Promo ! Klik Ler..

Monday, November 28, 2011

:: X Boleh Lembik ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan agar sahabat2 semuanya sihat hendaknya, insyaAllah walhamdulillah :)

Hari ni hari pertama lab untuk blok 11 iaitu blok IMT.
Ilmu Material da Teknologi.
Well, hari ni 3 jam straight dari jam 11 hingga jam 2 petang.
Begitu juga untuk lab2 yg seterusnya.
Jadi, kalo x nak lapar time tgh lab, mkn la kenyang2 b4 lab tu.

Tadi b4 lab, ana cuma makan pisang goreng je kt rumah.
Ingatkan ana akan lapar la masa lab, rupa2nya x lapar.
Hanya lapar lepas lab dh habis.
Bayangkan, 3 jam tu x rasa mcm 3 jam lgsg.
Cepat btl masa berlalu.
Ye lah, semua pakat bz nak oklusikan gigi, nak radirkan gigi, nak gulung wax pe semua.
Memang penat.
Time nak radirkan gigi tu, memang ana gunakan sepenuh tenaga lah.
Habis berpeluh (Lab tu x bukak kipas,huh :P) dan tangan merah2.
Memang lpskan semua tenaga yg ada la.
Masa tu tangan rasa mcm dah x de tangan.
Lenguh yg teramat.
Pendek kata, nak jd dentist ni, x boleh lembik2 la.
Kalo lembik, jenis nak ngada2, haiiii smpai besok pun x siap tugas makmal tu.
Kena kuat !
Strong enough !
Hehe.

Teringat pesan Ayah masa cuti sem lepas.
Masa tu Ayah mintak ana angkat barang.
Tapi barang tu berat.
Ana ckp x mampu nak angkat.
Lps tu trs Ayah cakap,'Along ni nak jd doktor gigi, tp lembik. Nk jd doktor gigi mana boleh lembik2.Nanti nak cabut gigi tu, bukan senang tau. Hang kena berlatih cabut paku banyak2 ni.'
Hehe..
Betul la ckp Ayah tu.
Nak jd dentist, x blh nak lembik2, ckit2 ckp x lrt la, ape la.
Kena kuat.
Qawwiyul Jism :)

InsyaAllah, ana akan menguatkan diri.
Ameen.
Menjadi dentist yang kuat.
Kuat juga untuk agamaNya !
Allahuakbar !
(^_^)

Sunday, November 27, 2011

:: Salam Maal Hijrah 1433 ::

                                                                   Salam Maal Hijrah 1433
Semoga tahun baru ini memberikan semangat yang baru untuk terus berhijrah menjadi Muslim yang lebih baik dari semalam.
 Menjadi Muslim yang diredhaiNya.
Menjadi Muslim yang sentiasa melaksanakan segala apa yang diperintahkanNya.
Perbaharui niat.
Perbaharui azam.
Ambil pengajaran dari hal-hal yang telah lalu untuk kebaikan pada masa depan.

Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, 
'Seorang muslim adalah orang yang menjadikan muslim lainnya merasa selamat dari lisan dan tangan (perbuatannya). Sedangkan muhajir (orang yang hijrah) adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT. 
(Muttafaqun Alaih).

 
Wassalam
:)
 
 
 
 

Thursday, November 24, 2011

:: Syukuri Apa yang Ada ::

Assalamualaikum wbt.
Dah lama ana x update apa2 kan.
Minta maaf.

Ana x tahu nak tulis apa ni.
Cuma cukuplah sekadar mengingatkan diri sendiri dan para pembaca.

Kita ni adalah hambaNya.
Maka kita WAJIB untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sentiasa tanamkan rasa syukur dalam diri kita, dalam hati kita.
Kita sbg manusia, kadang2 bila tgk org lain dpt sesuatu yg kita x de, kita mesti akan ada rasa x puas hati kan ?
Betul x ?
Jgn cakap x de lah.X baik tipu ooo.Hehe.
Ana pun selalu kot x puas hati tgk org lain ada bnda yg ana x de.
Tapi.....Tapi......Tapi.....
Kita x boleh la rasa mcm tu sebab mungkin org tu ada brg yg kita x de tp dlm masa yg sama, dia x de apa yg kita ada.
Kan ?
Maka, seharusnya kita sentiasa bersyukur.
Bersyukur dengan apa yang ada.
Setiap yg kita ada tu semuanya dtg dr Allah swt.

Andai kita jeles tgk kwn kita makan spaghetti, maka tetaplah bersyukur kerana kita x pernah rasa kelaparan tahap sampai nak kebulur.
Sekurang-kurangnya kita masih ada nasi untuk dimakan dan dibuat alas perut.
Kita jeles tgk kwn kita kat ngra Arab sana makan syawarma, sekurang-kurangnya kita still ada burger untuk dimakan ;)
Pendek kata, BERSYUKURLAH !!
Bersyukur dalam semua perkara.

”Sesungguhnya Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu
dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.” (Qs. An-Nahl [16] : 78)

Tulisan ini ditulis secara spontan.
Ingatkan awal tadi cuma nak tls ckit, tp terkeluar mcm ni pulak.
X pe la.
Moga tujuan itu sampai.
Bersyukur.
:)
Wassalam.

Tuesday, November 22, 2011

:: Adakah Kita Lupa ? ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan sahabat2 semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera, insyaAllah dan sentiasa menjadi hambaNya yang terbaik.
Moga segala urusan kita sehari-hari dipermudahkan olehNya, ameen :)
Sabtu dan Ahad lepas, ana join Daurah Muslimat.
Dpt pengisian psl ISK dan SH.
Ini sejarah kita dan Syahadatul Haq.
Penting utk kita tahu psl sejarah Islam kerana dalam apa2 hal, kita akan merujuk kembali sejarah yang lalu untuk diambil pengajaran dan supaya masa depan lebih baik drpd yg lalu.

Jujur, masa sekolah dulu, ana x minat sgt sejarah ni.
Tapi ana jatuh cinta pada subjek sejarah bila ana baca novel Sultan Muhammad Al-Fateh yg PTS terbitkan tu.
Ana pernah post kt blog psl buku tu kan ?
Ana dgn adik2 ana mmg minat la sejarah Islam bila baca buku tu, Alhamdulillah.
Sejak dari situ, ana makin berkobar-kobar nak 'belajar semula' psl sejarah Islam.
Kena tahu dgn lebih detail.
Tugas kita sgt besar yakni menyampaikan Islam itu sendiri.

Tahu x lagu 'Adakah kau lupa?' nyanyian Alarm Me ?
Ana sangat suka lagu tu.
Bila dgr lagu tu, rasa sangat bersemangat, berkobar2 mahu memperjuangkan Islam.
Allahuakbar !
Boleh dgr kt bwh ni lagu tu @ download kt link ni.


InsyaAllah, suatu hari nanti Islam pasti tertegak kembali.
Janji Allah itu pasti.
Allahuakbar !

Friday, November 18, 2011

:: 1 More ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang olehNya untuk menikmati segala pemberianNya sehingga ke saat ini.
Moga kita akan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur.
InsyaAllah :)

Tak nak cakap banyak cuma semalam chatting dgn kawan (dh lama x chat dgn dia), then sembang2 and then dia bg satu link blog ni.
Then baru je tadi ana berkesempatan membacanya.
POST INI



Best :)
Confirm lepas2 ni, blog tu akan jadi tempat untuk ana me'lepak' ;)
Syukran sahabat sbb perkenalkan ana dgn blog tu.
Moga Allah melindungimu.
Moga Allah redha.
Allah yubarik fik, ameen2x ya Rab.

Esok 1 paper je lagi tinggal.
Lps tu, blh rest ckit.
Ckit je sbb isnin dah mula balik rutin kuliah.
Hehe.
Esok malam sampai Ahad petang ada Daurah Muslimat ;)
Semoga dapat tambah ilmu2 yang baru dan bermanfaat, insyaAllah.

Jaga diri semuanya.
Wassalam
(^_^)

Wednesday, November 16, 2011

:: Adikku Hebat ::

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, 1 lagi perkhabaran indah lagi menggembirakan daripada adik.
Adik bongsu, si Anisah.
Alhamdulillah, dapat result SPRA yang bagus.
:)
Alhamdulillah.
Hebat sungguh adik2 Along ni.
Anak Mak & Ayah la katakan ;)
Alhamdulillah.
Semoga result UPKK akan lebih bagus.
Begitu juga utk UPSR akan datang.

- Dia ni cukup teringin nak masuk sek Ta'ayah :) InsyaAllah, nnti
dpt lah masuk Ta'ayah tu,ameen -
- Adik-adikku hebat. Kakaknya ? Hmmm -
Apapun, hrpn terbesar Along adlh adik2 Along akan lebih cemerlang dan lebih berjaya drpd Along.
InsyaAllah.
(^_^)
Anak Mak & Ayah, anak2 yg soleh dan solehah.
Semoga kami semua akan sentiasa menjadi penyejuk hati Mak & Ayah.
Sungguh kami semua sangat3x sayangkan Mak & Ayah.
<3

Salam rindu drpd Along buat keluarga tercinta di Taiping, Perak.
Jaga diri semuanya.
Wassalam.

Tuesday, November 15, 2011

:: Random ::

Assalamualaikum wbt.
Tgh mode exam.
2 modul dah lepas.
Nak tau mcm mana muka ana bila ingt balik 2 modul yg dh lepas tu?
Mcm ni
|
|
|
|
\/
T_T

Haa,fhm2 la kan..Huhu
Hrp sgt esok blh buat dgn lbh baik.

Kt bwh ni ada gmbr masa raya qurban aritu.
Kat Konsulat :)
Ni gmbr ana amik drpd kawan.
Ana just edit ckit2 je.
Hehe.
Korban 2 lembu dan 8 kambing.
;)


-Kambing-



Errr... T_T
Cukup lah tu kan.
:)
Ilalliqa'
Wassalam.

Wednesday, November 9, 2011

:: Next > Exam ! ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumiNya ini.
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad SAW,junjungan tercinta kita.

Alhamdulillah, tadi ada exam Lab Radiologi.
Tapi ana ada buat silap, kesilapan yang ana sendiri x patut buat.
Kesilapan yang boleh dikatakan sebagai kesilapan yang x wajar lah ;(
Ana tersilap letak filem, patutnya bhgn depan ltk kt depan, tp ana ltk kt blkg.
Tu la,nervous sgt.
Allahuakbar.Confirm dah kurang markah :(
Tp x pe lah, belajar dr kesilapan.
Think Positive :)

Next week ujian bertulis pulak.
Starting from 14th of Nov until 19th of Nov.
At the same time, my sis also is having her SPM exam on 14th of Nov.
Wish u all the best dear ^_^

Skrg ni musim exam.
Semoga berjaya semuanya.
Sama2 berusaha dan sama2 menuju ke arah kejayaan,insyaAllah.

Stop dulu.
Wassalam.

P/s : Sabtu ni ada daurah, Ahad pulak kena gi Bazaar FKG 50 tahun.
Bz btl kamu ye ;P
Study,study !

Tuesday, November 8, 2011

:: Esok Exam Radiologi ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, KPT sukacita akan menanggung kos penghantaran mayat pelajar Malaysia di Malang yang terbunuh, maka derma kilat ditutup.
Terima kasih KPT.

Ok, esok ana ada exam.
Exam Praktikum Radiologi.
Doakan ana.
Harap sangat ana buat dengan betul.
Ameen ya Rab.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.
:)



Next Week > Ujian Blok 10 selama seminggu ! 
Sudah bersediakah ?
Belum ! =_=
Jom study !

Wassalam.

:: Dibunuh ::

Halang motosikal dicuri: Pelajar Malaysia maut dibunuh

08/11/2011 4:18am

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Seorang pelajar Malaysia di Malang, Indonesia maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikal beliau di hadapan rumah sewanya, di Lowokwaru, Kota Malang malam tadi.
Mangsa yang berasal dari Selangor dan sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya. - Utusan


Salam Wbt..
Ya Allah..Astaghfirullahal'azim..
Sejak semalam smpai skrg, bila bukak je Fb, akan ada post drpd PKPMI Pusat.
Lps tu, PKPMI cabang pun ada post jgk bgtw psl ni.
Ya Allah, ana takut, risau, khuatir.
Kos sebanyak RM 15 000.00 diperlukan untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia, berbangsa India.
Ya Allah, kejamnya pencuri tu.
Dah mencuri, jadi pembunuh lagi.
Astaghfirullahal'azim.
Ya Allah, lindungilah kami semua di Indonesia ini.
Hanya Kau lah sebaik-baik tempat berlindung dan sebaik-baik penjaga.

P/s : Ayuh semua, derma kilat 2 hari untuk keluarga tersebut.
Plese take care of ourselves.
Salam AidilAdha 1432 H.

Wednesday, November 2, 2011

:: Hayati Kata2 Pendek Ini ::

We are free to choose our path in this life, but we are not free from the consequences of our choice.

Kita bebas memilih jalan dalam hidup kita, tapi kita tidak akan pernah dapat lari dari kesan jalan yang kita pilih itu.


Tuesday, November 1, 2011

:: Adik-adikku Hebat ! ::

Assalamualaikum wbt.

Baru lepas chat dgn adik bongsu, Anis.
Sbnrnya awal2 kami semua yakni abang dan kakaknya x setuju dia buat fb di usia 11 tahun.
Actually yg buat fb tu bukan dia, tp abg atas dia yg buat sbb nak main game punya psl, hihi, Syakir2x.
So bila dia dh tau abg dia buat fb dia, maka skrg kerja dia adlh on9 fb.
Tp time yg perlu je la.
Tp skrg ana rasa bgs jgk dia buat fb sbb dpt jgk smbg2 dgn dia, tnya psl family apa semua.
Seronok !

Dia baru bgtw ana ttg result trial SPM adik ana Athirah.
Alhamdulillah, result trial yg sgt2 membanggakan.
Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.
Resultnya biarlah rahsia.
Tapi dia dpt no.5 dalam kelas dan no.13 dalam tingkatan.
MasyaAllah..
Anda sangat hebat wahai adikku !
InsyaAllah, peluangmu cerah sekali.
InsyaAllah, sikit je lagi.
Along dah dapat tgk wajah Mak Ayah tersenyum bangga.
Sebagaimana Mak Ayah begitu bangga dgn PMRmu, insyaAllah Mak Ayah akan mcm tu jgk masa result SPM dh kuar kelak.
SPM dah nak dekat, Along yakin Thirah mmg tgh pulun sehabis mungkin kan ?
Go go, chaiyok2 Thirah !
Along hrp Thirah baca post ni.
Kan ke Thirah salu baca blog Along masa duk kt sek ?
:)

Along tau Thirah still pegang kata2 dan pesan Along yg ni kan >>> "Along harap adik2 Along dpt result lbh baik drpd Along".
Along tau Thirah pun sbnrnya mmg nak lbh baik dan lbh berjaya drpd Along kan?
X pe ! Asalkan berjaya.
Usaha, Doa, Tawakal.
Thirah hebat !
Adik2 Along semuanya hebat !
Anak Mak Ayah yang hebat !
:)
Sayang semuaaaaaaa <3

P/s : Exam Along dah nak dekat jgk la. Bangah pun exam jgk nanti.
Syakir dan Anis pun msti exam jgk kan. Bittaufiq wan najah adik2ku sayang ! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...