Promo ! Klik Ler..

Saturday, May 31, 2008

Kenyataan hidup di sebalik permainan ini..



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,


"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus *** dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu... "


"Baik permainan kedua... " begitu Guru melanjutkan.


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan... "


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang... " Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..


TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...

MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!


UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!


JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN


Saturday, May 24, 2008

Andai cinta hendak diberi...



"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" .Itulah sedikit dari bait - bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...


1-Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.


2-Baik akhlaknya.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.


3-Tegas mempertahankan maruah.

Pernahkah dia menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.


4-Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


5-Tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


7-Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.


8-Rakan pergaulannya.

Rakan - rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.


9-Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.


10-Tenang wajah

Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...


Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...

Penguat Jiwa

Jika ada orang yang menyakiti anda maka ingatlah akan qadha ALLAH, keutamaan memberi ampunan, pahala menjalaninya dengan tabah, ganjaran bersabar, bahawa dia bertindak sebagai pihak yang menzalimi dan anda sebagai pihak yang dizalimi. Dengan itu anda akan menjadi orang yang paling merasa bahagia.
Qadha ALLAH pasti diberlakukan, ajal pasti tiba, dan rezeki telah ditentukan. Mengapa harus bersedih? dan sakit, kemiskinan, dan musibah itu memiliki ganjarannya masing-masing. Mengapa harus resah?
Di dunia ini ada syurga, yang barangsiapa ketika di dunia tidak dapat memasukinya maka dia tidak akan pernah masuk syurga akhirat. Syurga dunia itu adalah zikir kepada ALLAH, taat kepadaNya, selalu berusaha dekat denganNya, dan merinduiNya.
Sama2 lah kita merenungkannya dan mengambil manfaat bersama.

Monday, May 19, 2008

Jangan kecewa bila lamaran ditolak



Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”


“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.


“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.


Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.


Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal, mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.


Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.” Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!


Justeru, jangan bersusah hati apabila pinangan anda tidak diterima. Si dia mungkin mempunyai alasan tersendiri yang tidak dapat anda fahami. Yang penting anda kenal dengan kehebatan diri anda.


Life goes on !

Friday, May 16, 2008

Alhamdulillah, seronoknya tengok adik macam nie :)

1.

Beberapa hari yang lalu, semasa baru sahaja ana selesai solat Subuh, adik lelaki bongsu ( anak keempat daripada 5) yang lebih mesra dipanggil Syakir datang mendekati ana lalu bertanya,

"Along, selain Al-Fatihah, boleh sebut ape lagi ?"

"Al-Furqan, Al-Kitab, Al-Zikr..kalau Syakir nak senang ingat, Al-Kitab pun boleh. Kenapa ? Ade periksa ke hari nie? "

" Tak lah, saje tanye."

Masa adik ana tanya soalan tu, ana seronok sangat sebab semenjak dia masuk Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, dia selalu tanya macam-macam soalan agama kat ana. Syukur, Alhamdulillah !

....................................

2.

"Syakir, Along nak test Surah Yaasiin kat Syakir, boleh?"

"Boleh."

Ana ambil beberapa keratan surah tersebut lantas menyuruhnya menyambung ayat-ayat tersebut. Alhamdulillah, dia dapat menyambungnya dengan baik sekali.

"OK, biar Syakir pulak test Along. Syakir nak tebuk mana-mana ayat dalam surah nie."

"OK, bagi la."

Semasa dia menyuruh ana menyambung ayat yang diberikannya, tak dinafikan ada beberapa perkataan yang ana terlupa. Ana jadi segan kepada adik ana yang berumur 11 tahun nie.

"Along tak ingat?"

"Emm, nampaknye Along kena selalu baca Yaasiin la."

.....................................

3.

Lebih kurang jam 4.30 petang, Syakir baru sampai rumah memandangkan sesi persekolahnnya bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Masa sampai je rumah, setelah letakkan beg sekolahnya, dia membaca ayat-ayat dalam Surah Yaasiin.
Ana jadi kagum.
Masakan tidak, dulu masa dia sekolah kebangsaan, balik je rumah, mesti nyanyi lagu-lagu baru di corong-corong radio tapi sekarang tidak.

Alhamdulillah :)

4.


"Mak, mana jubah Syakir?"

"Cari la kat dalam bakul tu, Syakir nak pegi masjid ke?", mak bertanya.

"Ye, lepas Maghrib nie ade Tajwid."

Lantas Syakir keluar dan menaiki basikal menuju ke masjid Nurul Islam yang terletak selang beberapa buah rumah dari rumah ana.

.................................................

Ana tulis nie sebab ana seronok dan kagum tengok adik ana jadi macam nie.
Kalau masa die SK, die tak de nak pakai jubah dan hafal surah Yaasiin.
Tapi lepas die masuk SRI Al-Ummah, Alhamdulillah, dah nampak perubahan yang mendadak.
Insya-Allah, tahun depan adik bongsu perempuan akan masuk sekolah tu jugak sebab SK tak seperti SRI di mana SRI lebih kepada penghayatan agama.

Semoga adik-adikku berjaya menjadi mukmin dan mukminah yang soleh dan solehah, Insya-Allah.

Wednesday, May 14, 2008

Menyingkap Kisah Saidina Ali Bin Abi Thalib



'Menerkam bagaikan harimau lapar'


Dalam suatu peperangan, Ali bin Abi Thalib berhadapan sendirian dengan musuhnya yang bersendirian pula. Musuhnya begitu kuat sehingga belum satupun yang dinyatakan tewas. Hampir-hampir leher Ali terkena pedang musuh yang melayang sangat cepat itu, tetapi kerana ketangkasan beliau pedang itu tidak menyentuh leher beliau sedikitpun. Tetapi kerana pedangnya hampir mengenai leher beliau ketika itulah musuh itu lengah. Dia menyangka Ali telah mulai lemah, padahal ternyata Ali mempunyai langkah-langkah yang menipu musuhnya itu hingga tersalah langkah. Ali kemudian menolak musuhnya itu sehingga terjatuh. Dan bagaikan harimau, Ali dengan cepat menerkam dan menindih dada musuhnya itu dan senjata pedangnya siap untuk dihunuskan ke arah jantungnya. Tiba-tiba dengan cepat pula musuh itu meludahi wajah beliau sehingga basah.


"Astaghfirullah" teriak Saidina Ali. Ali marah bukan kepalang sehingga muka beliau menjadi merah. Dia malah membuang pedangnya dan segera meninggalkan musuhnya itu. Musuhnya yang Yahudi itu hairan melihat perangai Ali yang tidak jadi membunuh musuhnya itu.


"Mengapa anda lepaskan saya? Mengapa anda melepaskan peluang untuk membunuh saya?"tanya musuhnya itu dengan hairan.


Dengan menahan marah yang luarbiasa Ali bin Abi Thalib mengatakan "Aku hendak membunuh engkau kerana mempertahankan agama Allah. Tetapi setelah engkau ludahi mukaku, aku sangat marah, sebab hal itu menyinggung kehormatan diriku. Kalau aku jadi membunuh engkau selepas engkau ludahi mukaku, bererti aku membunuh bukan kerana Allah, tetapi kerana dendam diriku sendiri" kata Ali. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali berkata "Jika engkau menghinaku sebagai peribadi aku tidak lagi ikhlas membunuhmu, kerana aku membunuh kerana membela peribadiku, tetapi jika engkau menghina agamaku engkau pasti akan ku bunuh".


Begitulah dalamnya keikhlasan sahabat Nabi ini, sehingga dalam keadaan berperang yang memang memerlukan emosi dan tenaga, keikhlasannya masih terjaga. Dalam keadaan apa jua pun dengan keikhlasan yang mendalam akan membimbing kita kepada tujuan amal kita, sama ada untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan agama.

Sunday, May 11, 2008

3 soalan, 1 jawapan...?!






Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,seorang kiyai.




Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.


Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.


Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.


Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir ?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.


Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?


Kiyai : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.


Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.


Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?


Pemuda: Ya!


Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!


Pemuda: Saya tidak boleh.


Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?


Pemuda: Tidak.


Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?


Pemuda: Tidak.


Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.


Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?


Pemuda: Kulit.


Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?


Pemuda: Kulit.


Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda: Sakit.


Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


* TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, NABI MUHAMMAD S.A.W PESURUH ALLAH *

Friday, May 9, 2008

Surah al-Kausar, Subhanallah..



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.


Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Perkara yg baik kita amalkan selalu.

Sebar2kan kepada kawan2, terima kasih.

Thursday, May 8, 2008

"Cinta kita, cinta perjuangan !"


"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah enta selalu pesan, jangan menangis kerana manusia." "Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair.
Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak…!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.."
"Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap enta tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…"
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah.."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah.
Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Enta punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum.."
Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
…………………………………………
"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak.
Aii.. ada juga yang berani rupanya.
"Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika.
Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. "Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?"
Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.
"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu."
"Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz."
Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali.
Aku terkesima sendirian.
………………………………………

"Kau kenal dia Abdullah?"
Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku.
Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku.
Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!"
Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir.
Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…"
Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. "Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu."
"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!" "Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?"
Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"
…………………………………………
Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia.
Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti.
Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran.
Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku.
Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya.
Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan.
Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak.
Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku.
Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"
"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki. "
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya."
Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti."
Aku berterus-terang.
Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.."
Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
…………………………………………
Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia.
Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari.
Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku.
Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan.
Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar.."
dan dia akan terus menyambung,
"Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut.."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya.
Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu.
Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah.
Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.
Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah 'kedua'ku.
Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV"
Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :
"you have 1 unread message"
namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
"Muhammad, kau apa khabar?
Muhammad, aku ada satu khabar penting.
Aku harap kau tidak terkejut.
'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel.
Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia', tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!"
Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!"
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

The End~ Wassalam~

......................................................................

"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi" ~khazinatul_asrar~

Wednesday, May 7, 2008

Adakah anda lelaki idaman?





Lelaki idaman…


Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya
Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran


Lelaki yang aku idamkan
ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi


Lelaki yang aku idamkan
adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Tuesday, May 6, 2008

Kenapa orang Islam berwudhu' ?


WUDHU'



  1. Manfaat secara umum

Kulit merupakan organ yang terbesar tubuh kita yang fungsi utamanya membungkus tubuh serta melindungi tubuh dari berbagai ancaman kuman, racun, radiasi juga mengatur suhu tubuh, fungsi ekskresi ( tempat pembuangan zat-zat yang tak berguna melalui pori-pori ) dan media komunikasi antar sel syaraf untuk rangsang nyeri, panas, sentuhan secara tekanan.


Begitu besar fungsi kulit maka kestabilannya ditentukan oleh pH (derajat keasaman) dan kelembaban. Bersuci merupakan salah satu metode menjaga kestabilan tersebut khususnya kelembaban kulit. Kalau kulit sering kering akan sangat berbahaya bagi kesihatan kulit terutama mudah terinfeksi kuman.


Dengan bersuci berarti terjadinya proses peremajaan dan pencucian kulit, selaput lendir, dan juga lubang-lubang tubuh yang berhubungan dengan dunia luar ( pori kulit, rongga mulut, hidung, telinga). Seperti kita ketahui kulit merupakan tempat berkembangnya banya kuman dan flora normal, diantaranya Staphylococcus epidermis, Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes, Mycobacterium sp (penyakit TBC kulit). Begitu juga dengan rongga hidung terdapat kuman Streptococcus pneumonia (penyakit pneumoni paru), Neisseria sp, Hemophilus sp.


Seorang ahli bedah diwajibkan membasuh kedua belah tangan setiap kali melakukan operasi sebagai proses sterilisasi dari kuman. Cara ini baru dikenal abad ke-20,sebagaimana kita tahu jepang membutuhkan 100 tahun untuk membiasakan cuci tangan, kapanye2 cuci tangan juga sedang gencar2nya di media massa, padahal umat Islam sudah membudayakan sejak abad ke-14 yang lalu. Luar Biasa!


2. Keutamaan berkumur-kumur


bererti membersihkan rongga mulut dari penularan penyakit. Sisa makanan sering mengendap atau tersangkut di antara sela gigi yang jika tidak dibersihkan ( dengan berkumur-kumur atau menggosok gigi) akhirnya akan menjadi mediasi pertumbuhan kuman. Dengan berkumur-kumur secara benar dan dilakukan lima kali sehari bererti tanpa kita sedari dapat mencegah dari infeksi gigi dan mulut.


3. Istinsyaq


berarti menghirup air dengan lubang hidung, melalui rongga hidung sampai ke tenggorokan bagian hidung (nasofaring) . Fungsinya untuk mensucikan selaput dan lendir hidung yang tercemar oleh udara kotor dan juga kuman.

Selama ini kita ketahui selaput dan lendir hidung merupakan basis pertahanan pertama pernapasan. Dengan istinsyaq mudah-mudahan kuman infeksi saluran pernapasan akut (ISPA) dapat dicegah.

Begitu pula dengan pembersihan telinga sampai dengan pensucian kaki beserta telapak kaki yang tak kalah pentingnya untuk mencegah berbagai infeksi cacing yang masih menjadi masalah terbesar di negara kita.

petikan dari http://faithfreedom .myforumpor. ..
sumber rujukan dari Al-Quran dan Sains karya Dr Danial Zainal Abidin

Monday, May 5, 2008

Tazkirah..



Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud

"Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad."


Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "

Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud.."Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.."Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... .."


"Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... S

esungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.Wallahu'alam. .

Saturday, May 3, 2008

Ingatlah Allah (New Sakha)



Mari kita sama-sama mengambil pengajaran dari lirik ini untuk kita sentiasa TAQARRUB ILALLAH, insya-Allah..


di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah


* kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah


banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah


itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah


** ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah


banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah


itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

Kembali ( Far East)


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah

Terangilahku dengan Nur Iman-Mu

Hanya Engkau tempat aku berserah

Mohon maghfirah di dalam syahdu


Wahai Tuhan yang Maha Pengasih

Ampunilah segala dosaku

Laksana buih di laut memutih

Hanyut ditelan gelombang nafsu


Hari-hari yang telah aku lalui

Ingin kutinggalkan terus bersemadi


Ingin aku kembali kepada fitrah insani

Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi

Bebaskanlah diriku dari dibelenggu

Dosa noda nafsu durjana


Terimalah taubatku Ya Allah

Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu

Moga sinar-Mu terangi hidupku

Di dalam kegelapan


Akukan kembali pada-Mu Rabbi

Mengadap-Mu ya Rabbul Izzati

Segala ketentuanku pasrahkan

Di hujung penghayatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...