Promo ! Klik Ler..

Monday, December 19, 2011

:: Minggu Lepas ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan shbt2 ana semuanya sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Maafkan ana kerana telah terlalu lama membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang post.
Terlalu banyak kerja menunggu.
Lab, kuliah, diskusi ditambah pula dengan program PERMAI 24 ni.
Huhu.
=_=

Sebenarnya minggu lepas ana cukup stress dan tension.
Tension sebab model gigi yang ana buat banyak kali kena reject dengan dosen sebab ada yg x sama.
Memang minggu lepas kerja ana asyik menangis je.
Masa dalam lab rasa nak menangis, tapi tahan.
Tapi bila cakap dgn kawan, ana terus menangis.
Terlalu stress.
Bayangkanlah bila kawan2 anda dah siap model gigi, hanya anda sahaja yang tertinggal jauh di belakang.
Pasti stress bukan ?
Bila balik rumah, lagi la..
Berderu-deru air mata mengalir.
Huhu.
Apapun Alhamdulillah sebab ada akak senior yg 1 fakultas.
Dia banyak tolong.
Ye la, x sanggup tgk junior dia menangis dan asyik bermuram durja sepanjang minggu lepas.
Hilang keceriaan cik Afiqah minggu lepas.
Ntah kenapa cukup susah nak senyum.
Dalam kepala hanya ada perkataan "Gigi, gigi, gigi."
Huhu.
Ni baru lab, belum koas lagi.
Nanti koas confirm lagi penat dan stress kan ?
Belum kerja lagi kan ?
Huhu.

Apapun, bersabarlah kerana setiap yang dilalui sekarang adalah untuk kesenangan masa hadapan.
Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Anda yang pilih kos ni tanpa sebarang paksaan kan, Afiqah ?
:)
Apapun, Allah swt sentiasa ada di sisi kita.
Dekatkan diri padaNya.
Ingatlah Dia sentiasa.
Allahuakbar.
Allah penjaga kami.
:)

Wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...