Promo ! Klik Ler..

Wednesday, May 14, 2008

Menyingkap Kisah Saidina Ali Bin Abi Thalib



'Menerkam bagaikan harimau lapar'


Dalam suatu peperangan, Ali bin Abi Thalib berhadapan sendirian dengan musuhnya yang bersendirian pula. Musuhnya begitu kuat sehingga belum satupun yang dinyatakan tewas. Hampir-hampir leher Ali terkena pedang musuh yang melayang sangat cepat itu, tetapi kerana ketangkasan beliau pedang itu tidak menyentuh leher beliau sedikitpun. Tetapi kerana pedangnya hampir mengenai leher beliau ketika itulah musuh itu lengah. Dia menyangka Ali telah mulai lemah, padahal ternyata Ali mempunyai langkah-langkah yang menipu musuhnya itu hingga tersalah langkah. Ali kemudian menolak musuhnya itu sehingga terjatuh. Dan bagaikan harimau, Ali dengan cepat menerkam dan menindih dada musuhnya itu dan senjata pedangnya siap untuk dihunuskan ke arah jantungnya. Tiba-tiba dengan cepat pula musuh itu meludahi wajah beliau sehingga basah.


"Astaghfirullah" teriak Saidina Ali. Ali marah bukan kepalang sehingga muka beliau menjadi merah. Dia malah membuang pedangnya dan segera meninggalkan musuhnya itu. Musuhnya yang Yahudi itu hairan melihat perangai Ali yang tidak jadi membunuh musuhnya itu.


"Mengapa anda lepaskan saya? Mengapa anda melepaskan peluang untuk membunuh saya?"tanya musuhnya itu dengan hairan.


Dengan menahan marah yang luarbiasa Ali bin Abi Thalib mengatakan "Aku hendak membunuh engkau kerana mempertahankan agama Allah. Tetapi setelah engkau ludahi mukaku, aku sangat marah, sebab hal itu menyinggung kehormatan diriku. Kalau aku jadi membunuh engkau selepas engkau ludahi mukaku, bererti aku membunuh bukan kerana Allah, tetapi kerana dendam diriku sendiri" kata Ali. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali berkata "Jika engkau menghinaku sebagai peribadi aku tidak lagi ikhlas membunuhmu, kerana aku membunuh kerana membela peribadiku, tetapi jika engkau menghina agamaku engkau pasti akan ku bunuh".


Begitulah dalamnya keikhlasan sahabat Nabi ini, sehingga dalam keadaan berperang yang memang memerlukan emosi dan tenaga, keikhlasannya masih terjaga. Dalam keadaan apa jua pun dengan keikhlasan yang mendalam akan membimbing kita kepada tujuan amal kita, sama ada untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan agama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...