Promo ! Klik Ler..

Wednesday, February 29, 2012

:: Berbahasa ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ni kita masih lagi diberi peluang olehNya untuk bernafas di muka bumi ini.
Semoga amalan kita semakin bertambah dari sehari ke sehari, insyaAllah.

Hari ni ana terfikirkan sesuatu.
Ana perlu belajar banyak bahasa.
Tiba-tiba teringat pesan Ayah masa ana form 6 dulu. Ayah selalu cakap cmni, ‘Hg ramai kawan Cina dgn India, belajar la kt depa bahasa mandarin dgn tamil.’
Lepas tu masa cuti semester lepas pun Ayah ada cakap lagi, ‘Hg duk Indonesia belajar la bahasa Batak ke, Jawa ke. Alang2 dah duk sana, belajar la.’
Ya ! Kata-kata Ayah tu memang sangat benar.
Peluang nak belajar pelbagai jenis bahasa secara percuma dah ada depan mata, kenapa x nak guna ?
Haila Afiqah, sementara ada peluang ni, guna lah.
Nak belajar bahasa Arab, kawan-kawan Malaysia kat Mesir, Jordan, ramai sgt. Gi la Tanya apa2 soalan masa duk chat kt fb tu.
Nak bljr mandarin, leh tnya kwn sekelas atau kwn kt Beijing.
Nak bljr tamil ke jawa ke aceh ke batak ke, semua boleh.
Lgpun kan bagus bljr byk bahasa ni, nanti mudah nak communicate dgn patient kan ?
Nanti dapat patient org arab ke, org cina ke, org india ke, leh la ckp bhs diorg kan.
Mesti diorg pun seronok dan selesa nak berkomunikasi dgn kita.
Nak ckp apa2 pun senang.
Hmm,betul2x.
Kena mula bljr bhsa sikit demi sikit.
Nanti lama2 dah leh jd pro, insyaAllah ;D
Nak jadi doctor Muslim yang serba boleh.
Nak berdakwah kat org bangsa lain pun mudah kalau kita guna bahasa diorg kan ?
Ya Allah, permudahkanlah.
Aameen ya Rab ^^
Niat kerana Allah..Allah..Allah..

P/s : Fokus pada bhs Arab dulu, mudah nak faham al-Quran nanti.Bhs Arab, bhs syurga ^^


Tuesday, February 28, 2012

:: Duit oh Duit ::

Banyaknya duit nak pakai.
Semakin lama, semakin banyak duit yg perlu dikeluarkan.
Semua benda nak kena beli.
Beli ! Beli ! Beli !
:(
Needle cutter lah, prob lah, wire cutter lah, model lah.
Baru blok ni.
Belum lagi next block dan sem seterusnya.
Nanti kena beli micromotor lah, mcm2.
Huuu, sedihnya.
Sedih sbb x cukup duit nak beli benda yang ingin dibeli.
Seriously, study kt FKG ni lg bnyk guna duit :(
Ya Allah..permudahkanlah.
Permudahkanlah.
Permudahkanlah.
Ameen ya Rab.

Usaha untuk dptkn loan ASAP.
InsyaAllah.

Saturday, February 25, 2012

:: Adik & Exam ::

Assalamualaikum wbt.
Sudah lama ana x update.
Tiba2 teringatkan 2 orang adik yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ni.

Adik Muhammad Syakirul Hasif dan adik bongsu Nur Anisah.
Syakir akan hadapi PMR manakala Anis akan hadapi UPSR.

-Sejuk je tgk ^^-

Semoga Adik2 Along berjaya dalam peperiksaan yang mendatang.
InsyaAllah, jika Syakir dan Anis berusaha dengan bersungguh-sungguh, pasti akan mendapatkan hasilnya.

Anis - 5A UPSR
Syakirul - 9A PMR

Ameen,Ameen,Ameen ya Rabbal 'Alamin
^^

Mak,Ayah,Along,Abangah,Akak dan semua orang pasti akan sentiasa mendoakan kejayaan buat kalian, hee..
Sayang adik2 Along ;)
Jaga diri baik2, belajar rajin2 tau !
:D

Wassalam

Wednesday, February 22, 2012

:: Semester 4 ::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi hidup di muka bumiNya ini.
Masih hidup dalam cintaNya.
Semoga kita akan sentiasa bersyukur dengan segala pemberianNya.
^^

InsyaAllah, esok ana dan sahabat2 yang lain akan memasuki semester yang keempat @ semester akhir bagi tahun kedua.
Semoga semester 4 ini lebih baik daripada semester yang lalu.
Semoga kami semua akan lebih tabah dan cekal menghapai sebarang kemungkinan kerana sesungguhnya semester ini pasti lebih banyak cabarannya berbanding semester yang lalu.
Semoga kami semua akan sentiasa optimis dan sentiasa bersemangat untuk berkuliah.
InsyaAllah.
Semangat !
Tak lama lagi dah :)
Bittaufiq wannajah.

Wassalam.

P/s : Akan sentiasa ingat wajah Mak,Ayah,Abangah,Thirah,Syakir,Anis,Tok,Opah,saudara-mara & sahabat2 yang tidak jemu2 memberi semangat buat diri ini. Terima kasih banyak2 ! Hanya Allah shj-lah yang mampu membalasnya.

Tuesday, February 21, 2012

:: Shbt2 kat Kelas Mana? ::

Assalamualaikum wbt.
InsyaAllah, hari ni ana kongsikan tentang satu gambar ni.
Gambar gigi.
Ana mohon maaf sebab ana masih x pandai nak meng'explain' dengan panjang lebar.
Tapi,insyaAllah, kalo ada yang mau bertanya, silakan.
Kalo sy x mampu jawab, sy akan rujuk kat senior2 sy yep :)

Ok,mari kita lihat gambar di bawah ini.

-Ambil dari web ni-
Dah tengok gambar atas tu kan?
Sekarang,cuba tengok kat cermin sambil tengok gigi anda.
Agak2, posisi gigi anda berada di kelas mana?
Kalau dilihat dari gambar atas tu, kita ada 3 jenis kelas maloklusi,
Kelas 1 adalah Normal Occlusion yang mana gigi di rahang atas (maxilla) kita sedikit sahaja ke depan berbanding gigi pd rahang bawah (Mandibula).
Itu adalah yang normal =)
Kalau Malocclusion class 2 pula adalah gigi atas kita lebih ke depan drpd gigi bawah.
Kelas 3 pula adalah gigi bawah lebih ke depan drpd gigi atas.
Dapat kan ?
Tengok gambar tu pun sebenarnya dah faham kan :)

Well, what is malocclusion?
Malocclusion means the teeth are not aligned properly.
Perkara ini juga dapat terjadi disebabkan keturunan @ herediter.

Other causes of malocclusion include:
  • Childhood habits such as thumb sucking, tongue thrusting, pacifier use beyond age 3, and prolonged use of a bottle
  • Extra teeth, lost teeth, impacted teeth, or abnormally shaped teeth
  • Ill-fitting dental fillings, crowns, appliances, retainers, or braces
  • Misalignment of jaw fractures after a severe injury
  • Tumors of the mouth and jaw
Read more: Here and here

Ya Allah..serius ana x pandai nak bercakap lagi soal ni.
Ni cubaan pertama nak cakap soal gigi dalam blog.
Serius rasa mcm terrible :(
Mungkin lepas ni kalo ana nak update psl gigi kat blog ni, ana kena tulis dulu dalam kertas, susun ayat, then baru post.Kan?
Apapun, mohon maaf sbb post kali ni mcm berantakan je.
Bahasa pun bercampur-campur.
InsyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Harap sahabat2 dapat lah sedikit ilmu drpd post ni.Huhu.
Jaga diri,jaga iman, jaga gigi =D
Wassalam ^^

Monday, February 20, 2012

:: Gosok Gg ::

Assalamualaikum wbt.
Kali ni,ana nak sharekan video tentang cara memberus gigi dengan betul.
Maaflah,selama ni ana jarang2 sangat share kan?
Kali ni baru nak share.
Tapi maaf lah, ana share pun ambil dari Youtube je.



Apapun, harap kita semua memberus gigi dengan cara yang betul selepas ni.
:)
Wassalam.

:: Jgn Prnh ::


^^

Saturday, February 18, 2012

:: Antara 2 Kisah ::

Cukup untuk mengatakan antara 'Hafalan Solat Delisa' dan 'Ombak R', ana lebih memilih kisah HSD sebagai kisah untuk disimpan.
Dan kisah OR tu, cukuplah sekali ana tgk kerana terpaksa gara2 org bising2 ckp citer tu sedih dan mcm2 la.
Maaflah OR, ana delete awak dah dari laptop ni.
X nak lah simpan OR dlm laptop.
Better simpan HSD.
Insafi diri jugak kan ?

Stp orang ada kesukaannya masing2.
Ada yang obses dengan OR.
Ada yang suka dengan HSD.
Terpulang.
Tapi fikirlah semula, antara 2 kisah tu, mana yang anda rasakan, berbaloi masa yang diluangkan untuk ditonton?
Mana yang membawa muhasabah pada diri anda.
Bagi ana, masa yang ana luangkan untuk tonton HSD adalah sangat berbaloi berbanding masa yang ana luangkan untuk tonton OR sbb ana x minat OR.
Sekian.Huhu.

Ana peminat kisah Islamik Indonesia.
:)
Sekarang menantikan kisah 'Negeri 5 Menara' yang bakal keluar
 di bioskop tak lama lagi.
Ada sesiapa dah tengok trailer dia?
Ni haa.


Dah tengok ?
Best kan trailer dia.
Ni dari novel best-seller jugak.
Tapi x prnh baca pun lagi.
Excited nak tgk.
1 Maret ni akan kuar, x lama dah tu.
=)
Bagusnya cerita2 Indonesia ni.
Malaysia, kapan mau buat begini ?
^^

:: Sanah Helwah Adik ::

Assalamualaikum wbt.
Hari ini adalah 18 Februari 2012.
Hari ini adalah hari lahir adik saya yang pertama, Muhammad Akram @ Abangah.

Abangah, Selamat Hari Lahir yang ke-20.
Sudah besar dan sudah tinggi anda ye.Hehe.
Belajar rajin2 ye.
Along tau Bangah mampu dan sangat bijaksana ;)
InsyaAllah, Along akan sentiasa doakan Bangah dan adik2 Along yang lain.
Ada setahun je lagi kan ?
Lps tu, dah dpt Diploma.
Cepatnya masa berlalu.
Along rasa mcm Bangah baru je masuk UniKL semalam.
Hehe.
All the best dear Abangah,Ir Muhammad Akram :)
Mak,Ayah,Along,Tirah,Syakir,Anis akan sentiasa mendoakan kejayaan Bangah dunia dan akhirat.
Kami semua sayang kat Bangah :)


Friday, February 17, 2012

:: Amalan Murah Rezeki ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur kita hanya pada Allah swt kerana dengan segala kekuasaanNya, kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ciptaanNya yang Maha Agung ini, Subhanallah.
Semoga hari Jumaat yang dilalui pada hari ini lebih baik buat kita.
Jadikan setiap hari adalah hari yang terbaik buat diri kita.

InsyaAllah hari ini ana ingin kongsikan tentang 10 amalan murah rezeki.
Ye, mesti dah banyak kali kita semua dengar tentang ni kan ?
Tapi apa salahnya, kita refresh balik semua ni sebab tak semestinya kita ingat tentang hal2 ni kan ?
:)
Alang2 dah baca dalam risalah, baik ana tuliskan untuk diri ana dan juga sahabat2 semua.

10 AMALAN MURAH REZEKI

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak ISTIGHFAR
3. Meninggalkan perbuatan DOSA
4. Sentiasa mengingati Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibubapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Menunaikan hajat orang lain
8. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
9. Banyakkan berbuat kebajikan
10. Berpagi-pagi

Lihat 10 perkara tu betul2.
Sebenarnya x susah mana pun kan, cuma kita ni selalu sangat nak memberatkan keadaan.
Selalu sangat nak menyusahkan yang mudah.
Kita kena ubah rasa tu, supaya kita akan sentiasa bersikap positif dalam semua hal.
Lakukan semua hal dengan penuh keyakinan kerana Allah.
Allah swt sangat sayangkan kita.Begitu juga Rasulullah saw.
Ayuh, selagi nyawa masih di jasad, marilah kita melakukannya.
Wassalam
:)

Thursday, February 16, 2012

:: Tetap bersemangat ! ::

Ya Allah, biarkanlah rasa ini kekal selama-lamanya.
Biarkanlah rasa ini tertanam dengan dalam di dalam hati ini.
Akanku ingat wajah2 kesayanganku setiap saat agar aku tetap bersemangat meneruskan pengajian dan mendapatkan yang terbaik.
Agar aku tetap gigih dan berdaya melawan segala rasa x enak yang muncul di dalam diri.
Aku tidak mahu malas, dan tidak mahu menghampakan mereka.
Pengorbanan mereka pada diriku sangatlah besar, malah jauh lebih besar drpd yang aku bayangkan.

Allah SWT akan sentiasa bersama kita untuk membantu.
:)
Nur Afiqah, jangan leka dah ye.
Ingat, kau hanya perlu BERUSAHA !
USAHA USAHA USAHA.
InsyaAllah berjaya :)
3 thn je lg !





Sunday, February 12, 2012

:: Cermin Diri ::

Seringkali kita merasakan bahawa kita telah berusaha sedaya upaya dalam sesuatu perkara.
Dan seringkali juga kita akan merasakan bahawa apabila mendapatkan sesuatu yang tidak setimpal dengan usaha kita, kita akan kecewa.
Kenapa perkara sebegitu boleh terjadi ?
Fikir semula.
Pasti ada silapnya.
Ya ! 
Mungkin kita telah melakukan yang terbaik tapi mungkin dalam masa yang sama, kita telah melakukan suatu kesilapan yang kita tidak sedari.
Kurang pendekatan diri terhadap PENCIPTA yakni ALLAH RABBUL JALAL, timbulnya penyakit hati seperti rasa riak,takbur,ujub dan pelbagai rasa mazmumah dalam diri, banyak berbuat dosa, tersakitkan hati ibu ayah @ adik2 @ cikgu @ orang2 sekeliling dan macam2 lagi yang kita tak pernah sedari. Btl kan ?
Pendek kata, kita perlu sentiasa menCERMINkan DIRI kita setiap waktu kerana mungkin sekarang bila kita tgk cermin, kita akan rasa 'Oh,ni lah diriku sebenarnya', tapi mungkin bila waktu lain, kita akan rasa lain pulak bila cermin diri sendiri.
Cara yang mudah untuk tahu bagaimana diri kita adalah tanya pendapat kwn2 yg rpt dengan kita sbb yg rpt tu lbh knl kita ni jns mcm mana.
Bila tnya pndpt, baru tahu kita ni mcm mana.
Xde lah rasa syok sendiri dan rasa diri sendiri hebat kan ?
Cerminlah diri melalui cermin orang lain :)
Supaya kita dapat mengetahui diri kita yang sebenarnya.
Rajinlah bermuhasabah agar kita tidak pernah leka dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini.

Allahu Allah..
Engkaulah sebaik2 penjaga kami.
Ampuni dosa2 kami yang menggunung tinggi, jagalah hati kami aga tidak pernah leka dan lalai dengan duniawi ini.
Ingatkanlah kami dengan kehidupan yang kekal abadi yakni akhirat sana.
Ameen,ameen ya Rabbal 'alamin.

- You are exactly not the same as the reflection of the mirror -

Friday, February 10, 2012

:: It's Jumaat ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari Jumaat.
Harap semua sihat2 la ye..

Jadi,ana nak tujukan lagu ini buat para pengunjung.
Lagu ni ana dgr masa kwn duk pasang kat Medan.
Best je :)


Instead of listening to other music, why don't we choose to listen to this kind of song, right ?
:)

Let's read surah al-Kahfi today :)
Take care.
Wassalam

Wednesday, February 8, 2012

:: Permata Ayah Bonda ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang oleh Allah Maha Besar utk terus bernafas di muka bumi ciptaanNya ini.

Hmm, tadi ana tgk tv, pastu dgr lagu budak2 yg best, suara rancak, rasa mcm kumpulan Aeman, tp x tau tajuk apa.
Serius ni first time ana dengar, syok je dengar.
Pastu terus search kt internet, so dah dapat.
Rupenya tu lagu PERMATA drpd Aeman.
Comel je, rancak dan best.
Ye, lagu tu dah lama, adik2 Aeman tu pun dah besar2 kan, ana je yg tau lambat psl lagu ni.
Hoho.
Tp x pe lah, asalkan dapat tambah lagu baru utk didengar ketika bosan.
Sblm tu, slh sorg adik dlm video ni dah meninggal, 2009 sbb sesak nafas, AL-FATIHAH utknya.
Moga Allah merahmati Allahyarham.
Blh baca kt sini.

Buat yang tak tahu, ni lah lagunya.
Enjoy ~ :)


Dah dengar ?
Best kan.
Dalam lagu ni ada sebut yang kita ni x boleh lengah dan buang masa, nanti akan ketinggalan jauh kat belakang.
Then, kita kena tanamkan tekad di dada utk berjaya dlm segala aspek kerana kita ini adalah PERMATA utk Bonda,Ayahanda dan keluarga.
Ingat, besarnya harapan mereka terhadap kita.
Janganlah sekali-kali kita mengecewakan mereka.
Semoga kita akan sentiasa berusaha dan membanggakan keluarga kita kerana kitalah PERMATA mereka.
Wassalam
:)

ANAK SOLEH DAN SOLEHAH PERMATA DAN PENYEJUK HATI BONDA DAN AYAHANDA

Monday, February 6, 2012

:: Hari Ni ::





Assalamualaikum wbt.
Ana doakan sahabat2 ana semua sihat ye.
X de apa nak tulis utk hari ini.
Err..sj nk ltk gmbr ni..
Sbrnya adik ana sorg tu request nak mkn penkek, lgpun die duk kt asrama.
Sian la pulak kt die, lgpun ana nnti nak balik Medan dah.
Hehe.
Maka si Along pun buat lah penkek yg x berapa nak lawa utk adik tersayang.
:)
Huhu.
Terima kasih buat Mak sebab bagi duit ckit utk beli bahan nak buat ni + adik yg tlg buat jgk penkek ni ;)

Ok, tu je lah.
Apapun, masak biarlah ikhlas keranaNya.
Anggap semua yang kita lakukan dengan niat beribadah kepada Allah.
Wassalam.

Friday, February 3, 2012

:: Pintu Itu ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari Jumaat.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, insyaAllah.
Ana doakan sahabat2 semua sentiasa sihat fizikal dan juga rohani tentunya.
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad saw yang sangat menCINTAi umatnya, MasyaAllah.

Baiklah, semalam tulis pasal SENDIRIAN.
Hari ini nak tulis tentang PINTU pulak.
Oh ya, tadi ana dapat msj dr Celcom.
Tau x msj apa.
Msj dia cmni, "RM 0.00. Mengapa perlu  berSENDIRIAN ? Ceriakan hidup dgn SMS bla3x.."
Eh, mcm tau2 je org tulis psl isu ni semalam, tiba2 dpt msj tu..Huhu.
Oit,x de kaitan kot.

Ok.
Ckp psl pintu, well, bukan pintu rumah, pintu kedai, pintu toilet, pintu sekolah tapi adalah pintu TAUBAT.
Ye ! Pintu TAUBAT !
Sedarkah kita bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka sehingga ke saat ini ?
Pasti ada yang menyedarinya, kan ?
Ingat ye, Allah tu Maha Pengampun lagi Maha menerima taubat.
Maka seWAJIBnya kita sebagai hambaNya ini menggunakan kesempatan yang diberikan olehNya sehingga ke saat ini untuk sentiasa bertaubat.
Bertaubatlah selagi pintu itu masih terbuka.
Jangan sia-siakan peluang yang diberikan olehNya.
Kita ni banyak buat dosa kan, kita ni x ma'sum pun.
Maka memang wajib lah kita bertaubat setiap masa.

Jangan tunggu sampai pintu itu tertutup ! Klik sini utk gmbr yg lbh byk :)
Sepertimana yang disebutkan dalam Surah at-Taubah,surah ke-9 ayat 104.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah-lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?   
(At-Taubah ,ayat 104) 

Kan..Allah Maha Penerima Taubat.
Justeru itu wahai saudaraku sekalian, ayuhlah kita sentiasa bertaubat kerana kita tidak tahu dan tidak pasti bilakah pintu itu akan tertutup kerana hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya hambaNya.
Apabila pintu itu telah tertutup, maka tiada gunanya lagi menyesal kerana kita sendiri yang tidak mahu menggunakan peluang yang telah diberikan olehNya sejak sekian lama.
Semoga Allah sentiasa menerima taubat kita.
Wassalam.

P/s : Tukar template lain. Yang pasti, tetap warna HIJAU :)

Thursday, February 2, 2012

:: Rasa Sendirian ? ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita padaNya kerana masih diberi peluang untuk menjadi hambaNya di muka bumi ini  dan masih diberi peluang olehNya untuk kita melaksanakan segala yang ingin kita lakukan.
Ingat, lakukanlah perkara yang disenangiNya, bukan perkara yang dimurkaiNya.

Bercakap tentang SENDIRIAN, kerapkali manusia bila terasa dirinya tiada teman, tiada kawan, terasa disisihkan, pasti akan terasa dirinya keseorangan, terasa sendirian, omputih kata 'Lonely'.
Ye, mcm ana jgk la.
Selalu je ana rasa sorg2, rasa sendirian.Huhu.
Tapi tak bermakna bila kita sendirian tu maksudnya kita x da kawan kan ?
Sebenarnya kita semua ni x pernah sendirian.
Sungguh !
Sebab apa ?
Sebab Allah SWT selalu bersama dengan kita.
Cuma kita yang manusia ni je x prnh nak menyedari.
Allahuakbar..Manusia,manusia.
Allah selalu sangat ingat pada hambaNya, tapi kita ni mudah sangat lupa padaNya.
Sedih kan ?
Teruknya kita ni.
Time senang, lupa pada Dia.
Bila susah, baru nak ingat dan cari Dia.
X boleh mcm tu kan.
Jadi, kita kena-lah selalu ingat padaNya.
Bukan hanya ingat padaNya waktu solat, tapi juga dalam apa jua keadaan.
InsyaAllah, bila kita sentiasa ingat padaNya, diri kita akan sentiasa tenang dan rasa selamat dan x kan rasa sendirian.
Tak percaya ? Try lah ;)
Zikir, Solat, baca al-Quran, dan banyak lagi..tu semua adalah cara untuk kita elakkan diri dari rasa kesepian/kesunyian/bersendirian.

ALLAH SWT >>> ALWAYS WITH US !
NEVER FEEL LONELY !

Nak gmbr comel mcm ni lg ? Blh gi sini :)

Wednesday, February 1, 2012

:: Februari ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan para pembaca sentiasa dalam limpahan dan rahmatNya.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk bulan februari.
Sungguh cepat masa berlalu.
Pajam celik, dah pun bulan 2.
Sungguh cepat masa berlalu dan meninggalkan kita.
Agaknya dalam 31 hari untuk tahun baru ni kita dah buat apa?
Kalo tanya pada ana, jwpn ana adalah "Rasa mcm x buat apa2 lgsg lg thn ni :(."
Allah..

Hmm..
Sbrnya ana mcm sedikit tertekan ckit.
Mungkin ada kaitan dengan iman dlm diri ana juga.
Dan pasti ada silap dalam diri ana sampai ana rasa tension, stress.
Allahu Allah.
Tp..
Ana teringat sesuatu.
Kita dalam apa keadaan sekalipun, ingatlah bhwa Allah jualah tempat sebaik-baik untuk kita bergantung.
Banyakkan mengingatiNya.
InsyaAllah hati akan sentiasa tenang.


Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...