Promo ! Klik Ler..

Thursday, April 5, 2012

:: Bukuku Kekasihku ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, sehingga saat ini kita masih diberi peluang olehNya untuk terus menjalani kehidupan di muka bumi ini dengan penuh keselesaan.
Selesa bukan ?
Walaupun setiap hari Allah menguji kita dengan pelbagai ujian yang kadang2 kita rasa kita tidak mampu nak hadapinya, tapi kita masih lagi dapat jalani hidup ini dengan selesa. Kan ?

Sekarang tengah pening dgn urusan pelantikan Exco BADAR yg baru.
Ternyata menjadi sebahagian dari anggota Majlis Tertinggi itu tidak gampang.
Harus melaksanakan setiap keputusan dengan penuh wibawa, dengan penuh ketegasan.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ya Allah.

--------
Bila ana sedang sibuk dengan urusan seperti ini, masalah personal kdg2 dilupakan.
Bukanlah dilupakan, cuma ia diletakkan di tepi untuk sebentar.
Walaupun jika dilihat, kadang2 masalah diri itu harus lebih dahulu diselesaikan.
Tp x mengapa.
Sekurang-kurangnya, bila ana banyak kerja, setiap masalah yang datang, ditangani dengan hati yang tenang, Alhamdulillah.
Semoga bukan hanya sekarang ana menghadapi setiap perkara dengan tenang, bahkan ana menghadapinya dengan tenang pada setiap masa pada masa hadapan.

:)
Senyum, usaha dan tawakkal kepadaNya.
Istikharah
Solat Hajat

---------
Oh, tajuk post pasal buku ?
Hmm, semalam ana pergi Gramedia.
Saje je masuk sbb dah lama sangat2 ana x jejak ke kedai buku.
Jadi, bila dah masuk tu, ana nampak novel yg ana memang nak sangat beli selama ni.
Novel "Negeri 5 Menara".
Ana pun apa lagi, terus excited kat situ jgk.
Dan terus berhajat nak beli.
Lps tu, pusing2 la keliling novel2 tu, terjumpa pulak novel "Ranah 3 Warna" yg merupakan trilogi kedua dr Negeri 5 Menara.
Hm, ana apa lagi, bertambah2 excited tu :)
Jln lg kt area novel tu, dush ! Nampak sangat3x banyakkkkkkk novel karya Tere Liye.
Semua tajuk nampa best kot.
Ala, Tere Liye yg tulis Hafalan Solat Delisa tu.
Huhu.
Tak pe, nanti sy dtg lg ek kt awak. Nanti sy dtg beli awak k.
Awak kan kekasih sy, wahai buku2 yg sgt best !
:)
Skrg tgh baca Negeri 5 Menara.
Bau buku baru memang sedap. Hehe.
Tp masih ada lg buku2 dlm rak yg x dibaca.
UNTUKMU YG AKAN MENIKAH DAN TELAH MENIKAH
IBUNDA PARA ULAMA'
ZAINAB SERIKANDI CUCU BAGINDA MUHAMMAD SAW
NIKMATNYA PACARAN SETELAH PERNIKAHAN
MENYONGSONG MIHWAR DAULAH (ni buku shbt, tp nak baca jgk)
5 TAHUN 5 BULAN (ni novel kwn, pinjam kt die)
Huuu, banyaknye x baca lg.
Xpe fiqah, baca slow2 k

Cintailah wanita yang membaca.
Hoho.

Isya' dah masuk kt Medan.
Stop dulu.
Sekian, wassalam.

P/s : Seriously, dlm masa 5 thn kt Medan ni, ana hrp dpt beli sebanyak mungkin novel dan buku2 ilmiah !
Agak2 melampau x kalo nak target beli 1000 buku dlm masa 5 thn ni ? errr..InsyaAllah.hihi.

2 comments:

- Haikal Fansuri said...

skrg tgh baca Negeri 5 Menara.
Bau buku baru memang sedap. Hehe.

- :)

Nur Afiqah Mohd. Anuar said...

^_^
Bau kedai la katakan =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...