Promo ! Klik Ler..

Monday, June 30, 2008

Rezeki ana...







Pejam celik pejam celik , dah nak masuk Julai /Rejab dah..
Semakin lama, masa semakin cepat berlalu dan semakin lama, kita semakin dekat dengan kematian..

Kawan2 semua sudah ada hala tuju masing-masing.
Ada yang sambung belajar dalam tingkatan 6, matrikulasi, pusat asasi, IPTA, IPTS, SPA dan akan ke luar negara.

Bagi diri ana, rezeki ana adalah belajar dalam tingkatan 6 di SMK King Edward VII, Taiping di mana ana ditawarkan dalam jurusan sains.

Secara jujurnya, ana tidak pernah "target" nak sambung belajar dalam tingkatan 6 ini ( sekolah ana sebut Pra-U) , dan ana memang target dalam diri yang ana nak masuk matrikulasi atau IPTA..
Tapi, Allah itu Maha Adil.
Setiap yang Dia beri pasti ada hikmahnya yang kita sendiri x nampak.
Ini dapat dilihat dalam Ayat 36, Surah Saba' :

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya, Tuhanku memewahkan rezeki pada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga menyempitkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu. "


Alhamdulillah, setelah hampir sebulan berada di K.E. ini di mana semua pelajarnya adalah lelaki kecuali pelajar Pra-U, ana akhirnya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sekolah "king of Rugby" ini atau "the oldest school in Malaysia - 125th. years".

Pakaian pelajar Pra-U berlainan dengan pelajar sekolah lain di mana pelajar perempuan memakai tudung berwarna putih, baju berwarna merah jambu dan kain berwarna hitam ( Muslim) serta kasut kulit hitam begitu juga pelajar lelaki yang memakai kemeja merah jambu berserta tali leher K.E. serta berseluar hitam.

Ana telah memilih untuk mengambil kelas biologi memandangkan ana kurang berminat dalam subjek Physics dan ana berharap pilihan ana ini adalah pilihan yang tepat, Insya-Allah.

Bagi kelas Biologi, ana dikehendaki mengambil 5 subjek iaitu :

1. MUET
2. Pengajian Am
3. Biology
4. Chemistry
5. Mathematics T


Setakat ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ana bersyukur belajar di sini dan ana berharap agar semuanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah.

Semoga bertemu lagi, Insya-Allah :)









Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya..

"Nak kata dah kahwin,
Tapi rasanya belum lagi,
tanya bila nak kahwin?
Jawabnya tak tau lagi.



Perangai mengalahkan orang lain,
Berkepit sana sini,
Padahal bukan Muhrim,
Kononnya ikut tren masa kini...

Hairan....
Pegang tangan tak takut dosa ker,
Berpeluk-pelukan tak tau malu ker,
Tak kasihan mak bapak ker,
Suruh belajar tapi buat leka jer...

Nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak dah hantar,
Nak salahkan siapa kalau dah buat dosa,
Sendiri bangang coz tak amal apa yang diajar.

Time single dulu oK jerk,
Sekarang dah couple banyak pulak dosa,
Bila orang tegur buat derk ,
Apa kulit dah tebal nak masuk NERAKA..


Time kena tangkap khalwat,
Mula lah buat muka kelat,
Malu mengalahkan ikan jelawat,
Tambah muka penuh jerawat..


Masa 'buat' tak tau malu,
Ikut sangat telunjuk nafsu,
Buat maksiat tak segan silu,
Sekarang lagu mana..susu dah jadi keju.


Suruh sembahyang ...nanti-nanti,
Girl/boyfriend call terus jerk pergi,
Bersyukur nikmat Ilahi tak reti-reti,
boyfriend bagi bunga tulah yang dipuji.


Kalau diri dah gatal sangat,
Aaa... kahwin jer cepat lagi selamat,
Nie.. couple takde matlamat,
Sajer suka-suka penuhi syarat.


Kalau orang tegur marah,
kalau orang nasihat melenting,
Taulah...taulah... tak payah susah-susah,
Tau plak senyap time dah 'bunting'....



Dah terjadi baru nak ingat tuhan,
Itu pun nasib baik ingat,
Menangis dah tak leh tahan,
Baru sekarang menyesal bangat...


Nasib baik tuhan tu Maha Penyayang,
Masih diberikan umur yang panjang,
Ada chance nak ngucap panjang,
Mintak ampun, doa memanjang.

Perkara lepas jangan dikenang,
Pintu taubat terbuka luas,
Hidup bukan untuk bersenang-senang,
Yang penting mencapai redha Allah yang Maha Luas..




Friday, June 27, 2008

Hikmah Melihat Orang Yang Disayangi Ketika Tidur



Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..
Pernahkah anda menatap wajah orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap menatap di saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut mulai putih,kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya dan rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah..

Lihatlah ibu anda... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.

Ibulah yang setiap hari menguruskan keperluan kita dan paling rajin mengingatkan semata-mata kerana rasa kasih dan sayang yang kadangkala sering kita disalah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanl­ah betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang-kala tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA...

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa bahagia dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok"orang-orang kita kasihi itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...

Thursday, June 26, 2008

Mencari Ketenangan Hati Dan Jiwa



Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)
"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)
Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.
Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Tuesday, June 24, 2008

Malaysian city reminds Muslim women not to wear bright lipstick, noisy high heels

AP - Tuesday, June 24
Yahoo ! News

KUALA LUMPUR, Malaysia - Authorities in a northern Malaysian city are calling on Muslim women not to wear bright lipstick and noisy high-heel shoes if they want to follow the "Islamic way," an official said Tuesday.

The municipal council in Kota Baru, run by a conservative Islamic party, is distributing pamphlets that recommend women refrain from wearing heavy makeup, including bright lipstick, and loud high-heel shoes to work, council spokesman Azman Mohamad Daham said.

"We just distribute pamphlets. Our minimum guideline is they must wear headscarves," he said. "The rest is up to them. If they want to follow the 100 percent Islamic way, it's up to them."

He said the suggestions aim to prevent rape and protect women's dignity and morals. The campaign started in 2006, but new pamphlets are circulated each year, he said.

Kota Baru is the capital of Kelantan state, which is ruled by the conservative opposition Pan-Malaysian Islamic Party.

National news agency Bernama earlier reported the city had issued a directive forbidding women from wearing makeup and noisy high heels, but Azman said the report was incorrect. He said the only legal directive is one that was issued a decade ago, ordering Muslim women to wear headscarves.

Violators can be fined up to 500 ringgit (US$150), Azman said, adding that an average of 20 women were fined each month for breaking the rule.

Malaysia, where about two-thirds of the population is Malay Muslim, prides itself on being a moderate country. Other ethnic groups _ Chinese and Indians who follow other religions _ do not face restrictions on their clothing and are free to practice their faiths.

However, debates about Muslim dress codes and behavior erupt occasionally.

The Pan-Malaysian Islamic Party, which secured an unprecedented number of parliamentary seats and state governments together with two other opposition parties in March elections, has only recently backed away from openly advocating an Islamic state.

Sunday, June 22, 2008

Indahnya Bercinta



ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. kekasih merupakan insan yang dianggap penting dalam hidup kita.kita perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika berduka cita dan teman untuk berkongsi segala-galanya.Kadang-kadang hidup ini terasa kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang terputus talinya, tak berhaluan dan arah.Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.


Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.


Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.


Namun allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.


Cinta Seindah Yang Diucap. Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih utama.


Tanda Cinta. Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia. Diantaranya Allah berfirman:


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar." Surah: Ali Imran. Ayat:146.


"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." Surah Ali-Imran. Ayat: 134


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222


Untungnya Orang Bercinta.

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.

Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya, dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula.

Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.

Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu.

Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.

Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu dengan rucahan cinta agung.

Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya.

Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Friday, June 20, 2008

AURAT WANITA ISLAM



Berdasarkan kepada pendapat Imam Shafei r.a, difinasi aurat adalah saperti berikut ; Dari segi bahasa aurat ialah "Aurah" bereti keaiban. Pada istilah Syarak aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang (WANITA) yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan kaum lelaki Ajnabi (asing).


* Aurat wanita di dalam sembahyang, ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan dua belah tangan sehingga kepegelangan tangan sahaja. Semuanya dikira aurat di dalam sembahyang hatta sehelai rambut pun dikira aurat, sama juga dengan tapak kaki wanita. Jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya pada ketika ruku' ataupun sujud, maka batallah sembahyangnya.


* Aurat wanita Islam diluar sembahyang. Di hadapan lelaki yang bukan muhrimya (Muhrim: adalah orang yang ada kaitan kekeluargaan yang tidak membatalkan air sembahyang, contohnya, bapa, datuk ke atas, abang dan adik lelaki atau sesusu, bapa saudara sebelah bapa atau sebelah ibu, anaksaudara lelaki sebelah perempuan atau lelaki ke bawah dan seterusnya) seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua belah tangannya sehingga kepegelangan tangan. Maka seluruh anggotanya wajib ditutup ataudilindungi daripada dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.


* Aurat wanita Islam dengan muhrimnya ialah di antara pusat dan lutut seperti aurat lelaki dalam sembahyangnya. Walau bagaimanapun, untuk menjaga adab dan untuk memelihara daripada berlakunya perkara yang tidak diingini, maka perlulah ditutup lebih daripada pusat dan lututnya, supaya dapat mengelakkan daripada kejahatan dan kebuasan hawa nafsu.

Wednesday, June 18, 2008

Zikir, Doa Dan Tawakal Penawar Tekanan Perasaan

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan sakit kepala jika tidak diatasi segera.

Masalah tekanan yang tidak kritikal masih boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia seperti tidak tenteram, bertindak agresif di tempat kerja atau rumah.

Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita tidak mungkin terlepas daripada masalah tekanan. Cuma yang berbeza ialah keupayaan menangani tekanan. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi.

Tekanan perasaan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan cuba mengawal keadaan yang masih belum berlaku. Seseorang yang kehilangan sesuatu atau individu disayanginya dan tidak mampu menerima hakikat itu juga akan merasa tertekan.

Tekanan perasaan juga boleh berlaku apabila wujud konflik antara keinginan diri dan pertimbangan akal seseorang. Contohnya, seseorang yang ingin memenuhi keseronokan dirinya dan pada waktu sama menyedari bahawa dia perlu menerima kebenaran perbuatan itu salah di sisi agama.

Al-Quran memberi panduan kepada kita bagaimana menghadapi situasi sebegini. Kehilangan dalam hidup adalah ujian Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)

Mereka yang sabar menempuh ujian akan mendapat ganjaran baik daripada Allah. Sesungguhnya manusia sebagai makhluk tidak memiliki hak ke atas sesuatu hatta hidupnya sendiri. Segala-galanya daripada Allah dan kepunyaan-Nya.

Maka, tidak seharusnya kita menangisi atau menyesali apa yang tidak kita miliki sama sekali. Kita tidak diberi pengetahuan apa yang akan berlaku. Namun, kita boleh merancang, berusaha dan berdoa serta bertawakal.

Manusia berupaya berusaha dalam ruang lingkup takdir Ilahi bersandarkan pertimbangan akal yang waras dengan panduan wahyu Ilahi. Kita boleh memilih mana yang baik dan mengandaikan kesan daripada tindakan perbuatan kita.

Namun, ketentuan mutlak adalah daripada Allah. Oleh itu, usahlah terlalu bimbangkan sesuatu yang kita tidak pasti dan sesuatu yang tidak mampu kita kawal. Kebimbangan sebegini hanya akan memberi lebih tekanan kepada kita. Sebagai makhluk bernama manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani, kita tidak akan bebas daripada konflik dalaman. Setiap daripada kita dijadikan bersama unsur nafsu yang secara fitrah menyediakan segala macam keinginan.

Nafsu amarah cenderung kepada keseronokan dan sifat mazmumah yang membawa manusia kepada kehancuran seperti marah, hasad, tamak dan penipuan. Dalam keadaan nafsu menguasai seseorang, hanya kepuasan diri dan keegoan akan bertakhta.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Musuhmu yang paling utama ialah nafsu jahat yang ada dalam dirimu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Ini disusuli semula dengan sentiasa memohon keampunan Allah dan bertaubat daripada kesalahan. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah yang kita hadapi.










Tuesday, June 17, 2008

Cara2 mengkhusyukkan solat



Solat merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam dan kita diminta untuk menjaga solat kita kerana ‘Solat itu Tiang Agama’. Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah.


1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.

2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.

3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.

6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.

7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.

8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.

10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.

12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.

14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.

16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.

17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Friday, June 13, 2008

Peluang menandingi bidadari..



Antara nikmat terbesar di syurga selepas melihat wajah Allah ialah bidadari-bidadari syurga atau Hurul Ain yang cantiknya tidak terperi.


Apabila digambarkan kecantikan bidadari , melonjak semangat kaum lelaki untuk masuk ke syurga. Air peluhnya pun mengalahkan perfume yang paling wangi di dunia ini. Sebutlah apa sahaja tentang apa yang diimpikan oleh lelaki tentang wanita, sebutlah apa sahaja kecantikan yang ingin dimiliki oleh seorang wanita…apa yang dimiliki oleh bidadari lebih daripada itu. Pada diri mereka terhimpun semua pesona lahir dan batin – akhlak dan wajah yang sempurna. Tidak cukup perbendaharaan bahasa untuk menggambarkan dan tidak cukup kemampuan akal untuk dibayangkan.


Bagi kaum wanita, mungkin rasa cemburu menyelubungi perasaan. Bayangkan bidadari syurga sedang menunggu suami kita dengan penuh rindu dan setia. Bandingkan diri kita dengan badadari , perbezaan langit dan bumi sekalipun bukan gambaran perbezaan antara kita dengan mereka. Di kala kaum Adam terasa seperti hendak pengsan mengkagumi kecantikan bidadari, kaum wanita pula mungkin terasa seperti menemui maut mencemburui mereka.


Wahai para wanita….ini khabar gembira untuk semua….kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari! Anda tidak silap membaca kenyataan ini…Kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari. Maka bukalah mata hati, persiapkan minda kerana Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini.Mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.


“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”


“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.


“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?” “ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka, tubuh mereka dari kain sutera kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”


“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. Siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”


“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih,lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. Lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku,inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku didunia.Maka nikahkanlah aku dengannya.Wahai Ummu Salamah,akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan- dunia dan akhirat.”


Subhanallah….Maha Suci Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga.Malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. Solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan kita di taraf tersebut.


Bayangkanlah dengan solat,puasa dan ibadah, kita akan sama cantik dengan bidadari…malah lebih uatama daripada mereka. Apabila kita memilih untk patuh sebagai hamba Allah lalu membuktikan kehambaan kita dengan menjadikan setiap aktiviti hidup sebagai ibadah untuk dipersembahkan kepada Allah, menjaga setiap peraturan yang Allah tetapkan dalam syariat walaupun terpaksa mengharungi seribu rintangan dan cabaran, maka kita telah pun menempuh jalan kebenaran.Jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga.Ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.


Jika kecantikan lahiriah tidak mampu kita miliki di dunia, maka jangan kecewa.Usahakanlah setakat yang termampu dicapai berpandukan syariat,tetapi yang paling penting ialah memfokuskan usaha kepada membina kecantikan dalaman hati yang penuh rasa kehambaan kepada Allah.Bagi mereka yang telah dikurniakan kecantikan lahiriah di dunia, lebih-lebih lagi perlu bersyukur dan pastikan kecantikan dalaman juga menghias di diri..Segalanya bermula di sini…..di dunia ini.Allah beri kita peluang.Terpulang kepada diri untuk merebutnya…….








Friday, June 6, 2008

Rahsia hari dalam Islam..




ALLAH SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari dan didalam hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut.




SEJARAH HARI SABTU


1.) Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh


2.) Tipu daya kaum Saleh as. terhadap unta Nabi Saleh as.


3.) Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Yusof as.


4.) Tipu daya Fir'un terhadap Nabi Musa.


5.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as.


6.) Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW


7.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT




SEJARAH HARI AHAD


1.) Penciptaan tempat jalan bintang-bitang


2.) Penciptaan bintang-bintang yang bergerak


3.) Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat


4.) Penciptaan tujuh lapis bumi


5.) Penciptaan tujuh lautan yang besar


6.) Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia


7.) Penciptaan tujuh hari dalam seminggu




SEJARAH HARI ISNIN


1.) Nabi Idris as. naik kelangit


2.) Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina


3.) Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT


4.) Lahirnya Rasulullah SAW


5.) Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW


6.) Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW


7.) Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin






SEJARAH HARI SELASA


1.) Jurjais a.s dibunuh


2.) Wafatnya Nabi Yahya as.


3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.


4.) Meninggalnya tukang sihir Fir'un


5.) Meninggalnya Asiah isteri Fir'un


6.) Sapi Bani Israil disembelih


7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.




SEJARAH HARI RABU


1.) Kehancuran Auj bin Unuq


2.) Kehancuran Qarun


3.) Kehancuran Fir'un


4.) Kebinasaan Namruz bin Kan'an


5.) Kehancuran! kaum Saleh as.


6.) Kehancuran Syadad bin 'Aad


7.) Kebinasaan kaum Hud




SEJARAH HARI KHAMIS


1.) Nabi Ibrahim as menghadap Raja Mesir


2.) Tukang memberi minum Raja Mesir memperolehi kebebasan


3.) Saudara-saudara Yusuf as menemuinya


4.) Bunyamin datang ke Kota Mekah


5.) Ya'akub as datang ke Mesir


6.) Nabi Musa masuk ke Mesir


7.) Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah




SEJARAH HARI JUMAAT


(ada sesetengah dr kita yg masih tak tahu dan tertanya2 kenapa org selalu bernikah pada hari Jumaat. Ini jawapannya. KIAMAT juga berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini. )




1.) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa


2.) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha


3.) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa


4.) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis


5.) Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah


6.) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah


7.) Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah




* ADA PENDAPAT MENGATAKAN KITA AKAN MATI SAMA PADA HARI KITA DILAHIRKAN. JADI CUBA2LAH INGAT HARINYA.








Tuesday, June 3, 2008

Cantiknya...An-Nisa'..



Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali... .

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!

Setiap Wanita itu Cantik...


Nota: oleh itu..hargailah..pengorbanan..seorang wanita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...