Promo ! Klik Ler..

Monday, October 31, 2011

:: Si Kecil Hijau ::

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat2 semua ?
Ana doakan agar semuanya sihat sejahtera ya, insyaAllah.
Apa khabar Iman hari ini ?
Semoga bertambah baik ya, insyaAllah :)

Ana baru balik dari kampus ni.
Otw balik, tengah2 jalan kaki nak ke rumah, nampak sorg little girl pakai baju fully green in color.
Dari tudung smpai seluar dia.
Comel ! (^_^)
Dia baru nak gi tadika rasanya, dgn abang dia naik motor.
That little girl attracts me because of her uniform's color which is green which is my favorite color.
:)
Lps tu, bila tgk dia, ana teringat diri ana 15 tahun yang lalu.
Agak2 umur ana masa tu berapa ?
6 tahun, tahun 1996.
Ana teringat ana jadi budak tadika bila tgk adik tu.
15 tahun yg lalu, ana pakai baju kaler hijau jugak, cuma tudung je putih.
Masa 6 tahun, Mak Ayah hantar ana belajar kt PASTI Taiping :)
Masa kt Pasti tu, ana pendiam sangat2.
Sangat2 pendiam lah.
Nak tau pendiam ana tu mcm mana ?
Pendiam smpai ada sorg kwn pmpuan yg ana x ingt lgsg dan x ingt lgsg nama dia dan wajah dia ckp ana ni bisu.
Teet !
Pendiam dan digelar bisu.
Ya Allah, masa dia ckp mcm tu, dia ckp depan2 ana.
Tp masa tu ana kan pendiam, so sabar je lah.
Duk senyap je.X berani nak keluarkan suara.
Masa tu kawan ana ada sorg je, tu pun muda sthn drpd ana. Dah lupa dah nama dia.
Pendiam sampai nak pinjam pemadam pun ana x berani, sanggup pulak tu nak padamkan tulisan yg ana tersalah tulis guna jari je. Ana tenyeh guna jari je. Ish3x, teruk betul.
Habis kotor buku tu.
Tapi, jangan lah pendiam dan pemalu mcm ana masa kecik2 dulu ye.
Dah pendiam dan pemalu x bertempat pulak.
Kisah zaman kanak2, biasa lah kan.
:)

Sekarang insyaAllah sifat pemalu dan pendiam tu dah bertempat.
Nak kata pendiam, x jugak kot sebab ana rasa mcm peramah je ana ni.
Huhu.
Betul ke sahabat2 yg mengenali ana ? 
*Pertanyaan utk shbt2 yg kenal ana*

- Sekadar mengimbau memori di zaman dahulu kala-
Wassalam
:)

- Bisa kah masa diundur kembali ? X bisa lah Afiqah ;) -

2 comments:

Ckin Kembaq said...

Cam comel je..hehe dulu kat PASTI gak..penah kena marh dngan teacher sbb kunci pintu kelas masa gi toilet..balik jadi sedih la pulak...hehe

p/s : nk gi mana2 jgan kunci pintu, orang tak leh balik.. ^_^

Nur Afiqah Mohd. Anuar said...

oh ye ke..
hihi, lucu pun ada bila ingt balik kisah zmn budak2 ni kan..rasa mcm comel pulak dulu2 ;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...