Assalamualaikum wbt.
Post yang kedua untuk hari ni.
Makin nak dekat exam, makin ligat pulak la kamu update ye cik Afiqah.
Ish2x..
Ok..Ana tergerak hati nak tulis tentang pengaruh sebenarnya.
Pengaruh yang berlaku pada diri ana.
Bukan untuk menunjuk tetapi untuk muhasabah diri sendiri.
Dulu ana pernah bgtw yg ana dah pindah rumah sewa kan.
Rumah kt Jl Dr Mansur.
Sekarang ana dah pindah lagi rumah sewa lain.
Cuma kali ni ana tinggal dengan akak2 senior, berbeza dgn rumah sewa sblm ini tinggal dgn kwn2.
Ada sgt banyak perbezaan antara rumah sewa lama dgn yg baru ni.
Kalau rumah sewa lama, ana jarang2 sgt solat sunat qabliyah + ba'diah.
Ma'thurat pun ana akan baca bila Asar je,sekali sekala je baca time Subuh sbb xde masa.
*Ah..alasan je tu !!! Mcm lah kau tu sibuk sgt kan.*
Tapi bila dh tinggal dgn akak2 senior yg semuanya org kuat BADAR,ana jadi segan.
Segan krn mereka semua adlh senior + semuanya berakhlak mulia + bertudung labuh + pandai.
Tapi disebabkan rasa segan itu, ana mula cuba untuk memperbaiki diri.
Ingin menjadi seperti mereka.
Ana sudah terpengaruh dengan mereka, SERIOUSLY !!!
Terpengaruh yang baik, bukan yang buruk =)
Sejak semester 1 sampai semester 2, boleh dikira dgn jari berapa kali ana berjemaah.
Mungkin sbb dulu duduk sorang2 dlm bilik, semua buat hal masing2.
*Ah..alasan lagi !*
Tapi Alhamdulillah, semester 3 ni ana dah boleh solat bersama.
Berjemaah bersama akak2.
Sbnrnya sejak sthn yg lalu, stp kali solat sorg2, ana teringat akan masa ana di Ta'ayah, solat berjemaah yg mana itu adalah perkara yg wajib dilakukan.
Lagi pula, solat berjemaah dapat 27.Banyak kan ?
Sungguh besar perbezaan antara 27 dan 1 itu.
Bila masa nak solat, ana tgk akak2 buat solat sunat.
Maka, ana pun tergerak untuk buat solat sunat sekali.
Terpengaruh !
Waktu tu hati ana berkata, "Dah lama sangat kamu x buat solat sunat ni kan ? Malunyaa.."
Malu pada Allah.
Malu pada diri sendiri.
Dan tentunya malu pada akak2 even ana x bgtw mereka *Malu*
Sungguh ana sangat teruk.
Dan sekarang stp kali habis solat Subuh dan Asar, x kira la sibuk @ x, masa tetap akan diperuntukkan untuk membaca Al-Ma'thurat.
Alhamdulillah, masa masih ada even dah digunakan untuk baca Al-Ma'thurat.
Konon sblm ni jrg2 baca wktu subuh sbb x sempat, pdhal sempat je.
Kamu je yg x pndai uruskan masa kan ?
Alahai...
Skrg selain solat berjemaah, dah boleh masak bersama.
Dah masuk rumah ni, baru lah boleh masak.
Sblm ni selalu beli kt luar je masa duk rumah lama.
Seriously masak sndiri amat menjimatkan !
:)
Alhamdulillah sejak balik sini, x de lg mtk duit drpd Ayah.
Kalo dulu, duit byk jgk hbs, tp sbb dh masak ni, duit ada lebih ckit.
Hujung2 bulan baru blh mtk kt Ayah.
X nak bebankan lagi kepala Ayah dgn soal duit.
Ayah jgn risau, insyaAllah pandai2 lah Along berjimat :)
Apa lagi yaa..
Oh..bila dah duk dgn akak2 ni, semangat untuk ditarbiyah tu jadi tinggi.
Apa yg akak ni buat, semua nak buat jgk.
Rasa ingin dapat apa yg mereka dapat.
Sekali lagi ana katakan semua ni adalah pengaruh !
Benar kan ?
Lihat sekeliling kita.
Fikirkan kembali.
Orang sekeliling cukup memberikan pengaruh yang besar pd kita kan ?
Kalo org sekeliling kita rajin solat, rajin baca Al-Quran, rajin belajar, pasti kita pun akan tergerak untuk ikut sekali kan.
Kerana apa ?
Kerana PENGARUH itu sendiri.
Kerana ingin menjadi dan meniru mereka.
Tapi...
Janganlah mudah terpengaruh dengan hal yang dirasakan x sesuai dgn jiwa kita malah yang paling penting, hal yang berkaitan dengan agama kita yakni ISLAM.
Andai ada kwn pujuk2 kita ajak pi karaoke ke, apa ke, maka jika kita merasakan hal itu bakal memberikan pengaruh yg x baik, maka janganlah ikut.
Cuba kita bayangkan kalau time kita ikut pergi karaoke tu dan tiba2 Allah cabut nyawa kita dalam pusat karaoke tu, mcm mana ?
Kita pasti x mahu dalam tempat seperti itu kan ?
Pengaruh itu ada yang baik, ada yang buruk.
Maka buatlah pilihan yang tepat.
Jika ingin yang baik,jadilah yang baik.
Jika tidak,sebaliknya.
Wallahu'alam.
Wassalam.