- Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
- Baca Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengarperkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlahsama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara yangtidak berfaedah.
- Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul.
- Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
- Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yangdikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring suaturesmi sia-sia malah menyakiti hati orang.
- Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan danjanganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
- Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara temui sekalipun dia tidak meminta berkenalan; kerana asasgerakan Dakwah adalah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
- Kewajipan kita lebih banyak dari masa, tolonglah saudaramu sendiritentang cara-cara menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudaramempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
Promo ! Klik Ler..
Thursday, July 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment