Promo ! Klik Ler..

Thursday, March 31, 2011

:: Exam Mode ::

Assalamualaikum wbt..

Semoga para pembaca berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan diberkatiNya,insyaAllah..

Exam kembali lagi !!
(n_n)
Apa perasaan nak exam ?
Seronok / excited / takut / gerun / gelisah ?
Semua ana rasa skrg ni..Hu2
Exam ana minggu depan..
Exam blok 6 : Regulasi.
Exam mula hari Khamis - Sabtu..
Cuma yg membezakan kali ni adalah exam dlm sehari ada 2 modul..
Huhu..
Takutnya..

Khamis, 07 April 2011
 Modul 1 : Sistem Saraf
 Modul 2 : Sistem Endokrin

Jumaat, 08 April 2011
Modul 3 : Sistem Kardiovaskular
Modul 4 : Sistem Pencernaan

Sabtu, 09 April 2011
Modul 5 : Sistem Respirasi
Modul 6 : Sistem Urinari

Semua soalan berbentuk objektif..Cuma bila dah objektif ni,lagi tough coz kita mungkin akan keliru dgn jwpn..
X pe Afiqah..Study smart ok !
Jgn study sbb nak exam je, tp study sbb ilmu, nak ingt sampai bila2..
Buat yang terbaik ok !

Lagi 1,esok tarikh 1 April..
Actually ana x ingt pun esok 1 April..
Cuma td tiba2 terdengar sorg kwn Cina ckp psl April Fool..
Huh..dgr word tu ana trs jd hot..Pns je hati ni..
Mana x nya, tu kan hari umat islam dibantai oleh tentera salib
:( ;(
Sedih..
Cuba baca kat sini..

Muslim2 sekalian..ingat ye..kita umat Islam..
Never celebrate April Fool..
If ada kwn kita yg perbodohkan kita esok lusa ke,juz ckp
"Muslim don't celebrate April Fool ! "
Pastu,buat2 cool sudah..
If diorg gelak2 ke,buat x tau je..
Bersabar je ok !
Allah suka org2 yg sabar :)
Tapi if kawan Muslim sendiri yang buat lawak 'pandai' kt kita,bgtw la psl sjrh hari ni ok..
Tanggungjawab kita untuk menyedarkan kwn2 seMuslim kita tentang hari ni..
Jgn kata psl hari April ni je, tu yg hari Valentine tu pun sama kan..
Ramai lagi Muslim yg still sambut even dah tau :(
Ayuh2...sebarkan lagi sekali hal ni !

Ok lah..
Ana stop kt sini dulu yep..
Ilalliqa'..
Assalamualaikum wbt




Monday, March 28, 2011

:: Istikharah Cinta ::

Assalamualaikum wbt..

Semoga semuanya berada dalam keadaan yg sihat dan diredhaiNya,insyaAllah,ameen :)

Ujian3x...
Itulah yg ana hadapi skrg..
Ujian drNya dtg..
Ana tau ujian yg Allah bagi ni adlh utk menguji ana..
Menguji tahap kesabaran ana..
Menguji tahap keimanan ana..
Menguji tahap ketaqwaan ana..
Menguji peribadi ana..
Ya Allah,aku kan bersabar dgn ujianMu ini kerana ku tahu Kau mahu menunjukkan sesuatu melalui ujianMu ini..
Tetaplah tersenyum..
Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang..

Bila ana ada mslh,ana akan cari shbt yg dpt mendengar,yg dpt membantu..
Ptg smlm ana chat dgn shbt baik ana..
Alhamdulillah beban mslh ana berkurang lps bercerita pd dia..
Sudah mmpu utk ceria kembali..
Dia bg ana lagu2 kt emel..
Antara lagu yg dia send,yg ana paling suka adlh lagu "Istikharah Cinta" oleh Sigma.
Cukup sedap,cukup menyentuh hati.
Syukran sahabat.

Mlm tu,ana cerita lg mslh ni pd seorg lagi.
Senior ana.
Cerita kt dia sbb ana tau senior ana ni dpt bntu ana.
Alhamdulillah ana dh nmpk jln.
Btl la ckp senior.
Syukran senior.
Lps2 chat tu,ana mtk tips belajar drpd dia.
Dia bg tips baru utk ana.
Dia ckp lps ni,if time nak study,letak lah al-Quran di sebelah..
Bila rasa time tgh study tu,tiba2 rasa terbeban atau rasa penat,bukak lah al-Quran 1 @ 2 ayat,baca lah ayat dgn tfsirannya.
Atau pun ambil wudhu' & solat 2 rakaat.
InsyaAllah berkesan.
Alhamdulillah, di sebalik ujian,ada hikmah yang tersembunyi.

Ni lagi 1 tips ana dapat drpd shbt baik..
Berpakaian bersih...
Ambil wudhu'...
Menghadap Kiblat...
Istighfar...
Selawat...
Ta'awuz...
Basmallah...
Buka Al-Quran...
Baca Surah At-Taubah ayat 40...
Baca surah Al-Hijr ayat 9...
Sadaqallahul'azim..
Syukran shbt..

Alhamdulillah ana bersyukur dikelilingi sahabat2 yg baik..
Hanya Allah mmpu membalas segala jasa kebaikan..

Sblm tu,pd sesiapa yg belum prnh dgr lagu "Istikharah Cinta" oleh Sigma,jom dengar kt bawah ni..
Sedap :)
Sigma adlh kumpulan nasyid dr Dumai,Riau,Indonesia..
Subhanallah,sedap sgguh suara mereka..
Liriknya pun bagus..


Lirik

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

di istikharah cinta..

~ Wassalam ~

Friday, March 25, 2011

:: Man Jadda wa Jada ::

Assalamualaikum wbt..

Diharapkan agar semuanya berada di dalam keadaan yg sihat sejahtera & sentiasa berada di bawah lindunganNya,insyaAllah,amen ya Rab =)

Beberapa hari yg lepas,keputusan SPM 2010 telah pun diumumkan.
Dan Alhamdulillah,sekolah ana,tempat ana menimba ilmu sepanjang 5 tahun yg lepas,2003-2007,Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Ta’ayah,Ipoh,Perak telah mencapai kecemerlangan yang gemilang.Tahniah buat adik2 batch 46 yg telah mengharumkan nama SERATA.
Kerana kalianlah,SERATA telah menjadi sekolah agama terbaik di negeri Perak dan meletakkan SERATA di tempat ke-7 keseluruhan negeri Perak sebaris dengan SBP yg lain.
SERATA juga telah menjadi sekolah terbaik bagi subjek ICT. Tahniah sekali lagi.Tahniah juga kepada cikgu Ismail,pakar ICT =)

Dapatlah dilihat dr cni,adik2 telah melaksanakan istilah “Man jadda wa jada wa man zaro’a hasoda” yang bermaksud Siapa yang bersungguh-sungguh,maka dia akan mendapatkannya.
Adik2 telah membuktikannya.
Tahniah dan semoga kejayaan ini akan berterusan.
Bukan hanya cemerlang pada akademik & pelajaran tetapi juga cemerlang dari segi akhlak & peribadi dan segala-galanya.
Paling penting,aplikasikan ilmu2 agama yag adik2 dapat ketika berada di SERATA.

Buat adik2 bacth 47 including my sister,adik Nur Athirah =) Pastikan kalian juga buat yang terbaik utk SPM 2011 ni.
Teringat pulak kata2 Thirah masa dia form 2,time tu bdk2 form 3 result PMR gempaq.Dia ckp takut la coz risau batch dia x dpt lbh tggi drpd batch deme.
=) X pe thirah,x silap along,result PMR kome lbh ramai drpd deme kan?
Buat cmtu jgk utk SPM ni ok !
Thirah hebat & mampu !
Thirah pelajar cemerlang SPM aliran Thanawi !
InsyaAllah,amiin..Along doakan kejayaan Thirah =)

Man Jadda wa jada wa man zaro’a hasoda =)
Siapa yang bersungguh-sungguh,dia akan mendapatkannya.
Siapa yang menanam,dialah yang akan menuai.
Siapa yang berusaha,dialah yang akan Berjaya.

Jadi,apa lagi yg nak ditunggu?
Ayuh,berusaha ke arah kebaikan =)
Dunia adalah ladang akhirat..

- SERATA,SIS & SMKAK..Top 3 Sek Agama Terbaik SPM - Tahniah -
- Cikgu2 sangat gembira..Alhamdulillah..Usaha keras cikgu2 jugak :) -
- Pelajar cemerlang SPM 2010..Straight A's..Mabruk ! -

P/s : Mcm ana pulak yg amik result SPM..hi2..

Tuesday, March 22, 2011

:: Musim Hujan ? ::

Assalamualaikum wbt..
Didoakan agar para pembaca semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan diredhaiNya,insyaAllah,amiin :D

Akhir2 ni Medan selalu jugak hujan.
Kadang2 pagi,petang dan malam akan hujan.
Kadang2 hujan rintik2,kadang2 hujan lebat.
Bila hujan, ana akan rasa sejuk (semua org pun sejuk kan?)
Best bila hujan.
Sedap nak tidur..(hu3)
Style diri ana,time hujan ana akan tutup kipas,sbb x blh thn sejuk.
Ana akan pakai sweater + stokin..
He2,sekali pandang mcm org bersalin je..Hi3..

Tapi...
Ada org marah bila hujan.
Kenapa mesti marah?
Sbb x dpt pergi kelas?
Sbb habis baju kt ampaian jd basah balik?
Sbb kasut kotor terpijak lecah?
Sbb x suka hujan?

Hmm...
Jujur ya,ana agak x suka tgk org nak marah2 bab2 cuaca ni..
Siap post kat fb lg tulis,'Argh,hujan ! Apa ni ??? X suka la ! + _____(kata2 kesat)'
Amboi2...
X baik la marah cmtu..
Sbb semua perubahan cuaca ni Allah yg aturkan..
Kalo kita marah dgn cuaca bermakna kita marah dgn Allah..
X baik la..dosa..
Allah sayang kt kita,kenapa kita mesti marah?
Allah turunkan hujan tu sbb nak suburkan tanaman,nak bagi kita rasa sejuk kejap sbb selama ni asyik duk mengeluh "Panas3x" je...
Ni bila Allah dh bg hujan,nak pulak marah2 kenapa hujan turun..
X baik...
Hujan tu kan rahmat + nikmat dr Allah..
X kisah la hujan ke,panas ke,ribut ke,taufan ke,tsunami ke,tu semua adlh aturan Allah..
Aturan Allah yg tlh ditetapkan utk hamba-hambaNya supaya menerimanya..
Ingat,kita ni hanya hambaNya !
Kita layak menerima apa yg telah ditetapkan olehNya !
Allah mengubah cuaca ni pasti ada sebabnya..
Pasti Allah nak bagi kita sedar tentang hakikat kebesaranNya..

Kesimpulan
:: Terimalah apa adanya di muka bumi ini..kita hanya penumpang sementara di sini, kita ada tuan yakni Allah swt ! ::
:: Jangan marah dengan hujan/panas/ribut n so on ::
:: Drpd melontarkan kata2 yg bersifat amarah,lbh baik ucpkan 'Astaghfirullahal'azim/Subhanalllah/MasyaAllah,dll' ::




Friday, March 18, 2011

:: Mangsa Eksperimen ::

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ana ada experiment farmakologi.
Hari ni test pasal mekanisme kerja anestesi lokal trhdp tubuh manusia.
Ana dgn terpaksanya menjadi mangsa utk disuntik bhn anestesi lokal yg dicmpurkan dengan adrenalin sbb dalam grup ana,2 kawan ada alergik,yg lg sorg takut pulak.
So,x pe la,ana je la jd volunteer utk disuntik sbb ana je yg x de alergik + blh dikatakan sihat.
Grup ana semua perempuan.
Mula2 tu takut jgk sbb tgk sorg kwn ni smpai nangis2,lg la ana takut.
Then tiba turn ana utk disuntik.
Masa jarum tu masuk kt lengan,sakit jugak tp tahan..Sng cerita,rasa sakit tu sekejap je,x sakit la sng ckp :)
Lps kena suntik tu,lengan ana x de gelembung pun (pelik) sdgkan kwn2 lain semua ada gelembung..Hu2,sbb kecik kot..
Dosen pun ckp bulatan yg disuntik tu kecik je,cuit2 katanya :)
Lps disuntik,trs diuji dengan rasa sakit + panas + tekanan + sentuhan.
Utk rasa panas tu,jarum akan dipanaskan dengan api smpai jarum tu jd merah bara n then diTeskan kt lengan ana,tp ana x rasa pun.
Utk semua jenis rasa yg diuji kt ana,ana x rasa.
Smpai la minit ke-40 cmtu baru ana dpt rasa sntuhan + tekanan.
Utk rasa panas,baru ana dpt rasa pd minit ke-60 smpai melecur..Hu2 
Sakit :P
Utk rasa sakit,x muncul2 smpai hbs eksperimen.
Nak dibandingkan dengan kwn2 lain yg disuntik hanya dgn bahan anestesi lokal,reaksinya cepat.Awal2 lg dh dpt rasa semua jenis rasa.Hu3 :)

Kesimpulan????
Kesimpulannya adalah org yg diuji dengan anestesi lokal sahaja dapat rasa semua jenis rasa dengan masa yg lebih singkat drpd org yg diuji dengan anestesi lokal + adrenalin.
Ini menunjukkan bahawa anestesi lokal + adrenalin bertindak lebih lama berbanding anestesi lokal sahaja.
(^_^)

-gambar hiasan-

Thursday, March 17, 2011

:: Bertunang ? ::

Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi  silapnya pada masa kini,  fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah  pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya,  ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

- Diambil dari Artikel iluvislam.com - 

Wednesday, March 16, 2011

:: Pengalaman Zero -to-Hero ::

Assalamualaikum wbt..

Asif sbb lama menyepi..Agak banyak perkara perlu diuuruskan..
Ahad lepas ana join program 0 to hero tu..
Penceramah jemputan adalah Dr.Zulkifli bin Yusof dan Dr.Murizah bt. Mohd Zain..
Both are husband and wife and work in the same hospital named Hospital Sultanah Bahiyah at Alor Setar,Kedah.
Dr.Zul adlh pakar ENT dan Dr.Murizah pula adlh pakar O & G..

Sepangjang program tu,dr tu ckp first soalan dia akan tnya pd Houseman (HO) dia adlh “why medic?”
Program ni lbh byk ttg pekerjaan seorg Dokter drpd ckp psl Dentist..Tp x pe la,dengar je,coz x byk beza sgt pun kan? ;)
Bila dia tnya HO dia,akan dpt la mcm2 jenis jwpn.Ada yg nak mmbntu org,ada yg nk duit byk,ada yg amik medic sbb family soh n so on.
Dlm program tu,dr tu ckp bhw skrg dh ada seramai 6000 HO stp tahun..Ramai kan? Tu semua include HO yg bljr local + overseas.So,nnti time jd HO,akan ada ramai la HO dalam 1 posting ni.
Lps grad,semua graduates akan jd HO di hospital kerajaan minimum selama 2 tahun.Nak tau kenapa “minimum”?
Each posting adlh selama 4 bulan dan akan On-Call selama 8-9 kali dalam masa sebulan.
N if ada mana2 HO yg attitude dia buruk + x dpt nak jaga,cthnya malas dtg kerja,buat kerja sambil lewa,dia akan diextendkan tempoh.Sebab tu la minimum 2 tahun,coz ada je Dr HO yg buat perangai.So if kita x nak jd HO more than 2 years,jagalah attitude ok ! Dan lg 1,if ada HO wanita yg bersalin,dia akan kena start balik posting kat department yang dia tgh posting selama 4 bulan,means x blh la if dia dh post kt situ 2 bulan,lps cuit bersalin dia nak smbung lg 2 bulan,x boleh,kena start all over again. Time HO adlh masa utk serius yg mana kita x blh ada hal yg mengganggu posting kita cthnya nak ikut MERCY pergi jalankan misi kemanusiaan.If nak ikut,time dah jadi MO bolehlah.
Jgn marah pasien coz Dr senior ada ramai mata dan telinga kat wad tu especially nurse.If nurse dpt tahu kita marah pasien,deme akan bgtw Dr.
Dr tu ckp kita x blh marah pasien coz pasien tu sakit dan berada dlm keadaan lemah,kita kena fhm keadaan dia..Dr tu pesan,kita belajarlah drpd pasien J
Selain tu,AZAM & NIAT yang IKHLAS akan memastikan kita dapat bertahan dalam bidang ni.

If ada kawan2 yang bercita2 nak smbung MASTER mcm ana lps dpt DEGREE ni,ketahuilah kita kena kerja dgn kerajaan selama 3-4 thn as a Medical Officer (MO) x termasuk time jd HO. Ingtkan senang je nk smbung degree,rupanya ada jgk syarat lain..He2…
If kawan2 yg amik medic,blh jgk nnti buat Medical Fellowship.Training kt US tu..Best jgk.. =)
Oh ye,sebelum terlupa,nnti if kita dpt mana2 hospital utk posting,ketahuilah yg kita x boleh tukar hospital dah.If dpt Hospital Sarawak,duduklah Sarawak tu selama 2 tahun.If ada problem apa2 pun, x boleh tukar jgk.Ni dr tu cerita coz ada HO dia mtk tukar hospital lain sbb ada problem yg sgt2 perlu diselesaikan,tp kementerian kesihatan ttp tolak application dia nk tkr hospital tu.
Ya Allah,semoga aku nnti dpt posting kt Hospital yg dekat2 je..Nak kt Perak/Kedah/Penang..Amiin..

Bekalan utk perjalanan jauh..
1.       Cita2 yg tinggi
2.       Azam yg panjang
3.       Persiapan mental
4.       Persiapan rohani

Jika telah pilih bidang medical sbg bidang utk study,
1.       No turnback !
2.       Ikhlaskan niat
3.       Usaha sungguh2
4.       Istiqamah dalam belajar
5.       Sentiasa ingat pada mak & ayah
6.       Fikirkan masa depan agama,bangsa & Negara

Besides that,ingat tugas kita sebagai dokter ni adalah kita sedang bermain dengan NYAWA manusia !
Tanggungjawab kita nnti sebagai MO adlh kekalkan kepercayaan pasien pd kita,jgn buat lawak ttg penyakit pasien dan if nak discuss dengan pasien,discuss lah berdasarkan fakta dan bukannya emosi!

We are not an ultimate healer but we work based on our knowledge and training.
As a doctor,we must be humble,take the profession as a part of worship(ibadah), practice of al-Ihsan/excellecy,strive to do one’s best,keep studying + studying and always Muhasabah diri which means we can accept all the critics and judgement from others  for our own good so that we can keep improving ourselves =)

3 hal penting yang wajib ada pada diri seorang dokter : Caring,Professional dan Teamwork.
Next is as a doctor,we must be update our information and knowledge.Cthnya,kita kena always baca jurnal2 yg authentic.
Emm,for those yg study overseas, nnti lepas grad,jgn lupa report kt JPA terdekat ok !

Maaf ya ana cerita ni agak berterabur ckit coz ana cerita ni sambil rujuk nota yang ana dapat dr program tu..Hi2..
Semoga kita yg bakal jd dokter/dokter gigi ni akan tegas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas nnti..
Lillahita’ala =)

Tu mayat perempuan..
 P/s : Utk dokter,time housemanship digelar sebagai Houseman Officer (HO) tp utk dentist akan digelar dengan First Year Dental Officer (FYDO).


Friday, March 11, 2011

:: Jom pergi ! ::


Jom pergi..
Bayar Rp15ribu je..
Manfaatkan masa dengan hal2 yg berfaedah..
(^_^)
Sekejap je...Dr pagi hingga tengahari je..
Jom2..

Monday, March 7, 2011

:: Itik Mati =( ::

Assalamualaikum wbt..

Didoakan agar para pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindunganNya,insyaAllah..
Hari ni ana nak cerita pasal itik..
Hari ni masa ana balik dari kuliah,ana nampak ada la dalam 3 ekor itik tengah cari makanan kat tempat orang2 duk buang sampah..Sebenarnya tu bukan tempat buang sampah pun..
Then tadi,ana nak kuar makan malam,tgk kt tmpt sampah tu,
nmpk seekor itik tu dah mati :(
Kesian sangat2x..
Ana dapat agak kenapa dia mati..
Mesti sebab time nak cari makanan tu,dia termakan plastik/kertas/kotak/bhn2 kimia + beracun..
Dan lepas tu,dia tertelan dan tercekik..
Ya Allah,kesiannya...
Mcm mana dgn anak2 dia?
Ana x tau la itik tu jantan/betina tp itik tu besar..
Mesti dah ada anak...
Semua ni terjadi sebab apa?
Sebab MANUSIA la...
Jika manusia x buang sampah merata,mesti hal ni x terjadi kan?
Hari ni x semena-mena seekor itik mati sbb MANUSIA..
Insaflah wahai manusia..
Kerana kita,haiwan2 mati..
Kasihanilah mereka..
Mereka pun ada kehidupan jugak..

Itu sajalah mesej ana kali ni..
Peringatan ni buat diri ana jugak..
Ayuh ! Jaga kebersihan alam sekitar !
Alam ini Allah ciptakan supaya kita memanfaatkannya bukan untuk memusnahkannya..
Last but not least, jom tgk video ni..
Amik pengajaran ya =D


Ilalliqa'
Wassalam

Sunday, March 6, 2011

:: Cuaca Panas > Demam ::

Assalamualaikum wbt..

Cuaca Medan akhir2 ni panas sangat..
Ana rasa kt Malaysia pun sama jugak kan?
Hari ni bangun pagi tiba2 rasa badan panas..
Panas suam2 kuku..
Hari ni ada program Daurah BADAR utk Muslimat kt Hotel Cherry Pink..
Tapi dah bangun2, tgk2 diri sndiri demam..
Sedihnya..X dpt nk pergi..
Boleh je nak pergi tapi ana ni kdg2 x boleh tahan..
Kang terpengsan pulak..
Hu3...
X de rezeki nak pergi..
X pe la Afiqah..
InsyaAllah lain kali pulak ok ?
(^_^)

Bila dah kurang sihat ni,mula la teringat kt bubur nasi yg mak selalu buat..
Selalu kalo demam,mesti nak minta mak buatkan kanji..
Sbb kadang2 x lalu makan..
Tapi hari ni sebab demam suam2 je,so ana lalu je makan..

Td chatting dengan adik kt fb,rupa2nya famili pun sama jugak..X sihat..
Musim panas skrg..
Semua pakat batuk2,demam suam2,sakit tekak..
Adik bongsu nama Anisah minggu ni nak pi Kajang..
Ada Karnival Sek Rendah Islam Al-Ummah ABIM SeMalaysia.
Anis masuk pertandingan lari..
Ana tanya Anis,"Terer lari x? Laju x?"
Anis jwb,"2 bln berlatih la.."
Hehe...ye la Anis..Along doakan Anis menang ek..
Along doakan SRI Al-Ummah Taiping menang..
InsyaAllah,Amiin :)

Anis ni sangat2 suka main dengan kucing..Bagus Anis..Pupuk sifat penyayang terhadap haiwan..
Makhluk Allah jugak kan ? ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...