Promo ! Klik Ler..

Friday, June 10, 2011

:: Terima Kasih ya Allah, Terima Kasih Sahabat ::

Assalamualaikum wbt.
Post kali ni ana tujukan buat sahabat2 ana.
Yang tengah baca post ni pun, sahabat ana jugak ^_-

____________________________________________________________________________

Sejak dapat cuti mendadak hari tu, istilah ‘bosan’ byk kali terselit dlm diri ana.
Hari ni pun, ana rasa bosan. Mungkin kerana x dapat nak chat dgn kawan yg ana nak.
Tiba2 ana terfikirkan sesuatu.
Tentang sahabat ana.
Ya..Ana punya sahabat, dan sahabat ana ramai dan semuanya baik2, Alhamdulillah.
Ana ada sahabat x kira perempuan mahupun lelaki.
Kadang2 ana suka bila dapat chat dgn sahabat2 ana, kadang2 dalam waktu ana tengah sedih, marah, tension, mereka-lah yang banyak membantu diri ana ini.
Mereka sering mengajar ana agar bersabar dan mereka x lupa untuk mendoakan ana.
Ana sering bertanya itu ini kepada mereka, dan mereka tidak pernah mengeluh dan marah dan sabar melayan pertanyaan ana yang bertubi-tubi.
Ada sahabat2 ana yang ana pernah jumpa (shbt2 di sekolah) dan ada juga sahabat2 yg ana x pernah jumpa. Sekadar berjumpa di alam maya ini. Bila difikirkan kembali, agak aneh kan. Bertemu di alam maya dan tidak pernah berjumpa, tapi kita tahu dia wujud.
Sahabat ana ada yang dari sekolah, jiran sekolah, sahabat kepada sahabat sekolah, sahabat dari organisasi, sahabat sekampus, sahabat seuniversiti, sahabat blogger, sahabat fb..
Ah, kalo diikutkan, sangat ramai sahabat ana. X tertulis di sini.

Ana bersyukur kepadaNya kerana mengurniakan ana sahabat2 yang baik.
Yang x jemu2 memberi nasihat & sering bertanya khabar.
X jemu2 memberikan pertolongan.

Alhamdulillah..
Terima kasih ya Allah kerana memberiku sahabat2 yang berhati baik.
Moga Kau meredhai segala amalan mereka di dunia ini selagi ia x melanggar syariatMu, ameen.
Rahmati mereka ya Allah, rahmati mereka.

Lagu ini ana hadiahkan buat sahabat2 ana.
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian di atas segala-galanya.
Moga ukhuwah ini berkekalan keranaNya, insyaAllah.


Devotees : Sahabatku

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir
Dan aku…masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku…terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat…
-Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan kalian-



:: Bawa al-Quran ::

Saat Anda membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat Anda membukanya, setan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang2.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari2, ia stroke.

~ Sentiasalah mengamalkan bacaan al-Quran dan memahaminya ~
~ Al-Quran sumber rujukan utama dalam hidup kita ~



Monday, June 6, 2011

:: Jangan Sombong ! ::

Assalamualaikum wbt..
Ana doakan sahabat2 berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT..InsyaAllah :)

Hari ni ana nak kongsikan 1 hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.
Sebenarnya hadis ni ana dapat sebab ana tertekan kode kat hp untuk application tu.
Kan setiap talian hp tu ada dpt msj ckp sila tekan kode *** utk dptkan hadis, waktu solat, ringtone, 
semua2 tu la kan.
Ana saja main2 tekan je, sekali dapat 1 msj hadis ni.
Memang kena charge tinggi la kan sebab dah tertekan kode tu..Huhu..
Tapi x pe la, at least ana dapat tau 1 hadis :)
Alhamdulillah.

Ni hadisnya.

" Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. "
(HR Muslim)

Astaghfirullahal'azim.
Lihatlah, jika terdapat hanya sebesar biji sawi sifat sombong dalam diri kita, kita x akan dapat masuk syurga.
Tau kan bentuk biji sawi tu mcm mana ?
Kecil sgt2..warna hitam..

- Biji sawi yg kecil..Kalau sombong sekecil ni, x dpt masuk syurga dah -
Jadi..
Marilah kita semua memuhasabah kembali diri kita.
Istighfar..
Kerana kita manusia pernah juga memiliki sifat sombong tanpa kita sedari..
Tanamkan sifat rendah hati dalam diri kita..
Tawadhu'..

Moga bermanfaat untuk semua terutama sekali diri ana ini.
~ Wassalam ~


Saturday, June 4, 2011

:: Akhwat ::

Akhwat yang cantik di sisi ALLAH SWT adalah :

~ Melukis kekuatan melalui masalahnya

~ Tersenyum di saat tertekan

~ Tertawa di saat hati sedang menangis

~ Tabah di saat terhina

~ Mempesona kerana memaafkan

~ Mengasihi tanpa meminta balas

~ Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Illahi

* SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI & DALAM RAHMATNYA..
INSYA-ALLAH :) *

- sangat sweet kan ? ;) -

Friday, June 3, 2011

:: Sabar je Lah ::

SABAR..
SABAR..
SABAR..

Exam Blok 8 yang patutnya 08 Jun 2011 sampai 10 Jun 2011 ditunda ke 14 Jun hingga 16 Jun 2011..
Dan tarikh ni pun x sure lg btl ke x..
Dengan result exam Blok 5, 6 & 7 yang x keluar2 since Januari..
Tolong lah..
Kami nak tau result kami..
Kami nak tau result kami secepatnya so that kami dapat tau kami perlu remedial untuk blok2 lepas atau tidak..
Tolong lah..
Kami bukannya tinggal kt sini..
Kami nak balik Malaysia jugak..
Nak balik Malaysia perlu tiket..
Kalau x book dari sekarang, nanti tiket habis/mahal mcm mana ?
Tolong lah sistematik !
Tolong bagitau dengan jelas segala jadual exam kami semua..
Exam blok 8 bila, exam untuk remedial bila, libur semester bila ?
Tolong bagitau..

Rasa nak menangis je..Dah menangis dah pun..
Semalam menangis, hari ni pun menangis lagi..
Tension3x..
Ayah, Along mtk maaf..
Banyak kali Ayah tanya tarikh bila Along nak balik..
Ayah nak book tiket tapi still jawapan Along sama..
"Exam remedial x tau lg bila dan result exam yg lama2 x keluar lagi..Cuti pun x tau lagi sampai bila.."
Along mintak maaf Ayah..
;(
;(
;(

Ya Allah, kuatkanlah aku..
Tabahkan hati aku dengan ujianMu ini ya Allah..

P/s : Minta maaf sbb post ni berbau emotional sikit..Andai kalian berada di tmpt ana, pasti kalian akan turut rasa apa yg ana rasa ;(

Thursday, June 2, 2011

:: Gelap ::

Ingatlah !
Bahawa apabila kita berada di dalam kegelapan sekalipun,
ALLAH SWT sentiasa bersama kita.

- Even You Are in The Darkest Night,
ALLAH SWT is Always Be With You -

~ take note ~


Wednesday, June 1, 2011

:: Rabu ::

Assalamualaikum wbt..
Ana doakan sahabat2 sihat sejahtera hendaknya..

Hari ini sudah hari Rabu..
Means ana masih ada 6 hari lagi cuti sebelum menjelang hari Rabu..
Mula Rabu depan, ana hanya ada Lab + Pemicu je..
Kuliah semua dah habis walaupun hakikatnya ada je lagi kuliah yang dosen x masuk..
Kuliah Parasitologi dosen x masuk pun :(
X pe la, nak buat mcm mana..
Dosen x masuk kuliah so hrpnya x de la kuar soalan parasit ye dlm exam nnti..Huhu..

Dengar cerita, exam untuk Blok 8 ni mula tanggal 14 Jun 2011..
Maksudnya hari Selasa dah ujian..
Tapi ana x study pun lagi..
Huhu...

Result untuk Blok 5,6 & 7 pun masih blm keluar..
Tlg la cepat keluar..
So that kami semua akan tahu mana 1 yg nak ulang untuk exam ulangan nnti..
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.

Ana x tau nak tulis apa sgt dh..
Cuma nak mengingatkan diri ana sendiri dan juga sahabat2 bahawa sentiasalah bersiap sedia untuk apa jua keadaan..
Bagi yang nak exam tu terutama diri ana, marilah kita bersiap sedia untuk exam mendatang..
Maat taufiq wan najah fil imtihan
=)

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...