaksudkan itu?

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah
Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang
dibantu oleh Allah untuk mengamalkan islam. Islam bererti selamat. Orang islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat di dunia dan akhirat.

Sabda nabi s.a.w.:"Sungguh beruntung orang yang beragama Islam."(Riwayat Muslim).

2. Diberi kefahaman agama.
Untuk amalkan Islam,kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidup tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.

Sabda nabi: "Sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Dapat berbuat amalan soleh.
Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing.

Firman Allah:"Orang- orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas."(Az-Zumar: 10).

4. Mendapat Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara yang baik dan selamat.

Sebab itu Nabi s.a.w: bersabda : "Ya Allah ya Tuhanku, berilah manfaat kepadaku dari apa-apa yang engkau ajarkan kepadaku dan ajarkanlah daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku."
(Riwayat at-Tabrani)

5. Mendapat pasangan hidup yang soleh/solehah, zuriat penyejuk hati,sahabat yang solihin.
Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan.

Sabda Nabi: "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri."
(Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a).

Isteri atau suami yang baik membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Anak-anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita dan doa mereka akan terus mengalir kepada kita. Sahabat yang baik akan membawa kita kepada jalan hidup yang selamat. Mereka tempat kita berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.

6. Kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan mempunyai kesihatan yang baik, banyak perkara yang dapat dilakukan dalam hidup ini. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup.

Nabi s.a.w memohon:"Ya Allah, afiatkanlah tubuhku dan afiatkanlah pendengaranku. " (Riwayat Ibnu Syaibah)

7. Panjang Umur dalam ketaatan.
Hampir setiap orang mahu hidup lama kecuali orang yang putus asa dengan hidup (na'uzubillah) .

Sabda nabi s.a.w: "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur dalam mentaati Allah."
(Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya).

8. Mendapat rezeki yang halal.
Nabi s.a.w menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad.

Malah sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari sumber yang halal." (Riwayat al-Hakim).

9. Beroleh keimanan dan ketaqwaan.
Dengan iman dan taqwa, seseorang itu mulia di sisi Allah dan manusia.

Sabda nabi: "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Banyak mengingati Allah s.w.t.
Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan.

Firman Allah: "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28) .
Sabda Nabi s.a.w:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).

11. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah.
Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci dan pelbagai sifat mazmumah lain. Tidak hairanlah dikatakan orang yang bersih hatinya daripada sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan di dunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah. Bila dapat nikmat, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah.

Firman Allah:"Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya." (Al-A'lah:14)

12. Mati dalam kebaikan (Husnul Khotimah).
Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia.

Firman Allah s.w.t:
"…demikian Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun 'Alaik." (Riwayat Abu Na'im).

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hambaNya yang taat, hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl:22, dinyatakan bahawa Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s hasanah di atas kehidupan dunia. Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki.

~ Wallahu'alam ~

Sunday, April 4, 2010

Pertemuan yang x disangka..

Jumaat lalu,ana sedang menunggu keretapi Ekspres Langkawi di Stesen Keretapi Sungai Buloh..Tiket ana pukul 10 malam..
Ana tiba di stesen itu dalam 1 jam sebelum ketibaan keretapi..
Tengah2 menunggu keretapi,sempat juga ana bersembang dengan seorang aunty cina..
Lagipun waktu tu ana keseorangan..Baik bertegur sapa daripada membatukan diri..
'Aunty,mau balik mana?'
'BM..itu Butterworth,Bukit Mertajam..'
'oo..Butterworth..pukul berapa?'
Lalu aunty tu pun m'ambil tiketnya dan menunjukkan pada ana..
'Oo..aunty pukul 10 jgk la..sama saya..'
'Saya duduk tempat no. berapa?'
'Aunty duduk no 7D..'
'Lu mau balik mana?'
'Saya mau balik Taiping..'
'Oo,taiping..tiket berapa harga?'
'Saya punya rm33..itu ada katil punya..kalau yang biasa,rm15 saja..'
'Wa punya rm18 saja..'
'Murah la tu aunty..'
'Betul..'
Lama lepas tu,ana pun makan la roti 80sen..maklum la,dari siang x makan nasi..Buat alas perut pun jadi la..
'Lu belum makan lg?'
'Belum aunty =)'
Tiba2 datang seorang perempuan menghampiri ana dan duduk di sebelah ana..
'Balik mana?'
'Taiping..'
'Dah selalu ke balik naik ktm?'
'X la,first time..'
'Study mana?'
'Kolej Kasturi..kt sini 3bulan je,nnti nk pergi indon lps ni..'
'Oo,amik apa?'
'Pergigian..study mana?'
'KSKB..'
'KSKB tu apa?'
'Kolej Sains Kesihatan Bersekutu..sebelah hospital sungai buloh je..'
'Yang under SPA tu ke?'
'Aah..'
'Amik apa?'
'Inspektor kesihatan..'
'Oo..em,nk balik mana ni?'
'Taiping jugak la..'
'Taiping kt mana?'
'Kg.Boyan..'
'Oo..em,nama apa? (Saja ana tanya coz dah dpt rasa sumting)'
'Hidayah..'
'Dulu sek.rendah mana?'
'Sek.Convent Aulong.'
'Ada sek agama x?'
'Yang kat kpg.Baru tu ke?'
'Aah,Aulong Baru..'
'Ade..eh,ni Atiqah ke?'
'Bukan la,Afiqah la..'
'Ya Allah,lainnya muka..kecik je skrg ni ek..'
'Lain ke,lain sbb ada jerawat kot,kecik mcm ni la,xleh nk wat pe dah..Haha..Tu la,td afiqah tgk muka dayah,dh rasa cam penah tgk je muka ni..tu tanya tu..'
'Laa..tu la,ni dah tanya sek agama mana,tu dah rasa lain sikit tu..Afiqah yang geng dengan Liza tu kan?'
'Aah,Liza..hehe..'
'Afiqah yang terer Jawi tu,ingat lagi..Yang geng Liza dengan Rabiatul Adawiah budak pandai tu..'
'La,mana ada pndai jawi,biasa je la..'
'Kita x kawan sangat kan dulu,ye la Dayah xpndai..'
'La,xde la..kita kawan jugak kan..Eh,dulu Dayah sek agama smpai bila ek?X ingat dah..'
'Sampai darjah 5 je,tapi masa ada sapa ntah lantik dayah jad ketua kelas,dayah trs x mau mai..Nak lari..Haha..'
'Ustaz Yusuf pun ada kan masa tu? Yang suka kenyit mata kt orang tu..'
'Aah,ustaz gatai..Eh,Afiqah duk rumah tu lagi ke? Bukan dah pindah ke dulu?'
'Memang pindah,tapi skrg duk situ balik la,lgpun tu rumah tetap..'
'Oo..'
'Ada jumpa sapa2?'
'X de la,yang tau Liza yang sebaya kita tu masuk poli..'
'Aah,tau..dayah ingat lagi ikhwan?'
'Ikhwan yang kecik2 comey2 tu?'
'Aah,yang dulu org ckp gigi mcm arnab tu?'
'Ingat2...Faisal ingat lagi?'
'X ingat la..Muzakir?'
'X ingat la..Dayah ingat Meor,sapa lagi ntah..'
'Meor,afiqah kenal la,form6 sekali..tapi rasanya dia x cam kot afiqah sek agama dulu dgn dia..Dulu kt sekolah agama selalu kena ejek je,lawak je ingat balik..sapa lagi kawan kita dulu ea..kenal Hisyam?'
'Hisyam mana pulak?'
'Abang Rabiatul Adawiah tu,tua setahun drpd kita..'
'X ingat kot,tapi abang dia yang besaq ckit tu ingat la,yang hensem2 tu..'
'Aih,hensem jugak yang Dayah ingat..'
'Haha,teringat je la..eh,Rabi tu kat mana skrg?'
'Dia kt PASUM..'
'Oo..UM ek..'
'Aah,knl Hur Ain?'
'Yang mana ek?'
'Sebaya Rabi..tapi dia baru masuk je sek.agama masa tu..'
'X kenal kot..'
'Dayah sek men mana dulu?'
'SMDB..'
'Oo..DB ke..amik kls pe?KAA?'
'X de la,kelas besa je..'
'Ye ke,ni tgk alim ni..pakai stokin ni..'
'Eh,mana ada alim..Besa je la..Ok la Afiqah,dayah nk gi tunggu hujung sana,koc dayah kt sana..nnti ada apa2 nk mtk tolong,bgtw je la ok..Nk mtk tolong beli tiket ke apa ke..'
'Ok,insyaAllah..'

Lepas tu,ana pun bersalaman lalu bertemu pipi dengan Dayah..
Em,bila la lagi agaknya dapat jumpa Dayah..
Betul2 x sangka dapat jumpa kawan sek agama balik..
Hampir 10 tahun x jumpa,tiba2 jumpa balik di negeri orang > Stesen Sungai Buloh menjadi saksi pertemuan kami..Hehe..
Alhamdulillah,Allah adalah sebaik-baik pengatur..
Terasa manisnya ukhuwah..

p/s : Kepada sahabat2 yang namanya tertera di sini,minta maaf ye..Ni memang dialong sebenar..

Saturday, April 3, 2010

Minggu Orientasi berakhir..

Alhamdulillah seminggu sudah berlalu dan minggu orientasi baru shj melabuhkan tirainya..
At first,ana rasa mcm mls je nk berorientasi ni,mana x nya,kena wat menda cam budak2,tp last2,rasa ok la..
First day,program development director (PDD) kasturi college international,Mr.Bala suruh all students march intake naik stage sorg demi sorang untuk introduce ourselves.Actually majoriti students kat cni semuanya lepasan spm.Ckit je yg umur 20 tahun.Then,dah sampai turn ana naik stage,sempat jugak Mr.Bala cakap,'eh,so small..Are U form3 student? Ni bukan Pusat Tusyen Kasturi aa..Ni Kolej Kasturi..' Then,ana pun perkenalkan diri..Alhamdulillah,semuanya smooth..
Then,Mr.Bala split semua student ikut group.Ana dapat group 3,nama group 'SUPERNOVA'.Student Council President namanya Suganthi,suruh la each group buat trademark/cheer.Group ana tu majoriti semuanya x begitu berminat dengan orientasi.Masing2 xsabar nak masuk kelas sebenarnya.Tiba2 kena buat segala tepuk2 cikapoka la,main goreng pisang sekarang la,main piza hut mcdonald teh tarik la,adui,ikut je la..Tapi seriusly,Supernova memang xberminat..

Keesokan hari,Selasa,Mr.Bala bagi setiap group task and assignment untuk dibentangkan kepada semua orang.Supernova dapat topic 'economy crisis'.Pergh,susah sangat topik tu,mana x nya,majoriti ahli group ana tu semuanya budak2 sc stream,tiba2 kena bentang pasal economy,memang x faham satu benda pun.Nasib baik la sorang budak cina dalam group tu namanya Ng Jo Sheng pandai explain kt kami semua,boleh la nak explain ckit2 depan kawan2.

Jumaat - Supernova kena bentang presentation depan Mr.Bala (Judge) dan kawan2 dalam lecture hall.Memang takut sangat2,rasanya masa kt sekolah xde la takut mcm ni.Bila sampai turn ana explain pasal economy crisis timeline,ana explain je la apa yang ana faham,xde mic,so ana melantangkan suara ana,dapat rasa jugak la ada terketar2 ckit suara tu,tapi alhamdulillah boleh dicover.Jo sheng pula explanation dia pasal setiap point,memang thumbs up.Thanks to all members of supernova yang memberanikan diri untuk explain atas stage sorang demi sorang.
15 minit kemudian,Mr.Bala umumkan 4 kumpulan terbaik dalam presentation.Alhamdulillah,salah 1 goup,supernova menang.Mr.Bala siap puji lagi Jo Sheng coz dia ada analytical thinking,good job jo sheng ! Ana pun dapat jugak pujian yang x disangka-sangka,'Kecil2 cili api'..Huhu.Mr.Bala cakap,badan je kecil,tapi atas stage voice projection bagus,thanks Mr.Bala,i'm just doing my job.Banyak lagi benda nak kena perbaiki.(Segala pujian dikembalikan kepadaNya)

*******

Kesimpulan???
Walaupun supernova xbegitu berminat dengan orientasi yang cam childish,at least kami semua serius dalam melakukan task yang Mr.Bala bagi.Task tu akhirnya mematangkan kami untuk mengetahui pasal hal2 ekonomi.

p/s : Ramai student nak amik medic kat cni,semuanya akan fly off to indon,russia n bangladesh.Good..All da best ! Dapat kawan baru dari africa,Tobi n sri lanka,Doreen..Both of them love Nasi Lemak =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...