Promo ! Klik Ler..

Monday, December 19, 2011

:: Minggu Lepas ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan shbt2 ana semuanya sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Maafkan ana kerana telah terlalu lama membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang post.
Terlalu banyak kerja menunggu.
Lab, kuliah, diskusi ditambah pula dengan program PERMAI 24 ni.
Huhu.
=_=

Sebenarnya minggu lepas ana cukup stress dan tension.
Tension sebab model gigi yang ana buat banyak kali kena reject dengan dosen sebab ada yg x sama.
Memang minggu lepas kerja ana asyik menangis je.
Masa dalam lab rasa nak menangis, tapi tahan.
Tapi bila cakap dgn kawan, ana terus menangis.
Terlalu stress.
Bayangkanlah bila kawan2 anda dah siap model gigi, hanya anda sahaja yang tertinggal jauh di belakang.
Pasti stress bukan ?
Bila balik rumah, lagi la..
Berderu-deru air mata mengalir.
Huhu.
Apapun Alhamdulillah sebab ada akak senior yg 1 fakultas.
Dia banyak tolong.
Ye la, x sanggup tgk junior dia menangis dan asyik bermuram durja sepanjang minggu lepas.
Hilang keceriaan cik Afiqah minggu lepas.
Ntah kenapa cukup susah nak senyum.
Dalam kepala hanya ada perkataan "Gigi, gigi, gigi."
Huhu.
Ni baru lab, belum koas lagi.
Nanti koas confirm lagi penat dan stress kan ?
Belum kerja lagi kan ?
Huhu.

Apapun, bersabarlah kerana setiap yang dilalui sekarang adalah untuk kesenangan masa hadapan.
Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Anda yang pilih kos ni tanpa sebarang paksaan kan, Afiqah ?
:)
Apapun, Allah swt sentiasa ada di sisi kita.
Dekatkan diri padaNya.
Ingatlah Dia sentiasa.
Allahuakbar.
Allah penjaga kami.
:)

Wassalam

Wednesday, December 14, 2011

:: SPM ::

Assalamualaikum wbt.

Semalam dgn rasminya adik ana nama Athirah tu dah habis SPM dan juga dah rasmi tamat high school.
Emm,mesti sedih kan.
Ye lah, 5 thn sekolah kt situ, tup tap, dah habis dah.
Mcm x sgka je Thirah dah hbs SPM.
Rasanya baru smlm je Thirah baru daftar masuk form 1 kt Ta'ayah.
Apapun, SPM dah habis.
Sekarang masa untuk bertawakkal setelah berusaha sebaik mungkin.
InsyaAllah, ALong yakin Thirah dah buat sebaik mungkin.
Doa banyak2 k.
:)

Duk rumah tu, leh la tlg2 Mak Ayah kan.
Leh tlg ajar adik Syakir dgn adik Anis yang nak PMR dan UPSR thn dpn ;)
Believe me, u will miss Ta'ayah a lot after this !
:D

Take care.
Wassalam.

Tuesday, December 13, 2011

:: Email ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kita masih hidup sehingga ke saat ini, semoga Allah meredhai segala apa yang kita lakukan selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat, insyaAllah :)

Tadi cek Gmail.
Ada 1 emel masuk drpd Pihak PERMAI 2011.
Dia bagi panduan peserta permai.
Ada sekali jadual sepanjang program.
Sungguh ana teruja melihat tentatif program tersebut.
Sebab apa, sebab apa, sebab apa ??
Ce teka ?
Hehe..
Sbb slot2 dia semua psl baitul muslim.
Heh !
Ala, kan dah memang tema dia psl BM, of course la kan.
Ish2..

Hmm,nanti ada forum tajuk 'cinta vs mukabuku'.
Pastu ada slot psl BM la.
Hehe..cnfirm seronok kan?
Ilmu baru kot.
Apapun, kena ambil serius apa yang bakal dipelajari nanti.
Penting utk masa depan, cewah ;P

Lepas tu, excited jugak sebab pakaian sepanjang program utk Muslimat adalah baju kurung.
Senang citer.
X pyh nak fikir2 nak pakai baju apa.
Baju kurung..Hehe..Alhamdulillah :)

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.
Ameen.

COUNTDOWN to PERMAI 2011 JAKARTA > 11 hari lagi ! ;)

Wassalam.
                                                                                       

Monday, December 12, 2011

:: Minggu Depan ! ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan sahabat2 semuanya sihat sejahtera,insyaAllah.
Jika ada masalah, semoga masalah tu cepat2 diselesaikan.
Sesungguhnya segala apa yang kita hadapi, semuanya itu adalah ujian daripada Allah SWT.

Hmm..hari ni dah 12 Dec 2011.
Tgk kt kalendar, minggu depan dah PERMAI (rujuk gambar kt bawah ni).

- Kredit -

Cepatnya masa berlalu.
Dan tanpa ana sedari, hanya tinggal bbrp hari je lg dah nak masuk 2012.
Ya Allah, 2012.
Engkau dah 22 tahun lah thn depan Afiqah.
Btl ke ni ?
Dah cukup matang ke ? Huhu.

Ok, back to the picture.
Minggu depan ada PERMAI.
24-26 Dec 2011 dkt Jakarta.
Penceramah Ustaz Hasrizal dan Ustaz Sallim A.Fillah.
Tema PERMAI mcm yg tulis kt gmbr tu.
Tp psl Baitul Muslim la.
Hehe..Mesti best kan ?
;)

Excited nak pergi.
First time nak jalan2 kat Indonesia ni.
Semoga dipermudah segala urusan.
Balik je dr PERMAI, trs ada exam blok 11 tanggal 5 Jan 2012.
Huhu..Hbs la..
Apapun, pandai2 lah urus masa ye cik Fiqah.

Till then, wassalam (^_^)

Sunday, December 11, 2011

:: Kami Mahu ke Sini ::


- Kredit gmbr kpd Ayah trsyg, gmbr umrah Ayah 2010 -

Ya Allah, sampaikanlah kami ke sini.
Semoga suatu hari nanti kami bisa datang ke sini.
Sungguh kami sangat ingin datang ke sini.
Subhanallah, sungguh tenang melihat tempat ini.
Permudahkanlah ya Allah, permudahkanlah.
Ameen Ya Rab.

P/s : Nak bagi Mak dgn Ayah dulu pergi, lps tu baru nak pergi :)

Friday, December 9, 2011

:: Peta Studi Ana ::

Assalamualaikum wbt.
Tak tahu nak post apa sebenarnya, tapi still nak post jugak something.
Belek2 gambar, last2 jumpa gmbr ni.
Haa, ni lah peta studi ana selama 7 semester.
Right now ana berada di sem 3, blok 11.


After this, dalam bulan Februari 2012, ana akan masuk sem 4 dah, insyaAllah.
Kalo tgk kat peta tu, habis je sem 7 which means dah habis buat skripsi (senang nk ckp, tesis la), ana akan terus masuk koas (clinical) pada sem 8, insyaAllah.
Sem 8 koas sampai sem 10 !
Ameen3x, insyaAllah :)
Doakan ana.
Ana pasti akan mendoakan kalian.
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat, ameen ya Rab.

P/s : Penat sangat2 dan agak tension ckit blok 11 ni, kerja lab banyak..Huhu..Tu yg update something kt blog ni..Tgk peta ni, rasa bersemangat balik ! Tak lama dah nak habis ni Afiqah ! Chaiyok2 ! ;)


Wednesday, December 7, 2011

:: Nak Tengok ? ::

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat2?
Semoga semua sihat2 ya.
Ana minta maaf lama x update sebab minggu lepas dan minggu ni dan minggu seterusnya ana sangat bz dengan lab.
Blok kali ni memang bz.
Ni lah blok yang menguji skills kami semua sebagai bakal dentist.
Menarik dan best :)
Semakin lama, semakin 'berseni' tangan ana ni.
Huhu :P

So far, ana dah carving gigi dan mencetak dan menanam wax dan gyps dalam cuvet.
Ana tau mungkin ada yang x faham.
Tapi x pe lah.
Tengok je lah gambar2 ni.
Ni semua gambar2 cetakan gigi yang ana buat kat kawan ana.
Tapi yang ana tunjuk ni yang x jadi.
Maksud x jadi tu bukan apa, yang part gusi tu dah pecah.
Tinggal leh nampak gigi dan frenulum je.
X pe la kan ?
Hehe.

InsyaAllah, lepas ni boleh dah kot nak mencetak gigi orang.
Rasa macam nak aplikasikan ilmu ni kat family la masa balik cuti nanti.
Mesti best kan ?
:D

So..
X tau nak cakap apa dah.
Enjoy lah gambar ni.

Kalo x faham, leh tanya je k.
Tapi jangan tanya yang susah2 sebab ana baru sem 3.
Hehe.

Ni cetak guna gypsum. Gypsum warna putih.


Ni cetak guna dental stone, kaler biru.


Ni bukan lollipop ok.

Ni pulak bukan aiskrim.Hehe.




Ok..Gmbr kat bwh ni saje nak letak.
Semalam bukak posa makan ayam penyet.
First time makan kt kedai ni.
Sblm ni makan ayam penyet kat kedai lain.
Sedap la ayam penyet ni.
Sambal dia sedap, melekat bau kt tangan ;P


Tu je..
Maaf x dpt nak tulis banyak.
Mampu ltk gmbor je.

Take care.
Ilalliqa'
Wassalam 
(^_^)

Thursday, December 1, 2011

:: Ibu Bapa Memahami ::

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat-sahabat ?
Ana doakan semua sahabat sihat yep.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur :)
Alhamdulillah.
Moga lidah dan hati kita sentiasa basah dengan zikrullah.

Post tentang Ibu Bapa.
Tengah mode rindu Mak Ayah yang teramat :)
Semalam tgk duit dlm sampul, emm, ada ckit la, rasa mcm perlu bgtw Ayah lg, tp x nak la, kesian pulak, pdhal Ayah baru je bg kemarin.
Then, ptg tu, tgh kelas tiba2 dpt SMS drpd Ayah.
Ayah ada transfer duit dlm akaun utk belanja sampai hjg bulan ni.
Ya Allah, terkejut + terharu sangat.
Mcm mana Ayah boleh tahu kalo anaknya sdg kekurangan duit?
Masa tu ana buat konklusi bahawa TELEPATI antara ibu bapa dan anak2nya itu sangat kuat.
Mak Ayah kita sebenarnya cukup2x memahami kita.
Kita duk lah diam mcm mana pun, lambat laun mesti Mak Ayah kita akan tahu dan faham jugak.
Kita balik rumah buat muka masam, mesti nanti Mak @ Ayah kita akan perasan kita sdg ada masalah.
Pendek kata, Mak Ayah lah orang yang paling memahami kita berbanding kawan2 kita.
Setuju tak ?

Tapi....
Cuba kita fikir balik.
Mak Ayah kita cukup faham akan kita.
Tapi, kita pernah ke faham mereka?
Soalan ni cukup menusuk jiwa.

Mak Ayah aku cukup faham aku, tapi selama ni aku pernah ke faham Mak Ayah aku ?
(Maaf, ana guna "aku" kat sini)
Kalo tgk kt drama TV, salu ada je anak marah kt parents dia, pastu sebut cmni,
"Mummy daddy ni x pernah faham **** !"
Haiyaaa..cuba fikir banyak kali, parents kita sbnrnya faham kita, sebab tu kadang2 ada bbrp hal yang dia rasa x baik utk kita then dia x izinkan kita.
So, janganlah ckp mcm tu.
Kecik hati parents.
Bila parents dah kecik hati, kita juga akan berdosa.
Kita x nak tambah dosa kan ?
Kita nak jadi anak yang baik kan ?
Anak yang soleh dan solehah, insyaAllah :)

Ya Allah ya Tuhanku, terima kasih kerana mengurniakanku Mak Ayah yang cukup memahami anaknya ini.
Ampuni hamba di atas segala perlakuan burukku yang menyinggung hati Mak Ayah ku.
Sungguh, ku berharap ku adalah anak yang dapat memahami Mak Ayah ku dalam apa jua keadaan.

Mak Ayah..
Along dan adik2 sentiasa mendoakan Mak Ayah.
Kami semua akan sentiasa memahami apa jua situasi Mak Ayah.
Mak Ayah sangat banyak berkorban untuk kami.
Hanya Allah SWT shj yang tahu besar mana sayang kami pada Mak Ayah.
Tapi besar sayang kami pada Mak Ayah x dpt dibandingkan dgn besarnya sayang Mak Ayah pada kami kan ?
Semoga kami semua dapat menjadi penyejuk mata dan penenang hati Mak dan Ayah.
We Love You dear Mak and Ayah.
=D
May Allah SWT blessed You.

- We are here because of you, Mak and Ayah -
                                                                                                                  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...