Promo ! Klik Ler..

Friday, April 29, 2011

:: Jumaat :) ::

Assalamualaikum wbt..
Sahabat2 sihat? Ana doakan semuanya sihat2 ya..
Hari ni hari Jumaat..Penghulu segala hari..
Hari ni jugak akan dapat pahala jika kita potong kuku dan dapat syafaat yang besar jika baca surah al-Kahfi..
X percaya ?
Baca bawah ni..

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : " Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari JUmaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuk cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Kathir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid,Ibnu Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussein dari bapanya Ali Marfu'an : "Sesiapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari,dan jika Addajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya". (HR Ibnu Kathir)

Ada sesiapa tau pasal lagu Sakura nyanyian InHeart ?
Sbnrnya lagu ni dah lama tp ana baru tau dalam bulan lps..
Ana suka lagu ni..
Lagu ni psl persahabatan..
InHeart ni finalis Akademi Nasyid kat TV9..
Ana suka sbb lagu ni slow je, bila dgr pun sejuk je hati..
Sedap2x..
Lps tu ada suara org ckp Jepun..
Biarpun x fhm,ana suka dgr..cool je..
:)
Tapi...
Suara imam baca al-Quran lagi sedap..lagi tenang bila dgr kan ?
;)

Ni video lagu Sakura..


**************************

Ana minta diri dulu..Lain kali jumpa lagi..
InsyaAllah..

Tuesday, April 26, 2011

:: Kempunan ::

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat2 ?
Didoakan semoga semua sihat2 ya..Andai ada yang kurang sihat,banyakkan bersabar ya..Ni ujian dari Allah untuk kaffarahkan dosa2 kita yang lalu..Jangan lupa makan ubat..If ada yang x suka makan ubat,jangan lupa minum jus ya..Jus yang x ditambah gula ok :)

Ana baru je balik dari kuliah..Hari ni sepatutnya x da kuliah, tp since kuliah aritu dosen x masuk,dia mtk ganti..So,x pe la..Dtg je la even mula2 hati sgt2 berat ..Tp x pe…Ok je..nama pun student..lagipun x baik ponteng kuliah..Ingat ckit yuran masuk cni,bukan duit sendiri tp duit susah payah Mak Ayah...

 Lps hbs kuliah,ana pergi beli makanan..Hari ni ana beli makanan utk lunch kat kantin FK..
Lps beli nasi,Nampak pulak ada jual kuih2 yang sangat2 la menarik..
Yang menarik perhatian ana adalah KARIPAP !
Ya Allah,dah lama sangat2 kot ana x makan karipap..
Bila makan karipap,terasa nikmatnya..MasyaAllah..sedap x terkata..
Mungkin orang akan pelik tgk ana ni yg over sgt dpt makan karipap..Tp biasa la,ana mmg dh lama x mkn karipap..dan blh jgk dikatakan karipap ni kegemaran ana..Hu2..
Lagipun kat kantin FKG x de jual karipap..Kat kantin FK je ada jual..
Sekali –sekala beli karipap apa salahnya even mahal 1000 rupiah..Kuih kt FK ni mahal ckit mungkin sbb kantin ni berAirCon..Kantin FKG x de air con, open n x cntik..hu3 :P Serius ana ckp..

Haish…ana tiba2 rasa mengidam pulak kat kopok lekor..
Kt cni x de kopok lekor..Sedihnya..
Sabar je la..
Ni bila org goreng ikan pun,dah rasa mcm org tu tgh goreng kopok lekor…Ish3x..kesian sgguh kat kamu ni Afiqah..
X pe…Kejap je lagi nak balik Msia..
Nnti dah smpai Msia,makan la apa yg kamu nak makan..
Hehe…
Utk pengetahuan,stp kali balik,ana akan makan apa yg ana nak..
So kali ni ana nak makan karipap,kopok lekor,murtabak,popia,nasi lemak,laksa,mee kari,nasi tomato,nasi ayam dan banyak lagi..
Ish3x…hari tu balik bln 12 pun mcm ni jgk kan ?
Mcm ni la anak perantau..salu sgt mengidam nak makan itu ini..

Lagi 1,tadi masa kuliah Fisika,kuliah tu 2 jam,lepas je 1 jam,trs ana x dpt tumpu..
Nmpk je mcm tumpu kt kuliah,nmpk je mcm baca slide powerpoint,padahal ana terbayang airport Penang kot !
Terbayang ana turun flight,pastu pi scan passport n then tggu nak amik luggage and then kuar kt pintu arrival..lalu nmpk parents n adik2 tggu kt c2…masa tu muka ana sgt lah tersenyum lebar..
Aduhai…Ni dah parah ni Afiqah…Tau la kamu tu rindu kat Malaysia..
Boleh x sabar ckit ?
Sabar tu kan sebahagian dari Iman..
Sabar banyak2 ya..
InsyaAllah akan tiba saat yang dinantikan itu..



-Setiap hari dengar bunyi enjin plane,setiap hari jgk nmpk dgn jelas plane terbang,mcm mana ana x rindu-

 مَنْ صَبَرَ ظَفِرَ
 Barang siapa bersabar beruntunglah ia..
(^_^)

Monday, April 25, 2011

:: Kita macam ni ke ? ::

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar anda hari ini ? 
Semoga sihat2 hendaknya..
Semoga segala yang dilakukan kita hari ini mendapat redha dariNya insyaAllah..
:)

Ok..
Minggu depan ana exam utk Blok 7..
Blok Metabolisme..
Jadi,ana tanya diri ana..
Dah study ke belum ?
Jawapannya adalah...TIDAK !!!
Wahai cik Afiqah,adakah anda ingin menjadi seperti di bawah ini ?
X nak kan?

Em...kalian mcm ni x?
Jujur,ana memang mcm ni..
Blok 5 ngan Blok 6..Jujurnya ana mmg mcm kartun kt bawah ni..
Aish...
Blok 7 ana x nak mcm ni dah..

2 minggu sebelum exam…
BestFreeDesign.Com border=

1 minggu..
BestFreeDesign.Com border=

5 hari..
BestFreeDesign.Com border=

4 hari..
BestFreeDesign.Com border=

3 hari..
BestFreeDesign.Com border=

2 hari..
BestFreeDesign.Com border=

1 hari..
BestFreeDesign.Com border=

Sebelum masuk dewan..
BestFreeDesign.Com border=

Lepas keluar dewan..
BestFreeDesign.Com border=

Time dapat result..
BestFreeDesign.Com border=

Moral & Pengajaran > Belajarlah dari awal supaya x menyesal bila dah x cukup masa utk mengulangkaji..(^_^)

Ana rasa ramai mcm ni kot ?
Kalo x btl,means ana yg salah..
Jom sahabat2..
Jgn jd mcm ni dah..
Study last minit ni mmg menyakitkan hati kan?
Nak result baik tp study mcm apa je..
X boleh...x boleh..

Jom..
Study..
Niatkan kerana Allah SWT...
Bygkan wajah Mak dan Ayah serta keluarga kita yang menaruh harapan yang sangat tinggi pada kita..
Jangan kecewakan harapan mereka..

:: Nota utk diri > Siapkan Jurnal Biokimia 3 + Cari sikit bahan utk Case Discussion Khamis ni + Study Fisiologi ! ::

P/s : ana jumpa kartun ni masa search kt internet..pastu tgk gmbr kartun ni menarik..Buat la benda ni..Hehe..




Sunday, April 24, 2011

:: Terima Kasih ::

Assalamualaikum wbt..

Hari ni kawan ana nama Jeevamalar baru balik dari Malaysia..
Dia bawak balik minuman yang ana pesan kat Mak Ayah ana..
Deme jumpa kat Petronas dekat ngan rumah ana..
Hehehe...
Seronoknya..
Seronok sebab Mak Ayah dapat belikan Along minuman yang Along nak..
Hihihi..
Ye la..mesti la seronok sebab dah 2 bulan x minum Nestum + Milo Malaysia..
Hari tu beli Milo yg Indonesia punya sangat la x sedap :( 
Serius x sedap sebab dah campur susu + gula pun x sedap jugak..
Nasib baik x beli banyak..Huhu..
Minuman yang ana nak ni pun sebab ni lah yang ana minum pagi2..kira sarapan sebelum kuliah..
Dah lama minum oat + susu je,rasa x best pulak..
Hari ni Nestum + Milo dah sampai..
So,esok pagi dapat breakfast minum Nestum..
Alhamdulillah..Hilang kempunan..Hehe..
Lps tu Mak Ayah bagi 1 pek Prunes..
Terima kasih Mak Ayah..
Mesti Mak Ayah bagi Along prunes sebab nak bagi along sihat kan?
Selama ni salu benor sakitnya..Kurang vitamin..Huhu..
Kurang makan buah pulak tu..
Aish..Apa la Afiqah ni..
Along dapat bayangkan wajah Mak Ayah bila Along bgtw Along x sihat..
(Teringat tahun lepas Along pitam masa bulan puasa masa Mak Ayah datang melawat..Mak sampai nangis2 tgk anak dia pitam..*first time dalam hidup ana pitam*)
Minta maaf Mak Ayah :(

Emm..mesti orang pelik bila baca post ni sebab ana tersangatlah EXCITED sebab Mak Ayah dapat bagi minuman..
Actually bukan sebab minuman je,tapi sebab dapat pegang barang yang Mak Ayah hantar..
Pelik kan ?
Macam mana nak cakap ye..
Susah nak cakap..tapi bila tengok barang2 ni akan terbayang wajah Mak Ayah tercinta dan tersayang dan terkasih :D
Dapat bayangkan Mak Ayah pi kedai beli barang2 ni semata-mata Along nak..
Sedihnya :(

Oh..tiba2 rasa nak balik Malaysia..
Rindunya kat Mak Ayah..kat Adik2..
Cepat2 lah bulan Jun..

Ok Afiqah..
Stop dulu blogging ye..
Esok pulak sambung ok..
Cepat siapkan bahan utk Case Discussion esok + cari maklumat untuk Lab Biokimia esok..
Lepas tu study ckit ok..
Kan exam dah nak dekat..
Minggu depan..
Bayangkan wajah2 Mak Ayah dan Adik2 dan org yang memberi nasihat + semangat padamu..

Jom !
Ilalliqa'
Wassalam wbt..

-Tanpa mereka,siapalah aku..Tanpa mereka,x mungkin aku akan berada di sini-
-Terima kasih yang x terhingga Mak Ayah dan Adik2 yang sangat3x Along sayangi-
YA ALLAH,RAHMATILAH MEREKA..
LINDUNGILAH MEREKA..
KASIHILAH MEREKA..
AMIIN YA RAB..

:: =) ::

Assalamualaikum wbt..

Semoga mendapat kejayaan hari ini..

Andai menang, semoga dapat menjadi ketua yang bertanggungjawab & berkaliber..

Andai tiada rezeki untuk menang, jangan sedih..InsyaAllah boleh cuba lagi tahun depan :)

Be a good leader..

-Dentist-to-be Nur Afiqah-

Saturday, April 23, 2011

:: Mak suka,Ayah suka ::

Assalamualaikum wbt..
Selamat hari Sabtu bersamaan dengan 14 Jamadil Awal 1432 Hijrah..
Bagaimana dengan iman dan hati kita hari ini ?
Baikkah ? atau Burukkah ?
Sama-sama perbaiki diri dari semasa ke semasa ya :)

Hari ni ana nak cakap pasal lagu yang Mak & Ayah ana suka..
Semua orang ada lagu kesukaan masing2 kan..

Ok..Mak ana suka dengar lagu 'Andai ku Tahu' nyanyian Ungu Band..
Ana rasa mak ana suka lagu tu sebab lagu tu maksud dia tersirat dan pasal kematian..
Mak suka lagu ni,selalu kalau kat radio bila ada lagu ni,Mak akan x bagi kami adik-beradik tukar stesen radio lain..Hihi...
Ni lagu dia..


Ayah ana pulak suka nasyid 'Jangan Kita Lupa' oleh In-Team..
Hehe...
Ingat lagi tahun lepas,ayah soh ana tlg downloadkan lagu ni..
Ana pun suka lagu ni..Bila dgr lagu ni,teringat memori sbg pelajar kt Ta'ayah..
Biarpun ni lagu lama,tapi ana still suka lagu ni..
Andai ku Tahu pun suka jgk..
Kadang2 sayu je kan bila dgr lagu tu..
Insaf2x..
Kematian tu akan menjemput kita bila2 masa ja..
Ni pulak nasyid 'Jangan Kita Lupa'..


Ana rindu kat Mak & Ayah..
Rindu jugak kat adik2..
X sabar nak balik bln 6 ni..
Sabar Afiqah...nak dkt dah tu..
:)

Eh,baru teringat tahun ni adik bongsu si Anisah ada exam SPRA (Sijil Penilaian Rendah Agama)..
Bila eh dia exam?
Nanti balik ana nak kena tanya..
Kena amik tau tarikh2 adik2 ana exam..
Nanti nak wish..
Bagi kata2 semangat
:)

Benda WAJIB kena ingat dan WAJIB post kat blog !
~ 04 Mei : Birthday Ayah sayang
(Biarpun masa tu tgh exam,awal2 pagi ana akan wish Ayah :) 
~ 29 Jun : Birthday Anis manja :P 
(Dia dh pesan mtk hadiah..dia sgt excited sbb time brthday dia nnti ana ada kt Msia..Anis2x..)
~ 26 Ogos : Birthday Syakir
~ 26 September : Birthday si penulis..Hihi..x malu :P
~ 26 Oktober : Birthday Emak tercinta tersayang
(Kalian nmpk x tarikh lahir adik ana,ana dan emak ana semuanya 26 dan berurutan bulan..bulan 8,9,10 ;)
Hehe..speciality kami..

Ok..
Ana stop kat cni dulu..
Jumpa lagi..
Wassalam..

Friday, April 22, 2011

:: Tadi ada Daurah ::

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari Jumaat..Jumaat penghulu segala hari..
Dah potong kuku? Dah baca surah al-Kahfi?
Sebelum tu,potong kuku ikut steps bawah ni ya..



Hari ni ana cuti sbb hari ni Indonesia cuti umum sempena 'good friday' utk org Kristen.
Kat Malaysia x de cuti kan utk hari mcm ni..
Cuti sbb kt Indonesia ni ramai jgk org Kristen..

Ok..
Back to the title..
Sempena dengan adanya cuti hari ni,tadi ada daurah..
Kakak2 usrah buat..
Buat kat rumah kawan2 FK 2010 kat Tasbi..
Daurah ni gabungan usrah2 yang kecik2..

Masa daurah tadi,kak Hajar terangkan pasal hakikat kejadian manusia,pasal kenaikan dan kejatuhan Islam,pasal maratib amal,pasal 10 muwasafat tarbiyah..
Kak Hajar jugak ada cerita pasal Imam Hassan al-Banna,pasal Syed Qutb,pasal Genghis Khan..
Ya Allah...masa kak Hajar terangkan tadi,terasa ilmu agama ana especially bab2 sejarah Islam ni begitu cetek..
Tersangat-sangat cetek !
Rasa malu sangat2 !
Ana sedar ana perlu ingat balik segala sejarah Islam..
Perlu tahu bagaimana dakwah dimulakan,perlu tahu bagaimana jatuh bangun Islam..
Ya...memang ana ada belajar masa form 4 dulu dalam subjek Sejarah,tapi jujur,ana dah lupa..
Ana hanya ingat nama2 zaman kebangkitan Islam saja..
Nak terangkannya balik,memang ana x dapat..
Teruk kan ?
Nanti bila dah berkeluarga,dah ada anak,macam mana ana nak cerita kt anak2 andai ana sendiri x ingat...X boleh kan mcm tu ?

Tapi..
Ana bersyukur..
Kerana bila ana pergi daurah tadi,sekurang-kurangnya ana dapat refresh balik mind ana tentang Islam..
Dan ana dapat juga hal baru..
Benda baru yang ana dapat pasal Maratib Amal..
Maratib Amal ni ada 7 tangga..
Boleh lihat gambar di bawah...


Selain tu,ana jugak baru tahu yang almarhum Imam Hassan al-Banna meninggal kerana ditembak..
Ya Allah..selama ni ana hanya kenal Imam Hassan al-Banna dengan nama,wajah dan 10 wasiatnya saja tanpa mengetahui lebih lanjut tentang perihal dirinya..
Bila dengar kak Hajar cerita tadi,baru ana tahu segala-galanya..
Ya Allah...ampuni hamba..
InsyaAllah hamba akan lebih mendalami tentang sejarah Islam dan tokoh-tokoh Islam..


Mari muhasabah kembali diri kita..
Apakah kita sudah cukup mengenali Islam itu sendiri?
Untuk diri ana,jawapan ana adalah TIDAK !
Ana perlu mendalami dengan lebih banyak lagi..
Diri ini terlalu kerdil..

Ayuh ! 
Perjuangkan Islam..
Kenali Islam..
Islam ad-Deen..Allahuakbar !

Thursday, April 21, 2011

:: Wow...Ada Konsert Hari Ni ! ::

Assalamualaikum wbt..

Didoakan agar semuanya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya,insyaAllah..

Post kali ni pasal konsert..
OK,kenapa konsert ?
Sebenarnya hari ni ada konsert Justin Bieber kat Malaysia..
Ana tau pasal ni pun sebab ada kwn2 ana yg nak pi konsert tu..
Kalo x,x mungkin ana akan tau pasal konsert2 ni..
Ana banyak tau pun bila baca kt status FB kawan2..
Huhu..

Konsert tu mula jam 8 malam..
Ana tanya kawan,nnti nak kena pi awal la dalam kul 7 cmtu?
Pastu dia cakap kul 4 pun dh kena pi dah sbb nnti nak kena beratur panjang..
Ok...
Ana terdiam..
Ana fikir if pergi jam 4 macam mana dgn solat asar + maghrib + isya' ?
Mesti tertinggal punya kan...
Hmm..
Sedihnya..
Dan ana dapat bayangkan berapa ramai yang akan datang untuk konsert JB tu..
Mesti ramai la..
Malah lebih ramai daripada orang yang pi konsert nasyid..Kan3x?
Dan boleh dikatakan mungkin majoriti penontonnya tu adalah orang Islam sendiri..

Lihat..
Berapa ramai yang sanggup gadaikan beratus-ratus ringgit demi JB ?
Demi minatnya pada si JB umur 17 thn tu?
Berapa ramai sanggup travel jauh2 semata2 nak pi konsert dia?
Berapa ramai sanggup habiskan masa dengan berdiri dengar suara JB nyanyi lagu Baby tu?
Dan paling penting...
Berapa ramai yang sanggup langgar perintah Allah dengan meninggalkan solat ????
Hanya kerana JB, solat habis semua tertinggal..
Dan mungkin juga akan ada part berpegangan tangan yang bukan mahram,berpelukan dan sebagainya..

SEDARLAH INSAN..
HIDUP DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA..
ALLAH BERHAK MENCABUT NYAWA KITA BILA2 SAJA YANG DIA MAHU..
MUNGKIN ALLAH AKAN CABUT NYAWA KITA KETIKA KITA SEDANG MENYANYI/BERGELAK KETAWA/KETIKA BERADA DI KONSERT?
ALLAH ITU MAHA BESAR..
MAHA BERKUASA..
MAHA AGUNG..

-Adik,boleh x buat konsert lepas Isyak?-
Untuk kali ni, ini sajalah yang ana dapat update kan..
Ana minta maaf andai ada yang x bersetuju dengan kata2 ana ni..
Ana cuma meluahkan apa yang terbuku di hati..

Andai manusia dapat lihat azab Tuhan bila meninggalkan solat,pasti ramai yang x sanggup untuk tinggalkan solat secara sengaja..

Pesanan ini untuk diri ana juga..
Sama2 muhasabah diri kita kembali..
Ilalliqa'
Wassalam..

Wednesday, April 20, 2011

:: Anda x layak sbg Mahasiswa ! ::

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ana ada lab Biokimia..
Lab hari ni pasal Pemeriksaan Kadar Creatinine dalam Urine..

Bila dah masuk lab,dosen Biokimia pun masuk..
Dia tanya hari ni ktrg semua kena buat apa..
Kami semua pun jawab la nak buat pasal periksa kadar kreatinin dalam urin..
Pastu dia tanya berapa kadar normal kreatinin dalam urin untuk orang dewasa ?
Kami semua diam,senyap..
X dapat jawab !
Pastu dosen pun tanya, "Nggak tau?"
"Kalian ini masuk praktikum masak nggak tahu kadar normalnya? Jadi apa tujuan kalian masuk praktikum kalo nggak tau kadar normalnya?"
"Kalian ini mahasiswa,harusnya kalian yang rajin mencari informasi..Kalo kayak gini,kalian ini nggak layak digelar mahasiswa !"
1 lab senyap..diam..
"Kalian kalo sering mengharapkan dosen apa artinya..Kalian ini mahasiswa..Kalo begini,baik kalian tinggal aja di hutan..Di hutan kan nggak ada apa2,cuma ada pohon2..Internet nggak ada,sinyal hape (signal hp) nggak ada,buku juga nggak ada.."
1 lab senyap lagi..
Pastu dosen pun cakap kt ktrg soh buat experiment tu..
B4 dia keluar,dia soh ktrg cari sndiri kadar normal kreatinin dalam urin..
Pastu dia pon keluar..

Hmm...
Seriously rasa panas je hati bila dia ckp kami ni x layak jadi mahasiswa,layak tinggal kat hutan..
Tapi...
Betul jugak kan cakap dosen tu..
If kami x rajin cari informasi,asyik nak harapkan dosen je suap mcm cikgu 'school-feeding' time sekolah dulu,mmg ye la x layak jadi mahasiswa kan ?
Mmg btl la,kami kena rajin cari sendiri informasi..
Sebab dosen x kan suap kita 100 % lagi dah..
Ni bukan sekolah dah..
Dh masuk U ni semua kena buat sendiri..
Tambah lagi bila jadi student gigi ni..
Hu3x.. x boleh malas2 tau !
Btw,thanks dosen sbb tegur kami..
Kami dah sedar diri..
Kami akan siap sedia sblm lab lps2 ni..
Kami akan cari dulu info2 yang penting sblm masuk lab..
(^_^)

Ok..
Asyik cakap pasal kreatinin ni..
Mesti ada yang x tau kan?
Ana pun x tau,main buat je experiment tadi,Ish3x..
Hehe..
Jom..
Baca sedikit info kt bawah ni..

 Creatinine is a chemical waste molecule that is generated from muscle metabolism. Creatinine is produced from creatine, a molecule of major importance for energy production in muscles. Approximately 2% of the body's creatine is converted to creatinine every day. Creatinine is transported through the bloodstream to the kidneys. The kidneys filter out most of the creatinine and dispose of it in the urine.

Batas normal kreatinin : 0,5 – 1,5 mg/dl

Berdasarkan apa yang ana belajar, if seseorang itu kadar kreatininnya lebih dari batas normal means ada gangguan kt ginjal dia.

If ada yang salah,ana minta maaf.
Ana masih belajar..
Masih belum pro..
:)

~ Jumpa lagi ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...